Kadang-kadang ada yang teruja apabila sampainya musim Maarad. Teruja untuk memiliki naskhah ilmiah yang terbaik buat mereka. Malah teruja juga untuk membuat 'library sendiri' kat rumah..hahaha3x
Tapi saya bukanlah begitu. Cukup sekadar keperluan semasa.
Untuk Pesta Buku Antarabangsa Kaherah kali ini, sempat saya dua kali menjejakkan kaki ke sana. Ini antara foto-foto yang sempat saya snap di sana. (Hampir kena langgar di kereta dek terlalu asyik dengan kamera...hu..hu)
Gerbang pintu masuk ke tapak ekspo.
Ni tiket masuk. Just LE 1 only. (RM 0.70)
Suasana kat Solah 6
Terlalu Ramai pengunjung menyebabkan saya 'lemas'
Sempat breakfast disini. Awak lihatlah beza antara dua ni. Apa maknanya???
Ni namanya 'Syawarma'. Boleh dikatakan makanan asasi juga kat sini.
Replika Masjidil Haram, Makkah. Cantik btol.
Ni Pulak replika Masjid Nabawi, Madinah. Chomel jugak.
Sape ntah kat billboard Al-Ahram ni. Saya just jadi jurufoto kepada beliau je.huhu
Muslimat kita tidak lupa kewajipan solat. Solat kat tengah taman je. Saya teruja.
Muslimin kita pula solat atas lantai je. Saya pon solat kat sini beralaskan kotak sahaja.
Suasana kat sana.
Beliau sempat berehat sebentar..kui3x
Pintu gerbang time masuk senja.
Satu fakta yang perlu anda tahu bahawa Pesta Buku Antarabangsa Kaherah ini adalah 'International Book Fair' yang Ke-2 terbesar di dunia selepas Negara Jerman.
Hari ini sepatutnya saya ke Alexandaria. Namun teman di sana terpaksa hadiri mesyuarat tergempar di Kaherah. Hajat hati ingin jauh dari manusia 'jakun' yang meloyakan.
Lagipun kesihatan sekarang agak kurang baik. Macam nak demam gitu. Udara yang sejuk dan angin yang sangat kuat mungkin itu puncanya.
Lama sudah saya tinggalkan blog ini. Semalam paper terakhir saya selesai. Moga-moga ada sesuatu yang terbaik di sana. Doakan saya teman-teman.
Hari ini saya ke Universiti untuk dapatkan 'tasdiq'. Visa saya tamat hari ini. Mulai esok saya adalah pendatang asing di Bumi Mesir ini. Pendatang Asing Tanpa Izin [PATI].hahahaha3x
Walaupun nampak sempoi je kertas separuh keping ni,tapi inilah yang sangat penting untuk meneruskan kelansungan hidup dan kebebasan saya disini.
Saya gembira kerana urusan hari ini tidak sesukar seperti sediakala. Ustaz Mamduh cukup mudah untuk berurusan berbanding Syaaban tahun lalu yang banyak 'songe'(kata orang Terengganu)
Pejabat Hal Ehwal pelajar yang macam tempat kitar semula kertas..haha.. Tapi inilah tempat yang berjasa pada kami.
Tidak ada apa yang menarik untuk tulisan kali ini. Just untuk menaik taraf blog ini dari tak aktif kepada blog aktif..(kononlah)huhu... Tulisan kali ini saya rasa macam bosan je sebab saya sendiri yang bosan sekarang. Ntahlah.
Sesuatu yang luar biasa. Bas hari ini tidak 'sesardin' macam selalu.
Sempat juga pergi ke Husin n Makam Saidina Husin, cucu Rasulullah
Kitaorang lunch kat belakang Masjid Husin. Time musim sejuk ni asyik nak makan je. Tapi apesal sorang tu x de kapala???
Pulang saya selepas itu meneruskan 'Aku Terima Nikahnya' - Saiful Islam.
Buku istimewa khas dari Malaysia
Satu fakta yang perlu anda tahu : Saya adalah peminat SaifulIslam.com..huhu
Hari-hari yang mendatang bagi saya sekarang adalah hari-hari ujian. Hari ini selesai satu kertas “Qodoya Fiqhhiyyah Muasarah”.
Hanya Alhamdulillah dan InsyaAllah yang mampu diucapkan untuk kelangsungan pada sebuah tawakkal.
Seorang teman memberi cadangan kepada saya untuk ‘test’ supaya tidak membaca sepanjang exam ini selepas melihat seorang sahabatnya yang hanya ‘santai bersahaja’ menghadapi peperiksaan.
Saya kata ini ‘something wrong’
Beliau membalas, apakah tidak yakin pada Allah???
Apa jawapan anda???
ANTARA YAKIN DAN PERCAYA
Pada saya, yakin itu pada percaya. Pada percaya itu membangkitkan keyakinan. Keyakinan dan kepercayaan ini membuahkan pengharapan. Percaya pada Allah itulah segala-galanya.
Saya teringat juga pada kata-kata abuya semasa zaman sekolah dahulu, beliau mengatakan usaha itu WAJIB tapi ia tidak memberi apa-apa bekas/ kesan pon terhadap natijah kita nanti.
Keyakinan dan percaya itu membuatkan Harry Potter mempunyai kekuatan luar biasa
Satu bidalan dan cerita yang dapat saya kaitkan tentang perihal yakin.
Pada suatu hari, penduduk sebuah kampung telah memutuskan untuk membuat solat hajat setelah kampung mereka mengalami kemarau yang amat panjang. Pada hari tersebut, semua orang kampung datang tetapi terdapat seorang kanak-kanak datang membawa payung.
Itu maknanya keyakinan
Apabila seorang ayah melambungkan bayinya ke udara, bayi itu ketawa riang kerana dia amat tahu bahawa kita akan menyambutnya dengan penuh lembut dan kasih sayang.
Itu maknanya kepercayaan
Tiap-tiap malam sebelum tidur, kita amat tidak pasti apakah yang akan berlaku selepas ini. Masih adakah lagi umur kita??? Masih bertenagakah lagi kita??? Tetapi ia tidak menghalang kita daripada membuat perancangan.
Itu maknanya harapan.
Oleh itu, kita hendaklah sentiasa mempunyai keyakinan, memberikan kepercayaan dan jangan sekali-kali putus harapan……..
Waktu-waktu yang mengiringi hidup saya kadang-kadang perlu untuk sepi seketika. Tidak ingin disibukkan malah benci juga untuk mendengar 'rengit' manusia.
Tapi bukan bermaksud saya suka kepada kesepian. Malah saya juga suka kepada kesibukkan yang bermanfaat. Malah atas dasar itulah saya menerima pencalonan jawatan EXCO walhal dalam masa yang sama saya menolaknnya dan telah pon menghantar surat penolakkan jawatan EXCO tersebut.
Saya pro dan kontra antara keduanya.Fuhh!!!
WAKTU-WAKTU BEREHAT
Musim imtihan tiba lagi. Waktu-waktu ini saya merasakan perlunya saya 'bercuti' dari dunia blogger buat seketika. Tgidham corner akan usang kembali. Lagipun sebelum ini dunia blogger saya hanya pada KPTONLINE.
Tambahan pula semakin banyak blog-blog yang tumbuh disana-sini dan mula memuncup di Kompleks Terengganu ini.hahaha
Biarlah mereka pula yang mengantikan blog-blog usang ini.huhu
Saya akan memulakan exam saya 10 Januari ini. Pada semester pertama ini kelima-lima subjeknya amat membunuh...fuhh!!!
Saya rasakan seolah-olah tahun ini tawakkal saya 'terlebih' berbanding usaha..hahaha..
Entahlah,bila lagi saya akan bersungguh-sungguh seperti dulu. Aktif berpersatuan bukan sebab kepada kelesuan tapi mungkin kerana manusia di sekeliling saya yang 'amat membosankan' dan 'melugakan' yang membuatkan hati saya sering sumpah seranah.
Teman-teman..... Doakan saya... Teman-teman..... Doakan saya... Teman-teman..... Doakan saya... Doakan saya berjaya cemerlang dalam exam tahun ini. Berjaya naik tahun lagi.
Namun saya masih ada 2 kerja yang tertangguh yang perlu diselesaikan SEGERA tatkala musim peperiksaan ini. Katanya untuk mengambil peluang.
Jadi, nampaknya tiada istilah berehat dalam hidup saya..lalalala.....
"Spongebob adalah tokoh pekerja di bikini bottom. Pada Spongebob tiada kerehatan. Sentiasa bekerja untuk Encik Crab dan mengembirakan teman-temannya Patrick,Squicward n Cindy si tupai"
Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam.Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.
Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan.Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil.
Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.
Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini.Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri.
Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil.
Nah...naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya. Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah.
Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identity dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi.
Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Justeru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.
Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat. Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar.
Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka dan patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas. Itulah rahsia kejayaan anda.
Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima-limanya itu Renung dan fikir dalam-dalam.
TEMAN tapi mesra. Ungkapan terbabit sering kedengaran di bibir anak muda, tetapi kadangkala mengelirukan bagi sesetengah pihak, namun yang pasti ia merujuk kepada perhubungan antara lelaki dan perempuan.
Berkawan tidak salah, bahkan digalakkan kerana ia selaras dengan fitrah dan membawa banyak manfaat sehinggakan dapat membuatkan hidup lebih ceria.
Cuma, berwaspada apabila kawan lebih daripada had, terlalu rapat dan intim, malah sanggup mengorbankan harga diri. Justeru, Islam menasihati umatnya sentiasa memelihara kesopanan dan tata cara sepanjang masa, terutama apabila bersosial dan berkawan, supaya kebaikan terjaga.
Ulama tersohor, Sheikh Yusuf Al-Qaradawi, berkata hubungan di antara lelaki dan wanita tidak ditolak secara keseluruhan.
Bagaimanapun, beliau menggariskan beberapa syarat hubungan di antara kedua-dua jantina terbabit, dengan saling merendahkan pandangan dan memastikan tiada pandangan yang disusuli nafsu.
Menurutnya, wanita Islam juga patut prihatin terhadap kod pakaian Islam, yang menutupi seluruh badan, tidak ketat dan menggambarkan bentuk badan.
"Akhlak yang umum sepatutnya diamalkan. Dalam perkataan lain, seorang wanita sepatutnya serius dalam ucapan dan tertib cara berjalan dan melawan godaan syaitan. Tiada wangian dipakai dari rumah."
Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: "Mana-mana wanita yang memakai wangian dan kemudian berjalan melalui sekumpulan lelaki dan mereka mencium wangian itu, dia adalah penzina."
Al-Qaradawi juga berkata, lelaki dan wanita (bukan mahram) tidak dibenarkan bersama di satu tempat yang tiada lelaki lain.
Bagaimanapun, perkembangan mutakhir mendapati fenomena memiliki teman istimewa kian menjadi-jadi, seolah-olah ia suatu kebiasaan.
Bagaimanpun, apabila teman terbabit berkelakuan di luar jangkaan, timbullah keburukan, malah bagi pelajar prestasi pelajaran merosot, selera makan menurun, bahkan untuk hidup pun tidak bersemangat.
Bekas Presiden Masyarakat Islam Amerika Utara (ISNA), Dr Muzammil Siddiqi, berkata Muslim memang sepatutnya mempunyai hubungan yang baik dengan semua orang, lelaki dan wanita, di sekolah, tempat kerja dan kawasan kejiranan.
"Tetapi Islam tidak membenarkan mengambil orang bukan mahram sebagai kawan rapat kerana hubungan seperti itu kerap membawa perkara haram.
"Ini memungkinkan mereka melakukan dosa atau menghabiskan banyak masa bersama," katanya sambil mengemukakan ayat 25 Surah an-Nisa sebagai satu hujah atas dakwaan berkenaan.
Perhubungan intim yang membawa kepada pertemuan sosial atau 'dating' boleh mengundang pelbagai mala petaka, seperti rogol, pembunuhan dan persundalan.
Fenomena itu mula bercambah ketika muzik Barat mula memekik dari kereta dan pasangan muda berpegangan tangan di kafeteria. Malah, seks sebelum perkahwinan menjadi suatu fenomena yang semakin menjadi-jadi sejak era revolusi seks 1960-an.
Jurnal Persatuan Perubatan Amerika ada melaporkan, peningkatan bilangan gadis mengadakan pertemuan sosial, berisiko berdepan dengan kekejaman, hamil, penderaan, bahaya tingkah laku seksual dan membahayakan diri.
Berikutan itu, ramai di kalangan gadis menderita secara senyap, tidak memberitahu sesiapa kerana takut atau malu.
Walaupun sesetengah mereka cuba memilih untuk bersuara bagi mendapatkan pembelaan, ia hanya membabitkan sebilangan kes tertentu.
Hari ini, bukan sedikit anak muda yang berada dalam keadaan mengelirukan dan keterpaksaan, bersama masa depan yang kabur selepas terjebak dalam perhubungan intim dengan pasangan masing-masing. Oleh itu Islam menasihati umatnya berwaspada apabila bersosial dan jangan sampai merugikan diri dan keluarga.
Hakikatnya berkawan tidak salah tetapi jika melanggar nilai agama lebih-lebih lagi bertemu dan berdua-duaan, ia dilarang sama sekali.
Sheikh Ahmad Kutty, dari Institut Islam Toronto, Kanada, berkata pertemuan sosial tentu tidak dibenarkan.
Menurutnya, Islam melarang umatnya berdua-duaan dengan pasangan berlainan jantina kecuali hubungan persaudaraan atau perkahwinan.
"Tidak dibenarkan menurut kehendak nafsu secara bebas, bergaul sembarangan dan bercampur dengan kawan berlainan jantina," katanya.
Nabi Muhammad s.a.w menegaskan: "Apabila seorang lelaki dan wanita duduk bersama mereka ditemani teman ketiga (yang membisikkan kejahatan kepada mereka)."
Katanya, Allah memerintahkan kita bukan saja menahan diri daripada zina tetapi menjauhi daripadanya.
"Menurut hukum ahli fiqah, perkara yang membawa kepada haram juga diputuskan haram. Justeru, apabila pertemuan sosial itu membawa kepada dosa, ia diputuskan haram.
"Jika untuk mengetahui wanita terbabit bagi tujuan perkahwinan, ia dibenarkan tetapi tertakluk kepada etika Islam," katanya.
Nikmat-nikmat yang melingkungi kita hanyalah 1% sahaja daripada nikmat-nikmat yang ALLAH kurniakan kepada hamba-hambanya di dunia ini.
Baki 99% lagi nikmat-nikmat lain ALLAH TAALA akan memperuntukkan untuk dibahagikan dan dikurniakan di akhirat nanti.
Namun bagi yang berfikir, 1% nikmat di dunia itu sudah cukup besar untuk dirasai apatah lagi 99% nikmat yang bakal menanti... Ooohh, sungguh tidak terduga.
Beberapa hari lalu, saya menerima 2 bungkusan dari Malaysia..huhu.. Gumbiranya.
Saya menerima sepasang baju melayu lengkap siap bersampin lagi dari keluarga di Malaysia. Baju ini sangat istimewa bagi saya kerana ianya dijahit sendiri oleh mak saya.. Kesemua baju 'rasmi' saya adalah hasil tangan kasih sayang mak saya sendiri..huhu..Tengkiu my mother.
Saya mula meminati baju melayu ini setelah membaca novel Faisal Tehrani, Manikam Kalbu. Novel ini membangkitkan semangat saya terhadap pengamalan fesyen yang dicipta dan ditinggalkan melalui sejarah.
Novel ini sangat baik untuk membaca sejarah lampau dan peranan besar ulama dalam mengenalkan fesyen dan membudayakannya dalam masyarakat melayu.. Bagus juga jika untuk mengembalikan budaya melayu yang semakin hapus ditelan usia. Insyaalah novel ini bebas dari unsur syiah..ngeh6x..Sepasang baju melayu ini adalah nikmat ijaad(نعمة الإيجاد) dan nikmat imdaad (نعمة الإمداد)buat saya
Saya harus menjaganya dengan baik walaupun sepasang baju melayu dahulu masih lagi elok supaya nikmat imdaad ini berterusan selamanya..
" Nikmat Allah yang manakah yang kamu dustakan???"
P/s :- Spongebob suka baju warna cerah n ceria...hu..hu.
Setelah saya meneliti kitab “Taalim Muta’lim ala Thoriq Taa’lum”, banyak sebenarnya larangan-laranganorang tua-tua dahulu yangbertepatan dengan apa yang diajarkan oleh para ulama silam. Larangan datuk nenek kita dahulu sebenarnya mempunyai nas dan bukannya satu perkara yang direka-reka dalam adat dan tatacara melayu.
Mereka berpegang teguh dengan apa yang ‘tok guru’ ajarkan kepada mereka dalam setiap pengamalan seterusnya membentuk menjadi satu budaya dalam masyarakat.
Walaupun nampak remeh, namun itu yang menjadi penghalang kepada nilai sebuah keberkatan seperti mana keluhan Syeikh Zarnuji di awal muqaddimahnya di dalam kitabnya ini.
“Sesungguhnya aku telah melihat ramai pelajar di zamanku yang bersungguh-sungguh menuntut ilmu tetapi GAGAL mencapai manfaat dan hasil sepenuhnya dalam mengamalkan ilmu dan menyebarkannnya. Kegagalan mereka berpunca daripada tersalah jalan dan meninggalkan syarat-syaratnya”
Untuk tulisan saya kali ini,saya memetik satu bab yang menarik dalam kitab ini yang sedikit sebanyak berkaitan dengan pantang larang datuk nenek n mak ayah saya dahulu sampai sekarang..hu..hu..
PERKARA YANG MENGHALANG REZEKI & MEMBAWA KEPAPAAN
1-Berbuat dosa adalah punca utama terhalang rezeki.
2-Menipu kerana ia mewarisi kefakiran.
3-Tidur di waktu Subuh.
4-Terlalu banyak tidur membawa kepada kepapaan.
5-Tidur bertelanjang.
6-Buang air bertelanjang.
7-Makan dengan keadaan cekak pinggang.
8-Makan sambil bertebelakang atas lambung.
9-Makan dalam keadaan berjunub.
10-Cuai dengan tumpahan hidangan.
11-Masak/Bakar kulit bawang besar & kulit bawang putih sekali.
12-Menyapu rumah dengan kain.
13-Menyapu rumah pada waktu malam.
14-Meninggalkan sampah dalam rumah.
15-Berjalan/melintas di depan guru/ orang-orang tua.
16-Memanggil kedua ibu bapa dengan namanya.
17-Mencungkil gigi dengan kayu/benda yang terjumpa.
18-Membasuh/celup tangan dengan tanah dan debu.
19-Duduk atas tangga.
20-Menyandar di daun pintu.
21-Berwuduk di tandas.
22-Menjahit pakaian di badannya.
23-Mengelap/mengeringkan muka dengan pakaian.
24-Membiarkan sarang labah-labah di rumah.
25-Mempermudah-mudahkan sembahyang.
26-Mempercepat keluar masjid selepas sembahyang subuh.
27-Berpagi-pagi pergi ke pasar.
28-Melambat-lambat pulang dari pasar.
29-Membeli cebisan2 roti daripada orang papa yang meminta-minta.
30-Mendoakan kecelakaan terhadap anak.
31-Tidak menudung/menutup bekas air.
32-Memadam pelita dengan hembusan nafas.
33-Menulis dengan pen yang pecah yang diikat.
34-Sikat rambut dengan sikat yang pecah/patah.
35-Meninggalkan doa kebaikkan untuk ibu bapa.
36-Melilit serban sambil duduk.
37-Memakai seluar sambil berdiri.
38-Bakhil.
39-Sempit dalam berbelanja. (Kedekut&Terlebih bakhil).
40-Membazir & Boros.
41-Malas.
42-Berlengah-lengah.
43-Mempermudah-mudahkan/berlambat-lambat dalam urusan.
·Tulisan yang diboldkan adalah ‘athar’ daripada sahabat Nabi Sallahualaihiwassalam.
Itu yang dapat saya rasa tatkala selesai membaca novel ini pagi tadi. Sesuatu yang agak menarik untuk dipelajari walaupun sudah bergelar pelajar atau taraf lebih tinggi dari itu.
Saya cukup sedih membaca novel ini di awal babak penceritaan. Ada sesuatu yang menyentuh hati untuk kita lebih menghargai apa yang ada disekeliling kita.
Belajar untuk menghargai suasana dan orang di sekeliling kita.
Belajar untuk menjatuhkan ego tatkala tinggi.
Belajar untuk redha tatkala sedikit.
Belajar untuk tidak jadi "KERA SUMBANG" tatkala diri berasa sedap.
Belajar untuk pandai menghormati orang lain tatkala mulia.
Segala-galanya perlu kepada belajar.
Jadi, pakat-pakat bacalah novel ni...kui3x. (Rugi kalau x baca) Sape2 yang dah baca novel ni, boleh hantar komen kat saya..huhuhu... ( Kak Fatimah Syarha adalah senior saya sewaktu di Sek. Men dahulu.hu..hu )
tgidham mendapat semangat & keyakinan dari novel ini..hu..hu
Pernah atau tidak anda merasai kebahagiaan dan ketenangan dalam hidup???
Manusia sememangnya sangat mengimpikan satu kebahgiaan bagi memberi ketenangan dalam kehidupan mereka. Namun dimanakah lubuk kebahagiaan dan ketenangan itu???
Sepanjang penelitian saya,salah satu perkara yang menyumbang kepada keselesaan jiwa dan ketenangan hati adalah pada pengamatan nilai dan sikap ukhuwwah atau hubungan insani sesama manusia.
Ukhuwwah menggambarkan satu tali perhubungan yang utuh serta hubungan yang rapat lagi mesra antara dua pihak.
Namun begitu,ukhuwwah sekadar manis pada teori,tetapi pahit pada pelaksanaannya. Mudah dibayangkan,tetapi sukar diamalkan. Kita semua ingin menikmatinya,namun tak punya kuasa mengenggamnya.Akhirnya menjadi omong-omong kosong atas nama ukhuwwah.
Atas dasar itulah, Imam As-Syahid Hassan Al-Banna telah menyusun satu doa tatkala selesai berusrah dengan doa
“اللهم انك تعلم ان هذه القلوب قد اجتمعت علي محبتك” “Ya Allah,engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu”
UKHUWWAH MENGUNDANG JAUH
Maimun Bin Mahram berkata: “ Sesiapa yang ingin mendapatkan nikmat ukhuwwah tetapi tidak suka memberi keutamaan dan jasa baiknya, maka carilah teman dari ahli kubur yang sudah mati”
Begitulah keadaan orang mukmin yang berlaku pada hari ini. Mahukan nikmat ukhuwwah,namun sumbangan kearah itu hampehh semuanya..
Kesannnya,ukhuwwah itu mengundang jauh.
Dan semakin menjauh.. Sedangkan binatang mampu berukhuwwah mesra,patah lagi manusia
Akhirnya ukhuwwah itu pupus dan hanya menjadi ayat-ayat sejarah di dalam kitab. Anak-anak kita yang terkemudian hanya memenuhi otak dengan seribu persoalan apakah itu ukhuwwah dan bagaimanakah perlaksanaanya kerana tiada teori dan praktikal di situ.
TINGKATAN UKHUWWAH
Imam Al-Ghazali berkata: “Jika engkau tidak menemukan dalam dirimu salah satu daripada tingkatan yang tiga terhadap saudaramu,nescaya ketahuilah bahawa sesungguhnya tali persaudaraan belum lagi meresap dalam jiwa dan hatimu. Yang berlaku antara kamu adalah pergaulan zahir sahaja yang tidak berbekas pada akal dan agama” Kenangan lalu amat mudah diputar kembali...
Apakah tingkatan yang tiga itu???
PERTAMA: Tingkatan ukhuwwah yang paling rendah Kita penuhi dahulu segala keperluan kita dengan harta kita.Apabila masih ada lebih,maka bakinya itu adalah hak saudara kita. Segera memberinya sebelum ia meminta. Bila ia meminta,itu tanda kurangnya perhatian kita dalam memenuhi hak ukhuwwah.
KEDUA: Tingkatan Pertengahan Meletakkan saudara kita sebagaimana diri kita sendiri. Kita libatkan dan ikutsertakan saudara kita dalam mengaturkan seluruh harta perbendaharaan yang kita miliki seakan-akan ia memiliki sebahagian daripada harta tersebut.
Tingkatan ini selari dengan Hadis Rasulullah Sallallah Alaihi Wassalam:-
“ Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga ia mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri”
Menurut Hasan Al-Basri,bagaikan orang yang memotong dua kain sarungnya untuk diberikan separuh kepada saudaranya.
KETIGA: Tingkatan Paling Utama -‘ITHAR’-
Meletakkan saudara kita melebihi diri kita sendiri. Dalam mengatur keperluan harta,kita mengutamakan keperluan saudara kita dahulu,kemudian barulah menyelesaikan keperluan kita.
Inilah hasil tarbiyyah agung Rasulullah kepada para sahabat misalnya kisah sahabat yang sanggup mendahulukan keperluan air kepada sahabat lain ketika selesai Perang Mu’tah yang mengakibatkan ketiga-tiga sahabat syahid.
Dalam kisah lain Abu Hurairah ra. menceritakan, seorang lelaki menghadap Rasulullah Sallahu Alaihi Wa Sallam seraya berkata: "Saya sangat susah untuk dapat makan" Rasulullah pun bertanya kepada para sahabat: "Siapa yang mahu menerima tetamu hari ini?" Seorang sahabat ansar pun berdiri: "Saya, ya Rasulullah!"
Ia pun pulang menjumpai isterinya dan berkata: "Adakah masih tersedia makanan?" Isterinya menjawab: "Ada, tetapi ini bahagian anak-anak kita malam ini"
Si suami memberi tunjuk ajar: "Ajak anak-anak bermain. Bila mereka minta makan, tidurkan segera. Nanti ketika tetamu kita masuk,matikan lampu dan berbuatlah seolah-olah kita makan bersamanya."
Mereka pun duduk dan si tetamu makan dengan seleranya, sementara keluarga anshar tersebut menahan lapar malam itu. Paginya, Rasulullah saw. berkata: "Luar biasa kalian dalam memuliakan tetamu"
KENAPA SAYA MENULIS ENTRY INI?
Bak kata Nabil Raja Lawak, “Lu Pikir sendirilahh beb.......”
Apa guna ilmu jika tiada penghayatan dalam diri??? Ia tetap berkarat jika tidak digunakan. Jangan merasakan diri kita terlalu best dan sempurna... Macam sedap ngat...ngeh6x Kenangan pada nilai sebuah ukhuwwah