PERIHAL MASA

. 24 Mac 2011
2 comments

Masa yang kita ada di dunia ini hanyalah 24 jam sehari. Tidak pernah berubah sejak dahulu. Namun, masa yang sama ini membawa kepada senario yang berbeza mengikut situasi yang berbeza.

1- Kalau Bosan = Satu jam bagaikan sehari.
2- Kalau Rindu = Satu hari bagaikan setahun
3- Kalau Teruja = Sehari bagaikan seminit
4- Kalau Terseksa = Sesaat bagaikan berbulan-bulan
5- Kalau Menunggu = Seminit bagaikan sejam

Begitulah situasinya ketika di dunia. Di Alam Mahsyar kelak, suasananya juga tidak jauh berbeza.

Kepada golongan beriman, ribuan tahun di Mahsyar akan terasa sekejap sahaja dan beberapa detik sahaja.

Tetapi, bagi golongan yang engkar dan kufur, satu saat pun terasa tersangat lama bahkan ada yang menggesa supaya dimasukkan sahaja dirinya ke neraka kerana tidak tahan dengan azab seksaan pada ketika itu.

Walhal, mereka tidak pernah tahu bahawa seksaan di neraka tidak dapat dibandingkan dengan azab seksaan ketika di Padang Mahsyar...

Selamat beramal untuk masa yang berkualiti...:)

post signature

ISLAM & ALAM SALING BERKAITAN

. 15 Mac 2011
0 comments

Islam merupakan satu-satunya agama di dunia ini yang mempunyai kaitan yang rapat dengan alam. Salah satu contoh yang jelas ialah berkaitan dengan ibadah sembahyang.

Cuba anda perhatikan bagaimana waktu sembahyang itu sendiri berkaitan dengan matahari. Manakala ibadah puasa pula berkait dengan matahari dan bulan.

Dan anda pasti kagum apabila mengetahui bahawa:-

1- Azan berkumandang tidak putus-putus di seluruh dunia pada setiap saat, sambung menyambung antara satu tempat ke satu tempat yang lain sehinggalah ke hari kiamat.

2- Pada setiap saat, Umat Islam sentiasa menunaikan ibadah sembahyang sejak dari dahulu sampai sekarang hinggalah ke hari kiamat.

3- Seluruh Umat Islam menunaikan solat mengadap kepada suatu arah iaitu Kaabah tidak kira di mana mereka berada.

Maha Suci Allah...

post signature

MENJANA POTENSI DIRI

.
0 comments

"Kita semua mempunyai kebolehan. Yang membezakannya ialah bagaimana kita menggunakannya" - Stevie Wonder

Itulah kata-kata seorang penyanyi buta yang terkenal di seluruh dunia. Stevie Wonder. Jualan albumnya pada masa sekarang sudah melebihi 100 juta unit.

Sekarang cuba perhatikan diri anda. Tanya diri sendiri apakah kebolehan aku? Cuba cari satu keunikan dalam diri sendiri. Pasti ada!.

Mustahil kalau anda kata anda tak punyai apa-apa kebolehan. Katakan anda sudah berfikir beratus kali tapi memang sah anda tak punyai apa-apa kebolehan, cuma tahu makan, minum, bercakap, tidur dan bermain. Itu sahaja.

Cuba semak kembali. Dan ya!!! Anda mampu bercakap.

Kerana anda tidak bisu. Apa kata anda gilapkan percakapan anda supaya lebih bermakna.

Cuba kita lihat senario berikut:-

1- Jika anda menjadi manusia biasa yang menganggur ... dan bila anda bercakap, anda tak dapat apa-apa.. RM0.00.

2- Jika anda bekerja, anda bercakap bilamana berurusan dengan pelanggan ... anda dibayar RM800.00 sebulan.

3- Anda menyambung pelajaran... dan dapat kerja yang lebih baik... anda bercakap apabila berurusan dengan pelanggan, anda dibayar gaji RM3,000.00 sebulan.

4- Anda berhenti kerja dan menubuhkan syarikat perundingan. Anda perlu bercakap dengan pelanggan anda dan anda mendapat RM30,000.00 sebulan.

5- Anda mulai menjadi terkenal dan dijemput mengadakan ceramah. Anda bercakap... Anda dibayar RM10,000.00 sejam

Nampak!!! Anda hanya menggunakan kemahiran anda berkomunikasi. Anda bercakap benda yang sama pada setiap masa tentang bidang yang anda mahir.

Semakin lama, anda akan menjadi semakin mahir tentang sesuatu perkara dan semakin tinggi nilai ilmu anda. Tetapi ingat, anda mestilah kreatif dalam selok belok perniagaan.

Banyakkan membaca kerana kebanyakan orang, malas hendak membaca tetapi mereka lebih berminat untuk mengetahui apakah intipati ilmu yang ada di dalam dada penceramah dengan menghadiri sesi tersebut.

Mereka tidak perlu membaca berpuluh-puluh buku. Memadai anda sahaja yang memberitahu mereka.

Sebagai balasannya, sudah tentu anda mendapat wang yang banyak daripada mereka.

Bagaimana? Sekarang jelas? Nampaknya tidaklah susah sangat untuk mendapatkan wang sebenarnya. Ramai yang sudah menjadi jutawan dengan hanya membaca dan menggunakan air liur sahaja...~~~

Jom terokai potensi diri...

Kredit : Fikir & Renung.

post signature

INSPIRASI SEMUT

. 13 Mac 2011
0 comments

Kita seringkali terdengar perumpamaan rajin seperti semut tetapi tahukah kita kenapa wujud perumpamaan sedemikian? Mungkinkah ada perumpamaan lain yang juga sesuai untuk semut?

Semut, makhluk Allah yang kecil, tetapi kecilnya seperti cili padi, pedas dan confirm berasap? kenapa ya?

Kalau kita perhatikan semut, semut akan selalu berusaha secara berulang-ulang dan terus menerus sehingga ia berjaya mencapai matlamat yang digenggam.

Analogi yang diberikan cukup mudah. Bayangkan kalau ada cebisan makanan di lantai, dan cebisan itu saiznya jauh lebih besar daripada si semut, tetapi pernahkah nampak semut tidak mengerumuni cebisan makanan itu? Tidak bukan? Semut akan berusaha mengangkut cebisan makanan itu ke sarangnya sedikit demi sedikit sehinggalah habis.

Andai dalam perjalanan mengangkut cebisan makanan itu terhalang, semut akan berusaha sedaya upaya dan memilih jalan yang lain mungkin ke kiri dan mungkin juga ke kanan sehinggalah matlamatnya untuk mengangkut cebisan makanan tersebut ke sarangnya tercapai.

Kadang-kadang jalan yang dilalui si semut itu terhalang dek air, maka ia bersama kawan-kawannya saling berkerja sama membuat jambatan. Jika semut-semut yang lain sudah menyeberang, maka semut-semut yang membentuk jambatan akan merapat ke tepi.

SubhanAllah, Indahnya ciptaan illahi :)

Hakikatnya, semut mempunyai kekuatan yang luar biasa dalam mewujudkan tekadnya untuk meraih apa yang diinginkan malahan ia tidak pernah kenal erti penat mahu pun lelah.

Sebagai perkongsian cerita, pada suatu masa dahulu ada seorang arab badwi pergi merantau kerana sesuatu keperluan. Dia merasa sangat letih dan penat serta berputus asa. Maka ia terduduk dan berfikir untuk kembali lagi. Kemudian dia melihat seekor semut yang merangkak naik ke atas batu besar, namun semut tersebut jatuh dan semut itu terus merangkak naik lagi ke atas batu besar itu berulang-ulang kali.

Setelah mencuba, akhirnya semut itu berjaya menaiki batu besar itu . Melihatkan situasi tersebut, si arab badwi itu berkata " Saya sepatutnya bersabar dan berusaha keras lebih daripada semut tersebut."

Akhirnya si arab badwi itu meneruskan perjalanannya dan berjaya sampai ke tempat yang ditujunya dan dia berkata "Cari dan raih , jangan pernah berkeluh kesah dan bosan dari usaha meraih apa yang kamu inginkan. Kerana penyakit orang yang ingin mencari dan meraih sesuatu adalah bosan."

HEBAT SI KECIL BERNAMA SEMUT

Terdapat kajian yang dijalankan menunjukkan semut mengumpulkan makanannya dari musim panas sehinggalah ke musim sejuk. Oleh sebab semut tidak banyak keluar pada musim sejuk, maka makanan yang telah dikumpul hanya di makan apabila tiba musim sejuk ini.

Cara semut untuk memastikan makanan yang disimpan itu kekal elok, maka dengan kuasa illahi semut tersebut akan membelah ditengah biji bijian itu di tengah bagi memastikan makanan itu tahan lama.

Semut mempunyai sifat cekal dan kesabaran yang tinggi malahan kita wajar mengambil iktibar darinya. Malah seandainya anda meletakkan sebuah batu ditengah-tengah jalan yang digunakan oleh kawanan semut, mereka tidak berundur sebaliknya mencari jalan lain dan berusaha sehingga matlamat itu tercapai.

Kalau dulu, saya hanya percaya perlu rajin seperti semut, tetapi kini saya percaya perlu gigih dan cekal seperti semut.

Kredit : iluvislam.com
post signature

Related Posts with Thumbnails
    follow me on Twitter