JARIKU JARIMU

. 25 Disember 2008
1 comments

Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima.
Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam.Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.

Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan.Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil.

Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini.Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri.

Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil.

Nah...naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya. Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah.

Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identity dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi.

Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Justeru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.
Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar.

Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka dan patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas. Itulah rahsia kejayaan anda.

Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima-limanya itu Renung dan fikir dalam-dalam.

Jadi, dimanakah anda sekarang???huhu...

TEMAN TAPI MESRA

.
0 comments

TEMAN tapi mesra. Ungkapan terbabit sering kedengaran di bibir anak muda, tetapi kadangkala mengelirukan bagi sesetengah pihak, namun yang pasti ia merujuk kepada perhubungan antara lelaki dan perempuan.

Berkawan tidak salah, bahkan digalakkan kerana ia selaras dengan fitrah dan membawa banyak manfaat sehinggakan dapat membuatkan hidup lebih ceria.

Cuma, berwaspada apabila kawan lebih daripada had, terlalu rapat dan intim, malah sanggup mengorbankan harga diri.
Justeru, Islam menasihati umatnya sentiasa memelihara kesopanan dan tata cara sepanjang masa, terutama apabila bersosial dan berkawan, supaya kebaikan terjaga.

Ulama tersohor, Sheikh Yusuf Al-Qaradawi, berkata hubungan di antara lelaki dan wanita tidak ditolak secara keseluruhan.

Bagaimanapun, beliau menggariskan beberapa syarat hubungan di antara kedua-dua jantina terbabit, dengan saling merendahkan pandangan dan memastikan tiada pandangan yang disusuli nafsu.

Menurutnya, wanita Islam juga patut prihatin terhadap kod pakaian Islam, yang menutupi seluruh badan, tidak ketat dan menggambarkan bentuk badan.

"Akhlak yang umum sepatutnya diamalkan. Dalam perkataan lain, seorang wanita sepatutnya serius dalam ucapan dan tertib cara berjalan dan melawan godaan syaitan. Tiada wangian dipakai dari rumah."

Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: "Mana-mana wanita yang memakai wangian dan kemudian berjalan melalui sekumpulan lelaki dan mereka mencium wangian itu, dia adalah penzina."

Al-Qaradawi juga berkata, lelaki dan wanita (bukan mahram) tidak dibenarkan bersama di satu tempat yang tiada lelaki lain.

Bagaimanapun, perkembangan mutakhir mendapati fenomena memiliki teman istimewa kian menjadi-jadi, seolah-olah ia suatu kebiasaan.

Bagaimanpun, apabila teman terbabit berkelakuan di luar jangkaan, timbullah keburukan, malah bagi pelajar prestasi pelajaran merosot, selera makan menurun, bahkan untuk hidup pun tidak bersemangat.

Bekas Presiden Masyarakat Islam Amerika Utara (ISNA), Dr Muzammil Siddiqi, berkata Muslim memang sepatutnya mempunyai hubungan yang baik dengan semua orang, lelaki dan wanita, di sekolah, tempat kerja dan kawasan kejiranan.

"Tetapi Islam tidak membenarkan mengambil orang bukan mahram sebagai kawan rapat kerana hubungan seperti itu kerap membawa perkara haram.

"Ini memungkinkan mereka melakukan dosa atau menghabiskan banyak masa bersama," katanya sambil mengemukakan ayat 25 Surah an-Nisa sebagai satu hujah atas dakwaan berkenaan.

Perhubungan intim yang membawa kepada pertemuan sosial atau 'dating' boleh mengundang pelbagai mala petaka, seperti rogol, pembunuhan dan persundalan.

Fenomena itu mula bercambah ketika muzik Barat mula memekik dari kereta dan pasangan muda berpegangan tangan di kafeteria. Malah, seks sebelum perkahwinan menjadi suatu fenomena yang semakin menjadi-jadi sejak era revolusi seks 1960-an.

Jurnal Persatuan Perubatan Amerika ada melaporkan, peningkatan bilangan gadis mengadakan pertemuan sosial, berisiko berdepan dengan kekejaman, hamil, penderaan, bahaya tingkah laku seksual dan membahayakan diri.

Berikutan itu, ramai di kalangan gadis menderita secara senyap, tidak memberitahu sesiapa kerana takut atau malu.

Walaupun sesetengah mereka cuba memilih untuk bersuara bagi mendapatkan pembelaan, ia hanya membabitkan sebilangan kes tertentu.

Hari ini, bukan sedikit anak muda yang berada dalam keadaan mengelirukan dan keterpaksaan, bersama masa depan yang kabur selepas terjebak dalam perhubungan intim dengan pasangan masing-masing.

Oleh itu Islam menasihati umatnya berwaspada apabila bersosial dan jangan sampai merugikan diri dan keluarga.

Hakikatnya berkawan tidak salah tetapi jika melanggar nilai agama lebih-lebih lagi bertemu dan berdua-duaan, ia dilarang sama sekali.

Sheikh Ahmad Kutty, dari Institut Islam Toronto, Kanada, berkata pertemuan sosial tentu tidak dibenarkan.

Menurutnya, Islam melarang umatnya berdua-duaan dengan pasangan berlainan jantina kecuali hubungan persaudaraan atau perkahwinan.

"Tidak dibenarkan menurut kehendak nafsu secara bebas, bergaul sembarangan dan bercampur dengan kawan berlainan jantina," katanya.

Nabi Muhammad s.a.w menegaskan: "Apabila seorang lelaki dan wanita duduk bersama mereka ditemani teman ketiga (yang membisikkan kejahatan kepada mereka)."

Katanya, Allah memerintahkan kita bukan saja menahan diri daripada zina tetapi menjauhi daripadanya.

"Menurut hukum ahli fiqah, perkara yang membawa kepada haram juga diputuskan haram. Justeru, apabila pertemuan sosial itu membawa kepada dosa, ia diputuskan haram.

"Jika untuk mengetahui wanita terbabit bagi tujuan perkahwinan, ia dibenarkan tetapi tertakluk kepada etika Islam," katanya.

DIPERBAHARUI NIKMAT

. 19 Disember 2008
2 comments

Nikmat-nikmat yang melingkungi kita hanyalah 1% sahaja daripada nikmat-nikmat yang ALLAH kurniakan kepada hamba-hambanya di dunia ini.

Baki 99% lagi nikmat-nikmat lain ALLAH TAALA akan memperuntukkan untuk dibahagikan dan dikurniakan di akhirat nanti.

Namun bagi yang berfikir, 1% nikmat di dunia itu sudah cukup besar untuk dirasai apatah lagi 99% nikmat yang bakal menanti... Ooohh, sungguh tidak terduga.

Beberapa hari lalu, saya menerima 2 bungkusan dari Malaysia..huhu.. Gumbiranya.

Saya menerima sepasang baju melayu lengkap siap bersampin lagi dari keluarga di Malaysia. Baju ini sangat istimewa bagi saya kerana ianya dijahit sendiri oleh mak saya.. Kesemua baju 'rasmi' saya adalah hasil tangan kasih sayang mak saya sendiri..huhu..Tengkiu my mother.

Saya mula meminati baju melayu ini setelah membaca novel Faisal Tehrani, Manikam Kalbu. Novel ini membangkitkan semangat saya terhadap pengamalan fesyen yang dicipta dan ditinggalkan melalui sejarah.

Novel ini sangat baik untuk membaca sejarah lampau dan peranan besar ulama dalam mengenalkan fesyen dan membudayakannya dalam masyarakat melayu.. Bagus juga jika untuk mengembalikan budaya melayu yang semakin hapus ditelan usia. Insyaalah novel ini bebas dari unsur syiah..ngeh6x..Sepasang baju melayu ini adalah nikmat ijaad(نعمة الإيجاد) dan nikmat imdaad (نعمة الإمداد)buat saya

Saya harus menjaganya dengan baik walaupun sepasang baju melayu dahulu masih lagi elok supaya nikmat imdaad ini berterusan selamanya..

" Nikmat Allah yang manakah yang kamu dustakan???"

P/s :- Spongebob suka baju warna cerah n ceria...hu..hu.

PANTANG LARANG ORANG TUA2???

. 01 Disember 2008
6 comments


Setelah saya meneliti kitab “Taalim Muta’lim ala Thoriq Taa’lum”, banyak sebenarnya larangan-larangan orang tua-tua dahulu yang bertepatan dengan apa yang diajarkan oleh para ulama silam. Larangan datuk nenek kita dahulu sebenarnya mempunyai nas dan bukannya satu perkara yang direka-reka dalam adat dan tatacara melayu.

Mereka berpegang teguh dengan apa yang ‘tok guru’ ajarkan kepada mereka dalam setiap pengamalan seterusnya membentuk menjadi satu budaya dalam masyarakat.

Walaupun nampak remeh, namun itu yang menjadi penghalang kepada nilai sebuah keberkatan seperti mana keluhan Syeikh Zarnuji di awal muqaddimahnya di dalam kitabnya ini.

“Sesungguhnya aku telah melihat ramai pelajar di zamanku yang bersungguh-sungguh menuntut ilmu tetapi GAGAL mencapai manfaat dan hasil sepenuhnya dalam mengamalkan ilmu dan menyebarkannnya. Kegagalan mereka berpunca daripada tersalah jalan dan meninggalkan syarat-syaratnya”

Untuk tulisan saya kali ini,saya memetik satu bab yang menarik dalam kitab ini yang sedikit sebanyak berkaitan dengan pantang larang datuk nenek n mak ayah saya dahulu sampai sekarang..hu..hu..

PERKARA YANG MENGHALANG REZEKI & MEMBAWA KEPAPAAN

1- Berbuat dosa adalah punca utama terhalang rezeki.

2- Menipu kerana ia mewarisi kefakiran.

3- Tidur di waktu Subuh.

4- Terlalu banyak tidur membawa kepada kepapaan.

5- Tidur bertelanjang.

6- Buang air bertelanjang.

7- Makan dengan keadaan cekak pinggang.

8- Makan sambil bertebelakang atas lambung.

9- Makan dalam keadaan berjunub.

10- Cuai dengan tumpahan hidangan.

11- Masak/Bakar kulit bawang besar & kulit bawang putih sekali.

12- Menyapu rumah dengan kain.

13- Menyapu rumah pada waktu malam.

14- Meninggalkan sampah dalam rumah.

15- Berjalan/melintas di depan guru/ orang-orang tua.

16- Memanggil kedua ibu bapa dengan namanya.

17- Mencungkil gigi dengan kayu/benda yang terjumpa.

18- Membasuh/celup tangan dengan tanah dan debu.

19- Duduk atas tangga.

20- Menyandar di daun pintu.

21- Berwuduk di tandas.

22- Menjahit pakaian di badannya.

23- Mengelap/mengeringkan muka dengan pakaian.

24- Membiarkan sarang labah-labah di rumah.

25- Mempermudah-mudahkan sembahyang.

26- Mempercepat keluar masjid selepas sembahyang subuh.

27- Berpagi-pagi pergi ke pasar.

28- Melambat-lambat pulang dari pasar.

29- Membeli cebisan2 roti daripada orang papa yang meminta-minta.

30- Mendoakan kecelakaan terhadap anak.

31- Tidak menudung/menutup bekas air.

32- Memadam pelita dengan hembusan nafas.

33- Menulis dengan pen yang pecah yang diikat.

34- Sikat rambut dengan sikat yang pecah/patah.

35- Meninggalkan doa kebaikkan untuk ibu bapa.

36- Melilit serban sambil duduk.

37- Memakai seluar sambil berdiri.

38- Bakhil.

39- Sempit dalam berbelanja. (Kedekut&Terlebih bakhil).

40- Membazir & Boros.

41- Malas.

42- Berlengah-lengah.

43- Mempermudah-mudahkan/berlambat-lambat dalam urusan.



· Tulisan yang diboldkan adalah ‘athar’ daripada sahabat Nabi Sallahualaihiwassalam.

· Boleh rujuk kembali Kitab ini dalam fasal ke-13

Related Posts with Thumbnails
    follow me on Twitter