PANTANG LARANG ORANG TUA2???

. 01 Disember 2008
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks


Setelah saya meneliti kitab “Taalim Muta’lim ala Thoriq Taa’lum”, banyak sebenarnya larangan-larangan orang tua-tua dahulu yang bertepatan dengan apa yang diajarkan oleh para ulama silam. Larangan datuk nenek kita dahulu sebenarnya mempunyai nas dan bukannya satu perkara yang direka-reka dalam adat dan tatacara melayu.

Mereka berpegang teguh dengan apa yang ‘tok guru’ ajarkan kepada mereka dalam setiap pengamalan seterusnya membentuk menjadi satu budaya dalam masyarakat.

Walaupun nampak remeh, namun itu yang menjadi penghalang kepada nilai sebuah keberkatan seperti mana keluhan Syeikh Zarnuji di awal muqaddimahnya di dalam kitabnya ini.

“Sesungguhnya aku telah melihat ramai pelajar di zamanku yang bersungguh-sungguh menuntut ilmu tetapi GAGAL mencapai manfaat dan hasil sepenuhnya dalam mengamalkan ilmu dan menyebarkannnya. Kegagalan mereka berpunca daripada tersalah jalan dan meninggalkan syarat-syaratnya”

Untuk tulisan saya kali ini,saya memetik satu bab yang menarik dalam kitab ini yang sedikit sebanyak berkaitan dengan pantang larang datuk nenek n mak ayah saya dahulu sampai sekarang..hu..hu..

PERKARA YANG MENGHALANG REZEKI & MEMBAWA KEPAPAAN

1- Berbuat dosa adalah punca utama terhalang rezeki.

2- Menipu kerana ia mewarisi kefakiran.

3- Tidur di waktu Subuh.

4- Terlalu banyak tidur membawa kepada kepapaan.

5- Tidur bertelanjang.

6- Buang air bertelanjang.

7- Makan dengan keadaan cekak pinggang.

8- Makan sambil bertebelakang atas lambung.

9- Makan dalam keadaan berjunub.

10- Cuai dengan tumpahan hidangan.

11- Masak/Bakar kulit bawang besar & kulit bawang putih sekali.

12- Menyapu rumah dengan kain.

13- Menyapu rumah pada waktu malam.

14- Meninggalkan sampah dalam rumah.

15- Berjalan/melintas di depan guru/ orang-orang tua.

16- Memanggil kedua ibu bapa dengan namanya.

17- Mencungkil gigi dengan kayu/benda yang terjumpa.

18- Membasuh/celup tangan dengan tanah dan debu.

19- Duduk atas tangga.

20- Menyandar di daun pintu.

21- Berwuduk di tandas.

22- Menjahit pakaian di badannya.

23- Mengelap/mengeringkan muka dengan pakaian.

24- Membiarkan sarang labah-labah di rumah.

25- Mempermudah-mudahkan sembahyang.

26- Mempercepat keluar masjid selepas sembahyang subuh.

27- Berpagi-pagi pergi ke pasar.

28- Melambat-lambat pulang dari pasar.

29- Membeli cebisan2 roti daripada orang papa yang meminta-minta.

30- Mendoakan kecelakaan terhadap anak.

31- Tidak menudung/menutup bekas air.

32- Memadam pelita dengan hembusan nafas.

33- Menulis dengan pen yang pecah yang diikat.

34- Sikat rambut dengan sikat yang pecah/patah.

35- Meninggalkan doa kebaikkan untuk ibu bapa.

36- Melilit serban sambil duduk.

37- Memakai seluar sambil berdiri.

38- Bakhil.

39- Sempit dalam berbelanja. (Kedekut&Terlebih bakhil).

40- Membazir & Boros.

41- Malas.

42- Berlengah-lengah.

43- Mempermudah-mudahkan/berlambat-lambat dalam urusan.



· Tulisan yang diboldkan adalah ‘athar’ daripada sahabat Nabi Sallahualaihiwassalam.

· Boleh rujuk kembali Kitab ini dalam fasal ke-13

6 comments:

AZAN SUBUH berkata...

terima ksh atas perkongsian ilmu...byk juga perkara yg dah jd adat.kalau penulis dapat jelaskan lagi dengan bukti2 saintifik, itu lebih baik utk menambahkan lagi keyakinan para pembaca.

TENGKU KHAIRUL IDHAM berkata...

Satu cadangan yang baik...

Insyaalah akan diusahakan jika mempunyai keluangan waktu..

Jika kak afzan ada maklumat,boleh dikongsikan bersama disini

AZAN SUBUH berkata...

k.afzan pun masih mengkaji juga tentang mukjizat2 saintifik dalam al Quran dan hadith ni,idham.banyak lg xjumpa.cuma,yang no 17 tu,cungkil gigi dgn kayu@benda terjumpa atau pencungkil gigi sekalipun memang x elok diamalkan...sebaliknya gunakanlah floss...pasal pergigian je la akak tahu sikit pun.hehe.

TENGKU KHAIRUL IDHAM berkata...

Idham X terfikir pulak ttg floss ni.huhu.. Tima kasih kak.

Antara sbb sesuatu bende itu dilarang adalah krn benda itu kotor n membahayakan diri.

Jd,floss xde masalah digunakan sbb ia bersih n selamat n x akan membwa kpd kepapaan.

Jd, gunalah floss untuk kebersihan gigi anda..kui3x

AZAN SUBUH berkata...

bagus2 promote dental product..boleh jadi doktor gigi di samping ustaz ni...

gigi cantik berkata...

amboi..doktor gigi ni, skit2 ckp bab gigi..ape2 pon idham..dgr la nshat doktor mlek.

Related Posts with Thumbnails
    follow me on Twitter