BERSAHABAT DALAM BERMUSUH

. 26 April 2010
3 comments

Ada orang melihat politik UMNO dan PAS sebagai politik kotor,jelek dan jijik.

Saya katakan tidak!!!

Ramai yang terlalu mengongkong, berpandangan sempit, kolot dan terlalu jumud.

Yang kotornya adalah seni kata dan seni perbuatan para pemimpin/para penyokongnya yang bodoh. Yang tidak profesional dalam bekerja dan tidak saksama.

Yang kotor adalah politik caci-mencaci. Hina-menghina. Fitnah-menfitnah.

Yang kotor adalah rasuah dan politik wang.

Yang kotor adalah penipuan.

Yang kotor adalah kezaliman dan penindasan.

Yang kotor adalah gila kuasa.

Yang kotor adalah akhlak yang bobrok.

Hj Wahid Endut (PAS), Idris Jusoh (BN) dan Ahmad Said (BN)

Hj Wahid Endut (PAS), Dato' Tg Hassan Tg Omar (PAS) dan Ramlan Ali (BN)

Idris Jusoh (BN), Tg Hassan Tg Omar (PAS), Wan Abdul Hakim (BN), Ustaz Mohd Noor Hamzah (PAS) dan Ustaz Wan Hasan (PAS)

Dr. A. Rahman Mokhtar (BN), Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar (BN) dan Dr. Alias Razak (PAS)

Logikal pemimpin lebih memandang jauh ke hadapan.

Kerana,

Mereka yang bijak berpolitik tidak akan bermusuh dalam bersahabat...

Bukankah begini cara yang lebih murni dan harmoni???

post signature

MEDIA BARU

. 23 April 2010
0 comments

Kemunculan pelbagai media alternatif semenjak pasca Pilihanraya Umum 1999 ternyata telah berjaya memberi impak yang besar dalam mengubah landskap politik negara.

Bermula dengan Tranungkite.

Kemudian, Buletin Online.

Dan seterusnya pucuk-pucuk media alternatif yang lain.

Peranan media adalah untuk memberikan maklumat/berita yang tepat, betul dan berkualiti kepada rakyat.

Selain daripada membincangkan seputar isu semasa, media yang berkualiti adalah media yang mampu menyediakan ilmu pengetahuan serta maklumat yang berguna.

Media arus perdana masa kini terasa cukup jelek untuk dibaca. Malah sudah boleh dibakulsampahkan.

Isu politik dan negara dilihat mengampu dan kotor.

Pengisian media hanyalah hiburan yang melampau-lampau.

Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa media arus perdana hari ini adalah penyumbang terbesar kepada masalah sosial yang ada.

Sudah masanya anda mencampakkannya ke tepi.

Bakul sampahkannya!!!

Saya mencadangkan anda satu media alternatif yang baru tumbuh semenjak setahun dua ini iaitu ERA PAKATAN

Saya melihat ia berkemampuan menyaingi media arus perdana.

Selamat mencuba...

TAMBAHAN :-

Hayat UMNO sudah di penghujung usia. Kalau masih hidup sekalipun, itu tanda UMNO pakai susuk atau saka...haha3x

post signature

ANCAMAN KEPUPUSAN BUKU

. 22 April 2010
0 comments

Dalam dunia perbukuan, tanggal 23 April amat bermakna buat penerbit, penulis dan juga pencinta buku.

Ketika komputer dan Internet merevolusi kaedah pencarian maklumat dan ilmu, buku kekal di sanubari ramai sebagai penyampai khazanah ilmu dan penghibur.

Setiap tahun pada tarikh ini, Hari Buku disambut dengan pelbagai aturcara di seluruh dunia, dan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) juga tidak ketinggalan meraikannya esok.

Selain Program 'Mari Membaca 1Malaysia' dan Jualan Buku dari 23 April hingga 25 April di perkarangan PNM, Forum Hak Cipta turut dianjurkan untuk mengingatkan orang ramai akan pentingnya menghormati hak milik karya-karya.

Ketua Pengarah PNM Datuk Raslin Abu Bakar berkata PNM akan sentiasa menyokong usaha meningkatkan dunia perbukuan negara dan melaksanakan tanggungjawabnya sebagai gedung ilmu kepada masyarakat.

Sungguhpun jumlah keahlian keseluruhan daripada 2,429 buah perpustakaan yang ada di negara ini mencecah hampir lapan juta orang sehingga hujung tahun lepas, beliau berpendapat kadar membaca buku dalam kalangan rakyat negara ini masih rendah.

"Kempen galakan membaca masih harus diteruskan agar ilmu pengetahuan rakyat tidak ketinggalan zaman dan dunia perbukuan terus berkembang," kata beliau kepada Bernama.

BUKU TIDAK AKAN PUPUS

Tetapi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) banyak mengubah cara menimba ilmu dan buku semakin dipinggirkan.

Mengakui komputer dan Internet banyak mengubah kaedah pencarian maklumat dan ilmu, Raslin berpendapat ilmu yang mantap masih diakui dalam bentuk buku.

Dunia buku dalam bentuk cetakan atas kertas juga masih bertahan meskipun pernah diramalkan akan 'pupus'.

"Budaya membaca buku perlulah diseimbangkan dengan penggunaan ICT. Lonjakan penggunaan ICT pada hari ini membawa saingan kepada buku. Maka, kempen-kempen membaca buku perlu dilaksanakan berterusan untuk menarik minat umum terhadap budaya membaca," ulas beliau.

Menurut Raslin, Malaysia masih memerlukan penerbitan buku memandangkan jumlah penerbitan buku masih kecil dibandingkan jumlah penduduk negara ini. Maka usaha memperbanyak penerbitan buku masih diperlukan.

Beliau mengulas mengenai teknik penerbitan melalui teknologi komputer yang sentiasa berkembang pesat tetapi cepat pula ketinggalan zaman, serta mahal.

"Kerana itulah buku dalam cetakan pada kertas masih bertahan meskipun di negara-negara maju seperti Amerika, Eropah dan Jepun.

"Ia lebih murah, senang dibawa dan senang dibaca berbanding mengakses bahan bacaan di Internet yang memerlukan pelbagai peralatan seperti komputer/komputer riba, sambungan jalur lebar dan lokasi yang bersesuaian. Malah, tidak semua mampu memiliki kemudahan ini," jelasnya.

PENGALAKKAN PENERBITAN

Usaha penerbitan buku harus diperbanyak agar perpustakaan di seluruh negara dapat memenuhi rak-rak dengan buku-buku yang memberikan ilmu kepada para pembaca.

Dalam usaha memperbanyak penerbitan buku yang berkualiti dari segi kandungan dan bentuknya, beliau berharap persatuan-persatuan penulis dapat menghasilkan buku-buku berkenaan yang berbentuk ilmiah.

Beliau turut menyarankan para penulis bekerjasama dengan penerbit-penerbit mapan yang menguasai teknologi penerbitan dan teknik pemasaran yang mantap.

"Bagi menyemarakkan dunia penerbitan, paling utama kita menggalakkan penerbitan buku Bahasa Melayu yang kini menampakkan kehadirannya di rangkaian kedai-kedai buku di seluruh Malaysia.

Malah permintaan terhadap buku-buku dalam Bahasa Melayu di negara ini juga bertambah, iaitu buku-buku umum keperluan di luar sekolah.

"Untuk menjadi negara maju, rakyatnya harus berilmu dan sentiasa mencari bahan bacaan yang boleh meningkatkan pengetahuan.

"Sempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia pada 23 April ini, kita berharap kegiatan penerbitan buku akan berterusan. Kita memerlukan buku-buku yang memberi ilmu, yang luas pemasarannya dan mampu dibeli oleh orang ramai," sambung beliau.

Selain itu, beliau mengharapkan masyarakat umum terutamanya generasi muda terus digalakkan membaca.

Ia sebagai usaha mendapatkan ilmu melalui pendidikan sepanjang hayat yang menjadi satu daripada lapan nilai dalam Gagasan 1Malaysia.

ROYALTI UNTUK PENULIS BAHASA MELAYU

Profesor Datuk Dr Abdul Latif Abu Bakar yang mewakili Gabungan Penulis Nasional (Gapena) turut berpendapat, umumnya ramai rakyat Malaysia yang masih tidak sedar tentang kewujudan Hari Buku.

Menurut beliau, ia tidak disedari berikutan minat membaca yang kurang dan bilangan yang berkunjung ke perpustakaan untuk membaca buku ilmiah juga tidak ramai.

"Selain pembaca yang kurang, apa yang saya perhatikan, jualan buku ilmiah memang agak perlahan. Kalau dapat terjual 2,000 naskhah itu sudah hebat. Contoh lain ialah jualan majalah-majalah ilmiah seperti majalah terbitan DBP, jika dulu, jualannya tinggi dan mendapat sambutan.

"Sekarang kita lihat walaupun golongan cerdik pandai makin bertambah, tetapi jualan buku dan majalah sebegini kian menurun," ulasnya sambil mengakui kewujudan kemudahan ICT juga ialah sntara faktornya.

Bagi Prof Abdul Latif, jumlah pengunjung ataupun keahlian perpustakaan yang ramai masih tidak dapat meningkatkan budaya membaca dalam kalangan rakyat negara ini. Jika pun ada, ramai yang lebih gemar memilih karya-karya berbentuk pop dan novel remaja.

Sebagai pensyarah di Institut Pengajian Tinggi, beliau turut melihat kurangnya minat membaca dan membeli buku dalam kalangan penuntut.

Beliau turut mencadangkan kerajaan menyediakan insentif kepada penulis buku ilmiah berbahasa Melayu dengan cara pemberian subsidi royalti yang tinggi agar boleh bersaing dengan penerbitan buku ilmiah berbahasa Inggeris.

Dalam kalangan penuntut IPT pula, Dr Abdul Latif menggalakkan kempen kesedaran mengenai Hak Cipta harta intelek secara berterusan dipertingkat agar golongan ini memahami dan menghormati karya penulis tanah air.

SAMBUTAN PERPUSTAKAAN

Pada hari yang sama, beberapa perpustakaan awam lain turut menganjurkan sambutan serupa.

Di Kangar misalnya, sambutan Hari Buku dianjurkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis dari 21-27 April. Ia turut diadakan bersempena dengan 10 tahun pemerintahan Raja Perlis dan majlis pelancaran disempurnakan baginda.

Menurut Pengarahnya, Norma Mohd Darus tahun ini ialah tahun ketiga sambutan itu diadakan. Paling mendapat sambutan ialah pendaftaran ahli percuma serta hari bebas denda.

"Pada hari itu, para peminjam yang terlewat memulangkan buku tidak akan dikenakan bayaran denda.

"Perpustakaan Negeri juga mengadakan Program Mari Membaca Bersama untuk kanak-kanak tadika dan sekolah rendah. Selain itu, beberapa perpustakaan pekan dan desa turut mengadakan sambutan yang sama," jelas Norma.

Menurutnya sambutan Hari Buku sejak tiga tahun lalu meningkatkan jumlah pengunjung manakala ahli perpustakaan meningkat hingga 82,000 orang di seluruh Perlis.

Selain Perbadanan Perpustakaan Negeri Perlis, Jabatan Pengurusan Maklumat, Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam (PTAR) juga mengadakan sambutan yang sama dengan objektif membudayakan minat membaca dalam kalangan penuntutnya.

Dalam menangani isu Hak Cipta, PTAR mengadakan taklimat dan sesi perkongsian maklumat berkaitan isu hak cipta dan gejala plagiat kepada pelajar semasa Taklimat Orientasi Pelajar baru dan Kelas Kemahiran Maklumat.

Ia dilaksanakan secara berterusan bagi memberi kesedaran kepada pengguna PTAR untuk menghargai buku dan karya penulis.

Sambutan Hari Buku penting kerana ia merupakan sebahagian daripada aktiviti keilmuan yang sangat berguna dalam membentuk generasi berilmu.

Sumber : Bernama

TAMBAHAN:-

Kos penerbitan dan pencetakan buku di Malaysia masih pada tahap yang tinggi dan mahal berbanding penerbitan di Mesir. Penerbit dan penulis berfikir-fikir untuk melabur tinggi.

Perlu difikirkan inisiatif bagi mengatasi masalah ini.

Ada cadangan???

post signature

WACANA ILMIAH MAHASISWA

. 21 April 2010
0 comments

| 24 April 2010 |
| Sabtu |
| 8.00 Malam |
| Dataran Kompleks Hayyu Asyir |
| Semua dijemput hadir |

Wajadilhum Billati Hiya Ahsan!!!

post signature

MEMBACA NOVEL

. 20 April 2010
2 comments

Minggu ini saja, saya sempat menghabiskan dua naskhah novel. Satu, Salju Sakinah by Zaid Akhtar dan dua, Hulagu Khan : Khabar Hitam Dari Timur by Abdul Latip Talib.

Kesemua novel ini adalah keluaran dan terbitan PTS.

Kedua-dua novel ini bagi saya amat berkualiti dan sangat bermanfaat.

Apabila tiba musim peperiksaan, akan ada saja perkara mengarut dan cubaan yang datang bergolek mohon disapa.

Kain pelikat mencebik saja dengan muka panjang empat belas inci apabila mendapat tahu saya suka membaca novel.

Mat bunga katanya...
BERKENALAN DENGAN NOVEL

Saya mula meminati membaca bahan bacaan berat dan genre sastera ini bermula sewaktu di tingkatan tiga.

Apabila selesai saja peperiksaan PMR, saya tidak lagi pergi ke sekolah. Hanya duduk termanggu kebosanan di rumah.

Ayah saya melihat situasi ini tidak baik untuk anaknya. Langsung dihantar saya ke Perpustakaan Awam Negeri Terengganu di Jalan Hiliran berhampiran Mydin Mall sekarang. Apabila habis waktu pejabat, barulah ayah akan mengambil saya pulang.

Duduklah saya termanggu disitu seharian hingga ke petang.

Disanalah saya berkenalan dengan novel.

HADIAH

Dulu-dulu, ada individu yang memberikan saya novel. Disuruh saya membacanya hingga habis.

Bagus katanya...

Novel pertama bertajuk 'Sesegar Nailofar' by Zaid Akhtar dan Novel kedua 'Ayat-Ayat Cinta by Habiburahman El-Syirazi.

Katanya, ia sesuai untuk saya yang ingin ke Timur Tengah.

MEMBACA

Tidak kisahlah apa jenis genre atau bahan bacaan sekalipun. Yang penting adalah sikap suka membaca.

Meletakkan membaca sebagai hobi adalah suatu yang tidak tepat. Membaca bukan sekadar hobi atau mengisi masa lapang saja tetapi harus dijadikan budaya dalam kehidupan seharian.

Jom membaca!!!

TAMBAHAN :

Tak sabar rasanya nak melombong buku-buku di Malaysia... Ada sapa-sapa nak sponsor???hehe

post signature

MEMBINA MOTIVASI

. 19 April 2010
1 comments

Menurut kajian 25 tahun Dr. Fadzilah Kamsah, individu yang lahir pada bulan Mei tidak perlu dimotivasikan. Mereka yang lahir pada bulan Mei ini adalah individu yang cenderung ke arah minda positif.

Ini kerana, ia mempunyai sekian banyak sifat rasional, tabah, kuat serta mempunyai semangat yang tinggi. Namun, itu hanyalah simplistik kajian sahaja.

Semalam, sempat bersembang dengan rakan lama. Beliau dapat menduga yang saya tidak bersemangat dan tidak bermotivasi lagi dalam pelajaran seperti dahulu.

Nasihat beliau, cuba untuk merancang sesuatu. Merancang sesuatu yang boleh mencabar dan menaikkan semangat.

Mungkin boleh merancang trip perjalanan ke mana-mana negara.

Atau mungkin boleh mencabar diri untuk menulis sebuah buku.

Atau apa-apa saja...

Tapi,

Bukan mendapatkan motivasi atau semangat dari seorang kekasih.

Itu bala namanya!!!

post signature

TERENGGANU PERWAKILAN TERBAIK

. 14 April 2010
0 comments

Muktamar Sanawi PMRAM Kali Ke-77 telah selamat diadakan semalam di Dewan Nadi Riadi, Madinah Nasr, Kaherah.

Majlis yang berakhir pada pukul 12.11 pagi itu cukup saja meruntun letih dan penat sepanjang 17 jam berada di dalam dewan.

Namun keletihan itu terubat jua apabila Negeri Terengganu diumumkan sebagai perwakilan terbaik untuk Muktamar Sanawi kali ini.

Terima kasih...

Perwakilan bergambar bersama plak Anugerah Perwakilan Terbaik

post signature

LUPA-LUPA, INGAT-INGAT

. 12 April 2010
0 comments

Orang sering bertanya. Bagaimana cara untuk hidup bahagia.

Saya jawab mudah. Bangun pagi, hadap cermin dan senyum.

Cubalah senyum selebarnya di pagi hari.

Saya yakin. Orang yang bermuka bengis, muka masam berkerut, mereka adalah orang yang obses dengan diri mereka sendiri. Tidak ramai kenalan serta kurang bersosial dan bermasyarakat.

Hidupnya mungkin terkurung dalam bayang-bayang sendiri yang memyebabkan hidupnya gelap dan tidak bahagia.

Senyuman memainkan peranan penting dalam menyampaikan mesej hati, perasaan dan sifat seseorang. Ia adalah interaksi halus yang mengambarkan akhlak, tingkah laku dan perangai seseorang.

SENYUM BAHAGIA SENTIASA

Tapi, bagaimana untuk senyum sentiasa ya???

Artikel kali ini, saya ingin mengajak anda untuk senyum sentiasa dengan tips "Ingat 2 dan Lupa 2"

INGAT SATU

Ingatlah sentiasa KEBAIKAN orang lain kepada kita.

Setiap kebaikan yang dilakukan oleh orang lain kepada kita harus kita ingati selalu. Cuba catatkan dalam diari kehidupan anda supaya ia tidak luput dek ingatan.

Itu tanda kita dihargai dan akan melahirkan rasa bertuahnya diri ini kerana sering menerima kebaikan serta penghargaan daripada orang lain.

Tapi, harus diingat. Pihak yang paling berjasa dalam memberi kebaikan kepada kita adalah Allah Taala. Tidak dapat dihitung nilai kebaikan-Nya.

LUPA SATU

Lupa-lupakanlah KEBAIKAN kita kepada orang lain.

Jangan diungkit-ungkit. Jangan disebut-sebut. Biarkan ia berlalu ditiup angin zaman dan masa.

"Kalau bukan kerana jasa Kerajaan, takdelah negara kita maju macam sekarang. Ada sekolah, hospital, projek itu,bla...bla...bla..." (UMNO memang macam tu...haha3x)

"Huhh!!!, Kalau bukan sebab aku, kau takkan dapat sambung belajar luar negara. Semua tajaan tu, aku yang luluskan untuk kau. Jasa aku itu. bla...bla..bla..." (Dasar UMNO jugak...haha3x)

"Aku dulu kan pernah tolong kau. Kaulah pulak tolong aku"

"Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. (Al-Baqarah: 264)

Dalam persoalan ibadah dan amalan, lebih-lebih lagi. Jangan sesekali diungkit tentang ibadah kita kepada Allah Taala. Ia sememangnya tidak mampu menandingi setitis air di jarum dengan air selautan benua yang luas.

INGAT DUA

Ingat-ingatlah selalu KEBURUKAN dan kesalahan yang kita lakukan kepada orang lain.

Cubalah untuk kenang dan ingati kesalahan kita pada setiap tutur kata, tingkah laku, amal perbuatan atau apa saja dengki kianat yang ada.

Jangan sesekali biarkan ia terbang dari kotak fikiran tanpa sebarang penyesalan dan penyelesaian.

Di sebalik keburukan yang banyak kita lakukan kepada manusia, keburukan, kejahatan dan dosa kepada Allah adalah yang paling melata kita lakukan setiap detik dan masa.

Oh ya Allah... Kami hamba berdosa... Ingat-ingatlah selalu.

LUPA DUA

Lupa-lupakanlah KEBURUKAN dan kesalahan orang lain kepada kita.

Ya... Kadang-kadang ini susah. Saya pun pernah terasa susah untuk melapangkan dada kepada 2 orang cikgu yang sengal dan bangang di sekolah dahulu.

Tapi, itu bukan sikap yang baik. Orang yang gagal untuk memaafkan orang lain adalah simptom manusia yang paling tidak bahagia.

Jika masih ada baki-baki duka yang tercatat di diari kehidupan, hapuskan saja di sisi kehidupan anda.

Yang penting, Happy go lucky!!!

Kerana, bahagia itu adalah pilihan...

post signature

TEMPAT BERPIJAK LAGIKAN DIKENANG

. 11 April 2010
0 comments

Kalimah Ja’ranah dinisbahkan daripada nama seorang wanita yang hidup di daerah tersebut. Sekarang, Ja’ranah adalah sebuah perkampungan di Wadi Saraf, lebih kurang 24 km dari Masjidil Haram sebelah timur laut.

Di masjid ini biasanya digunakan untuk berihram dalam ibadah umrah oleh penduduk Makkah.

Di Ja’ranah inilah Rasulullah SAW pernah meninggalkan para tawanan dan harta rampasan perang yang diambil dalam perang Hunain pada tahun 8 hijrah.

Selama 10 malam berada di sini, Rasulullah SAW tidak membahagi-bahagikan harta rampasan perang, kerana menunggu-nunggu orang Hawazin yang bertaubat datang menyusul.

Ketika harta dibahagi-bahagikan itulah utusan Hawazin datang memohon kepada Rasulullah SAW agar baginda membebaskan tawanan perang bersama hartanya.

Rasulullah SAW menyuruh mereka memilih di antara tawanan atau harta, lalu mereka memilih tawanan untuk dibebaskan. Rasulullah SAW memerintahkan para sahabat agar membebaskan para tawanan Hawazin dengan lembut.

Kemudian, pada malam itu jugalah dari Ja’ranah ini Rasulullah SAW mengenakan pakaian ihram dan melakukan ibadah umrah yang diselesaikan oleh baginda pada malam itu juga.

Menarik untuk dicatatkan di sini bahawa ketika pembahagian harta dijalankan, harta rampasan itu dibahagikan kepada mereka yang baru memeluk Islam. Baginda SAW tidak memberikan harta rampasan ini kepada golongan Ansar sehingga menimbulkan cakap-cakap di kalangan mereka.

Ketika itulah baginda SAW bersabda :

“Adakah kamu wahai orang Ansar tidak suka, jika ada orang yang datang dengan kambing dan untanya; kemudian kembali pulang bersama Rasulullah di dalam rombongan mereka?”

Mereka menangis mendengar penjelasan Rasulullah SAW sehingga membasahi janggut mereka sambil berkata : “Kami rela di atas keputusan dan ketetapan Rasulullah SAW”

Di sini juga turun wahyu berkenaan ibadah haji dan umrah melalui surah al-Baqarah ayat 196 :

“Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah; maka sekiranya kamu dikepung (dan dihalang daripada menyempurnakannya ketika kamu sudah berihram, maka kamu bolehlah bertahallul serta) sembelihlah Dam yang mudah didapati; dan janganlah kamu mencukur kepala kamu (untuk bertahallul), sebelum binatang Dam itu sampai (dan disembelih) di tempatnya.

Maka sesiapa di antara kamu sakit atau terdapat sesuatu yang menyakiti di kepalanya (lalu ia mencukur rambutnya), hendaklah ia membayar fidyah iaitu berpuasa, atau bersedekah, atau menyembelih Dam. Kemudian apabila kamu berada kembali dalam keadaan aman, maka sesiapa yang mahu menikmati kemudahan dengan mengerjakan Umrah, (dan terus menikmati kemudahan itu) hingga masa (mengerjakan) ibadat Haji, (bolehlah ia melakukannya kemudian wajiblah ia) menyembelih Dam yang mudah didapati.

Kalau ia tidak dapat (mengadakan Dam), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari dalam masa mengerjakan Haji dan tujuh hari lagi apabila kamu kembali (ke tempat masing-masing); semuanya itu sepuluh (hari) cukup sempurna. Hukum ini ialah bagi orang yang tidak tinggal menetap (di sekitar) masjid Al-Haraam (Makkah).

Dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan ketahuilah bahawasanya Allah Maha berat balasan seksaNya (terhadap orang-orang yang melanggar perintahNya)”.

Di hadapan Masjid Ja'ranah. Sungguh!!! Tempat berpijak, lagikan dikenang...

post signature

KEMPEN-KEMPEN

. 05 April 2010
0 comments

Menjelang hari-hari terakhir kempen, saya turunkan poster salah seorang calon pilihan dalam Pilihanraya Umum PMRAM akan datang.

Saya bukanlah seorang yang rasis berkempen dalam pilihanraya ini.

Namun, kita sebagai mahasiswa harus menunjukkan kepada 'mereka' bagaimana cara pelaksanaan dan pengamalan politik Islam yang betul dan profesional. Bukan seperti sistem korup dan jelek sebagaimana sekarang.

Calon mana yang menang, itu bukan persoalan. Matlamat, visi dan misi pembawakan sesuatu organisasi itu yang penting.

Apa yang mustahak,

Islam Memimpin Perubahan...

P/S : Selamat Mengundi...

post signature

AIR MATA DATUK

. 04 April 2010
1 comments

Datuk Mandeliar datang tergesa-gesa rapuh mengadap Paduka Menteri Utama Negara Timur.

"Datuk!!!"

"Patik rasa negara kita sudah dilanda bala. Bala Tuhan tiada tara. Hujan tiada ribut tiada. Angin pun hanya sepoi membahasa"

Kenapa??? tanya Paduka Menteri bersahaja.

"Baru sebentar tadi Pusat Keilmuan kita di Jajahan Gong Badak runtuh lagi Datuk!!!"

"Masuk ini, sudah 8 kebanggaan negara kita runtuh Datuk. Dulu, gelanggang utama kita juga di Jajahan Gong Badak runtuh. Kemudian, anjung masjid di Batu Puteh, stesyen pengangkutan kita di Kuala Berang, menara pencawang di Hulu Besut, jambatan di Kerteh... Semua runtuh!!!

Malu kita Datuk!!! Kita negara berdaulat!!!"

"Rakyat mula sangsi dan tidak terpecaya lagi dengan Datuk"

Muka Paduka Menteri sembel bersahaja. Kadang-kadang sesekali masam mencuka. Terkadang semacam tiada perasaan duka.

"Beta sudah kering air mata, Datuk Mandeliar" Ratap Paduka Menteri.

"Ini semua kerja Si Paduka Putung Mat Yeh. Rakus benar beliau itu. Beta pula terpaksa menanggungnya"

"Habis tu, macamana Datuk???

"Lu pikirlah sendiri..." titah Paduka Menteri sambil makan ubi gadongnya tanpa muka bersalah...

post signature

JANJI BASI

. 03 April 2010
2 comments

Pak Pandir pulang ke rumah dengan mulut terlopong. Terpinga-pinga macam orang kena angau. Hati semacam berbunga-bunga. Senyum melebar ke telinga.

Mak Andih pelik kehairanan.

"Kenapa Abang Andir terlopong dan sengeh memanjang je hari ini. Abang Andir nak kawin lain ke? Sampai hati Abang Andir!!!" Mak Andeh cuba mencucuk.

"Tadi, Bentara Perdana Menteri Mongolia datang kat hujung kampung"Ujar Pak Pandir.

"Dia janji nak bagi 4 buah sekolah kat kampung kita ni. Dia janji nak bagi RM 2 Juta untuk buat parit. Tak delah banjir lagi kat tempat kita ni Andeh." Tambah Pak Pandir.

"Ada lagi Mak Andih. Dia kata nak bagi van jenazah untuk Masjid kat hujung kampung tu. Bukan itu saja, dia nak buat tempat wuduk perempuan sekali kat situ."

"Lepas ni, mudahlah Mak Andih nak ambik wuduk. Sume-sume tu RM 100,000 Andeh. Wah!!! Kayalah kita Andeh. Boleh makan sedaplah kita kali ni Andeh!!!"

"Dan tak lupa Andeh, dia kata, dia nak bagi kain pelikat untuk Abang Andir dan kain batik untuk Mak Andeh. Ada kain barulah kita tahun ni Andeh!!!."Kata Pak Pandir lagi dengan sengih memanjang.

Muka Mak Andeh dono sahaja buat tak tahu mendengar celoteh Pak Pandir.

"Kain pelikat Abang Andir yang Bentara bagi 2008 dulu pun dah jadi kain balut nangka kat belakang rumah kita tuh. Yang Andeh punya dah jadi kain buruk" Ujar Mak Andeh.

"Hari-hari pun kita makan ubi gandong saja"

"Abang Andir ni mudah lupalah." Cebik Mak Andih!!!

P/S : Bila tiba saja pilihanraya, janji-janji manis menjadi kosmetik mulut. Mulut-mulut celaka selama ni tiba-tiba jadi manis.

Muka-muka bengis hidung belang selama ini berubah 360 darjah menjadi lembut ayu dipandang. Jelek!!!

Kalau UMNO berjanji, kena berfikir dulu!!!

post signature

SETAHUN HANYA SEKALI

. 02 April 2010
0 comments

Setahun hanya sekali. Tapi, itulah yang maha perit sekali. Bendanya mudah, namun dileceh dan dipayah-payahkan.

Dibintangi oleh mama slow motion dengan kerjanya.
Ditambah pula guard polis yang busy body.
Memang kena meruntun sabar.

Winter trip saya ke Turki hanyalah mimpi.
Hendak ke Aswan lebih-lebih lagi.

Namun setahun hanya sekali.

Esok boleh cuba lagi!!!

Ini visa tahun lepas punya!

post signature

Related Posts with Thumbnails
    follow me on Twitter