KARPAL SINDROM

. 29 Mei 2009
1 comments

Sudah lama saya tidak kemaskini blog ini.huhu... Saya masih dalam mode final exam. Doakan saya berjaya teman-teman.

Cuma, kali ini saya ingin berkongsi satu maklumat yang berguna untuk sesiapa yang sentiasa hidup bersama Komputer.

Disini akan ditunjukkan kesan penggunaan tetikus yang salah dan akan ditunjukkan pula cara penggunaan tetikus yang betul.

KESANNYA

CARA YANG BETUL

SENAMAN REGANGAN TANGAN

P/S : Baru saya tahu kenapa papan tetikus di negara Mesir ini berbonggol di hujung sendi tangan...huhu...

Baru tahu manfaatnya...

Sumber : Health-tipz

'TGIDHAM KECIL'

. 15 Mei 2009
10 comments

'tgidham kecil'

Hari ini Hari Ulangtahun saya yang Ke-21. (15 Mei 1988 Bersamaan 28 Ramadhan 1408 H)... Saya membelek diari lepas dan terjumpa beberapa gambar dulu-dulu. Emmm... Saya tersenyum sendirian melihat saya dulu-dulu dan saya sekarang ada banyak variasi.huhu...

DULU-DULU

'Saya yang berbaju kuning'

Dulu-dulu, 'tgidham kecil' suka mandi di sungai. Bila petang atau waktu-waktu tertentu, saya dan kawan-kawan akan ke tiga buah sungai pilihan secara bergilir-gilir disekitar kampung tanpa pengetahuan mak.huhu...

Seronok. Paling terasa nikmat apabila kami dapat membawa pulang 'etok-etok' untuk dimakan. Paling cemerlang hasil tangkapan kami, adalah sehingga mencapai setengah baldi. Sampai rumah,kami makan sama-sama. Tapi akhirnya saya 'terkantoi' juga apabila mak terjumpa seluar basahan saya dalam bilik mandi...huhu... 'Tgidham kecil' kena marah... Tapi itu dulu-dulu...

Dulu-dulu, 'tgidham kecil' sangat suka pada ikan sekila (Ikan Laga). Seakan macam hobi untuk mengumpul dan membela ikan tersebut.

Paling mengujakan apabila dapat menangkap sendiri ikan-ikan tersebut di baruh-baruh sawah dan sungai.

Pernah sekali dek kerana seronok dengan hasil tangkapan yang banyak serta ikan yang cantik-cantik, saya terleka hingga terlepas maghrib.

Tiba di rumah sebaik sahaja waktu sudah gelap. 'Tgidham kecil' kena marah... Tapi itu dulu-dulu...

Dulu-dulu, 'tgidham kecil' suka main pondok-pondok atas pokok untuk dijadikan markas lepak kami budak-budak kampung. Tapi itu dulu-dulu...

Dulu-dulu, 'tgidham kecil' suka masuk semak dan hutan bermain bedil. Bedil yang dibuat sendiri dengan buluh dan berpelurukan buah keras (Tak ingat dah nama apa). Penat-penat kami pergi mencari buah 'mete hutan' untuk dimakan. Tapi itu dulu-dulu...

Zaman kegemilangan 'tgidham kecil' dan Otromen dulu-dulu. Jangan gelak. Fire kam!!!huhu

Tapi itu dulu-dulu... Semua itu sudah tiada. Sungai sudah tidak boleh mandi lagi. Baruh-baruh sawah dan sungai sudah tiada lagi. Pondok-pondok kami sudah tiada. Tempat bermain juga sudah tiada lagi. Dan sekarang memang bukan masa bermain lagi.

KINIKini saya sudah 21 tahun kehadapan dari dulu-dulu. Sekarang adalah masa untuk menterjemah dan menghasilkan apa yang pernah dicita-citakan dahulu. Waktu kecil, cita-cita dan impian kami besar. Kami bercerita tentang harapan.

Dan sekarang kami tempuhi jalan itu.

Sejujurnya, saya ingin kembali ke zaman 'tgidham kecil' jika itu boleh menjadi satu kenyataan. Saya rindu kepada zaman dulu-dulu. Sungguh!!! Waktu itu lebih seronok dan gembira.

SELAMANYA

Selamanya saya mahu yang terbaik dalam hidup. Semoga peningkatan umur ini selari dengan peningkatan amalan. Apabila saya merantau, baru saya tahu bahawa saya ini adalah waqafan ummah yang perlu berjasa pada Islam dan masyarakat.

Saya sedang cuba berusaha ke arah itu. Doakan saya...

P/S : Saya 'terpinjam' slogan UMNO. -Dulu, Kini, Selamanya-...huhu... Walaubagaimanapun, UMNO tetap sengal dan jijik...haha3x

Terima pada Abah,Mak,Abang dan teman2 yang menghantar mesej ucapan pada saya...

KITA MASIH MEWAH

. 06 Mei 2009
4 comments

Pagi ini saya merenung sendirian di balkoni tingkap kamar. Saya berfikir sendirian bahawa saya ini sentiasa hidup dalam nikmat-nikmat ALLAH yang sentiasa mencukupkan kehidupan saya. Saya bersyukur...

Saya cuba menghitung nikmat-nikmat ALLAH, namun saya gagal. Tidak mampu untuk saya membandingnya. Saya sendirian juga mengingati bahawa saya sebelum ini tidak pernah pon berlapar kerana tidak berduit. Tidak pernah pula mengikat perut dengan batu seperti Baginda Rasulullah dan sahabat-sahabat Baginda.

Saya ni bukanlah golongan orang yang berduit namun ALLAH masih mencukupkan saya untuk sara hidup. Jikalau berlapar pon,bukanlah disebabkan tidak berduit tetapi disebabkan malas memasak atau tidak terlalu rajin untuk membeli makanan.

Gambar dibawah ini menterjemahkan erti syukur dan keinsafan saya...






Mungkin ini fenomena biasa yang dilihat di Mesir tapi apa yang pasti, jarang orang Malaysia hidup sehingga ke tahap ini. Gambar ini saya snap dari tingkap 5 kediaman saya selesai sahaja solat subuh.

KENAPA SAYA MENULIS ENTRY INI???

Sebulan dua ini, pelajar-pelajar kita bising kerana duit tajaan untuk tahun ini belum dapat. Sepatutnya telah dapat bulan 3 dahulu namun masih atas-atas angin. Kemanalah cek itu... Emm, entahlah...

Memang kesian juga kepada sahabat-sahabat kerana terpaksa sedikit bersabar dengan sara hidup ini. Akhawat lagi menyedihkan apabila sara hidupnya hanya tinggal LE 0.25 sahaja. (Tidak tahu betul atau tidak tetapi saya ihtimalkan ianya adalah betul..huhu)

Apa yang ingin saya sampaikan disini, kita sebenarnya masih mewah berbanding sebahagian golongan yang lain. Nasi Hadramaut, pizza, firoh adalah menu biasa kita disini. Sepatutnya rasa bersyukur ini perlu sentiasa dihadapan berbanding emosi. Jangan beremosi bila kesempitan. Bersyukurlah tatkala susah mahupun ketika senang lenang.

Ohh ALLAH... Kekalkanlah aku dalam syukur kepadaMU sentiasa....

P/S : Kepada sahabat-sahabat yang ingin mendapatkan bantuan kewangan atau apa-apa sahaja, jangan malu-malu untuk bertemu saya...huhu

TELL ME WHY

. 04 Mei 2009
0 comments



Saya cukup menggemari lagu ini. Lagu nyanyian Declan Galbraith ini cukup memukaukan pandangan dan penghayatan saya. Saya menggemarinya bukan kerana lunak suara kanak-kanak remaja ini namun ada sesuatu mesej nilai kemanusiaan yang dibawa.

Nilai naluri semulajadi manusia yang benci kepada kebobrokan kezaliman dan penindasan...

Juga mempersoalkan naluri manusia yang tiada rasa tanggungjawab serta hilang cebihan rasa simpati untuk menolong sesama manusia...

Beritahu saya, kenapa semua ini harus terjadi???

Related Posts with Thumbnails
    follow me on Twitter