DIARI PEMIMPIN

. 29 September 2009
1 comments

Saya suka membaca catatan perjalanan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hampir setiap hari saya membuka web beliau untuk membaca catatan terbaru. Bagi saya, web beliau bukan sekadar web politik sahaja malah web ilmiah juga.

Saya mengagumi beliau sebagai seorang tokoh masyarakat dan juga tokoh pidato. Perjalanan hidup beliau menarik. Langkah menarik itu saya mula ikuti apabila beliau menjadi pimpinan mahasiswa Universiti Malaya.

Web beliau bukan semata-mata berbicara soal politik kepartian. Catatan perjalanan beliau amat menarik kerana ia meliputi semua perkara yang membabitkan soal ekonomi, sosial dan kemasyarakatan yang bersifat global.Sebenarnya, saya sudah mengagumi Datuk Seri semenjak beliau masih dalam UMNO lagi. Waktu itu saya terfikir. UMNO tidak akan mampu diganggu gugat pembangkang selagimana Anwar masih menakhodai dan berada dalam sampan keris itu.

Namun, apabila beliau sudah keluar daripada 'mangkuk tandas' yang kotor itu, saya amat bersyukur dan bertambah gembira. Selepas pada itu, saya menghadiri ceramah Anwar Ibrahim tanpa ada sangsi lagi...haha3x

Sikap optimis beliau terhadap buku dan pembacaan, itu yang amat saya kagumi. Ini point utama saya sebenarnya dalam tulisan kali ini.huhu... Jarang-jarang ketemuan pemimpin yang berkesempatan membaca buku apabila menjadi pemimpin. Tetapi Datuk Seri tidak. Dalam setiap perjalanan, beliau menghadami buku. Saya dengar cerita, dalam tandas rumah beliau pon masih terdapat perpustakaan mini didalamnya. Nampak macam melampau... Tetapi tidak.

Sikap positif dan optimis ini harus dicontohi oleh kita semua para mahasiswa... Ingat!!! Kita agen pengubah negara. Berilah 'harapan baru untuk Malaysia'...

P/S : Jangan kata saya sokong PKR pula...huhu...

post signature

THE END IS NEAR

. 26 September 2009
1 comments

Filem 2012 bakal muncul di pawagan tidak lama lagi. Sangat tepat pada masanya apabila Hollywood menyedari kebimbangan manusia terhadap kehancuran dunia untuk dijadikan filem. Malah untuk menarik pembeli tiket dan penonton juga.

Menjelang tahun 2012, perbincangan tentang akhir hayat masa alam ini mula banyak diwacanakan di mana-mana. Dalam banyak perbincangan, ia lebih menjadi isu sensasi berbanding perbincangan eskatologi.

Eskatologi atau kajian mengenai akhir zaman menjadi salah satu bahagian penting agama-agama samawi. Ia juga menjadi satu perkara besar yang menjadikan pengikut Syiah dan Sunni berbeza pendapat dan pendekatan.

Ini kerana eskatologi lebih dipentingkan dalam aliran Syiah berbanding Sunni. 12 Imam misalnya (Imam Mahdi salah seorang daripadanya), ialah satu faktor yang menjadi bahagian penting eskatologi bagi pengikut Syiah.

Dalam kalangan Sunni, eskatologi agak tidak dipentingkan dan jarang sekali mencetuskan perbincangan yang hangat, walaupun Hari Kiamat menjadi salah satu rukun iman bagi aliran Sunni.

Seperti juga dalam ajaran Kristian. Sokongan kuat kelompok Kristian tertentu kepada Zionis di Israel didasarkan juga pada eskatologi.

Dalam pasaran buku bahasa Melayu pada masa kini, satu tajuk dalam eskatologi menjadi perhatian ramai, iaitu Yakjuj dan Makjuj dan Zulkarnain.

Aspek ini dijangka akan menarik perhatian lebih ramai, memandangkan budaya popular juga telah menjadikannya satu isu untuk menarik orang ramai.

post signature

MEMAHAMI EMOSI MARAH

.
2 comments

Marah adalah salah satu perasaan yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada semua manusia. Apabila kita berada dalam situasi yang negatif, berkemungkinan kita akan menghadapi situasi marah.

Terutama apabila situasi yang melibatkan perasaan tidak puas hati. Selalunya kemarahan adalah respon automatik sekiranya berlaku tidak puas hati.

Pengurusan marah terpulang kepada individu masing-masing. Bagi yang tidak dapat mengawal kemarahan, sudah pasti emosi tersebut akan diikuti dengan tindakan agresif sama ada dengan kata-kata kesat atau perbuatan yang mungkin akan menyakiti orang lain.

Sebahagiannya boleh mengawal kemarahan dan sebahagiannya lebih suka memendam kemarahan. Tetapi daripada ketiga-tiga kategori marah ini, yang ketiga lebih bahaya. Memendam kemarahan selalunya berakhir menjadi dendam yang lama di lubuk hati.

Bagi orang tua-tua, selalu kita dengar dari mereka bahawa marah seringkali dikaitkan dengan unsur api. Sifat api yang membakar menggambarkan bahawa apabila marah menguasai diri, tindakan tidak lagi berasaskan akal fikiran. Sukar untuk menerima kebenaran sekalipun kebenaran tersebut sudah jelas dan nyata. Orang yang marah juga mukanya dilihat kemerah-merahan serta urat lehernya juga tegang.
Dan kita maklumi bahawa api selalunya kalah dengan air. Tetapi dalam keadaan-keadaan tertentu, api kemarahan yang meluap-luap tidak akan dapat dihapuskan dengan air. Bahkan kehadiran air boleh memarakkan api yang sedang menyala.

Maka diwaktu ini tanah menjadi unsur penting untuk memadamkan api kemarahan. Rasional atau tidak anda boleh mencubanya sendiri. Realiti dalam kebakaran hutan yang luas, pihak penyelamat akan memadamkan api dengan tanah kerana pancutan air ketika itu umpama menyemburkan minyak ke atasnya.

Begitulah juga dengan api kemarahan dalam diri. Walau bagaimanapun marah sekalipun, masih mampu dikawal. Islam menganjurkan kita cara untuk mengawal kemarahan.

Jika anda marah dalam keadaan berdiri seeloknya anda duduk. Dan jika duduk keadaan marah anda masih tidak berubah, cubalah berbaring. Tenangkan fikiran. Jangan terus berada di tempat yang akan menimbulkan kemarahan anda. Jauhkan diri. Kawal pernafasan anda kerana orang marah pergerakan jantungnya lebih kencang. Sudah tentu anda memerlukan oksigen secukupnya untuk kembali memberikan ketenangan pada jantung anda.

Apabila sudah sejuk dan tenang sedikit, bawalah berwuduk untuk terus memberikan suhu normal kepada diri anda. Wuduk akan meneutralkan suhu kemarahan anda kerana apabila berwuduk akan mengubah pemikiran anda untuk mengingati Allah SWT. Sambil berwuduk anda perlahan-perlahan mengalihkan perhatian kepada Allah. Lebih baik apabila selepas berwuduk anda dapat menunaikan solat sunat dua rakaat untuk terus mengalihkan perhatian dari terus mengingati kemarahan.

Apabila semuanya telah normal barulah mula memikirkan punca dan sebab mengapa wujud kemarahan dalam diri anda. Andai kemarahan itu berpunca daripada diri anda, terimalah situasi itu dan mohon maaf kepada mereka yang terlibat.

Punca dan sebab kemarahan perlukan waktu yang sesuai dan normal untuk anda berfikir. Jadi jangan cuba memikirkan punca ketika anda sedang marah kerana ketika itu anda hanya akan terus meletakkan persepsi buruk pada orang lain.

P/S : Saya sudah hilang hormat pada UMNO & ISMA... Kalian terlalu teruk. Seolah-olah Islam yang diomong-omongkan sudah tiada. Celaka sungguh!!!

Anda mungkin mengetahui apa perasaan saya apabila dizalimi dan dikhianati... Makan dalam tau!!!

Ya Allah... Kami dizalimi dan mereka menzalimi.
Ya Allah... Kami difitnah dan mereka menfitnah.
Ya Allah... Kurniakan kami dan meraka hidayah.
Ya Allah... Ampunkan cuai kami dan cuai mereka.
Ya Allah... Kami sayang mereka kerana Islam...

Saya sedang memotivasikan diri saya...Fuhh!!!
(Redakan kemarahan)

UMNO+ISMA. Maaf...

post signature

MEREMPIT DI PAGI RAYA

. 21 September 2009
5 comments

Kebiasaannya, saya akan solat Eidulfitri di Suq Sayyarat (Pasar Kereta- Satu kawasan lapang yang luas) sahaja . Tapi Aidilfitri kali ini, saya ke Jabal Muqattom pula untuk menunaikan Solat Eidulfitri bersama Syeikh Dr Yusri Hasani.

Tahun pertama dulu, saya Solat Eidulfitri dua kali. Sekali di Suq Sayyarat dan sekali di Masjid Musa Nusair Seksyen 7. Nak pahala lebihlah katakan...huhu... Tahun ini ingin mencuba untuk merasai kelainan pula.

Pagi Eidulfitri semalam, kami cuba beraksi di jalanan. Umpama di negara sendiri pula...huhu

Bersedia untuk merempit. Ini bukan suasana di Malaysia.

Go!!! Diego go!!!

Posing lu jab...

Kalau kt Malaysia ni, memang konpem kene tahan polis nih...haha3x

Jurukamera yang kreatif ambil gambar

Peace!!! Lambang keamanan di jalan raya...haha3x

Yang ni peace jgak. Lambang keamanan di jalan raya...huhu

Jangan tiru aksi ini di jalan raya. Hanya model profesional sahaja berkemampuan melakukannya...haha3x

Baru selesai solat di Masjid Asyraf, Jabal Muqattom.

Bergambar kenangan bersama Syeikh Dr Yusri Hasani.

RAYA KEDUA

Barisan EXCO KPT bergambar kenangan bersama Pengarah JPMK

Berposing dulu ngan Prof Jamil Hashim.

P/S : Kemeriahan tahun ini tidak semeriah tahun lalu... Kenapa yer???





DEDIKASI AIDILFITRI

. 17 September 2009
1 comments

Hanya beberapa hari lagi menjelang Hari Raya. Tahun ini adalah tahun ketiga saya beraya di perantauan. Mungkin disana ada sedih dan ada gembira. Namun itu perkara biasa.

Pada entry kali ini, saya ingin sampaikan Kad eksklusif Aidilfitri kepada seluruh pembaca dan juga para follower blog saya ini sebagai tanda penghargaan serta tulus ikhlas saya kepada anda. Ini sahaja yang mampu saya hadiahkan dan saya akui kad ini tidaklah secantik mana pon sebenarnya...huhu

Istimewa Dedikasi Aidilfitri ini saya tujukan khas kepada Mak, Abah dan semua ahli keluarga di Tanah Air.

Tidak lupa juga pada guru-guru serta sahabat-sahabat lama di tanah air sana. Saya ucapkan 'Kullu Am Wa Antum Bikhoir'. Maafkan saya jika ada silap dan salah sepanjang kebersamaan kita bersama.

OK. Selamat Hari Raya...

post signature

ESOK!!!

. 16 September 2009
2 comments

Entah apalah modal saya untuk Kuliah Subuh esok....huhu

post signature

IDEA ORANG SENI

. 14 September 2009
1 comments

Semenjak memegang tanggungjawab dalam Biro Informasi dan Penerbitan KPT, saya banyak belajar untuk menjadi orang seni atau orang surat khabar.

Saya terpaksa membuat pelbagai iklan,billbord, banner, kad dan segala macam bentuk berita untuk persatuan. Mudah kata macam wartawanlah...huhu

Saya memang tidak pandai semua ini. Saya bermula dengan kosong. Perisian photoshop pon tidak pernah diusik sebelum ini. Tetapi hari ini saya dapat melangkah dalam bidang ini walaupun tidak sejauh mana.hehe3x

Tulisan saya kali ini adalah cuma untuk melahirkan rasa kagum kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Umum mengetahui beliau adalah tokoh Ulama, tokoh politik malah tokoh masyarakat juga.
Bagi saya, Tuan Guru adalah orang seni dan berfikiran minda kreatif.

Ramadhan ini telah menafsirkan idea seni itu. Tuan Guru Nik Aziz melalui kerajaan negeri telah mengeluarkan kain-kain banner yang menunjukkan orang membaca Quran dan memasangnya di merata-rata tempat yang strategik di seluruh Kelantan.

Imaginasi Tuan Guru terhadap idea ini ada gambaran lain yang lebih wajar bagi menampilkan mesejnya.

“Tolong buat banner lain. Orang yang baca Quran tu, kalau boleh biar ada anak di atas ribanya".Ujar Tok Guru.

Tok Guru menegaskan, usaha ini adalah sebagai menandakan Kerajaan Kelantan serius dalam mendidik dan melahirkan generasi Quran.

"Aku baca Quran, anak aku dengar. Walaupun anak baru berumur sebulan atau setahun, tapi Islam menetapkan apabila anak dilahirkan, kita diminta azan di telinganya. Biar nama Allah dan Nabi Muhammad dalam azan itu masuk ke dalam telinga anak kita. Dia faham atau tak faham, tak mengapa. Kita hanya turut Nabi Muhammad SAW.”Ujar Tok Guru.

Sangat menarik!!! Rupa-rupanya sampai kepada rekabentuk banner pun turut difikirkan oleh Tok Guru.

Lihatlah gambaran terperinci idea yang diberikan Tok Guru:-

“Waktu dia baca Al-Quran dan anak di atas riba itu, isterinya juga ada bersama dalam gambar. Membawa anak-anak pergi ke masjid. Dan anak-anak itu, waktu pergi ke masjid, dipimpin oleh emaknya, dia melompat dan menjerit suka tengok orang ramai di masjid, dan di masjid pula nampak ramai orang sedang mengambil wudhuk dan sebagainya.”

Saranan dan hasrat Tok Guru itu telah diterjemahkan oleh PMBK (Perbadanan Menteri Besar Kelantan) melalui billboard dan banner yang telah dipasang di jalan-jalan utama di seluruh Kelantan.

Hebat sungguh apabila pemimpin berjiwa seni dan berminda kreatif.

Saya pon mahu jadi orang seni jugak...hihi

post signature

AKU BUKAN USTAZ

. 10 September 2009
8 comments

Zaman kegemilangan mat rempit n zaman nakal 'derak' pata

Aku tidak pandai berceramah!!!

Aku tidak pandai mengaji Quran!!!

Aku tidak pandai berkuliah!!!

Aku tidak pandai membaca kitab!!!

Aku tidak pandai memberi hukum hakam!!!

Aku tidak pandai menjadi imam!!!

Aku tidak pandai menjadi bilal!!!

Aku tidak pandai mengajar!!!

Aku tidak petah bercakap!!!

Aku tidak berjubah!!!

Aku tidak berserban!!!

Aku tidak baik!!!

Aku tidak siqah!!!

Aku jahat!!!

Tapi orang panggil aku Ustaz... Aduh!!! Tak layak rasanya.

Saya bukanlah orang yang terbaik untuk status ustaz itu. Banyak sudah kesilapan lalu yang telah saya lakukan. Dulu-dulu tidak pernah berangan untuk melalui jalan ini. Tidak pernah berfikir secara serius untuk melalui jalan ini apatah lagi untuk lebih masak dalam bidang ini.

Masuk sekolah pon, sekolah yang tidak pernah saya kenal dan dengar. Dengan status 5A ketika UPSR, memungkinkan saya kemana-mana Sekolah Berasrama Penuh namun saya diletakkan di Sekolah Agama.

Tapi, sekarang saya sudah melalui separuh perjalanan itu.

Perjalanan untuk 'ustaz' memang memeritkan... Andai terbabas dipersimpangan, saya mohon maaf.

Tapi adakah aku ini ustaz??? Aarhhh!!!

post signature

BAHAN SAMA, LAUK BERBEZA

. 07 September 2009
0 comments

Semalam saya berbuka puasa di Restoran Seksyen 7 berhampiran dengan Masjid Musa Nusair. Restoran yang menyediakan masakan Melayu Patani di Bumi Mesir ini.

Saya berbuka puasa bersama teman-teman AJKT yang lain. Saya kira, ini adalah jamuan terakhir usrah AJKT bersama Badan Penasihat KPT sebelum kami meletakkan jawatan dalam Mesyuarat Agung Tahunan tidak lama lagi.huhu...

Bulan puasa kali ini amat jarang sekali untuk saya makan makanan melayu melainkan jika masak sendiri sahaja. Setiap hari, saya akan ke Maidahtul Rahman yang disediakan di masjid-masjid berdekatan.

Namun, semalam kami makan besar. Ada Tom Yam Seafood. Ada Paprik Ayam. Ada lauk ikan besar. Ada lauk daging. Complete. Bila ada orang bayar, saya tak akan menghampakan beliau yang membelanja kami melainkan saya perlu menghabiskan semua lauk-lauk yang ada.hihi3x

Bukan sekadar gambar hiasan

Cuma, saya terfikir sejenak. Semua lauk yang saya makan ini adalah sama penggunaan bahan asasnya namun menghasilkan hasil dan citarasa yang berbeza. Sempat juga saya menjenguk ke dapur restoran ini.

Cuba anda bayangkan situasi sebegini. Anda menyediakan bahan-bahan asas untuk memasak. Sebagai contoh mi, sayur, bawang, lada, sos, kicap, telur dan sebagainya.

Anda menjemput empat orang tukang masak untuk memasak daripada bahan yang disediakan. Ada kemungkinan anda akan menikmati Mi Goreng, Mi Rebus, Mi Hailam dan juga Mi Bandung. Bahan yang sama tetapi hasilnya berlainan.

Begitulah halnya dengan Agama Islam. Dalam entry lalu, saya ada menulis tentang seorang arab yang memarahi saya hanya disebabkan saya mencium tangan.

Nabi Muhammad Sallalahualaihi Wa Salam telah mengajar kita perkara-perkara yang asas dan terpulang kepada ulama' muktabar untuk mentafsirkan pendapat masing-masing. Ini faktor penyebab lahirnya empat mazhab yang membicarakan perkara-perkara cabang yang tidak disentuh oleh Al-Quran dan hadis secara khusus.

Jadi kita tidak perlu berbalah tentang pendapat hujah oleh keempat-empat mazhab ini kerana setiap hujah mempunyai kekuatannya tersendiri.

Cuma wahabi sahaja yang tidak mempunyai mazhab dan merapu-merapu membidaahkan orang lain yang melaksanakan kebaikkan.

Sebagai contoh peristiwa Baginda Nabi bersembahyang dan mengalihkan kaki Saidatina Aisyah. Pelbagai pendapat timbul disini. Imam Syafie mengatakan Baginda Nabi berlapik semasa mengalihkan kaki tersebut manakala Imam lain pula mengatakan tidak mengapa dengan mengemukakan hujah yang berlainan pula.

Apapun, kalau kita berfikir sebenarnya mazhab ini adalah satu rahmat dari Allah untuk memudahkan umat Islam itu sendiri.

So, jangan berbalah lagi...

P/S : Tak dapat nak serta gambar makan-makan kami kerana kamera saya rosak. Ada sapa-sapa nak sponsor kamera baru untuk saya???hihi

PENGHARGAAN DARI OBAMA

. 06 September 2009
0 comments

Saya tertarik dengan laporan akhbar The Star pagi ini berkenaan Majlis Iftar yang dianjurkan oleh Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama di Washington DC.

Obama bukanlah Presiden Amerika yang pertama menganjurkan majlis berkenaan kerana ia pernah dianjurkan oleh beberapa Presiden sebelum ini. Tetapi apa yang mahu dikongsikan di sini adalah peristiwa yang berlaku dalam majlis berkenaan.

Dalam ucapannya, Obama turut memperkenalkan kepada tetamu yang hadir salah seorang jemputan khasnya iaitu seorang gadis Amerika kulit hitam bernama Bilqis Abdul Qaadir.

Beliau menganggap pencapaian Bilqis boleh memberikan inspirasi kepada gadis Muslim yang lain malah kepada seluruh rakyatnya.

Bilqis merupakan pelajar cemerlang yang kini menuntut di Universiti Memphis. Kecemerlangannya bukan hanya tertumpu kepada bidang akademik malah termasuk bidang sukan bola jaring sejak dari bangku sekolah lagi. Namun, apa yang hebatnya, pencapaian ini diperolehi Balqis dalam keadaan beliau memelihara auratnya sebagai seorang Muslimah.

Semoga kejayaan beliau ini akan mengangkat martabat wanita Muslim dan mematahkan tohmahan golongan yang menganggap kewajiban menutup aurat bagi wanita Islam adalah suatu penghalang dan menyekat kemajuan.

Kalau gadis Amerika Syarikat, sebuah negara maju yang di pandang tinggi oleh dunia boleh menempa kejayaan seumpama ini, yang di Malaysia bagaimana? Mudah-mudahan semangat Ramadhan dapat mengetuk dan membuka pintu hati kita bagi menerima bahawa yang hak itu adalah hak.

Berikut adalah laporan dari Jamaah at Taqwa berhubung gadis ini yang boleh dibaca DISINI

Sumber : Detikdaily

SALAM TERLARANG

. 03 September 2009
5 comments

Dalam perjalanan untuk bermiqat ke Masjid Tana'im, saya singgah dahulu di Masjidil Haram untuk Solat Isya'. Teman-teman yang lain menunggu di depan Hotel Hilton berhampiran dengan KFC.

Saya lebih selesa untuk menunaikan umrah pada waktu malam. Tidak terlalu panas dan tidak terlalu letih. Lebih selesa rasanya.

Apabila selesai solat, saya mendapatkan teman-teman saya yang sedia menunggu disana. Cuma, kali ini apabila bertemu dengan teman-teman, saya bersalam dan mencium tangan salah seorang di antara mereka. Ini perkara biasa yang dilakukan.

Namun, tidak lama selepas itu, seorang arab separa muda tua memanggil saya. Saya menyahut dengan nada yang lembut tanpa ada prasangka.

Beliau bertanya saya apa yang saya buat tadi. Saya jawablah saya bersalam n berjabat tangan dengan kawan saya.

Kemudian beliau memarahi dan menengking saya dan menyatakan itu perbuatan haram. Bila haram berdosalah.

Aduh!!! Bersalam cium tangan pon berdosa ka??? Wahabi btol

Saya cuma menghormati dan memuliakan sahaja sahabat saya. Bukan untuk bertawasul atau niat-niat yang lain.

Pesan Ust Syed Abdul Qadir sebelum sampai ke Mekah, jangan dilayan atau berdebat dengan wahabi di tanah suci walaupun kita betul dia salah.

Saya membalas. "Kalau kamu cium tangan ibu-bapamu adakah haram juga???" Beliau mengeleng. Saya lega kerana gelengan kepala beliau menamparkan jawapan ke muka beliau sendiri.

"Tak beradaplah kamu bersalam dengan mak ayah tanpa mencium tangan mereka. Itu kurang ajar namanya" Saya menyindir sinis.

Kemudian, beliau terus berlalu pergi tanpa secebis salam dan senyuman walaupun sedikit...

SALAM RAMADHAN

. 02 September 2009
0 comments

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua...

“What you see is what you get,”

Related Posts with Thumbnails
    follow me on Twitter