PESTA BUKU ANTARABANGSA KAHERAH

. 30 Januari 2010
1 comments

Cuti short sem pada musim sejuk sebegini, elok saja kalau berjalan-jalan melepas hawa sejuk selepas peperiksaan semester. Kalau hanya membungkus dalam balutan kek gulung 'saratoga', ia adalah fenomena herbanisasi yang kurang baik.

Pesta buku tahunan juga sudah bermula. Sembang-sembang saya bersama warga mesir, mereka menyatakan Pesta Buku Kaherah ini adalah Pesta Buku Kedua Terbesar di dunia selepas Negara Jerman. Saya tidak pasti ini fakta atau auta.

Untuk pesta buku kali ini, saya memperuntukan bajet LE 1000. Wah!!! Satu nilaian yang agak besar. Kalau selama ini saya hanya meminjam kitab kawan atau kitab perpustakaan, tahun ini saya harus memilikinya sendiri. Tambahan pula, saya sudah menemui pengajian tetap harian saya. Jadi, harus ada kitabnya.

Semasa di pesta buku kelmarin, keluarga menelefon saya secara langsung dari Malaysia. Rindu katanya. Aduh!!!

Hakikatnya, memang sudah lama benar saya tidak menelefon keluarga. Ya. Terlalu lama. Memasuki tahun ketiga tanpa pulang sememangnya saja meruntun rindu.

Justeru, saya sediakan gambar-gambar ini untuk tatapan keluarga. (Yang bukan keluarga pon, bolehlah ambik kesempatan pada gambar-gambar peribadi yang jarang-jarang saya siarkan disini).

Saya tahu, mak n abah selalu buka blog ni...huhu

Tiket masuk. LE 1 sahaja.

Di depan booth Arab Saudi.

Mesti serius n fokus semasa perhatikan buku...kui3x

Ammu ni yang nak sangat bergambar dengan saya.

Muka tok imam yang membunuh tapi hati berbunga.

Gerai fatirah.

Berhenti rehat

Bersama Ust Suhaimi Daud yang datang dari Malaysia semata-mata untuk membeli kitab

Dah nak balik dah

Balik Maarad, terus ke Airport pula.

Yang Berhormat melawat tapak projek

Bergambar ramai-ramai

Sekarang kita berada di sini ya tuan-puan.

Sekian...

post signature

DASAR DWI-BAHASA YANG SALAH

. 29 Januari 2010
2 comments

Akhbar The Star baru-baru ini menyiarkan satu ulasan oleh kolumnis akhbar tersebut mengenai Dasar Dwi-Bahasa yang diakui salah oleh Lee Kuan Yew. Apabila disemak dalam Internet, mendapati bahawa kenyataan Lee Kuan Yew, Menteri Mentor Singapura itu telah disiarkan pada 17 November 2009 melalui Channel NewAsia dilaporkan oleh Hoe Yeen Nie.

Mantan Perdana Menteri Singapura itu membuat pengakuan secara terbuka bahawa dasar dwi-bahasa yang telah beliau perkenalkan serta dilaksanakan hampir 40 tahun lalu adalah salah. Kesalahannya kerana diperkenalkan di tahap awal pendidikan. Ini disahkan oleh anaknya sendiri, seorang pakar dalam bidang neurologi.

Singapura masih mengekalkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tetapi bahasa rasminya adalah Bahasa Inggeris. Untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran, Bahasa Inggeris digunakan dari sekolah rendah hingga ke universiti. Bahasa Melayu dan Bahasa Mandarin diajar sebagai satu mata pelajaran sahaja.

Ada beberapa kesan negatif hasil dasar dwi-bahasa Kuan Yew yang diakui oleh beliau sendiri. Pertama, pelajar-pelajar keturunan Cina tidak lagi berminat dan bersungguh-sungguh belajar Bahasa Mandarin.

Begitu juga kanak-kanak keturunan Melayu, minat mereka untuk belajar Bahasa Melayu semakin kurang dan menurun.

Semuanya ghairah untuk belajar Bahasa Inggeris kerana nilai ekonominya. Apatah lagi, Singapura berada di tengah kesibukan dunia perdagangan antarabangsa.

Maka kedua-dua kumpulan generasi muda ini, keturunan Melayu dan Cina sedang dilanda penyakit rendah diri (inferiority complex).Tidak kurang parahnya adalah kesan terhadap identiti jati diri negara bangsa dan rakyat Singapura itu sendiri. Walaupun mereka rata-ratanya fasih berbahasa Inggeris, tidak mungkin mereka diterima sebagai orang Inggeris.

Majoriti penduduk Singapura adalah keturunan Cina dan bahasa pertama mereka sepatutnya Mandarin. Bagi orang Melayu pula, bahasa ibunda mereka adalah Bahasa Melayu.

Bagi keturunan Cina, mempelajari Bahasa Mandarin adalah sukar dan membosankan. Adalah lebih mudah menumpukan perhatian untuk belajar dan menguasai satu bahasa sahaja, iaitu Bahasa Inggeris.

Tetapi Bahasa Inggeris tidak mampu menjadi jiwa dan unsur jati diri kepada keturunan Cina mahupun orang Melayu di Singapura.

Kita patut berterima kasih dan rasa beruntung kerana tidak membuat kesilapan seperti yang dilakukan oleh Kuan Yew. Hendak berundur ke belakang, Singapura telah terlanjur jauh ke hadapan.

Bagi Malaysia, pemansuhan PPSMI baru-baru ini serta pengenalan dasar penggantinya MBMMBI patut dialu-alukan dan diberi sokongan yang tidak berbelah bahagi.

Ia selaras dengan kebanyakan negara di Eropah (Perancis, Itali, Greece, Turki, Jerman, Belanda, Norway, Sweden, Finland, England dan lain-lain) dan Timur Jauh (China, Korea Selatan, Jepun) yang sudah maju dengan mengutamakan bahasa nasional masing-masing untuk tujuan pendidikan, jati diri serta kemajuan negara.

P/S : Utamakan Bahasa Melayu

"Bahasa Jiwa Bangsa"

Sumber DISINI

post signature

MAJALAH BULANAN

. 21 Januari 2010
3 comments

Salah satu keistimewaan yang terdapat di Bumi Mesir adalah lambakan bahan pencetakan dan lambakan penerbitan yang pelbagai.

Akhbar tempatan sahaja sudah mempunyai lebih 18 versi setiap hari/minggu. Majalah pula beraneka keluaran. Itu belum termasuk bahan picisan yang pelbagai genre.

Jika kita mengamati sejarah atau pelajaran adab/sastera Arab, kita akan menemui nama-nama seperti Mohammad Abduh, Ahmad Syauqi, Khalil Jibran yang mengerakkan peranan media ini menerusi penulisan dan syair-syair mereka.

Maktabah bula', Liwa' dan lain-lain memberi peranan yang besar membangunkan pemikiran umat menentang penjajah, meningkatkan kemajuan sosial dan upaya pembangunan seterusnya mencetuskan revolusi yang hebat pada waktu itu.

Majalah Al-Azhar bersama hadiah buku lain

Semua itu bermula dengan peranan media dan bahan pencetakan.

Namun, apa yang istimewanya di Mesir ini, semua bahan-bahan ini boleh didapati dengan kos yang paling minima. Bayangkan, satu majalah berhalaman 315 muka surat hanya berharga LE 1.50 (RM 0.90) sahaja. Bukan itu sahaja, setiap keluaran akan disertakan bersama hadiah buku tambahan.

Mulai awal tahun hijrah yang lalu, saya memperuntukan LE 5.00 (RM 3.50+-) setiap bulan untuk membeli 3 majalah secara tetap dan berkala setiap bulan.

Majalah Al-Waie Islami

Saya memilih Majalah Al-Azhar (LE 1.50), Majalah Al-Waei Islami (LE 2.00) dan Majalah Minbar Islam (LE 1.50) sebagai koleksi bahan bacaan setiap bulan. Yang lebih menarik, setiap majalah ini disertakan bersama hadiah buku tambahan bagi setiap keluaran.

Aduhh!!! Memang sangat murah dan menarik...

Kalau di Malaysia, saya memperuntukkan lebih RM 10.00 setiap bulan untuk Majalah I dan Harakah. Itu belum termasuk Majalah Kosmik, Majalah PC dan lain-lain.

Orang tanya saya. Beli buku banyak-banyak ni baca ke tidak???

Saya kata, kalau saya tak sempat membaca sekalipun, saya akan simpan majalah ini untuk dihadiahkan kepada anak-anak cucu saya nanti. Atau mungkin ia sendiri dijadikan peneman penghibur di waktu renta usia saya kelak.

Takkan rugi!!!

Biarlah suatu hari nanti, saya boleh berkata:-

"Buku ni, ayah beli kat Mesir dulu. Jadi, ayah hadiahkan buku ini untuk anak-anak ayah".

Itulah harta yang paling berharga...

post signature

KETIKA CINTA BERTASBIH 2

. 17 Januari 2010
2 comments

Kalau Ketika Cinta Bertasbih 1, kekuatan filem tersebut adalah pada lokasi pengambarannya, iaitu di Mesir. Tetapi, Filem Ketika Cinta Bertasbih 2 ini, lain pula powernya.

Kekuatannya adalah pada olahan plot yang berkesan serta penciptaan konflik yang tidak menjemukan. Lakon layarnya juga menunjukkan realiti yang sebenar.

Mungkin orang akan beranggapan filem ini adalah filem cinta.

Namun, saya memandangnya sebagai sebuah kisah prolifik perjuangan seorang azhari. Perjuangan membina diri serta perjuangan menyemai budi untuk memberi kepada masyarakat.

Kata Kiyai Lutfi Hakim :-

"Setiap alumni Azhar itu harus siap mengabdi diri pada umat, kapan saja"

So... Apalagi?

Kita harus siap!!!

P/S : Sesiapa yang ingin mendownload dengan mudah Filem KCB 2 ini, sila datang ke bilik saya bersama pendrive anda. Oh, Jangan lupa ya... Bawakan bersama Syibsyi juga...hehe

post signature

BUKU SUTRA

. 12 Januari 2010
5 comments

Sehingga hari ini, saya masih menerima beberapa panggilan telefon atau SMS daripada individu yang berminat mendapatkan Buku Sutra Edisi Tokoh Ilmuan Islam. Pagi tadi, seorang lagi individu dari Malaysia ingin mendapatkan naskhah tersebut.

Saya mohon maaf. Buku tersebut sudah habis terjual dan sudah tiada lagi stok dalam simpanan.

Alhamdulillah, pasaran buku ini memuaskan dan ia dapat memberi sedikit pulangan kepada persatuan di samping dapat memberi sedikit honorium atau saguhati kepada pengedar kami.

Saya masih terfikir-fikir untuk membuat cetakan kedua buku ini, namun penerbitan ini adalah harta persatuan. Saya tidak boleh mencaturkannya sembarangan. Tambahan pula, saya bukan lagi ahli majlis mesyuarat persatuan.

Tidak kisahlah apa percaturan atau misi persatuan pada tahun ini. Semuanya pasti sudah difikir secara masak oleh pimpinan atasan.

Cover buku terbaru untuk cetakan kedua

Keuntungan bukanlah matlamat sebenar. Saya mampu tersenyum gembira sekiranya masyarakat mula mendekati buku dan suka membaca bahan ilmiah sebagai aktiviti tetap mereka dan bukannya sebagai aktiviti mengisi masa lapang sahaja.

Proses untuk memandaikan rakyat melalui buku sebagaimana yang dilakukan PTS merupakan satu projek pembangunan modal insan terbaik bagi memimpin serta memajukan pemikiran beku masyarakat Malaysia.

Saya rasa, dasar inilah yang sepatutnya diketengahkan, supaya nanti kita tidak asyik membebel bersumpah seranah jika harta kita dicuri atau mata kita sakit melihat masyarakat yang bodoh lagi rosak.

Kerana, kita memang tidak pernah mencuba untuk memandaikan mereka...!!!

TAMBAHAN :-

- Saya memandang kerusi penerbit atau editor sebagai salah satu kerjaya pilihan nanti. Apa pendapat anda???

post signature

ORANG CELIK BIMBING ORANG BUTA

. 09 Januari 2010
0 comments

Hari ini, PAS mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan isu penggunaan nama Allah. Apa pun tanggapan orang, saya sangat berpuashati dengan kenyataan rasmi tersebut. Ada tiga asas penting yang terkandung dalam kenyataan rasmi ini.

Pertama, PAS menghormati kebebasan beragama. Kedua, penggunaan nama Allah oleh Kristian dan Yahudi dibenarkan. Dan ketiga, jangan gunakan pada tempat yang salah.

Tentu yang paling menyerlah ialah kesediaan PAS untuk menjelaskan isu ini kepada sesiapa sahaja untuk menjamin keharmonian rakyat.

Ketiga-tiga asas penting itu serasi dengan ruh Islam dalam hubungan antara agama, serasi dengan Kerangka Dasar Pakatan Rakyat dan serasi juga dengan situasi negara berbilang agama dan bangsa.

Kesediaan PAS menjelaskan isu ini kepada sesiapa sahaja yang keliru boleh diumpamakan seperti ‘kesediaan orang celik memperkenalkan gajah sebenar kepada orang buta’. Orang celik tidak memencilkan orang buta dan orang buta pula tidak terasa dipinggirkan.

Selama ini ramai yang marahkan orang buta kerana memberikan gambaran yang salah mengenai gajah. Ada yang tertawa, ada yang mengejek, ada yang mencebik. Hanya itu yang ramai, tetapi tidak ramai yang menjadi orang celik.

Keagungan nama Allah tetap terpelihara dan peluang untuk melebarkan dakwah juga terbuka luas.

Hanya satu sahaja yang tidak boleh, iaitu menyalahgunakan nama Allah. Bukan sahaja orang Kristian atau Yahudi, orang Islam pun sama. Menyalahguna, antara maksudnya ialah menghina.

Bukan sekadar orang Yahudi atau Kristian tidak boleh menghina Allah, orang Islam sendiri tidak boleh menghina penyembah berhala, bahkan tidak boleh juga menghina berhala itu sendiri.

Berhala yang memang hina itu pun tidak boleh dihina, apatah lagi nama Allah dan zat Allah yang Maha Agung. Allah Azza wa Jalla. Allah Jalla Jalaluh. Allahu Akbar.

Indah benar ajaran Islam. Keindahan Islam bukan sekadar dirasai, dikecapi, dinikmati oleh orang Islam, malah orang bukan Islam juga. Bukankah Islam adalah rahmat untuk semua?

Dilihat dari sudut pandang mana pun, pendirian PAS ini menguntungkan. Ya, menguntungkan Islam, rakyat berbilang agama dan bangsa juga masa depan dakwah Islam di negara ini. Dan, tentunya masa depan politik PAS.

PAS adalah parti politik. Adalah dangkal kalau sebarang keputusan PAS merugikannya dari sudut perkiraan politik. Keuntungan politik kepada PAS adalah keuntungan kepada perjuangan Islam juga.

Tanya Tok Guru Nik Aziz, bolehkah dia melakukan perubahan di Kelantan sekiranya dia tidak memiliki kuasa politik? Begitu juga, bolehkah PAS menampilkan Islam dalam wajah dan rupanya yang tulin jika PAS tidak mengambil kira politik dalam sebarang keputusan dan sikapnya.

Bolehkah PAS mempertahankan keagungan nama Allah dan zat Allah jika tanpa kuasa politik?

Isu nama Allah adalah isu agama. Agama itu apa kalau bukan politik di dalamnya?

Umat Islam menjadi hina bukan kerana mereka tidak bersolat, tidak berpuasa, tidak berhaji, tidak berzakat, tidak berkahwin, tidak berpoligami, tidak…, tetapi mereka menjadi hina kerana mereka kehilangan kuasa politik.

Bukankah itu yang dirakam oleh sejarah dan dapat dilihat kesannya hari ini? PAS kalah dalam pilihanraya bukan kerana orang PAS tidak bersolat, tetapi kerana tidak bijak berpolitik.

Orang PAS mesti ‘bijak’ bersolat dan ‘bijak’ berpolitik. Ya tak ya juga, macam mana boleh berlaku, orang Islam pandai solat tapi tak pandai politik? Pandai puasa tapi tak pandai politik? Pandai haji tapi tak pandai politik? Eh, bukankah ibadah haji ada unsur politik di dalamnya?

Pssst… Ini isu. Jangan kata saya berpolitik pula.

Sumber DISINI

post signature

KELU

. 08 Januari 2010
3 comments

Tazkirah Subuh saya hari ini kelu... Fuh!!! Berterabur...

Sebelum subuh tadi, saya memikirkan banyak perkara. Ingin buat itu ingin buat ini... Selepas subuh, tazkirah pula... Aduh!!! Hilang fokus.

Tapi, kawan saya kata :

"Enta tazkirah pakai baju UMNO tekpom"...haha3x

post signature

MENDUNG ITU BERLALU JUA

. 06 Januari 2010
6 comments

Artikel ini sepatutnya ditulis pada bulan lalu. Namun, daya itu tiada. Meniti zaman mendung dan gerhana, kadangkala ia memeritkan. Sesungguhnya menulis pengalaman hidup adalah sesuatu yang bakal berharga untuk dijadikan teman bercerita kepada anak-anak saya nanti.

Mendepani cabaran kehidupan memerlukan kekuatan serta semangat untuk hidup. Ya. Semangat untuk hidup. Bukan semangat untuk mati.

Kekuatan itu terhasil daripada dua aspek penting iaitu hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia. Konsep dan Falsafah "Hablun MinAllah Wa Hablun MinNas" ini menjadi momentum kepada langkauan taqwa yang bakal menghasilkan kekuatan.

Jika hubungan kedua-dua pihak ini dijaga dengan baik, maka kekuatan itu akan hadir sebagai peneman. Kualiti tali yang dicipta dan dijaga itu akan memberikan sebuah harmoni dan kebahagiaan yang berkekalan.

Bahagia dan tenang itu sesuatu yang kompleks. Rumah besar, kenderaan mewah, makanan lazat, isteri cantik bukanlah penilai hakiki kepada sebuah kebahagiaan dan ketenangan. Berapa ramai orang kaya yang tidak bahagia dan tidak tenang dengan kehidupan mereka?

...........................


Kadang-kadang merasa letih dalam perjuangan

Setahun awan mendung menyelubungi saya akibat hubungan dengan manusia yang sedikit tercalar dan hampir-hampir memusnahkan satu pertemuan dahulu...

Aduh!!! Tiada komunikasi dalam tempoh setahun walaupun hidup berdekatan yang hanya sejengkal menjadikan suasana gersang, hambar dan pedih.

Virus-virus ukhuwwah yang menyerang, memecahkan ketenangan jiwa dan menyebabkan saya kecundang terjatuh walaupun berada dalam bahtera yang sama.

Kemendungan inilah menjadikan salah satu faktor kegagalan saya tahun lalu. Saya menemui empat faktor yang menyebabkan saya tersungkur tersembam tahun lepas... Aduh!!! Pedih. Walaupun di balik senyum manis ini.

Kenangan pelayaran yang indah

Dek kerana awan mendung yang berlaku di langit kehidupan saya, saya mengambil keputusan untuk keluar dari Rona Kinanah dan berkelana ke Arab Saudi...

Berada di tengah laut selama 4 hari, ada buahnya. Memang benar, pengembaraan dan bercuti itu boleh menyegarkan kembali jiwa yang berserabut.

Saya ingin kembara lagi jika diizinkan...

Teman-teman mengenali saya sebagai seorang yang tidak pernah marah atau tidak pernah meluahkan kemarahan yang ada. Hanya senyum dan sengeh sahaja menghiasi kerut muka yang pedih. Itu respondi mereka. Dan saya pon tidak berminat untuk memarahi atau menengking mereka.

Lama menanggung derita terkapai-kapai...

Akhirnya, jalan kebaikkan itu dibuka. Apabila sikap dan persepsi diubah, kenangan serta ingatan hidup dalam tarbiyah membimbing, perang dingin itu sudah luput ditimbus sinar selepas keluarnya cahaya matahari daripada kegelapan mendung semalam.

Apabila sudah boleh berkata-kata, sudah boleh makan bersuap, itu tandanya Allah masih mencurahkan kasih sayang sesama manusia. Itulah jenis umat yang dijanjikan Baginda Nabi dengan Syurga apabila berkasih sayang sesama saudara hanya kerana Allah.

Saya & perjuangan. Satu perjalanan jauh.

Peri penting hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia itu sangat dituntut untuk diaplikasikan supaya hidup ini lebih harmoni dan sejahtera.

Saya berpesan, jagalah kedua-dua hubungan ini kerana saya telah merasa pahit dan perit apabila dua tali ini terputus dari ikatan jiwa saya. Hindarilah sikap egois, bongkak,sombong, berasa sedap atau syok sendiri.

Tidak ramai yang mampu menghiasi diri dengan akhlak yang mulia dan terpuji dalam diri walaupun diri itu seorang yang cerdik pandai lagi bijaksana.

Kini, saya boleh sedikit tersenyum dengan langkah ini dan kembali membina kehidupan yang lebih baik daripada kesilapan lalu kerana saya tahu, mendung itu akan berlalu pergi jua...

TAMBAHAN :-

- Mungkin ramai yang tidak memahami apa yang ingin saya sampaikan. Biarlah luahan ini terbebas daripada jiwa saya supaya ketenangan itu bersapa...:)

- Penafian : Artikel ini tiada kaitan dengan putus cinta atau sebagainya kerana saya tidak pernah bercinta...huhu...
Ye ke???haha3x

post signature

CANTIK SEKUNTUM BUNGA

. 05 Januari 2010
2 comments

Apabila tiba musim bunga di Bumi Kaherah, tempat kebiasaan yang menjadi tumpuan ramai adalah di Hadiqah Al-Azhar. Tempat yang terletak sedikit di puncak bukit ini membalikkan pemandangan indah tatkala musim bunga.

Emmm... Tidak lama lagi musim bunga akan tiba.Huh!

Namun di balik banyaknya bunga yang menguntum kembang itu, pernahkan terfikir di manakah letaknya cantik sekuntum bunga???

Ya, di manakah letaknya kecantikkan sekuntum bunga...

Pada warnanya?

Pada baunya?

Pada kuntumnya?

Atau pada perempuan yang memakainya???huhu3x

Kecantikan bunga adalah pada bahasa puitis yang mengungkapkannya. Kerana bahasa, bunga menjadi cantik... Malah harum menghiasi taman sekitarnya. Bahasa itu penterjemah fikiran dan perasaan.

Bahasa juga adalah simbol kepada apa yang ingin dihadiahkan kepada pendengar.

Jikalau bahasa-bahasa busuk, kotor, kesat dan jijik yang menjadi penghias kehidupan, maka sudah pastinya tiada langsung kecantikan dan keindahan dalam hidup.

Jadi, kenapa bahasa-bahasa ini harus menghiasi kehidupan kita?

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang cantik itu budi
Yang indah itu bahasa

Jom!!! Mari belajar memperelokkan bahasa, agar cantik kehidupan kita kelak...

post signature

Related Posts with Thumbnails
    follow me on Twitter