HADAPI, HAYATI & NIKMATI

. 20 Mei 2011
0 comments



Hidup perlukan penggerak, dorongan dan kuasa untuk berubah.

Kuasa berubah itu adalah motivasi dan kesedaran diri.

Kuncinya pelbagai.

Hadapi!!!

Hayati!!!

Dan nikmati!!!

Allah jua sumber motivasi kita. Dia memberi perangsang agar kita selalu optimis menjalani kehidupan dan mendepani masalah.

Hayati video pendek ini untuk inspirasi ringan yang bermotivasi.

Semoga saya dan anda selalu optimis dan bermotivasi... =)

post signature

| tgidham @ http://khairulidham.blogspot.com/ |
| 60, Syuwesssry | 200511 | 3.20 pm |

JANGAN BERGANTUNG DENGAN AMALAN

.
0 comments



post signature

HAMM DAN HAZAN

. 12 Mei 2011
2 comments

Saya berasa Hamm sejak kebelakangan ini.

Sesak dada rasanya.

Hamm kepada dunia.

Hamm juga kepada akhirat.

Tak kurang juga rasa Hazan.

Tidak kira sama ada perasaan Hamm ataupun Hazan, kedua-dua situasi ini mengambarkan jiwa dan hati manusia yang tidak tenang. Ini perkara lumrah kehidupan untuk menguji tahap keimanan dan sifat ihsan dalam diri manusia.

Namun begitu, Muslim Super akan dapat mencari jalan keluar serta penyelesaian terbaik untuk mewujudkan ketenangan dan suasana bahagia dalam jiwa.

Dengan memahami apa itu Hamm dan Hazan, maka perkara ini akan dapat diatasi dengan sewajarnya.

APA ITU HAMM DAN HAZAN
Doa mathurat ini ada mengambarkan makna Hamm dan Hazan.

Dengan pengertian yang mudah, Hamm bermaksud gelisah. Manakala Hazan pula bermaksud sedih atau duka.

Dengan kata lain, doa yang diajarkan oleh Nabi SAW ini bukan semata-mata untuk mengelakkan rasa sedih atau rasa berduka, tetapi juga untuk membuang rasa gelisah dan gundah di dalam hati.

APA BEZA HAMM DAN HAZAN

Ulama Muda Eropah, Sheikh Hamza Yusuf ada mengungkaikan berkaitan dengan doa ini. Menurut beliau, Hamm adalah kebimbangan atau kegelisahan manusia tentang perkara-perkara yang akan berlaku pada masa hadapan.

Perkara yang tidak pasti lagi akan kesudahannya. Bimbang kalau jadi begitu dan kalau jadi begini.

Sementara Hazan pula adalah kesedihan terhadap perkara-perkara yang sudah pun berlaku pada masa-masa terdahulu.

Maka doa mathurat ini mengajar kita supaya memohon perlindungan daripada Allah Taala dalam perkara-perkara terdahulu dan dalam menghadapi perkara-perkara yang akan datang.

Perkara-perkara Hamm dan Hazan boleh saja berlaku dalam pelbagai situasi dan kondisi kehidupan kita. Antara contoh yang biasa dirasai :-

HAMM
- Takut gagal dalam kehidupan.
- Takut gagal dalam peperiksaan. Tak dapat Pointer tinggi di Universiti. Tak dapat 20 A1 dalam SPM.
- Risau tak cukup duit untuk perbelanjaan. Sara hidup anak isteri.
- Risau orang yang tersayang hilang.
- Risau tak bertemu jodoh lagi, sedang umur makin meningkat.
- Bimbang keselamatan anak yang bermusafir jauh.

HAZAN
- Sedih kerana tidak belajar bersungguh-sungguh. Kalau belajar bersungguh-sungguh, pasti ada peluang untuk BA Honest dan 20 A1 untuk SPM.
- Sedih mengenangkan ayah dan ibu yang telah pergi mengadap ilahi tanpa sempat membalas jasa mereka.
- Sedih apabila rumahtangga retak dan bercerai berai. Isteri pula curang dengan lelaki lain yang ada kereta mewah dan rumah besar. Sedang kita hanya punya motor kapcai Honda bulat.

Dengan memahami maksud Hamm dan Hazan serta gambaran situasi kedua-dua perasaan ini, maka kita akan dapat menyelesaikan perasaan bungkam ini mengikut pendekatan yang berbeza mengikut kedua-dua kondisi ini.

HAZAN

Dalam kes Hazan, apa yang boleh kita lakukan apabila tiba-tiba berasa sedih, sebagai contoh kerana kita telah mensia-siakan Bulan Ramadhan pada tahun-tahun yang sebelumnya?

Kita tidak boleh buat apa-apa untuk membetulkan segala kesilapan dan peristiwa yang telah pun berlalu. Kita tidak punya mesin masa untuk kembali ke zaman silam.

Maka, salah satu cara bagi menyelesaikan kecelaruan hati disebabkan rasa Hazan, adalah dengan mengakui kesalahan, kesilapan, atau mungkin juga dosa-dosa yang pernah kita lakukan.

Jika perlu meminta maaf kepada seseorang, maka pergilah. Jika taubat kepada Allah adalah jalan yang terbaik, maka pintu rahmat-Nya sentiasa terbuka luas selagi Kiamat belum tiba.

Tidak guna sentiasa bersedih di atas apa yang telah berlaku.

Jangan racuni hati kita.

HAMM

Hamm menjadikan seseorang itu gelisah tentang perkara-perkara yang masih belum berlaku lagi di masa hadapan. Jadi, apa yang anda boleh buat?

Seperti mana juga dalam kes hazan, kita tidak punya mesin masa untuk pergi meninjau ke masa hadapan bagi melihat apakah yang akan terjadi atau pun tidak segala kerisauan-kerisauan kita itu.

Satu-satunya cara yang boleh kita buat adalah dengan berdoa kepada Allah, di samping berusaha untuk mengelakkan sebarang kemungkinan buruk yang mungkin terjadi.

Doa yang terdapat di bahagian awal artikel ini adalah salah satu doa yang baik untuk diamalkan.

Manusia risau pada hal-hal yang bersifat relatif seperti soal rezeki, jodoh dan kehidupan.

Tetapi jarang-jarang risau yang kita mungkin akan mati esok hari. Semua manusia dijamin mati.
Maka risaulah banyak-banyak tentang kematian.

Soal rezeki pula, kadang-kadang dengan berusaha sikit, Allah bagi kita banyak. Kadang-kadang usaha banyak, makin banyak pula hutang di keliling pinggang.

Jodoh pula, kadang-kadang sudah kahwin pun boleh berlaku masalah hingga bercerai-berai.

Maka ini semua perkara-perkara yang tidak tentu lagi hala tujunya. Kurangkan kerisauan dalam perkara-perkara seperti ini.

Oleh yang demikian, analisa hati kita. Ketahui status jiwa kita samaada sedang hamm atau hazan, maka ini akan lebih memudahkan proses bagi mendatangkan semula ketenangan di dalam hati.

Apa pun, jangan sekali-kali menafikan rasa hamm dan hazan yang datang di dalam hati. Rasa hamm dan hazan ini akan sentiasa datang dalam hati kita selagi ia tidak diubati.

Maka sebaik-baik ubat adalah dengan kembali kepada Allah kerana Dialah yang menciptakan hati kita ini.

post signature

HADIAH BUAT IBU

. 08 Mei 2011
0 comments

Si Ibu mundar mandir di ruang tamu. Si Anak belum pulang. Azan Maghrib sudah lama berkumandang. Tidak pernah Si Anak berbuat begini. Biasanya sebelum maghrib sudah melepak di depan TV menunggu waktu solat.

“Assalamualaikum, Si Anak dah balik ni…” Suara Si Anak memecah kesunyian. Bergegas Si Ibu ke muka pintu. Ingin dilempang-lempang anak terunanya.

“Kenapa muka mak pucat macam tu?” Soal Si Anak sambil memecat stokin. Kasut buruk Bata diletak di rak kasut.

“Dah pukul berapa ni? Si Anak pergi ke mana? Mak risau, tahu?” Si Ibu meluahkan kebimbangan.

“Hehe, cuba mak teka hari nih hari apa?” soal Si Anak.

“Main-main pulak. Hari ini hari Ahad. Kamu tuh, pergi ke mana dekat Isyak baru pulang?” Si Ibu masih dengan nada kerisauan. Si Anak hanya tersenyum.

“Hari nih memang hari Ahad, tapi spesel punya. Teka laa,” Si Anak masih berteka-teki. Si Ibu mengerutkan dahi.

“Kamu nih disampuk hantu jembalang mana? Tu laa, balik lewat lagi,” Si Ibu membelek-belek muka Si Anak. Nada risau masih berbaki.

“Ish mak nih. Hari nih Ahad kedua bulan Mei. Hari Ibu!” beritahu Si Anak. Si Ibu terkujat.

Si Anak pergi mengambil hadiah untuk mak, sebab tuh lewat sikit,” Si Anak tersenyum-senyum. Si Ibu masih blur.

“Mak nak hadiah tak?” sambung Si Anak. Si Ibu tersedar. Alangkah terharunya Si Ibu, Si Anak mengingati hari itu.

“Nak,” jawab Si Ibu, perlahan. Perasaan bercampur baur.

“Walau apa pun hadiah Si Anak bagi, mak jangan buang tau,” pesan Si Anak.

“Ye, mak tak buang punye,” kata Si Ibu. Anaknya memang baik. Setiap tahun ada hadiah.

“Mak mesti suka hadiah anak mak nih,” ujar Si Anak.

“Hadiah anak mak, semua mak suka,” ucap Si Ibu. Hampir menangis.

Si Anak membuka pintu, keluar mendapatkan hadiah. Si Ibu sabar menunggu hadiah dari Si Anak.

Si Anak masuk kembali, tanpa apa-apa di tangan. Si Ibu kehairanan.

“Mana hadiah?” Ingin terkeluar soalan itu.

“Jeng jeng jeng!” sambil tangan Si Anak menunjuk ke arah pintu yang sedikit terbuka.

“Nih adiah untuk mak,” katanya apabila seorang gadis muncul.

“Seorang menantu!” sambung Si Anak Lagi.

Si Ibu terkedu.

“Mak dah janji takkan buang, kekeke” pesan Si Anak sambil tersenyum kekejian. Rancangan mendapatkan persetujuan Si Ibu berhasil.

Si Ibu terduduk. Si Anak melompat kegembiraan. Si Awek tersipu-sipu. Sememangnya hadiah terbaik buat seorang ibu adalah seorang menantu yang comel.

P/S :- Sketsa ini adalah rekaan semata-mata...hehe

Kredit to :- AkuDarahAnakMalaysia

post signature

HARI IBU

.
0 comments

Hari ini Hari Ibu...

Awal-awal pagi tadi, pukul 2.30 pagi, saya hantar sekeping SMS untuk Ibu.

Terasa rindu pula bila tinggal berjauhan ini... =)

Bercerita pasal Ibu, masing-masing ada cerita tersendiri. Cerita dididik dan dibesarkan di sepanjang perjalanan kehidupan sehingga saya berada di kedewasaan ini. (Dah dewasa ker???haha...)

Ibu insan keramat.

Doanya berbisa.

Murkanya undang binasa.

Teringat saya kepada Drama Ihsan. Drama yang sangat menyentuh jiwa saya kerana perjalanan ceritanya yang penuh dengan pengajaran dan iktibar serta garapan skrip Zabidi Mohammed yang cukup berkesan.

Zamri. Anak yang baik. Tetapi tanpa sedar telah mengecilkan hati Ibunya.

Gabungan antara watak anak yang baik dan anak yang derhaka.

Anak yang derhaka diberi balasan serta merta di atas dunia.

Manakala anak yang baik pula tanpa sedar telah menyebabkan ibunya tersinggung dek kesibukan kerja dan komitmen lain.

Teringat pula saya pada perbualan Pak Imam dan Zamri selepas pengebumian ngeri Arwah Nordin.

Pak Imam berpesan :-

"Taat kepada Allah dan berbuat bakti kepada kedua Ibu Bapa. Itulah yang dinamakan Ihsan".

Zamri mendengus menarik nafas lega.

"Mujurlah saya tak pernah berbuat dosa kepada ibu saya sebagaimana Arwah Nordin lakukan kepada Ibunya". Jelas Zamri.

"Kita tak boleh terlalu yakin yang kita tidak pernah keciLkan hati ibu" Pesan Pak Imam.

"Hati Ibu terlalu sensetif"

"Ingat tak cerita Al-Qomah, sahabat Rasulullah??? Tanya Pak Imam.

"Al-Qomah ni, dia lebihkan isteri dia. Tetapi dia lebihkan isteri dia sikit saja. Itupun Ibunya terasa hati. Saat Al-Qomah hendak meninggal, Al-Qomah tidak dapat mengucap."

"Selepas Rasulullah memohon diampunkan dosa Al-Qomah daripada Ibunya, barulah Al-Qomah dapat mengucap". Terang Pak Imam.

Sayu pada riak wajah Zamri.

"Mak kamu ada lagi ?" Tanya Pak Imam.

"Mak saya hidup lagi. Kenapa Pak Imam tanya???"

"Cuba kamu ingat. Pernah tak kamu kecilkan hati mak kamu???"

Selepas itu, Zamri menangis semahu-mahunya mengingati jika ada masa dan ketika beliau mengecilkan hati ibunya.

.......................................

Saya menghantar SMS memohon ampun kepada Mak. Mungkin ada masa dan ketika saya mengecilkan hati Mak tanpa saya sedar.

Ampunkan Abang Ngah...

Doakan Abang Ngah berjaya dunia dan akhirat. Menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada kedua ibu bapa...

Doa kepada Mak semoga sentiasa dalam rahmat dan berkat Allah selalu.

Selamat Hari Ibu... =)

post signature

| tgidham @ http://khairulidham.blogspot.com/ |
| 60, Syuwesssryy | 080511 | 6.53 am |

MEMILIH IBU UNTUK SI ANAK

. 07 Mei 2011
0 comments

Mendidik anak bukan bermula selepas anak itu lahir, bahkan lebih awal lagi. Perancangan dalam mendidik anak mesti bermula seawal mencari jodoh. Sebelum seseorang jejaka membuat keputusan tentang pasangan hidupnya, dia perlu ingat bahawa pasangan itu adalah bakal ibu kepada anaknya.

Wanita itu bukan hanya untuk dirinya sebagai seorang isteri, bahkan juga untuk anak-anaknya sebagai seorang ibu. Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab setiap lelaki agar memilih ibu yang tepat untuk anak-anaknya.

Memilih ibu membawa maksud mencari jodoh isteri yang beriman, bertakwa dan mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu solehah.

Untuk memenuhi tuntutan ini pemilihan isteri yang tepat perlu sejajar dengan penetapan yang dianjurkan oleh Islam. Ini amat penting bagi mencapai target ibu mithali yang menjadi hadiah kehadiran buat anak-anak yang akan dilahirkan ke dunia.

Pada suatu hari Khalifah Umar bin Al-Khattab r.a didatangi seorang lelaki yang mengadu bahawa anaknya sentiasa menderhaka kepadanya. Maka anak itu dipanggil oleh Umar, seraya diingatkan agar jangan menderhakai ayahnya serta dianjurkan agar ia mentaatinya dan menjaga hak-haknya.

Tiba-tiba si anak pun bertanya kepada Umar katanya: Wahai Amirul Mukminin apakah anak tiada mempunyai hak-hak atas ayahnya?

Jawab Umar: Bahkan ada! Berkata si anak "Apa dia, wahai Amirul Mukminin?

Berkata Umar: Memilih ibu yang baik, memberikan nama yang baik serta mengajarnya membaca Al-Quran.

Berkata si anak:Wahai Amirul Mukminin sesungguhnya bapa saya tiada membuat satu pun dari ketiga-tiga perkara itu.

Ibu saya berbangsa Afrika dahulunya isteri seorang majusi. Saya pula diberi nama Khunfusak (bermaksud 'lipas') dan juga tidak pernah mengajar saya satu huruf pun dari Al-Quran.

Lalu Umar berkata kepada ayahnya: 'Jika demikian, kamu telah derhaka kepada anakmu sebelum dia derhaka kepada mu.'

Teguran Umar itu bertepatan dengan hadis daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah saw telah bersabda "Seseorang wanita dinikahi kerana empat sebab: kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah engkau mengutamakan yang beragama, itulah pilihan yang terbaik."

" Dinikahi wanita itu kerana 4 perkara :- Kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah engkau mengutamakan yang beragama, nescaya tenang hatimu "

Baginda saw menegaskan betapa pentingnya wanita yang mempunyai asas agama yang mantap dan amalan-amalan yang kuat yang mampu membentuk dirinya sebagai srikandi mulia dalam sesebuah institusi keluarga.

Agama diiktifar sebagai kriteria tertinggi berbanding rupa paras, kekayaan dan darjat. Agama inilah yang dapat menjamin kemampuan si ibu untuk mendidik anak.

Pemilihan ibu yang tepat untuk si anak ini tentunya timbul atas kesedaran untuk menjadikan perkahwinan sebagai saham akhirat.

Ini kerana pelayaran sebuah perkahwinan bukanlah seperti melepaskan batuk di tangga atau semudah menyuapkan makanan ke mulut tanpa berfikir himpitan mahupun kekangan yang akan ditempuhi. Perkahwinan yang dianjurkan Islam perlulah berkemudi hingga ke pelabuhan dan hasilnya dapat dinikmati di akhirat kelak.

Perkahwinan beginilah yang mampu membuahkan anak-anak yang soleh dan solehah. Lihat sahaja perkahwinan yang Rasulullah dengan isterinya yang tercinta Ummul Mukminin Saidatina Khadijah.

Kebahagiaan yang dibina atas jihad kepada Islam ini mendamaikan dua hati yang diketemukan walaupun bertingkah jurang dari segi umurnya. Hasilnya zuriat yang lahir dididik dengan sempurna, menjadi tokoh ummah yang dikenang sepanjang zaman.

Ibu adalah manusia yang paling dekat dengan si anak. Ibu yang beriman dan bertaqwa akan melahirkan waris-waris yang beriman dan bertaqwa kepada Allah. Contohilah Khunsa', srikandi Islam yang berjaya dan mentarbiyah anaknya seramai tiga orang.

Ketika anak pertamanya mati syahid beliau masih tersenyum kerana masih ada anak yang kedua syahid yang kedua yang diharapkan akan gugur sebagai syuhada. Kejayaan Khunsa' menanam semanagt jihad pada jiwa anak-anaknya merupakan hasil daripada jiwa besar seseorang wanita yang akrab dan intim dengan ilmu-ilmu Islam dan amalannya.

Tidak salah mencari pasangan yang menawan, kaya dan berdarjat. Lagi lengkap pakej kesempurnaan, lagi baik. Asalkan krieteria utama iaitu beragama tidak dicicirkan.

Seorang anak tidak boleh dididik dengan wang ringgit atau kekayaan si ibu. Si ibu yang cantik bukan jaminan bahawa dia mampu mendidik anak dengan baik.

Begitu juga darjat dan keturunan bukanlah penyebab yang dapat membentuk personaliti soleh dan solehah anak. Tetapi yang pasti, agama si ibu adalah satu jaminan ke arah kesempurnaan didikan anak. Ibu yang berakhlak, berilmu, taqwa, kuat beribadah secara adatnya mampu membimbing anak ke jalan bahagia.

Sekurang-kurangnya percikan akhlak solehah si ibu mampu mendorong si anak secara lisanul hal. Atau setidak-tidaknya doa si ibu yang luhur peribadi ini mampu menggamit hidayah, rahmat dan keampunan Allah buat si anak.

Malang sekali masyarakat hari ini tidak mengambil kira soal pemilihan ibu untuk si anak.

Mereka melihat perkahwinan ini dari sudut kepuasan nafsu semata. Si gadis yang comel, seksi dan bergaya itulah yang diutamakan.

Jika si dia kaya dan berdarjat lagi mahu. Soal akhlak, iman dan alam diketepikan. Semasa memilih pasangan tidak terlintas soal anak. Bila anak sudah lahir, anak menjadi mangsa kejahilan dan kebobrokan akhlak ibu.

Mereka lupa tanggungjawab wanita sebagai isteri dan ibu yang berperanan untuk memelihara dan mendidik anak-anak menjaga kehormatan diri dan menjamin keperluan rumahtangga yang mencukpi.

Bukan lelaki sahaja perlu mencari ibu yang betul untuk si anak, malah para wanita juga perlu memilih bapa yang tepat untuk anaknya. Wanita yang solehah perlu merancang memilih bapa soleh untuk anak-anak mereka.

Hadis yang diriwayatkan oleh At-Tirmidzi

"Apabila datang kepada kamu peminang (lelaki) yang engkau puas hati dengan agamanya dan kelakuannya, maka kahwinilah dia".

Betapa malangnya wanita mukminah yang jatuh ke tangan ketua keluarga yang "thaleh" dan curang akhlaknya serta memandang enteng prinsip-prinsip Islam dan ibadah-ibadah. Apalah gunanya anak-anak yang hidup dalam keluarga yang terajunya tidak mengindahkan hukum dan seruan Allah.

Tegasnya, demi untuk zuriat yang bakal lahir, setiap pemuda dan pemudi wajib merancang dengan baik dalam mencari bakal ibu dan bapa kepada anak-anak.

Jika gagal, tidak mustahil anak-anak nanti menjadi rosak dan akhirnya menjadi derhaka kepada ibu dan ayah. Jangan jadi seperti yang dikatakan oleh Sayyidina Umar:

'Kamu telah menderhaka kepada anakmu, sebelum anakmu menderhaka kepada mu...'

Sumber :- ILuvIslam

post signature

SUNAT MUAKKAD

. 04 Mei 2011
0 comments

Sunat Muakkad adalah merujuk kepada perkara sunat yang sangat digalakkan untuk dilakukan berdasarkan kepada perbuatan Nabi SAW yang tidak meninggalkannya atau galakkan yang bersungguh daripada Nabi SAW dan diberi ganjaran pahala lebih besar berbanding amalan sunat yang lain.

Baginda Nabi Muhammad SAW pernah mengadu tentang pendeknya umur Umat Muhammad yang memberi kesan kepada kuantiti amalan berbanding umat-umat terdahulu.

Sifat pengasih Allah Taala telah mengurniakan ganjaran besar yang menyamai umat terdahulu walaupun sedikit amalan yang dilakukan.

Jadi, amat rugi jika ganjaran yang besar ini tidak dihiraukan walaupun ianya adalah perkara mudah dan ringan.

Banyak perkara dan amalan seharian kita yang tergolong dalam kategori Sunat Muakkad.

Artikel kali ini, saya mahu mengajak pembaca mengenali Sunat Muakkad dalam Solat Sunat Rawatib yang biasa kita lakukan saban hari.

Berikut adalah 5 Solat Sunat Rawatib yang dikategorikan sebagai Sunat Muakkad :-

1- Solat 2 rakaat sebelum Subuh.
2- Solat 2 rakaat sebelum Zohor.
3- Solat 2 rakaat selepas Zohor.
4- Solat 2 rakaat selepas Maghrib.
5- Solat 2 rakaat selepas Isya'.

Selebihnya adalah termasuk di dalam Sunat Ghairu Muakkad.

Selamat beramal... =)

TAMBAHAN INFO :-

17 Rakaat Solat Sunat yang jangan ditinggalkan apabila anda sudah berusia 40 tahun :-

1- 10 Rakaat Solat Sunat Rawatib Muakkad seperti di atas.
2- 2 Rakaat Solat Dhuha.
3- 2 Rakaat Solat Taubat.
4- 2 Rakaat Solat Tahajjud.
5- 1 Rakaat Solat Witir.

Tapi jangan tunggu nombor 40 itu pada usia. Bermula dari sekarang!!!

Ayuh!!!

post signature

| tgidham @ http://khairulidham.blogspot.com/ |
| 60, Syuwesssry | 040511 | 8.18 am |

Related Posts with Thumbnails
    follow me on Twitter