JARIKU JARIMU

. 25 Disember 2008
1 comments

Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima.
Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam.Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.

Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan.Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil.

Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini.Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri.

Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil.

Nah...naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya. Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah.

Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identity dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi.

Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Justeru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.
Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar.

Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka dan patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas. Itulah rahsia kejayaan anda.

Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima-limanya itu Renung dan fikir dalam-dalam.

Jadi, dimanakah anda sekarang???huhu...

TEMAN TAPI MESRA

.
0 comments

TEMAN tapi mesra. Ungkapan terbabit sering kedengaran di bibir anak muda, tetapi kadangkala mengelirukan bagi sesetengah pihak, namun yang pasti ia merujuk kepada perhubungan antara lelaki dan perempuan.

Berkawan tidak salah, bahkan digalakkan kerana ia selaras dengan fitrah dan membawa banyak manfaat sehinggakan dapat membuatkan hidup lebih ceria.

Cuma, berwaspada apabila kawan lebih daripada had, terlalu rapat dan intim, malah sanggup mengorbankan harga diri.
Justeru, Islam menasihati umatnya sentiasa memelihara kesopanan dan tata cara sepanjang masa, terutama apabila bersosial dan berkawan, supaya kebaikan terjaga.

Ulama tersohor, Sheikh Yusuf Al-Qaradawi, berkata hubungan di antara lelaki dan wanita tidak ditolak secara keseluruhan.

Bagaimanapun, beliau menggariskan beberapa syarat hubungan di antara kedua-dua jantina terbabit, dengan saling merendahkan pandangan dan memastikan tiada pandangan yang disusuli nafsu.

Menurutnya, wanita Islam juga patut prihatin terhadap kod pakaian Islam, yang menutupi seluruh badan, tidak ketat dan menggambarkan bentuk badan.

"Akhlak yang umum sepatutnya diamalkan. Dalam perkataan lain, seorang wanita sepatutnya serius dalam ucapan dan tertib cara berjalan dan melawan godaan syaitan. Tiada wangian dipakai dari rumah."

Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: "Mana-mana wanita yang memakai wangian dan kemudian berjalan melalui sekumpulan lelaki dan mereka mencium wangian itu, dia adalah penzina."

Al-Qaradawi juga berkata, lelaki dan wanita (bukan mahram) tidak dibenarkan bersama di satu tempat yang tiada lelaki lain.

Bagaimanapun, perkembangan mutakhir mendapati fenomena memiliki teman istimewa kian menjadi-jadi, seolah-olah ia suatu kebiasaan.

Bagaimanpun, apabila teman terbabit berkelakuan di luar jangkaan, timbullah keburukan, malah bagi pelajar prestasi pelajaran merosot, selera makan menurun, bahkan untuk hidup pun tidak bersemangat.

Bekas Presiden Masyarakat Islam Amerika Utara (ISNA), Dr Muzammil Siddiqi, berkata Muslim memang sepatutnya mempunyai hubungan yang baik dengan semua orang, lelaki dan wanita, di sekolah, tempat kerja dan kawasan kejiranan.

"Tetapi Islam tidak membenarkan mengambil orang bukan mahram sebagai kawan rapat kerana hubungan seperti itu kerap membawa perkara haram.

"Ini memungkinkan mereka melakukan dosa atau menghabiskan banyak masa bersama," katanya sambil mengemukakan ayat 25 Surah an-Nisa sebagai satu hujah atas dakwaan berkenaan.

Perhubungan intim yang membawa kepada pertemuan sosial atau 'dating' boleh mengundang pelbagai mala petaka, seperti rogol, pembunuhan dan persundalan.

Fenomena itu mula bercambah ketika muzik Barat mula memekik dari kereta dan pasangan muda berpegangan tangan di kafeteria. Malah, seks sebelum perkahwinan menjadi suatu fenomena yang semakin menjadi-jadi sejak era revolusi seks 1960-an.

Jurnal Persatuan Perubatan Amerika ada melaporkan, peningkatan bilangan gadis mengadakan pertemuan sosial, berisiko berdepan dengan kekejaman, hamil, penderaan, bahaya tingkah laku seksual dan membahayakan diri.

Berikutan itu, ramai di kalangan gadis menderita secara senyap, tidak memberitahu sesiapa kerana takut atau malu.

Walaupun sesetengah mereka cuba memilih untuk bersuara bagi mendapatkan pembelaan, ia hanya membabitkan sebilangan kes tertentu.

Hari ini, bukan sedikit anak muda yang berada dalam keadaan mengelirukan dan keterpaksaan, bersama masa depan yang kabur selepas terjebak dalam perhubungan intim dengan pasangan masing-masing.

Oleh itu Islam menasihati umatnya berwaspada apabila bersosial dan jangan sampai merugikan diri dan keluarga.

Hakikatnya berkawan tidak salah tetapi jika melanggar nilai agama lebih-lebih lagi bertemu dan berdua-duaan, ia dilarang sama sekali.

Sheikh Ahmad Kutty, dari Institut Islam Toronto, Kanada, berkata pertemuan sosial tentu tidak dibenarkan.

Menurutnya, Islam melarang umatnya berdua-duaan dengan pasangan berlainan jantina kecuali hubungan persaudaraan atau perkahwinan.

"Tidak dibenarkan menurut kehendak nafsu secara bebas, bergaul sembarangan dan bercampur dengan kawan berlainan jantina," katanya.

Nabi Muhammad s.a.w menegaskan: "Apabila seorang lelaki dan wanita duduk bersama mereka ditemani teman ketiga (yang membisikkan kejahatan kepada mereka)."

Katanya, Allah memerintahkan kita bukan saja menahan diri daripada zina tetapi menjauhi daripadanya.

"Menurut hukum ahli fiqah, perkara yang membawa kepada haram juga diputuskan haram. Justeru, apabila pertemuan sosial itu membawa kepada dosa, ia diputuskan haram.

"Jika untuk mengetahui wanita terbabit bagi tujuan perkahwinan, ia dibenarkan tetapi tertakluk kepada etika Islam," katanya.

DIPERBAHARUI NIKMAT

. 19 Disember 2008
2 comments

Nikmat-nikmat yang melingkungi kita hanyalah 1% sahaja daripada nikmat-nikmat yang ALLAH kurniakan kepada hamba-hambanya di dunia ini.

Baki 99% lagi nikmat-nikmat lain ALLAH TAALA akan memperuntukkan untuk dibahagikan dan dikurniakan di akhirat nanti.

Namun bagi yang berfikir, 1% nikmat di dunia itu sudah cukup besar untuk dirasai apatah lagi 99% nikmat yang bakal menanti... Ooohh, sungguh tidak terduga.

Beberapa hari lalu, saya menerima 2 bungkusan dari Malaysia..huhu.. Gumbiranya.

Saya menerima sepasang baju melayu lengkap siap bersampin lagi dari keluarga di Malaysia. Baju ini sangat istimewa bagi saya kerana ianya dijahit sendiri oleh mak saya.. Kesemua baju 'rasmi' saya adalah hasil tangan kasih sayang mak saya sendiri..huhu..Tengkiu my mother.

Saya mula meminati baju melayu ini setelah membaca novel Faisal Tehrani, Manikam Kalbu. Novel ini membangkitkan semangat saya terhadap pengamalan fesyen yang dicipta dan ditinggalkan melalui sejarah.

Novel ini sangat baik untuk membaca sejarah lampau dan peranan besar ulama dalam mengenalkan fesyen dan membudayakannya dalam masyarakat melayu.. Bagus juga jika untuk mengembalikan budaya melayu yang semakin hapus ditelan usia. Insyaalah novel ini bebas dari unsur syiah..ngeh6x..Sepasang baju melayu ini adalah nikmat ijaad(نعمة الإيجاد) dan nikmat imdaad (نعمة الإمداد)buat saya

Saya harus menjaganya dengan baik walaupun sepasang baju melayu dahulu masih lagi elok supaya nikmat imdaad ini berterusan selamanya..

" Nikmat Allah yang manakah yang kamu dustakan???"

P/s :- Spongebob suka baju warna cerah n ceria...hu..hu.

PANTANG LARANG ORANG TUA2???

. 01 Disember 2008
6 comments


Setelah saya meneliti kitab “Taalim Muta’lim ala Thoriq Taa’lum”, banyak sebenarnya larangan-larangan orang tua-tua dahulu yang bertepatan dengan apa yang diajarkan oleh para ulama silam. Larangan datuk nenek kita dahulu sebenarnya mempunyai nas dan bukannya satu perkara yang direka-reka dalam adat dan tatacara melayu.

Mereka berpegang teguh dengan apa yang ‘tok guru’ ajarkan kepada mereka dalam setiap pengamalan seterusnya membentuk menjadi satu budaya dalam masyarakat.

Walaupun nampak remeh, namun itu yang menjadi penghalang kepada nilai sebuah keberkatan seperti mana keluhan Syeikh Zarnuji di awal muqaddimahnya di dalam kitabnya ini.

“Sesungguhnya aku telah melihat ramai pelajar di zamanku yang bersungguh-sungguh menuntut ilmu tetapi GAGAL mencapai manfaat dan hasil sepenuhnya dalam mengamalkan ilmu dan menyebarkannnya. Kegagalan mereka berpunca daripada tersalah jalan dan meninggalkan syarat-syaratnya”

Untuk tulisan saya kali ini,saya memetik satu bab yang menarik dalam kitab ini yang sedikit sebanyak berkaitan dengan pantang larang datuk nenek n mak ayah saya dahulu sampai sekarang..hu..hu..

PERKARA YANG MENGHALANG REZEKI & MEMBAWA KEPAPAAN

1- Berbuat dosa adalah punca utama terhalang rezeki.

2- Menipu kerana ia mewarisi kefakiran.

3- Tidur di waktu Subuh.

4- Terlalu banyak tidur membawa kepada kepapaan.

5- Tidur bertelanjang.

6- Buang air bertelanjang.

7- Makan dengan keadaan cekak pinggang.

8- Makan sambil bertebelakang atas lambung.

9- Makan dalam keadaan berjunub.

10- Cuai dengan tumpahan hidangan.

11- Masak/Bakar kulit bawang besar & kulit bawang putih sekali.

12- Menyapu rumah dengan kain.

13- Menyapu rumah pada waktu malam.

14- Meninggalkan sampah dalam rumah.

15- Berjalan/melintas di depan guru/ orang-orang tua.

16- Memanggil kedua ibu bapa dengan namanya.

17- Mencungkil gigi dengan kayu/benda yang terjumpa.

18- Membasuh/celup tangan dengan tanah dan debu.

19- Duduk atas tangga.

20- Menyandar di daun pintu.

21- Berwuduk di tandas.

22- Menjahit pakaian di badannya.

23- Mengelap/mengeringkan muka dengan pakaian.

24- Membiarkan sarang labah-labah di rumah.

25- Mempermudah-mudahkan sembahyang.

26- Mempercepat keluar masjid selepas sembahyang subuh.

27- Berpagi-pagi pergi ke pasar.

28- Melambat-lambat pulang dari pasar.

29- Membeli cebisan2 roti daripada orang papa yang meminta-minta.

30- Mendoakan kecelakaan terhadap anak.

31- Tidak menudung/menutup bekas air.

32- Memadam pelita dengan hembusan nafas.

33- Menulis dengan pen yang pecah yang diikat.

34- Sikat rambut dengan sikat yang pecah/patah.

35- Meninggalkan doa kebaikkan untuk ibu bapa.

36- Melilit serban sambil duduk.

37- Memakai seluar sambil berdiri.

38- Bakhil.

39- Sempit dalam berbelanja. (Kedekut&Terlebih bakhil).

40- Membazir & Boros.

41- Malas.

42- Berlengah-lengah.

43- Mempermudah-mudahkan/berlambat-lambat dalam urusan.



· Tulisan yang diboldkan adalah ‘athar’ daripada sahabat Nabi Sallahualaihiwassalam.

· Boleh rujuk kembali Kitab ini dalam fasal ke-13

BELAJAR UNTUK MENGHARGAI....

. 10 November 2008
1 comments

"Meruntun Hati, Membangun jiwa"

Itu yang dapat saya rasa tatkala selesai membaca novel ini pagi tadi. Sesuatu yang agak menarik untuk dipelajari walaupun sudah bergelar pelajar atau taraf lebih tinggi dari itu.

Saya cukup sedih membaca novel ini di awal babak penceritaan. Ada sesuatu yang menyentuh hati untuk kita lebih menghargai apa yang ada disekeliling kita.

Belajar untuk menghargai suasana dan orang di sekeliling kita.

Belajar untuk menjatuhkan ego tatkala tinggi.

Belajar untuk redha tatkala sedikit.


Belajar untuk tidak jadi "KERA SUMBANG" tatkala diri berasa sedap.

Belajar untuk pandai menghormati orang lain tatkala mulia.

Segala-galanya perlu kepada belajar.

Jadi, pakat-pakat bacalah novel ni...kui3x. (Rugi kalau x baca)
Sape2 yang dah baca novel ni, boleh hantar komen kat saya..huhuhu...
( Kak Fatimah Syarha adalah senior saya sewaktu di Sek. Men dahulu.hu..hu )

tgidham mendapat semangat & keyakinan dari novel ini..hu..hu

UKHUWWAH ITU HAMBAR...

. 24 Oktober 2008
4 comments



Pernah atau tidak anda merasai kebahagiaan dan ketenangan dalam hidup???

Manusia sememangnya sangat mengimpikan satu kebahgiaan bagi memberi ketenangan dalam kehidupan mereka. Namun dimanakah lubuk kebahagiaan dan ketenangan itu???

Sepanjang penelitian saya,salah satu perkara yang menyumbang kepada keselesaan jiwa dan ketenangan hati adalah pada pengamatan nilai dan sikap ukhuwwah atau hubungan insani sesama manusia.

Ukhuwwah menggambarkan satu tali perhubungan yang utuh serta hubungan yang rapat lagi mesra antara dua pihak.

Namun begitu,ukhuwwah sekadar manis pada teori,tetapi pahit pada pelaksanaannya. Mudah dibayangkan,tetapi sukar diamalkan.
Kita semua ingin menikmatinya,namun tak punya kuasa mengenggamnya.Akhirnya menjadi omong-omong kosong atas nama ukhuwwah.

Atas dasar itulah, Imam As-Syahid Hassan Al-Banna telah menyusun satu doa tatkala selesai berusrah dengan doa

“اللهم انك تعلم ان هذه القلوب قد اجتمعت علي محبتك”
“Ya Allah,engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu”


UKHUWWAH MENGUNDANG JAUH

Maimun Bin Mahram berkata: “ Sesiapa yang ingin mendapatkan nikmat ukhuwwah tetapi tidak suka memberi keutamaan dan jasa baiknya, maka carilah teman dari ahli kubur yang sudah mati”

Begitulah keadaan orang mukmin yang berlaku pada hari ini. Mahukan nikmat ukhuwwah,namun sumbangan kearah itu hampehh semuanya..

Kesannnya,ukhuwwah itu mengundang jauh.

Dan semakin menjauh..

Sedangkan binatang mampu berukhuwwah mesra,patah lagi manusia

Akhirnya ukhuwwah itu pupus dan hanya menjadi ayat-ayat sejarah di dalam kitab. Anak-anak kita yang terkemudian hanya memenuhi otak dengan seribu persoalan apakah itu ukhuwwah dan bagaimanakah perlaksanaanya kerana tiada teori dan praktikal di situ.

TINGKATAN UKHUWWAH

Imam Al-Ghazali berkata: “Jika engkau tidak menemukan dalam dirimu salah satu daripada tingkatan yang tiga terhadap saudaramu,nescaya ketahuilah bahawa sesungguhnya tali persaudaraan belum lagi meresap dalam jiwa dan hatimu. Yang berlaku antara kamu adalah pergaulan zahir sahaja yang tidak berbekas pada akal dan agama”

Kenangan lalu amat mudah diputar kembali...

Apakah tingkatan yang tiga itu???

PERTAMA: Tingkatan ukhuwwah yang paling rendah
Kita penuhi dahulu segala keperluan kita dengan harta kita.Apabila masih ada lebih,maka bakinya itu adalah hak saudara kita. Segera memberinya sebelum ia meminta. Bila ia meminta,itu tanda kurangnya perhatian kita dalam memenuhi hak ukhuwwah.

KEDUA: Tingkatan Pertengahan
Meletakkan saudara kita sebagaimana diri kita sendiri. Kita libatkan dan ikutsertakan saudara kita dalam mengaturkan seluruh harta perbendaharaan yang kita miliki seakan-akan ia memiliki sebahagian daripada harta tersebut.

Tingkatan ini selari dengan Hadis Rasulullah Sallallah Alaihi Wassalam:-

“ Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga ia mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri”

Menurut Hasan Al-Basri,bagaikan orang yang memotong dua kain sarungnya untuk diberikan separuh kepada saudaranya.

KETIGA: Tingkatan Paling Utama -‘ITHAR’-

Meletakkan saudara kita melebihi diri kita sendiri. Dalam mengatur keperluan harta,kita mengutamakan keperluan saudara kita dahulu,kemudian barulah menyelesaikan keperluan kita.

Inilah hasil tarbiyyah agung Rasulullah kepada para sahabat misalnya kisah sahabat yang sanggup mendahulukan keperluan air kepada sahabat lain ketika selesai Perang Mu’tah yang mengakibatkan ketiga-tiga sahabat syahid.

Dalam kisah lain Abu Hurairah ra. menceritakan, seorang lelaki menghadap Rasulullah Sallahu Alaihi Wa Sallam seraya berkata: "Saya sangat susah untuk dapat makan" Rasulullah pun bertanya kepada para sahabat: "Siapa yang mahu menerima tetamu hari ini?" Seorang sahabat ansar pun berdiri: "Saya, ya Rasulullah!"

Ia pun pulang menjumpai isterinya dan berkata: "Adakah masih tersedia makanan?" Isterinya menjawab: "Ada, tetapi ini bahagian anak-anak kita malam ini"

Si suami memberi tunjuk ajar: "Ajak anak-anak bermain. Bila mereka minta makan, tidurkan segera. Nanti ketika tetamu kita masuk,matikan lampu dan berbuatlah seolah-olah kita makan bersamanya."

Mereka pun duduk dan si tetamu makan dengan seleranya, sementara keluarga anshar tersebut menahan lapar malam itu. Paginya, Rasulullah saw. berkata: "Luar biasa kalian dalam memuliakan tetamu"

KENAPA SAYA MENULIS ENTRY INI?

Bak kata Nabil Raja Lawak, “Lu Pikir sendirilahh beb.......”

Apa guna ilmu jika tiada penghayatan dalam diri??? Ia tetap berkarat jika tidak digunakan.
Jangan merasakan diri kita terlalu best dan sempurna... Macam sedap ngat...ngeh6x

Kenangan pada nilai sebuah ukhuwwah

KEBODOHAN PADA MEMBERI

. 12 Oktober 2008
0 comments


Dunia Malaysia sekarang sudah pening dan diselubungi dengan kebodohan yang nyata. Saya terfikir entah macam mana seorang perosak bangsa disanjung dengan "Darjah MULIA Seri Melaka".

Perkataan 'MULIA' itu cukup saya tidak boleh untuk menerimanya.

Namun,kadang-kadang ia tidak pelik kerana Yang Dipertua Negeri Melaka adalah seorang bekasan orang politik yang bertaraf menteri dahulu yang tiada tempat lagi dalam dunia politik.


Kita perlu tahu bahawa tidak semua pemberian melambangkan kebaikan atau kecerdikkan kita dalam menilai sesuatu perkara. Pemberian sangat digalakkan dalam Islam tetapi bukan untuk perkara-perkara yang BODOH.

Entah apa jasa si Bombay ni untuk Malaysia.. Begitu buta mata pemimpin Malaysia menilai jasa dan sumbangan seseorang individu pada negara.

Pemimpin 'Dogol' sebegini sengaja menyumbang kepada semakin hampirnya Hari Kiamat. Ingatlah, apabila orang bodoh dan jahil disanjung mulia itu tanda dunia dah terbalik menunggu saat kehancuran.

Entahlah... Apabila aku menilai pemimpin kita sebodoh macam ini, aku malu berpimpinkan kepimpinan macam kamu.. Moge kalian semua sedar..

P/S : Kalau pemimpin otak dah 'berkarat', lebih baik tukar je...huhuhu.. Spongebob lebih layak diberi 'Datuk'...kui3x

WAJAH-WAJAH AIDILFITRI ITU

. 11 Oktober 2008
2 comments


Bersama dengan Prof Madya Jamil Hashim,Pengarah JPMK.


Anak-anak Terengganu di perantauan...


Bila dua jejaka beradu ketampanan....


Barisan EXCO bergambar dengan Prof


Bergambar selepas sembahyang raya


Selepas sembahyang raya di Suuq Sayyarat


Beraya di rumah Prof Madya Jamil Hashim


Bersama Datuk Duta Malaysia




Bergambar kenangan bersama Pengarah JPMK


Abang Bu buat ape tu main-main kat tabir tu???


Bila Si Jejaka beraksi Jambu


Tatkala membasuh pinggan masih sempat waza tidur dlm hamam


Besar2 pon sempat lagi nak main

UNTUK ANDA...

. 01 Oktober 2008
0 comments


Selamat Hari Raya Aidilfitri saya ucapkan kepada semua pengunjung blog saya ini. Ribuan keampunan saya pohon sekiranya ada silap n salah yang sengaja ataupun tidak..

Kad raya ini sebagai perhargaan saya untuk anda yang telah banyak memberi sokongan, motivasi dan semangat dalam memacu dunia kepimpinan ini..

Sekali lagi saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Dan Batin.

Kullu Am Wa Antum Bi Khoir..

"Kebersamaan anda pemangkin kekuatan kami"

IKLAN

. 25 September 2008
0 comments

LORD OF RAMADHAN

. 14 September 2008
0 comments

Santapan mata dan telinga sebelum berbuka...hu..hu



Klu x dapat tengok,just klik DISINI

DATING HALAL...

.
3 comments

Mengapa saya masukkkan entry ini??? Tambahan pula sesetengah pihak beranggapan 'not maching' atau kurang bertepatan dengan suasana Ramadhan sekarang. Namun bahan bacaan seharusnya tidak hanya tertakluk pada sesuatu masa sahaja namun perlu kepada sepanjang masa.

Saya menerima beberapa mesej dari Malaysia yang bertanya permasalahan 'hati dan perasaan' yang kadang-kadang cukup 'bosan' bagi saya untuk melayan hal2 sebegini. Saya telah memberi penjelasan yg cukup jelas saya kira pada beliau. Maklumlah,jiwa gadis remaja lebih perlu untuk dimotivasikan malah sangat memerlukan motivasi dan perhatian dari seseorang yang boleh ia bergantung padanya. Entry ini just sekadar informasi kepada semua pengunjung blog saya khususnya golongan remaja yang 'bergelora jiwanya' dalam mencari 'perhatian kasih sayang' dari individu yang 'terlekat' pada hati mereka...









KLIKKAN SAHAJA UNTUK BESARKANNYA

PANTUN DR.MAZA...

. 11 September 2008
0 comments



Sesekali dapat juga kita mendengar Mufti kita berpantun...
Namun dapatkah anda fahami apa maksud tersirat DR.Asri ini????

Hanya anda mampu memahami suara hati seorang mufti dari suara hati anda sendiri..

Related Posts with Thumbnails
    follow me on Twitter