PILIHANRAYA

. 26 Mei 2014
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks


Esok Pilihanraya Presiden Kudeta.

Pilihanraya sandiwara. Masakan tidak. Hanya dua orang calon yang bertanding. Kedua-dua ini pula dari rumpun yang sama.

Semalam saya keluar makan Broast Deek di Medan Geish. Disana ada dibuat kempen menyokong Sisi. Tak ramai pun. Nampak meriah sebab pasang lagu dengan speaker box besar sahaja pun.

Perayu undi pula dilihat sangat buruk rupanya. Bukan buruk rupa yang hakiki. Tapi buruk perangai dan cara. Tak padan dengan perempuan.

Mesir memang terkenal dengan manusia yang kurang akhlak.

Suka marah-marah. Panas baran. Tidak sabar. Suka berbalah.

Tak ada akhlak. Tak ada adab.

Kencing merata-rata. Dinding-dinding adalah tandas mereka.

Pengotor. Makan berterabur. Kuca lana.

Kerja malas. Bertangguh-tangguh. Bukroh-Bukroh. Mulut dicerut rokok. Di tangan tak habis-habis dengan syai. Mulut laju. Kerja kaku.

Tapi itulah Mesir.

Bila saya melihat keadaan begini, saya mula terfikir. Mungkin inilah antara hikmah besar kenapa para nabi dilahirkan dan dibangkitkan dari kalangan bangsa arab. Memang kerana masyarakat arab adalah masyarakat yang teruk.

Hadirnya para rasul adalah untuk merubah masyarakat dan umat supaya menjadi manusia yang lebih bertamadun.

Namun semudah itukah untuk berubah?

GULING KUASA

Pada malam Dr Mursi digulingkan, tidak pernah saya rasa perasaan yang sangat luar biasa. Air mata mengalir tersendiri. PAS kalah di Malaysia pun tidak serasa perasaan sebegitu.

Ini mungkin kerana Islam mahu naik di Mesir adalah dengan penuh payah dan dengan masa yang panjang. Tak terkira sudah yang terkorban di jalan ini. Jatuh pula sekelip mata.

Kawasan tempat tinggal saya adalah kawasan kuat Mubarak dan Sisi. Bagaikan pesta pada malam itu. Meraikan sesuatu yang bakal mengelapkan dan meneruskan sisi hitam hidup mereka.

Lebih menyedihkan dan menguris, guru-guru saya di Masjid Al-Azhar memuat naik status pada malam itu mengucapkan kata-kata syukur dengan kejatuhan Mursi ini. Satu pembebasan dari cengkaman katanya. Sedih saya!!!

Pertembungan politik di Mesir adalah jelas. 

Islam vs sekular.

Usaha menjatuhkan Dr Mursi bermula sejak hari pertama Dr Mursi naik tangga kerusi Presiden. Kerana Dr Mursi adalah orang ikhwan. Orang Mesir arlegik Ikhwan. Apa yang ditakut pun saya tak tahu.

Satu masalah orang Mesir untuk berubah adalah jahil. Bodoh dan tak berilmu. Sudahlah jahil. Bodoh sombong pula. Kadar buta huruf di Mesir adalah tinggi. Memang ini adalah agenda dan cara pemerintah untuk mengekalkan kuasa.

Memang betul kata pengkaji. Semakin bodoh rakyat, semakin kekal berkuasa pemerintah.

Yang kedua suka ikut orang membabi buta dan taasub. Kadang-kadang apa yang dia buat, dia pun tak tahu. 

Yang ketiga duit dan roti. Kalau dapat duit 20 pound terasa besar amat. Dipeluk dan dicium ketat-ketat si pemberi. Dapat roti 4 keping terhutang budi amat. Macam boleh hidup 4 tahun dengan 4 keping roti itu.

Yang keempat orang mesir malas. Malas membaca dan mengkaji. Sewaktu Kerajaan Dr Mursi mengadakan referendum dan pungutan suara untuk perlembagaan baru Mesir, saya saja-saja membasa-basi bertanya orang mesir yang mengundi dan jiran-jiran tempatan tentang referendum dustur.

Ada yang undi 'Ya' untuk dustur.

Ada yang undi 'Tidak' untuk dustur.

Saya saja-saja tanya. Kenapa undi 'Tidak' pada dustur baru?

Mereka jawab, dustur baru adalah dustur Ikhwan. Ikhwan gila kuasa.

Kamu yang belajar di Azhar, nanti Azhar akan ditutup. Akan di'ikhwan'kan Universiti kamu itu.

Saya tanya balik, "Kamu dah baca ke dustur baru itu???"

Tak!!! Tak baca. Tak perlu baca pun.

Amboi!!! Sombong tahap gaban kuasa tiga. Tapi nampak jelas kebodohan disitu.

Padahal dokumen dustur baru itu diedar secara percuma sahaja untuk rakyat baca. Tapi tak baca juga. Akhirnya sentimen sahaja membabi buta.

Jadi harus bagaimana?


Saya sebagai orang asing pun sempat juga baca sekilas pandang tentang dustur itu. Mana ada ayat sepatah yang ikhwan nak menghancurkan Azhar? Malah lebih mengukuhkan institusi agung ini. Perkataan Syariah Islam juga termaktub di dalam dustur sebagai yang terutama.

Saya juga pelik dengan kenyataan seorang Ustaz Selebriti Malaysia yang menuduh Ikhwan ingin men'syiah'kan Azhar dan merosakkannya. Sumber apa yang dia baca???

Pelik saya.

IKHWAN PENGGANAS

Sepanjang saya berada di Mesir, saya ada kenalan rakan-rakan kuliah dari Ikhwan Muslimin.

Mereka orang yang berdisiplin. Berlemah lembut. Ada akhlak. Selalu duduk depan-depan dalam kuliah. Selalu tolong bantu orang wafidin. Bagi nota dan lain-lain.

Apa yang dituduh selalu bertentangan dengan realiti.

Saya pernah direzekikan untuk berpeluang Usrah dengan Usrah Ikhwan. Pernah bersama dengan PJF (Party Justice n Freedom). Sayap Ikhwan. Mereka tidak seperti apa yang digambarkan. Sangat berbeza perangai dan akhlak mereka dengan rakyat mesir yang kebanyakkan.

Kenapa jadi begini?

Saya dapat jawapan. Jawapannya hanya satu. Kerana mereka mahu bawa Islam. Menegakkan Syariat. Itu sahaja.

Mereka dituduh tanpa simpati.

Kaca dan permata sentiasa dikaburi pasca era zaman dajjal ini.

Peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Rabaah semasa bulan Puasa tahun lepas, saya juga sedikit pelik.

Ya. Disana penyokong Ikhwan dan Dr Mursi berkumpul.

Rabaah dengan tempat tinggal saya tidaklah jauh. Bunyi tembak-tembak memang jelas dengar. Mereka kata ikhwan yang berkumpul disana adalah pengganas.

Namun apa sebenarnya yang ada dalam kawasan Rabaah itu???

Dalam perkumpulan Rabaah itu seolah-olah Pesta 'Fun Fair'. Ada port-port tempat permainan untuk kanak-kanak. Ada gelungsur belon besar. Alah. Macam tempat Fun Fair yang selalu kita tengok tu.

Yang nampak ganas sedikit pun hanya satu sahaja. Main tembak-tembak pistol air untuk membasahkan baju. Maklumlah waktu itu musim panas. Ganas kan?

Diadakan pertandingan hafaz Al-Quran dalam khemah-khemah.

Kaum-kaum ibu pula dengan oven-oven dan tepung-tepung mereka membuat kuih raya.

Iftar bersama-sama. Sesiapa yang ada disana dapat makan free. Ada disediakan makanan secukupnya.

Khemah ini untuk orang dari mantiqah (kawasan) ini. Khemah itu, itu orang dari mantiqah itu.

Kemudian solat terawih bersama-sama. Qiamulail juga bersama-sama. Jemaah qiamulail yang besar. Payah nak himpun qiamulail macam ini.

Namun semua ini adalah pengganas.

Memang lara jiwa mendengarnya.

SETAHUN BERLALU

Esok pilihanraya. Semoga apa jua kekejaman yang telah berlaku, kembali kepada pemilik dan pelakunya.

Walaupun saya orang luar, saya juga tetap terkena tempias kezaliman dan kesusahan hidup di era fitnah firaun moden ini.

Inilah apa yang kita harus bayar untuk apa yang telah dilakukan.

Semoga bumi ini kembali damai di tangan-tangan orang yang amanah dan takutkan tuhan.

Selamat Mengundi. Eh silap!!! Jangan keluar mengundi...haha










| tgidham @ http://khairulidham.blogspot.com/ |
| Abbasiah | 260514 | 6.39 am |

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

semoga kemenangan brpihak kpd ikhwan..

Related Posts with Thumbnails
    follow me on Twitter