SOLAT DUA KIBLAT

. 28 Februari 2010
1 comments

Pagi tadi ketika membaca Kitab Sunan Abi Daud, Syeikh Dr. Yusri ada menjelaskan tentang perihal kiblat.

Kiblat bagi umat Islam ketika bersolat adalah Kaabah Al-Musyarrafah di Makkah. Kiblat hati pula adalah Baginda Nabi Sallallhu Alaihi Wa Ali Wasallam. Manakala langit pula adalah kiblat bagi doa. Jadi, tidak timbul masalah jika dihadapkan ke arah mana sekalipun ketika berdoa.

Prinsip Islam adalah memberi kemudahan dan bukannya menyusahkan.

BERMUSAFIR

Sewaktu dalam perjalanan pulang dari Makkah ke Mesir, saya memilih jalan pulang ke Mesir melalui perlabuhan Yanbu' dan bukannya melalui Perlabuhan Jeddah seperti sediakala.

Ini kerana, apabila masuk musim Bulan Ramadhan, Perlabuhan Jeddah hanya akan menerima kapal masuk sahaja dan tidak disediakan kapal untuk pulang.

Saya tiba di Perlabuhan Yanbu' pada waktu zohor selepas 6 jam perjalanan dari Haram. Fuh!!! Sengal tulang belakang saya dibuatnya.

Saya check in kapal pada sebelah petang hari tersebut. Sementara menunggu urusan imigresen selesai, saya bersolat maghrib dahulu di tepi kaki lima tempat menunggu tersebut. Pasport kami ada sedikit masalah kerana kami tinggal di Saudi melebihi had tempoh.
Namun disebabkan kami adalah orang Malaysia, urusan kami dipermudahkan dan tidak dikenakan sebarang denda. Pegawai imigresen memberitahu, rakyat Malaysia adalah masyarakat yang bagus, berdisiplin dan berbudi bahasa.

Ohh, baru rasa beruntung dilahirkan sebagai anak Malaysia...

Kemudian kami dipanggil oleh pegawai syarikat kapal untuk bersiap masuk ke dalam kapal. Kami rasakan kapal itu kapal kami yang punya kerana hanya kami sahaja 10 orang rakyat Malaysia yang menjadi penumpang kapal sebesar titanic tersebut.

Setelah check in bilik kabin masing-masing, saya bersolat Isyak dahulu di atas kapal sebelum tidur. Bimbang tidak terbangun pula nanti. Letih seharian berjalan jauh tambahan pula tidur di atas kapal cukup lena dan sangat indah umpama tidur di atas buaian yang didodoii emak dengan alunan lagu merdu.

SOLAT SUBUH

Pagi keesokkan harinya, saya bangun untuk solat subuh.Saya bersolat di tempat yang sama ketika solat Isyak semalam. Ketika saya sedang bersolat, tiba-tiba bahu saya ditarik dan dipusingkan 90 darjah.
Saya berfikir kenapa kelasi kapal ini merubah arah solat saya sedangkan dia juga yang menunjukkan arah kiblat saya semalam.

Saya pon hampir terlupa ketika solat Isyak semalam, kapal masih berlabuh dan belum bertolak. Tetapi ketika solat Subuh ini, saya sudah berada di tengah laut.

Pagi itu saya solat subuh berduakan kiblat. Rakaat pertama ke barat, rakaat kedua ke timur pula... Emm...

post signature

SAMBAL BELACAN

. 24 Februari 2010
0 comments

Semalam, saya menyelongkar dapur mencari-cari sesuatu. Akhirnya terjumpa satu ketul belacan. Seingat-ingat saya, barangan Malaysia seperti ini sudah tiada lagi.

Mungkin belacan ini dibawa oleh Ustaz Suhaimi Daud yang berkunjung menginap di rumah kami baru-baru ini.

Apa lagi, saya dengan rakusnya terus membuat sambal belacan. Tambahan pula sehari suntuk sudah hari ini saya tidak makan nasi. Perut kosong.

SEJARAH SAMBAL BELACAN

Orang yang berjasa membesarkan saya sepanjang 6 tahun di asrama adalah 'Mok Lah and the geng' dan juga Kak Ani. Mereka ini adalah tukang masak asrama dan tukang bersih asrama. Merekalah yang menyediakan makan minum saya setiap hari. Saya menganggap mereka sebagai emak kedua saya di sekolah.

Mok Lah dan Kak Ani adalah individu yang paling rapat dengan saya. Apabila cuti hari Jumaat dan Sabtu, saya akan ke dapur dewan makan untuk join kehangatan makcik-makcik dewan makan bercerita sambil menolong mereka memotong sayur, menyiang ikan dan memasak.

Saya juga selalu berkunjung ke rumah Mok Lah, makan minum dan lepak disana sewaktu semua penghuni asrama pulang ke kampung.

Kak Ani pula individu yang ramah dan teman bercerita saya. Ada saja gosip-gosip hangat yang dibawa Kak Ani. Kalau ada apa-apa kes atau masalah, Kak Ani akan menyuruh saya membawanya ke peringkat atasan kerana waktu itu saya diamanahkan sebagai EXCO Asrama dan juga Setiausaha Badan Disiplin (Pengawas).

Apabila saya berasa bosan di kelas atau guru tidak masuk kelas, saya akan ke dewan makan berjumpa Kak Ani.

Yang menariknya, Kak Ani adalah pembuat khusus sambal belacan khas untuk saya. Kak Ani akan menumbuk sendiri belacan dengan batu lesung semata-mata untuk saya. Memang sedap!!!
Kata Kak Ani, sambal belacan yang ditumbuk dengan lesung lebih sedap dan enak berbanding yang diblender. Ditambah pula dengan mangga muda. Perhh!!! Jikalau ingin tahu, buah mangga yang hilang di kawasan asrama dan sekolah itu, sayalah yang mengambilnya...haha3x

Kak Ani selalu bertanya, "Dah habis ke belum sambal???. Kalau dah habis, royatlah. Kak Ani boleh buat lagi"katanya...

RESEPI

Jika ada yang inginkan resepi sambal belacan ini, saya turunkan 'sanad' resepi ini daripada Kak Ani kepada anda semua:-

Bahan-bahan:-

5 biji cili merah (lebih berkilat cili, lebih liat dan sukar untuk ditumbuk)
5 biji cili padi hijau
Sepotong belacan sebaiknya yang sudah dibakar
Sebiji limau nipis diperah jusnya (Kalau suka)
Buah mangga muda
Sedikit gula dan garam

Anda boleh mencuba resepi ini dan saya menjamin, ia tidak mengecewakan.

Apabila saya berada di Mesir, barulah saya mengenal erti kesedapan sambal belacan, budu, tempoyak, ikan kering dan ulam-ulaman. Selama di Malaysia, jarang-jarang sekali sentuh benda-benda sebegini.

Inilah tarbiyah apabila hidup jauh dari ibu-bapa. Berjimat!!!

JANGAN SEKADAR MAKAN

Sambal belacan kebiasaannya pedas. Walaupun pedas hingga berair mata, namun sukar untuk berhenti. Semakin laju pula menyuap adalah.
Ada yang minum bergelas-gelas air untuk menghilangkan kepedasan tapi tak berhenti juga. Petua saya, jika mahu dihilangkan kepedasan itu, elok minum air suam berbanding air sejuk.

Begitulah juga dengan perihal taubat. Manusia sering melakukan berbondong-bondong dosa. Ini kerana, di dalam diri manusia itu adanya nafsu lawwamah. Nafsu Lawwamah ini adalah nafsu manusia yang sering menyesal.

Mereka tahu tentang keburukan dosa dan kemurkaan Allah terhadap dosa itu, namun diri tidak mampu mengelak dan mencegah diri daripada melakukan kesilapan yang sama.

Sudah tahu salah, masih dibuat juga. Kemudian menyesal tidak akan mengulanginya lagi.

Tak sempat hilang pedasnya, diulang kembali kesalahan yang sama. Sudah tahu pedas, masih menjamah kerana kesedapannya.

Itulah "Taubat Sambal Belacan"

Perit-perit pom, masih hendak lagi.Aduh!!!

Justeru, marilah kita sama-sama membina benteng mujahadah yang kental agar nafsu lawwamah ini dapat berpindah ke tahap mulhamah dan seterusnya ke peringkat mutmainnah.

Ingat!!! Jalan menuju taubat itu sentiasa terbuka...

TAMBAHAN :-

-Semalam, saya menikmati nasi dan sambal belacan dengan penuh berselera. Ditambah dengan ulam gergil... Perhh!!! Jadi ular sawa saya semalam...wakaka

-Ketika menulis artikel ini, serta merta perut saya menjadi lapar...hihi

post signature

SAYA YANG TIDAK PANDAI BERCAKAP

. 21 Februari 2010
3 comments

Saya sering menolak setiap perlawaan yang berkaitan dengan pengucapan umum atau sebarang acara yang berkaitan dengan kendalian majlis.

Tidak kiralah samada menjadi MC, pentazkirah, pengkuliah atau sebagainya, saya akan menolaknya dengan baik dan penuh hormat.

Kadang-kadang terpaksa alah juga dengan pempelawa yang datang dengan muka kesian.

Bukan saya tidak sudi...
Bukan saya sombong...
Bukan saya kedekut...
Bukan juga kerana tidak mahu menyumbang...

DULU-DULU

Dulu-dulu, saya segan dan malu untuk bercakap. Segan kerana ada kecacatan dalam percakapan saya. Tidak sempurna. Malah, sering dijadikan bahan gelak ketawa orang ramai. Ya!!!. Tiada manusia yang sempurna. Tapi, rasa malu itu kan tetap ada.

Dulu-dulu, saya mengidap sindrom 'gagap' (kesukaran untuk bertutur) yang agak kronik sejak dari kecil lagi. Lebih-lebih lagi di khalayak ramai. Saya masih tidak dapat melupakan peristiwa malu besar sewaktu di sekolah rendah ketika saya mengendalikan majlis perhimpunan pagi sekolah.

Peristiwa sama turut berulang tatkala di bangku sekolah menengah semasa mengendalikan perhimpunan pagi juga.

Pengetua menegur saya, "Awak demam ke hari ni???"... Arhh!!!

CUBA BERUBAH

Sewaktu di tingkatan 1, saya disuruh untuk membaca hadis setiap kali selepas solat asar. Saya tolak mentah-mentah. Saya tidak pandai bercakap!!!Kemudian saya masuk usrah. Usrah memerlukan ahli untuk berdiskusi dan berbincang. Tidak dapat tidak, harus bersuara juga. Naqib saya cukup berwibawa membina ketrampilan diri setiap ahli usrah.

Itu adalah percubaan pertama untuk berlatih bercakap di khalayak...

(Saya berjumpa kembali bekas naqib saya setelah berpisah 7 tahun. Seorang di Mesir, seorang di Jordan. Tetapi sekarang, kami menjadi naqib bersama pula...hehe)

Selain itu, emak memberi pesan, "Setiap hari, cuba berlatih bercakap di hadapan cermin"... Arhh!!! Lecehnya...

Apabila saya memoderatorkan sesuatu program, maka akan terjadilah mimik muka seperti ini...

PERLU BERUBAH

Hari ini, saya melihat kepentingan menguasai kemahiran pengucapan umum kerana saya sudah berada di jalan dakwah. Saya sudah pilih jalan ini dan tidak mungkin untuk berpatah kembali...

Kemahiran ini amat penting bagi memungkinkan saya terjun ke kancah masyarakat yang mempunyai rencah yang pelbagai. Juga membuka peluang untuk saya sebati dengan jiwa masyarakat.

Saya suka melihat tokoh-tokoh politik serta ahli akademik berucap dan sentiasa mencuba untuk membina keyakinan berucap seperti mereka.

Namun sehingga hari ini, masih ada bias-bias gagap itu yang menghantui setiap ucapan saya...Aduh!!!

Moga selepas ini saya boleh bercakap dengan lebih teratur dan lebih tersusun laksana Anwar Ibrahim saya kira...

P/S : Mengkonduksi acara dewan semalam agak memualkan diri saya sendiri... Bilalah hendak berubah... Emm...

post signature

LAU KANA BAINANA HABIB

.
4 comments

Bulan ini bulan Rabiulawwal. Bulan untuk mengenang kelahiran insan agung, Muhammad Sallallahu Alaihi Wa Ali Wasalam.

Mengenang seorang Rasul yang telah membuka jalan kepada manusia untuk mengenal erti hidup bertuhan. Yang telah mengeluarkan manusia daripada kegelapan jahiliyyah kepada keindahan sebuah kehidupan.

Baginda membawa mesej yang menyeluruh meliputi pelbagai aspek kehidupan. Jikalau semua ajaran baginda dipraktikkan di waktu ini, oh alangkah indahnya kehidupan ini.Tiada lagi jenayah dan kejahatan yang melanda umat.

Tulisan kali ini, saya ingin berkongsi dengan pembaca satu rancangan realiti yang sangat baik untuk dihayati.
Rancangan "Lau Kana Bainana Habib" adalah satu rancangan aliran remaja kontemporari yang membicarakan respondi orang ramai terhadap sunnah Baginda Rasul Sallallahu Alaihi Wa Ali Wasalam disamping cuba menghidupkan semula sunnah Baginda.

Penerbit mencipta beberapa situasi untuk melihat respon orang ramai terhadap sikap dan akhlak masyarakat.Yang lebih menarik, ada juga situasi yang menunjukkan orang kristian lebih mengikuti akhlak Baginda berbanding orang Islam sendiri.Aduh!!! (Sila rujuk episod 3)Sepanjang saya berada di Tanah Arab ini, saya merasakan suasana yang amat ketara bezanya berbanding di Malaysia dalam soal rasa kecintaan kepada Baginda .

Apabila sebut sahaja nama Baginda, perasaan malu dan kecintaan kepada Baginda akan timbul, sekaligus menghalang segala perbuatan kurang sopan.

Contoh yang mudah, jika terdapat pergaduhan, cara penyeleraian yang mudah adalah dengan menyebut nama Baginda Nabi.

Persoalannya, apa kebaikan yang telah kita lakukan hari ini??? Kalau Baginda Nabi ada bersama kita,bagaimana???

Justeru itu, saya menyarankan anda menonton rancangan ini kerana saya beranggapan ia mampu membuatkan anda rindu kepada Baginda. Saya pon tidak sedar bahawa saya menangis menonton rancangan ini.

Kalaulah Baginda Nabi ada disisi...

TAMBAHAN :-

Download lagu tema rancangan DISINI

Rancangan Musim Pertama DISINI (Jika masih ada tempoh)

Episod ketiga DISINI (Selebihnya boleh search sendiri...hihi)

Kalau nak senang lagi, datang bilik saya bersama dengan pendrive anda.

post signature

PEMIMPIN MELAYU BEBAL BAHASA MELAYU

. 18 Februari 2010
0 comments

Bahasa melayu tidak seharusnya dipertikaikan sama ada untuk dimartabatkan mahupun untuk perkara sebaliknya. Ini kerana, ia telahpun termaktub di dalam perlembagaan persekutuan dalam perkara 152 – Akta Bahasa Kebangsaan 63/68 dan Akta Pelajaran 1961 & 1996.

Masalah yang sering berlaku adalah apabila dasar tersebut tidak dilaksanakan dengan baik, tegas dan jujur.

Dewan Bahasa dan Pustaka baru baru ini telah mengundang Datuk Dr.Hassan Ahmad selaku Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan, Prof. Dr,Abdullah Hassan, Prof.Dr.Zainal Kling dan Dr. Ridhuan Tee Abdullah sebagai ahli panel untuk membentangkan kertas kerja “ Hari Pejuang Bahasa 152” yang dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan dan Kebudayaan, Datuk Wira Kamarudin Siaraf.

Dr.Abdullah Hassan dari UPSI berkata, bahasa melayu akan menerima kesan yang agak serius apabila pelaksanaan Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains/Matematik dalam bahasa Inggeris atau PPSMI. Tambahnya lagi, usaha pihak kerajaan memansuhkan PPSMI dahulu patut dipuji tetapi kesannya terpaksa kita yang tanggung.

Dr.Zainal Kling dari Gapena pula mempersoalkan peruntukkan besar yang disediakan untuk memajukan bahasa inggeris di negara kita, sedangkan bahasa sendiri terpinggir begitu saja.

“Saya difahamkan peruntukan RM 5 bilion ringgit dalam program itu. Jadi, kita mahu juga peruntukan yang sama untuk memartabatkan bahasa melayu ini” katanya lagi.

Dr.Ridhuan Tee dari Universiti Pertahanan National Malaysia mencadangkan agar sekolah satu aliran diadakan di Negara ini supaya masyarakat berbilang kaun mencintai bahasa melayu.
Dalam majlis itu, suasana agak ‘terpaku’ dengan kelantangan Dr.Hassan Ahmad mengheret pemimpin melayu dan orang-orang melayu yang memperkecilkan bahasa ibunda dengan menterjemahkannya sebagai “golongan bebal”.

Majlis yang julung kali diadakan itu telah menjadi medan kritikan keras kepada pemimpin melayu dan orang melayu yang merasakan bahasa kita ini adalah bahasa kolot yang tidak mencerminkan pembangunan bangsa sendiri.

Datuk Hassan Ahmad yang begitu dikenali ketika perhimpunan bantahan PPSMI dahulu juga merupakan ahli panel yang paling lantang dalam majlis itu. Beliau agak keras serta menggunakan istilah ‘bebal’ kepada pemimpin melayu dan orang melayu yang sanggup menidakkan kekuatan bahasa sendiri.

Mungkin juga untuk sehari dua nanti, timbul pula impak daripada sindiran tajam itu kepada mereka yang ‘melaksanakan’ kerja-kerja bodoh itu dahulu.

Selamatkah bahasa kita???

Pemimpinlah yang mencorakkannya...

post signature

HARI KELUARGA

. 09 Februari 2010
4 comments

Seminggu lagi, Hari Keluarga & Mahabbah Anak-Anak Terengganu [HIKMAT] 2010 akan diadakan sempena cuti semester pertama. HIKMAT ini adalah acara tahunan rasmi serta program mega bagi Keluarga Penuntut Terengganu di Mesir.

Ini adalah hari-hari untuk memupuk persaudaraan dan hari-hari merapatkan kenalan. Tidak kurang juga hari-hari untuk melepas geram atau tension-tension yang ada...wakaka

Jika tahun-tahun sebelumnya, saya diamanahkan sebagai setiausaha, tahun ini ditugaskan sebagai Ketua Unit Acara Dewan pula.Aduh!!!

Petunjuk blue clues

Menjadi think tank untuk mengisi pengisian program membuatkan saya akan sentiasa termenung dan berkhayal.

Apa saja pengisian yang akan saya sediakan untuk program selama 4 hari ini harus saya lumati dengan sebaik mungkin.

Ada apa-apa cadangan untuk pengisian acara dewan???

post signature

BULAN INI BULAN CINTA

. 07 Februari 2010
0 comments

Umum bagi golongan remaja mengetahui, bulan Februari adalah bulan cinta. Bulan ulangtahun kasih sayang. Saya tidak tahu macam mana remaja kita boleh terpengaruh dengan perayaan karut 14 Februari ini.

Bagi pasangan remaja, mungkin inilah nilai saat kebahagiaan mereka dalam perhubungan. Hari untuk menzahirkan kasih sayanglah kononnya setiap tahun. Apabila saya melihat kawan-kawan bagai nak rak semuanya, saya cadangkan kepada mereka semua agar berkahwin. Itu lebih selamat. Ada yang menerima respon ini dengan baik.

Bila dikatakan bulan ini bulan cinta, saya katakan kembali, setiap hari adalah hari cinta.

Kenapa???

Saya punya banyak cinta untuk dikongsikan. Jadi, tidak cukup dan tidak memadai dengan hanya sebulan sahaja.

Saya harus berkongsi cinta ini kepada mak, abah, adik-adik, isteri (kalau adalah), keluarga dan masyarakat.

Saya tidak mahu ulas panjang mengenai hal ini, cuma saya ada terbaca keratan akhbar The Star baru-baru ini mengenai satu kempen atau promosi sempena Valentine's Day tidak lama lagi.

Apa pendapat anda tentang kempen ini??? Macam sengal je...wakaka

post signature

Related Posts with Thumbnails
    follow me on Twitter