'HOW TO ENJOY LIFE'

. 08 Disember 2012
0 comments


10 cara mudah untuk menikmati hidup - 

Ramai orang yang hidup tetapi tidak menikmatinya kerana gagal menyedari nikmat dan rezeki kehidupan. Syukur ialah permulaan kepada sebuah kebahagiaan. Berikut ialah 10 cara mudah untuk menikmati hidup :

1. Bangun pagi dengan rasa syukur kepada Allah kerana masih berpeluang hidup.

2. Menghargai nikmat air ketika mandi (Fakta : 780 juta manusia di dunia ini tidak dapat menikmati kemudahan air bersih dan 660 juta tidak dapat mandi setiap hari - Sumber UNICEF)

3. Menikmati makanan bukan sekadar memakannya. Ramai orang makan tanpa 'mempedulikan' isi makanannya. Makanlah dengan perlahan, nikmati rasa garamnya, manisnya dan bersyukur kepada Allah SWT. Kata Anas bin Malik RA, 'كَانَ يُعْجِبُهُ الثُّفْلُ' Bahawa rasulullah SAW amat suka makan saki-baki sisa-sia makanan. [riwayat Ahmad, Tirmidzi dan Hakim] 

4. Memakai pakaian-pakaian yang baik dan cantik. Seorang lelaki bertanya Nabi SAW, apa hukumnya seorang lelaki yang suka memakai pakaian dan kasut yang cantik ? Maka baginda menjawab, "Allah itu cantik dan menyukai kecantikan". [riwayat Muslim] 

5. Menghirup udara segar sambil menikmati kewangian bunga, kehijauan pokok, dan kesejukan angin. Firman Allah SWT : 'Apakah kamu tiada melihat, bahawasanya Allah menurunkan air dari langit, lalu jadilah bumi itu hijau? ' [Al-Hajj:63]

6. Keluar bekerja mencari rezeki dengan berniaga, mengambil upah atau menguasakan tanah, menternak binatang atau memburu dll. Firman Allah SWT 'dan Kami jadikan siang untuk mencari penghidupan.' [An-Naba:11] Nabi SAW menyebutkan bahawa para rasul pun bekerja dan pernah menjadi pengembala kambing. Ada hadith lain menyebut, Nabi Zakaria ialah seorang tukang kayu. [riwayat Muslim]

7. Berkongsi nikmat rezeki dan hasil usaha dengan orang lain. Para sahabat RA pernah mengadu kepada Rasulullah SAW bahawa mereka makan tetapi tak pernah kenyang maka baginda pun berkata mungkin kamu makan sendiri-sendiri? Lalu mereka pun membenarkan. Maka Nabi SAW bersabda : Makanlah berjamaah dan sebutlah nama Allah maka nescaya makanan itu akan menjadi berkat. [riwayat Abu Daud] 

8. Bernikah dengan pasangan yang soleh/solehah jika bujang dan menjalinkan hubungan mesra dengan ahli keluarga serta anak-anak. Dalam hadith menyebut kelebihan menjalinkan silaturrahim seperti keberkatan rezeki dan dipanjangkan umur. 

9. Mencari ilmu dan meluaskan pengetahuan dengan membaca dan menghadiri majlis-majlis pengajian. Ilmu mencerahkan akal dan melapangkan jiwa yang sempit dan membuka pintu kegelapan serta menerangi kehidupan. Kata Sahl bin Abdullah, Tulislah ilmu kerana jika engkau mampu bertemu dgn Allah sambil membawa buku dan pena maka lakukanlah. 

10. Bersahabat dengan orang-orang yang soleh. Persahabatan merungkaikan gelisah dan menghilangkan kebosanan. Nabi SAW berpesan, Janganlah bersahabat kecuali dengan orang yang beriman dan jangan pula memakan hidanganmu melainkan orang yang bertakwa.” [Riwayat Abu Daud dan At Tirmizi] 

Akhirnya pesan Syeikh Abd Rahman al-Sa'di, Seorang muslim itu patut bersegera melakukan kebaikan serta ibadah dan mengabaikan kesusahan serta menikmati keperitan hidup kerana apa yang terdapat disisi Allah itu lebih bernilai dan disediakan oleh Allah untuk mereka yang masuk ke syurgaNya. [Al-Qawl al-Sadeed ala Maqaasid Kitab Al-Tauhid]

Kredit : Ustaz Emran

post signature

| tgidham @ http://khairulidham.blogspot.com/ |
| Abduh Basha, Abbasiah | 081212 | 7.23 am |

SETAHUN ENAM

. 27 November 2012
0 comments


Lama saya tidak buka blog.

Jarang-jarang aktif. Dan hampir tidak aktif. Penulisan pun tiada. Sunyi sebegitu sahaja.

Hari ini saya melihat arkib dan laporan statistik di blog.

Untuk tahun ini (2012), hanya 6 post sahaja yang dikeluarkan termasuk posting bahan-bahan sampingan seperti link download dan sebagainya. Artikel penulisan hanya ada tiga empat sahaja.

Dalam setahun hanya 6 posting sahaja.

Ini sungguh mengecewakan!!!

Tahun-tahun mendatang ini adalah tahun-tahun kesukaran saya.

Kawan-kawan,

Bantu saya untuk kembali menulis...




| tgidham @ http://khairulidham.blogspot.com/ |
| Abduh Basha, Abbasiah | 271112 | 7.23 pm |


SUNAT LEWATKAN SOLAT

.
0 comments

Solat.

Satu gerak kerja amali yang paling penting bagi setiap Orang Beriman dan Bertaqwa. 

Ia wajib dilaksanakan mengikut waktu yang telah ditetapkan tanpa mengira waktu senang atau susah, sihat atau sakit, rajin atau malas. Solat tetap wajib dilaksanakan mengikut kemampuan yang sedia ada.

Solat pula mestilah dikerjakan di awal waktu. Kerana di sana mempunyai fadilat yang besar.

Namun begitu, Syara' memberi keringanan dan pengecualian tertentu bagi beberapa keadaan dan situasi malah disunatkan pula untuk melewatkan Solat pada keadaan tersebut.

Disunatkan melewatkan solat dalam 27 keadaan seperti berikut :-

1) Apabila seorang budak yang belum baligh, mengetahui bahawa umur balighnya (15 tahun) akan sempurna dalam waktu solat fardhu.

2) Orang yang sangat mengantuk sedangkan waktu masih panjang.

3) Orang yang mengharapkan keuzurannya (meninggalkan solat jumaat) hilang sebelum solat jumaat selesai. (Maka sunat baginya untuk melewatkan solat zuhur yang wajib dilakukan sebagai ganti jumaat setelah solat jumaat yang dilakukan oleh orang ramai di masjid selesai).

4) Orang yang menyakini adanya jemaah. (Maka sunat baginya untuk melewatkan solat fardhu hinggalah jemaah datang).

5) Orang yang mempunyai hadas yang tidak putus-putus tetapi mengharapkan hadas itu berhenti.

6) Untuk keluar dari tempat-tempat yang dimakruhkan untuk solat.

7) Orang yang mempunyai tetamu untuk dijamu dan dilayani.

8) Orang yang tertentu ke atasnya untuk melakukan penyaksian. (Maka, disunatkan untuk melewatkan solat fardhu hinggalah penyaksiannya dilaksanakan).

9) Ketika sedang marah (hinggalah reda).

10) Ketika menahan perasaan hinggalah tenang kembali.

11) Orang yang menemani pesakit yang berasa asing jika berpisah dengannya.

12) Orang yang bimbang keselamatan seorang maksum (iaitu nabi).

13) Sibuk menyembelih binatang yang hampir mati.

14) Memberi makan haiwan yang hampir mati.

15) Membunuh ular (binatang yang membahayakan).

16) Cuaca terlalu panas (solat zuhur sahaja dengan syarat-syarat tertentu).

17) Untuk melontar jamrah di waktu zuhur. (Maka sunat dilewatkan solat zuhur sebagaimana dilakukan oleh RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam).

18) Untuk solat maghrib di Muzdalifah. (Ketika haji).

19) Kerana menahan hadas (seperti kencing, kentut dan sebagainya).

20) Mengidam makanan (yang telah tersedia).

21) Menyakini akan menjumpai air di akhir waktu (dalam masalah tayammum).

22) Meyakini adanya penghadang solat (sutrah). 

23) Meyakini dapat bangun berdiri untuk solat.

24) Menyelamatkan orang lemas dan seumpamanya.

25) Mempertahankan nyawa.

26) Mempertahankan harta.

27) Menguruskan jenazah.

Wallahu a'lam...

Sumber : Kitab Taqrirat Sadidah (M/S 188) 
[Nota kaki naqalan daripada Kitab Bughyatul Mustarsyidin karya Al-Habib Abdur Rahman Al-Masyhur]

| tgidham @ http://khairulidham.blogspot.com/ |
| Abbasiah | 271112 | 6.05 pm |

DOWNLOAD ZIKIR TERAPI HAFIZ HAMIDUN

. 21 November 2012
1 comments


160 kbps | 44 khz | MP3 | 44.4MB

Tracklist :
01. Hafiz Hamidun - Astaghfirullah
02. Hafiz Hamidun - La Ilaha Illallah
03. Hafiz Hamidun - Subhanallah
04. Hafiz Hamidun - Taubatan Nasuha
05. Hafiz Hamidun - Hasbi Rabbi
06. Hafiz Hamidun - La Hawla Wa La
07. Hafiz Hamidun - Alhamdulillah
08. Hafiz Hamidun - Ya Zaljala
09. Hafiz Hamidun - Ya Latif
10. Hafiz Hamidun - Allah
11. Hafiz Hamidun - Lawkana Bainana

ERTI HIDUP

. 16 September 2012
0 comments


Lama tak menulis.

Blog pun sudah lain. Malas ke entah apa. Sibuk pun entah juga. Atau internet yang tiada...Heh!!!

Kuliah lagi seminggu nak bermula. Akan bermulalah tempoh azab sengsara. Sikit boleh jadi gila. Setiap kali semester baru setiap tahun, ada dua perkara yang azab derita.

1- Daftar kuliah dan bayar rusum
2- Perbaharui visa. (Kat dua tahun dah takda visa...heh)

Tahun akhir, moga inilah yang terakhir.

Apapun, layan dulu 'Contengan Jalanan' sebelum buka kuliah. Contengan yang menginsafkan untuk makna dan erti sebuah kehidupan. Kerana hakikat kehidupan di dunia hanyalah persinggahan sementara.

The Life of this World is a Transient Shade...

Baca dulu...

Selamat Malam... =)

| tgidham @ http://khairulidham.blogspot.com/ |
| Abdo Basha, Abbasiah | 160912 | 9.48pm |

THE PRESENT

. 30 Mei 2012
0 comments

Tiga cara untuk memanfaatkan masa sekarang hari ini :-

BERADA PADA MASA SEKARANG

Jika anda ingin lebih bahagia dan lebih sukses, fokuslah kepada apa yang ada pada Masa Sekarang. Responlah kepada hal yang penting sekarang.

BELAJAR DARI MASA LALU

Jika anda ingin menjadikan Masa Sekarang lebih baik daripada masa lalu, lihatlah apa yang telah terjadi pada masa lalu. Belajarlah sesuatu yang berharga daripada hal tersebut. Lakukan hal yang berbeza pada Masa Sekarang.

RENCANAKAN MASA DEPAN

Jika anda ingin Masa Depan yang lebih baik daripada Masa Sekarang, lihatlah Masa Depan seperti apa yang anda inginkan. Buatlah rencana untuk mewujudkannya. Bertindak melanjutkan rencana itu pada Masa Sekarang

(Olahan dari Spencer “The Present” Johnson)
post signature

| tgidham @ http://khairulidham.blogspot.com/ |
| Abbasiyyah | 300512 | 3.02 am |

10 KUALITI KEPERIBADIAN UNGGUL

.
0 comments

KETULUSAN

Ketulusan berada di peringkat pertama sebagai sifat yang paling disukai oleh
semua orang. Ketulusan membuatkan orang lain merasa aman dan dihargai kerana
yakin ia tidak akan dibodohi atau dibohongi.

Orang yang tulus selalu mengatakan atau mengungkapkan kebenaran, tidak suka mengada-ada, berpura-pura, mencari-cari alasan atau memutarbelitkan fakta.

Prinsipnya “Ya diatas Ya dan Tidak diatas Tidak”.

Tentu akan lebih ideal apabila ketulusan yang selembut merpati itu diimbangi dengan kecerdikan seekor ular. Dengan begitu, ketulusan tidak menjadi sesuatu yang akan merugikan diri sendiri.

KERENDAHAN HATI

Berbeza dengan rendah diri yang merupakan kelemahan. Kerendahan hati ini mengungkapkan kekuatan. Hanya orang yang kuat jiwanya sahaja bersikap rendah hati. Ia seperti padi yang semakin berisi semakin menunduk.

Orang yang rendah hati sentiasa mengakui dan menghargai keunggulan orang lain. Ia akan membuatkan orang yang diatasnya merasa ok dan membuat orang yang di bawahnya tidak merasa minder.

KESETIAAN

Kesetiaan sudah menjadi barang langka & sangat tinggi harganya. Orang yang setia selalunya dipercayai dan diandalkan. Dia selalu menepati janji, punya komitmen yang kuat, rela berkorban dan tidak suka berkhianat.

POSITIVE THINKING

Orang yang bersikap positif (positive thinking) selalu berusaha melihat segala sesuatu dari kaca mata positif, bahkan dalam situasi yang buruk sekalipun. Dia lebih suka membicarakan kebaikan daripada keburukan orang lain, lebih suka bicara mengenai harapan daripada keputus asaan, lebih suka mencari solusi daripada frustasi, lebih suka memuji daripada mengecam, dan sebagainya.

KECERIAAN

Oleh kerana tidak semua orang dikurniakan susuk penampilan yang ceria, maka keceriaan tidak harus diertikan dengan ekspresi wajah dan tubuh badan tetapi melalui sikap hati. Orang yang ceria adalah orang yang sentiasa menikmati hidup, tidak suka mengeluh dan selalu berusaha meraih kegembiraan. Dia sentiasa mentertawakan situasi, orang lain dan juga dirinya sendiri. Dia punya potensi untuk menghibur dan mendorong semangat orang lain.

BERTANGGUNGJAWAB

Orang yang bertanggungjawab akan melaksanakan kewajipannya dengan bersungguh-sungguh. Kalau melakukan kesalahan, dia berani mengakuinya. Ketika mengalami kegagalan, dia tidak akan mencari kambing hitam untuk disalahkan. Bahkan kalau dia merasa kecewa dan sakit hati, dia tidak akan menyalahkan siapa pun. Dia menyedari bahwa dirinya sendirilah yang bertanggungjawab atas apa pun yang dialami dan dirasakannya.

PERCAYA DIRI

Rasa percaya diri memungkinkan seseorang menerima dirinya sebagaimana adanya, menghargai dirinya dan menghargai orang lain. Orang yang percaya diri mudah menyesuaikan diri dengan lingkungan dan situasi yang baru. Dia tahu apa yang harus dilakukannya dan melakukannya dengan baik.

BERJIWA BESAR

Orang yang berjiwa besar dapat dilihat dari segi kemampuan seseorang memaafkan orang lain. Orang yang berjiwa besar tidak akan membiarkan dirinya dikuasai oleh rasa benci dan permusuhan. Ketika menghadapi masa-masa sukar dia tetap tegar, tidak membiarkan dirinya hanyut dalam kesedihan dan keputus asaan.

EASY GOING

Orang yang easy going menganggap hidup ini ringan. Dia tidak suka membesar-besarkan masalah kecil. Bahkan berusaha mengecilkan masalah-masalah besar. Dia tidak suka mengungkit masa lalu dan tidak mahu khuwatir dan bimbang dengan masa depan. Dia tidak mahu pening dan stress dengan masalah-masalah yang berada di luar kawalannya.

EMPATI

Empati adalah sifat yang sangat mengagumkan. Orang yang berempati bukan saja pendengar yang baik tapi juga boleh menempatkan diri pada posisi orang lain. Ketika terjadi konflik dia selalu mencari jalan keluar terbaik bagi kedua belah pihak, tidak suka memaksakan pendapat dan kehendaknya sendiri. Dia selalu berusaha memahami dan mengerti orang lain.
post signature








| tgidham @ http://khairulidham.blogspot.com/ |
| Abbasiyyah | 300512 | 1.55 am |

FOR ONE MORE DAY

. 27 Februari 2012
0 comments

Dulu-dulu, semasa kecil atau remaja, pasti sentiasa berkocak dan memberontak persepsi nilai kasih sayang terhadap ibu bapa.


Adakala ibu bapa menghukum atau merotan atas kesalahan kita atau mungkin kadang-kadang bukan kesalahan kita langsung.

Hati kita memberontak. Ibu tidak sayang sayakah. Kata hati sukma.

Apabila ibu bapa tidak memenuhi impian atau kehendak, rasa seperti tidak dipedulikan.

Adakala kita sentiasa kontra atau berkhilaf dengan ibu bapa. Namun, puncak kasih sayang ibu bapa tidak kita ketahui.

FOR ONE MORE DAY

Novel For One More Day adalah satu novel yang cukup baik. Catatan pengalaman peribadi Chick Challes Beneeto sepanjang kehidupan bersama ibunya membawa beliau menghargai nilai kasih sayang seorang ibu.

Ya. Ada beberapa keadaan dan situasi yang beliau tidak berpihak kepada Ibunya.

"Ibu telah memalukan saya. Ibu telah menzalimi saya"

Kata Benetto tatkala baju tisu dan kertas dari idea ibunya mula lusuh dan koyak akibat hujan pada Pesta Hollowen.

Tetapi apabila dibilang dan dihitung, situasi Sang Ibu lebih banyak berpihak kepada Benetto. Kasih Ibu melebihi dari kasih Benetto kepada ibunya. Tidak sama. Tidak mampu ditandingi.

Kasih sayang perlu dizahirkan. Perlu dipraktikalkan.

Ibu Benetto selalu menulis surat untuk Benetto. Kalau diikutkan, boleh saja bercakap dan berbual secara langsung. Tetapi surat jauh mempunyai nilai sentimental yang kuat dan kekal selamanya. Ia lebih berharga tatkala kejauhan dan tatkala telah tiada.

Sekurang-kurang ada tanda azimat dan wasiat keramat.

Apa yang penting dalam surat itu, di akhir setiap surat ditulis dengan satu prasa yang hebat.

"Ibu sayang kamu setiap hari"

UJIAN

Dalam kehidupan, kita sering dilanda masalah dan kekangan hidup. Sering diuji. Begitu juga Benetto.

Kehidupannya kelam dengan kegagalan. Perniagaan rugi. Hidup tidak bahagia. Pengakhirannya Benetto cuba membunuh diri. Dua kali. Tetapi tidak mati-mati juga.

Mungkin kita lupa. Ibu adalah motivasi dan pendorong terkuat.

Saat kita jatuh, ibu yang memimpin tangan untuk bangun.

Saat kita berduka, ibu yang mengesat air mata,

Saat kita kalah, ibu pengubat lelah.

Sebab itulah Benetto tidak boleh mati lagi. Ibu mahu anda terus hidup dan menikmati kehidupan.

PENYESALAN & PENGHARGAAN

Apabila kita sudah dewasa, pasti banyak komitmen kehidupan yang lain. Kerja, anak-anak, keluarga dan masyarakat.

Namun, jangan diabaikan ibu bapa walaupun dahulu kasih sayang yang diterima tidak setanding. Ini soal tanggungjawab.

Benetto merasakan kehilangan dan penyesalan ini. Bukan buat salah atau dosa besar. Cuma pergi ke pertandingan besbol yang diaturkan untuknya pada malam yang diadakan majlis hari jadi ibunya. Hari untuk makan bersama.

Tetapi ibunya meninggal pada malam itu juga.

Akhirnya, Benetto faham erti kasih sayang.

Jangan setelah hilang baru terasa.

KASIH SAYANG

Kasih sayang adalah untuk dizahirkan dan dipersembahkan. Bukan untuk disembunyikan. Ibu-ibu dan bakal-bakal ibu tidak perlu sembunyikan atau malu-malu untuk menzahirkan kasih sayang kepada anak-anak.

Anak-anak yang rosak adalah kerana kegersangan kasih sayang.

Anak-anak juga tidak perlu segan untuk menzahirkan kasih sayang hatta walau telah dewasa.

Ini kerana bahasa kasih sayang adalah kunci kebahagiaan hidup.

Untuk sehari lagi,

Bacalah novel ini,

Kerana ia mengajar anda tentang nilai sebuah kehidupan... =)

post signature
| tgidham @ http://khairulidham.blogspot.com/ |
| Suuq Sayyarat | 270212 | 11.29 am |

Related Posts with Thumbnails
    follow me on Twitter