PILIHANRAYA

. 26 Mei 2014
1 comments


Esok Pilihanraya Presiden Kudeta.

Pilihanraya sandiwara. Masakan tidak. Hanya dua orang calon yang bertanding. Kedua-dua ini pula dari rumpun yang sama.

Semalam saya keluar makan Broast Deek di Medan Geish. Disana ada dibuat kempen menyokong Sisi. Tak ramai pun. Nampak meriah sebab pasang lagu dengan speaker box besar sahaja pun.

Perayu undi pula dilihat sangat buruk rupanya. Bukan buruk rupa yang hakiki. Tapi buruk perangai dan cara. Tak padan dengan perempuan.

Mesir memang terkenal dengan manusia yang kurang akhlak.

Suka marah-marah. Panas baran. Tidak sabar. Suka berbalah.

Tak ada akhlak. Tak ada adab.

Kencing merata-rata. Dinding-dinding adalah tandas mereka.

Pengotor. Makan berterabur. Kuca lana.

Kerja malas. Bertangguh-tangguh. Bukroh-Bukroh. Mulut dicerut rokok. Di tangan tak habis-habis dengan syai. Mulut laju. Kerja kaku.

Tapi itulah Mesir.

Bila saya melihat keadaan begini, saya mula terfikir. Mungkin inilah antara hikmah besar kenapa para nabi dilahirkan dan dibangkitkan dari kalangan bangsa arab. Memang kerana masyarakat arab adalah masyarakat yang teruk.

Hadirnya para rasul adalah untuk merubah masyarakat dan umat supaya menjadi manusia yang lebih bertamadun.

Namun semudah itukah untuk berubah?

GULING KUASA

Pada malam Dr Mursi digulingkan, tidak pernah saya rasa perasaan yang sangat luar biasa. Air mata mengalir tersendiri. PAS kalah di Malaysia pun tidak serasa perasaan sebegitu.

Ini mungkin kerana Islam mahu naik di Mesir adalah dengan penuh payah dan dengan masa yang panjang. Tak terkira sudah yang terkorban di jalan ini. Jatuh pula sekelip mata.

Kawasan tempat tinggal saya adalah kawasan kuat Mubarak dan Sisi. Bagaikan pesta pada malam itu. Meraikan sesuatu yang bakal mengelapkan dan meneruskan sisi hitam hidup mereka.

Lebih menyedihkan dan menguris, guru-guru saya di Masjid Al-Azhar memuat naik status pada malam itu mengucapkan kata-kata syukur dengan kejatuhan Mursi ini. Satu pembebasan dari cengkaman katanya. Sedih saya!!!

Pertembungan politik di Mesir adalah jelas. 

Islam vs sekular.

Usaha menjatuhkan Dr Mursi bermula sejak hari pertama Dr Mursi naik tangga kerusi Presiden. Kerana Dr Mursi adalah orang ikhwan. Orang Mesir arlegik Ikhwan. Apa yang ditakut pun saya tak tahu.

Satu masalah orang Mesir untuk berubah adalah jahil. Bodoh dan tak berilmu. Sudahlah jahil. Bodoh sombong pula. Kadar buta huruf di Mesir adalah tinggi. Memang ini adalah agenda dan cara pemerintah untuk mengekalkan kuasa.

Memang betul kata pengkaji. Semakin bodoh rakyat, semakin kekal berkuasa pemerintah.

Yang kedua suka ikut orang membabi buta dan taasub. Kadang-kadang apa yang dia buat, dia pun tak tahu. 

Yang ketiga duit dan roti. Kalau dapat duit 20 pound terasa besar amat. Dipeluk dan dicium ketat-ketat si pemberi. Dapat roti 4 keping terhutang budi amat. Macam boleh hidup 4 tahun dengan 4 keping roti itu.

Yang keempat orang mesir malas. Malas membaca dan mengkaji. Sewaktu Kerajaan Dr Mursi mengadakan referendum dan pungutan suara untuk perlembagaan baru Mesir, saya saja-saja membasa-basi bertanya orang mesir yang mengundi dan jiran-jiran tempatan tentang referendum dustur.

Ada yang undi 'Ya' untuk dustur.

Ada yang undi 'Tidak' untuk dustur.

Saya saja-saja tanya. Kenapa undi 'Tidak' pada dustur baru?

Mereka jawab, dustur baru adalah dustur Ikhwan. Ikhwan gila kuasa.

Kamu yang belajar di Azhar, nanti Azhar akan ditutup. Akan di'ikhwan'kan Universiti kamu itu.

Saya tanya balik, "Kamu dah baca ke dustur baru itu???"

Tak!!! Tak baca. Tak perlu baca pun.

Amboi!!! Sombong tahap gaban kuasa tiga. Tapi nampak jelas kebodohan disitu.

Padahal dokumen dustur baru itu diedar secara percuma sahaja untuk rakyat baca. Tapi tak baca juga. Akhirnya sentimen sahaja membabi buta.

Jadi harus bagaimana?


Saya sebagai orang asing pun sempat juga baca sekilas pandang tentang dustur itu. Mana ada ayat sepatah yang ikhwan nak menghancurkan Azhar? Malah lebih mengukuhkan institusi agung ini. Perkataan Syariah Islam juga termaktub di dalam dustur sebagai yang terutama.

Saya juga pelik dengan kenyataan seorang Ustaz Selebriti Malaysia yang menuduh Ikhwan ingin men'syiah'kan Azhar dan merosakkannya. Sumber apa yang dia baca???

Pelik saya.

IKHWAN PENGGANAS

Sepanjang saya berada di Mesir, saya ada kenalan rakan-rakan kuliah dari Ikhwan Muslimin.

Mereka orang yang berdisiplin. Berlemah lembut. Ada akhlak. Selalu duduk depan-depan dalam kuliah. Selalu tolong bantu orang wafidin. Bagi nota dan lain-lain.

Apa yang dituduh selalu bertentangan dengan realiti.

Saya pernah direzekikan untuk berpeluang Usrah dengan Usrah Ikhwan. Pernah bersama dengan PJF (Party Justice n Freedom). Sayap Ikhwan. Mereka tidak seperti apa yang digambarkan. Sangat berbeza perangai dan akhlak mereka dengan rakyat mesir yang kebanyakkan.

Kenapa jadi begini?

Saya dapat jawapan. Jawapannya hanya satu. Kerana mereka mahu bawa Islam. Menegakkan Syariat. Itu sahaja.

Mereka dituduh tanpa simpati.

Kaca dan permata sentiasa dikaburi pasca era zaman dajjal ini.

Peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Rabaah semasa bulan Puasa tahun lepas, saya juga sedikit pelik.

Ya. Disana penyokong Ikhwan dan Dr Mursi berkumpul.

Rabaah dengan tempat tinggal saya tidaklah jauh. Bunyi tembak-tembak memang jelas dengar. Mereka kata ikhwan yang berkumpul disana adalah pengganas.

Namun apa sebenarnya yang ada dalam kawasan Rabaah itu???

Dalam perkumpulan Rabaah itu seolah-olah Pesta 'Fun Fair'. Ada port-port tempat permainan untuk kanak-kanak. Ada gelungsur belon besar. Alah. Macam tempat Fun Fair yang selalu kita tengok tu.

Yang nampak ganas sedikit pun hanya satu sahaja. Main tembak-tembak pistol air untuk membasahkan baju. Maklumlah waktu itu musim panas. Ganas kan?

Diadakan pertandingan hafaz Al-Quran dalam khemah-khemah.

Kaum-kaum ibu pula dengan oven-oven dan tepung-tepung mereka membuat kuih raya.

Iftar bersama-sama. Sesiapa yang ada disana dapat makan free. Ada disediakan makanan secukupnya.

Khemah ini untuk orang dari mantiqah (kawasan) ini. Khemah itu, itu orang dari mantiqah itu.

Kemudian solat terawih bersama-sama. Qiamulail juga bersama-sama. Jemaah qiamulail yang besar. Payah nak himpun qiamulail macam ini.

Namun semua ini adalah pengganas.

Memang lara jiwa mendengarnya.

SETAHUN BERLALU

Esok pilihanraya. Semoga apa jua kekejaman yang telah berlaku, kembali kepada pemilik dan pelakunya.

Walaupun saya orang luar, saya juga tetap terkena tempias kezaliman dan kesusahan hidup di era fitnah firaun moden ini.

Inilah apa yang kita harus bayar untuk apa yang telah dilakukan.

Semoga bumi ini kembali damai di tangan-tangan orang yang amanah dan takutkan tuhan.

Selamat Mengundi. Eh silap!!! Jangan keluar mengundi...haha










| tgidham @ http://khairulidham.blogspot.com/ |
| Abbasiah | 260514 | 6.39 am |

MASALAH MASALAH

. 14 April 2014
0 comments


Mungkin waktu yang terbaik untuk dikenang adalah waktu kita di zaman kanak-kanak.

Hidup penuh gembira. Makan cukup. Tidur lena. Kawan-kawan ramai. Kerja bermain sahaja. Tiada beban. Tiada masalah. Kalau ada masalah, bukannya hendak difikirkan pun.

Itu zaman kanak-kanak kebudakan kita.

Tapi perjalanan hidup bukan selamanya begitu. Bukannya mulus seperti kain sutera. Bukannya semudah air mengalir di terusan sawah yang tenang tanpa batu kerikil.
.
Selagi kita hidup, ia adalah proses pendewasaan. Proses mematangkan manusia untuk menjadi individu yang terbaik. Proses menerima dan menyelesaikan masalah adalah penting dalam kehidupan. Ia cuba mengajar kita sesuatu tentang kehidupan.

Namun dalam mendepani masalah-masalah kehidupan, ada masalah yang perlu diselesaikan. Maka usahakanlah untuk menyelesaikannya.

Ada masalah yang ditakdirkan ia menetap di hati kita. Maka hiduplah bersamanya.

Ada masalah yang akan selesai bersama dengan iringan waktu. Maka berikanlah ia masa. 

Dan yang paling utama, nama lain kepada masalah ialah... UJIAN.

Ujian ALLAH!

Siapa kita untuk menolak ujian Allah???


| tgidham @ http://khairulidham.blogspot.com |
| Abbasiah | 1.37 pm | 140414|

MASLAHAH

. 06 Mac 2014
0 comments


Hari ini ramai yang bercakap soal Maslahah ataupun Maqosid Syariah. Hatta orang awam sekalipun cuba untuk berbicara soal yang penting ini.

Walaubagaimanapun, ini adalah suatu yang baik dalam perkembangan ilmu terutamanya dalam soal siasah ataupun politik. Ilmu politik dan kenegaraan adalah satu ilmu yang anjal dan tidak tetap dalam perlaksanaannya.

Ia bergantung kepada kesesuaian keadaan masyarakat, tempat, masa serta melihat kepentingan buruk atau baik sesuatu perkara.

Untuk nota kali ini, saya cuba memperinci dan meringkaskan tentang apa yang dikatakan sebagai Maslahah.

MAKSUD MASLAHAH

Ulama-Ulama banyak mengutarakan definisi bagi Maslahah ini. Antaranya Imam Al-Ghazali dan Imam As-Syatibi. Namun saya hanya ambil satu sahaja definasi mudah.

Maslahah ialah suatu perkara yang bertujuan untuk menghasilkan kebaikan, kepentingan dan manfaat bagi diri dan sesuatu masyarakat.

Ia juga mengambil manfaat dan menolak kerosakan yang tidak hanya berdasarkan kepada akal yang waras semata-mata tetapi dalam kerangka memelihara hak manusia dan tidak berlawanan dengan nas-nas syara'.

KATEGORI MASLAHAH

Maslahah dipecahkan kepada 3 kategori seperti rajah di atas.

1- Maslahah Mu'tabarah
    * Maslahah yang ditentukan oleh Syara' dengan menentukan hukuman secara putus ke arah
       memelihara perkara-perkara yang penting bagi manusia.
    * Dikenali juga sebagai Maqasid Syariah.
    * Maqasid Syariah mengandungi 5 perkara :-
          - Menjaga Agama
          - Menjaga Nyawa
          - Menjaga Keturunan
          - Menjaga Akal/Kehormatan
          - Menjaga Harta
    * Contoh : Memotong tangan pencuri untuk menjaga Maqasid Syara' yang 5.

2- Maslahah Mulghah
    * Maslahah yang berdasarkan kepentingan yang mengikut akal semata-mata.
    * Maslahah ini diragukan kerana terkandung perkara-perkara yang membawa mudarat.
    * Islam membatalkan maslahah ini kerana ia diambil ringan.
    * Contoh : Meminum arak untuk menenangkan fikiran.

3- Masolih Mursalah
   * Maslahat yang tanpa dalil syara'.
   * Dianggap maslahah apibila ia membawa manfaat dan menolak keburukan.
   * Menggunakan kaedah Qias bagi penentuan maslahah.
   * Contoh : Pemilihan pemimpin.



| tgidham @ http://khairulidham.blogspot.com/ |
| Abbasiah | 060314 | 8.03 am | 

ESTIM DAN KARISMA

. 05 Mac 2014
1 comments


Elemen karisma adalah modal dan daya tarikan yang sangat penting bagi setiap pemimpin. 

Ia bukan hanya tertumpu kepada pemimpin negara atau masyarakat, tetapi meliputi pemimpin sesebuah organisasi, persatuan dan juga keluarga.

Setiap orang mahu dilihat sebagai seorang yang berkarisma dan berketrampilan. Kita dapat mengenal pasti kehadiran karisma pada diri seseorang namun kita tidak dapat dan sukar untuk menjelaskan mengapa beliau dilihat lebih berkarisma daripada kita.

BERMULA DENGAN ESTIM

Apa itu estim?

Post kali ini saya hanya mahu meringkaskan dan menyediakan nota-nota dan point sahaja. 

ESTIM

* Estim adalah "keyakinan anda terhadap diri sendiri".

KARISMA

* Karisma adalah "keyakinan pihak/orang lain terhadap diri anda".


UNSUR-UNSUR KARISMA

1- Keilmuan & Kepakaran
    * Keilmuan/kepakaran diperolihi melalui latihan, gerak kerja praktikal & juga pengalaman.
    * Individu yang berilmu dikenali melalui cara dan nilai tuturkata.
    * Akhlak dan tingkah laku mengangkat nilai tambah.

2- Ketulusan
    * Memenuhi elemen jujur.
    * Tidak menipu dan beralasan dalam kata-kata.
    * Menepati janji.
    * Menepati masa dan pengurusan masa yang kolektif.

3- Imej
    * Imej adalah daya tarikan atas individu.
    * Wajah tenang, segar, lembut dan manis.
    * Murah dengan elemen senyuman.
    * Tidak dilihat penat, letih dan lesu. 


| tgidham @ http://khairulidham.blogspot.com/ |
| Abbasiah | 050314 | 8.42 am |

BERUNTUNG

.
0 comments


10 Ciri orang yang berada dalam kebaikan :- 

1. Mendapat ilmu yang memberi manfaat untuk dunia dan akhirat.

2. Diberi kefahaman agama.

3. Kenal dan mampu untuk membezakan antara perkara yang hak dan batil. 

4. Dijodohkan dengan isteri yang solehah atau suami yang soleh.

5. Dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah.

6. Dimurahkan dengan keberkatan rezeki.

7. Dianugerahi dengan kesihatan pada tubuh badan dan kesejahteraan akal fikiran.

8. Dikurniakan umur yang panjang dalam berbuat amal kebaikan dan kebajikan.

9. Dapat hidup zuhud dan warak terhadap dunia.

10. Terdorong untuk berjuang dan berjihad.


| tgidham @ http://khairulidham.blogspot.com/ |
| Abbasiah | 050314 | 7.48 am |

post signature

الفرق بين الفقيه والمفتي والقاضي

. 03 Mac 2014
0 comments


 -:  الفرق بين الفقيه والمفتي والقاضي

الفقيه

.يستنبط أحكام الله من الأدلة التفصيلية *
.وتلك الأحكام تحقق مقاصد الشريعة الكلية *

المفتي

.يدرس الواقع *
 وما يكتنفه من احداث, ثم بلتفت الي الفقه ليأخذ منه حكم الله في *
 .مثل هذه الواقعة بما يتحقق مقاصد الشريعة   


القاضي

  .هو يتدخل لتغير الواقع ويلزم أطراف النزاع بما عليه حكم الله*


- : مثال

" إذا شرب انسان خمرا "

الفقيه

  .يتوقف عند حكمها فقط -
 .ويقول : انها حرام. ولا بد أن يقام عليه الحد  -

المفتي

 .يدرس الواقع فربما شربها لضرورة كأن لقمه فَسَدت حلقه -
  .فبحث عن ماء فلم يجد إلا الخمر -
 .فعند ذلك يغير حكم الفقيه نظرا لدراسة الواقع -

القاضي

 .هو الذي يقيم الحد وهو الذي ينفذ أمر المفتي -



 .ملخص من درس مع فضيلة الدكتورعلي جمعة في جامع الأزهر الشريف*



| tgidham @ http://khairulidham.blogspot.com/ |
| Abbasiah | 030314 | 3.07 pm |
post signature

أسباب المغفرة

.
0 comments



:  أسباب المغفرة فيها كثيرة. من أسباب مهمة لنيل المغفرة

الأول : الدعاء مع الرجاء

الثاني : الإستغفار مهما عظمت الذنوب

الثالث : التوحيد الخالص


| tgidham @ http://khairulidham.blogspot.com/ |
| Abbasiah | 030314 | 1.50 pm |

الإدراكات

.
0 comments


الركعة  : تدرك بالركوع

الجمعة  : تدرك بركعة كاملة

الجماعة : تدرك قبل السلام

الصلاة  : تدرك بركعة في أخر الوقت بما فيها السجود

ملخص من درس مع فضيلة الدكتورعلي جمعة بجامع الأزهر الشريف *



| tgidham @ http://khairulidham.blogspot.com/ |
| Abbasiah | 030314 | 1.25 pm |

4 KEADAAN INSAN

.
0 comments


Hidup manusia ini biasanya dilingkungi di antara 4 keadaan :-

1- Samada berada dalam ketaatan
     Maka ia perlu diteruskan. 

2- Samada berada dalam maksiat
     Maka ia perlu beristighfar. 

3- Samada berada dalam nikmat
     Maka ia perlu bersyukur. 

4- Samada berada dalam bala
     Maka ia perlu bersabar.



| tgidham @ http://khairulidham.blogspot.com/ |
| Abbasiah | 030314 | 8.11 am |

ASET KEBAHAGIAAN

.
0 comments


Tiga aset menjadi bahagia dalam hidup :-

1. SABAR

* Hidup perlu sentiasa kena bersabar kerana matlamat kita adalah akhirat. Sabar adalah kemenangan sebelum kemenangan. Allah cinta orang sabar, tentulah cinta Allah memberi bahagia.

2. REDHA

* Pasrah dan yakin dengan apa yang telah ditetapkan Allah dalam hidup kita. Tidak kira apa situasi dan ujian yang hadir, yakin itulah terbaik dan mempunyai hikmah yang besar di sebaliknya.

3. SEMUA YANG KITA ADA MILIK ALLAH 

* Perasaan ini menghalang hati daripada sifat riak dan takabur, malah mendidik kita makin tunduk pada Allah dan malu dengan pujian manusia. Jika dicaci pun tak mengapa jika perjuangan untuk agamaNya.



| tgidham @ http://khairulidham.blogspot.com/ |
| Abbasiah | 030314 | 7.32 am |

KAHWIN PAKSA

. 24 Februari 2014
0 comments


Kalau bercakap bab nikah kahwin, semua minat. Yang mengantuk tersenguk-senguk layu pun boleh segar bugar kembali. Yang tidur pun boleh bangkit kembali. Yang dah sembang tu, makin berapi dan menjadi-jadi.

Tadi berkesempatan mendengar satu ceramah yang menarik. Sungguh menarik. Asyik dan ralit saya mendengarnya. Pengurusan Cinta Menurut Perspektif Islam.

Bila bercakap soal cinta, ia isu panjang dan tak berkesudahan. Cinta itu misteri. Tapi ia bukan Misteri Nusantara. Bercerita isu cinta, saya bukanlah ahlinya. Cuma biasa kita mendengar cerita-cerita cinta ni.

Ada satu cerita yang menarik yang menerangkan tentang hebatnya penangan cinta. 

Mungkin kita biasa dengar kisah cinta Laila dan Majnun. Ini cerita klasik. Tapi amat prolifik.

Majnun memang sukakan Laila. Sudah jatuh cinta. Cinta habis sepenuh jiwa raga.

Pada suatu hari, Majnun kehilangan Laila. Habis kusut jiwa Majnun. Semuanya tak kena. Sehingga menyebabkan Majnun seolah-olah gila. Sesuai dengan namanya Majnun. Inilah asal nama Laila Majnun. Kerana Majnun tergila-gilakan Laila.

Berjalan tidak tentu arah. Majnun sudah fana' dalam cintanya sehingga beliau terbawa-bawa dalam kata-kata dengan menyatakan "Daku melihat pintu kota-kota Baghdad semuanya tergambar dan terpampang wajah-wajah Laila"

Tatkala Majnun berjalan-jalan hanyut mencari Laila, tiba-tiba Majnun berjalan masuk ke dalam sebuah masjid dan melintas di hadapan seorang yang sedang solat.

Orang yang sedang solat itu menghalang Majnun. Tapi Majnun langgar juga.

Dihalang lagi Majnun melintas. Tetapi dilanggar juga.

Dipanggil dan diseru-seru " Laila... Laila... Laila..." 

Hanyut... Hanyut layar tak bertepian. 

Majnun sudah fana'.

Kemudian si lelaki yang sedang bersolat tadi menolak Majnun. Dan Majnun menolak dia kembali.

Selepas selesai lelaki itu solat, ia bertanya kepada Majnun, "Kamu tidak nampakkah aku sedang solat tadi? Kenapa kamu lalu dan melintas di depan aku solat?"

Kemudian Majnun menjawab : "Astarfirullah. Aku tak sangka. Cinta aku kepada Laila lebih khusyuk dari cintamu kepada Tuhanmu"

"Macamana kamu sembahyang? Kamu sembahyang pun tak khusyuk!!!"

"Aku cinta Laila lebih khusyuk dari solat kamu. Macamanalah solat kamu tadi..."

Tertumbuk rasa perasaan si lelaki tadi apabila mendengar jawapan dari Majnun.

Malu! Sesal !

Itulah hebatnya penangan cinta.

CINTA MONYET

Dulu-dulu waktu sekolah, selalu kita diingatkan tentang cinta monyet. Bila dah dewasa, baru saya faham apa itu cinta monyet.

Falsafah cinta monyet itu umpama monyet memakan pisang. Dikutis-kutis kulitnya. Dileraikan bilah-bilah kulitnya. Dimakan isinya yang manis. Kemudian dibuang kulit pisang itu merata-rata.

Tidak lama selepas itu, jatuh berdebuk orang yang terpijak kulit pisang itu. Sungguh kurang ajar yang buang kulit pisang itu...

Biasanya cinta-cinta remaja tidak ke mana. Sekadar di pinggiran sahaja.

Hari ini saya mengatakan dan sering berpesan kepada adik-adik supaya jangan terjebak dengan lurah dendam ini. Bahaya. Buang masa sahaja. Buang duit juga.

Pengalaman mengajar kita.

Saya bukanlah pernah bercinta. (Serius). Namun cerita-cerita dan pengalaman itu ada. Saya masih lagi simpan surat-surat dan barang-barang berharga dari secret admire. (Kononlah... Luga waser). Dulu-dulu masa zaman jahiliyyah.

Separuhnya saya dah kuburkan di bawah pokok durian dekat tepi rumah saya. Kini pokok durian itu segar berbuah 2 kali setahun. Hebat sungguh penangan baja surat cinta...haha

Separuh lagi saya akan campak dan semadikannya dalam Sungai Nil sebelum saya meninggalkan bumi lembah delta yang subur ini sedikit masa lagi. Tunggulah!

Sungguh ini buang masa.

INILAH YANG BENAR

Dalam ceramah tadi, ada satu cerita menarik. Cerita ini berlaku di Mesir. Cerita seorang pelajar lelaki meminati seorang perempuan. Lelaki doktor. Perempuan Ustazah. Wah!!! Sinergi gitu...

Bermula perkenalan dalam suatu program. Lelaki ini seorang doktor dan menjadi salah seorang ahli panel dalam majlis tersebut.

Dalam majlis tersebut, seorang perempuan bangun untuk bertanyakan soalan. Ia memang betul-betul bertanya kerana ingin tahu. Bukan dibuat-buat untuk test market or apa.
Dan inilah kali pertama ia melihat perempuan tersebut dan dia sudah terasa perasaan lain macam. Walhal sebelum ini biasa berjumpa dan bertemu dengan perempuan lain tetapi keadaan dan perasaan itu tidak pernah berlaku.

Kemudian si lelaki terus mengambil keputusan untuk melamar si perempuan tadi direct terus melalui keluarganya tanpa pengetahuan si perempuan tadi.

Namun si keluarga perempuan menolak kerana mereka mahu bermenantukan seorang Ustaz. Nak Ustaz jugak!

Mahu dilepas atau macamana?

Kemudian si lelaki tadi mengambil keputusan untuk belajar dan mengambil jurusan agama pula. Selepas berpulun keringat 4 tahun, akhirnya si lelaki tadi berjaya mendapat 'title' Ustaz.
Pengorbanannya lebih 4 tahun. Tahan sabar.

Dirisik sekali lagi perempuan tadi untuk kali kedua. Akhirnya keluarga si perempuan menerima. 

Walhal dalam keadaan sebelum ini si perempuan tidak tahu apa-apa dan tidak pernah diberitahu. Hubungan ini hanya melibatkan antara si lelaki dengan pihak keluarga perempuan sahaja. Tidak diusik langsung perasaan si gadis tadi.

Hebat sungguh! 

Inilah dikatakan pengorbanan dan cinta. Kerana cinta itu adalah pengorbanan.

Kerana si lelaki tadi tahu bahawa bukan cinta wanita itu yang penting tetapi ibu kepada bakal anak-anaknya itulah yang terpenting.

KAHWIN PAKSA

Cuti-cuti ni saya sempat menonton beberapa drama melayu. Pastinya ramai yang sudah mencebekkan muka. Tapi itu memang benar.

Cerita-cerita melayu skrip dan plotnya tak banyak lari dan terlalu banyak persamaan. Bosan!

Ceritanya cerita-cerita kahwin-kahwin cerai. 

Ceritanya cerita-cerita kahwin-kahwin paksa.

Kahwin paksa sebab hutang belanggar kereta. Sebab harta. Sebab jawatan CEO. Sebab mama-mama yang gedik. Tak ada skrip lain.

Tengoklah drama "Sebenarnya dia isteri saya", "Mr Arrogant", "Bicara Cinta", "Playboy itu Suami saya", "Adam Hawa" dan bla...bla..bla... lagi

Hakikatnya ia jauh daripada realiti.

Entahlah...

BILA NAK KAHWIN

Ini satu lagi soalan yang tidak relevan. 

Permulaan soalan dan pertanyaan itu sudah salah. 

Bila nak kahwin? 
Tak nak kahwin ker?
Takde perasaan ker?
Awak tak normal ker?
Enta jual mahal sangat?

Soalan-soalan sebegini kadang-kadang menguris. Lebih-lebih lagi jika sinis. Hak-hak saudara sesama muslim adalah pandai melihat dan merai situasi. Berikan mereka harapan. Kuatkan semangat mereka.

Sepatutnya anda mendoakan beliau supaya cepat jodoh. Dipermudahkan. 
Dapat isteri cantik dan Solehah.

Bukannya tanya soalan. Tapi mendoakan...!!!


| tgidham @ http://khairulidham.blogspot.com/ |
| Abbasiah | 240214 | 11.36 pm | 


P/S : Siapa yang nak dengar ceramah 'Pengurusan Cinta Melalui Perspektif Islam' dalam format mp3 boleh email saya di tgidham@yahoo.com.my


post signature

BUKAN MATI

. 10 Februari 2014
3 comments


Lama saya meninggalkan Blog.

Lama juga tidak menulis.

Ini menunjukkan juga saya sudah kurang membaca dalam tempoh dua tahun. Membaca ilmu-ilmu semasa tentang kehidupan. Itulah sebab setahun dua ini kurang pengisian.

Baru-baru ini sempat balik ke Malaysia sekejab. Itupun dengan tiket free tapi berbayar juga.

Tahun ini bagaikan tahun dukacita. Tahun ujian.

Ujian diri sendiri, ujian kehidupan, dan tak kurang juga ujian di negara orang. Kehidupan di negara bergolak. Kadang-kadang saya terfikir juga. Orang arab ini tiada akalkah. Tidak boleh berfikirkah. Apa yang mereka buat selalunya bertentangan dengan akal yang sejahtera.

Ya. Mungkin dia berakal. Gaya fikir mereka lain. Negara mereka. Cara mereka. Saya tak faham.

PULANG

Sewaktu mendapat panggilan untuk pulang, saya masih berada di Universiti. Waktu itu dalam pukul 10.30 pagi. Flight akan berlepas pukul 1.00 petang. Sudah pasti check-in lebih awal. Dalam pukul 11.00 pagi.

Saat melihat apa yang tertampal di dinding untuk hasil final year, saya sudah rasa hempakan yang sangat kuat atas kepala. Berat dan pedih. Terasa air yang bersuhu suam-suam suku cuba bertakung di celah-celah mata.

Al-Azhar masih sayang aku!

Kau masih mahu penjarakan aku lagi untuk tahun ini.

Kemudian Pegawai HEP bagitahu awak kena ke airport sekarang. Flight pukul 1.00 petang.

Otak saya berserabut dengan pelbagai sel-sel maklumat dan perasaan. Sempatkah? Barang baju belum bersiap kemas pun.

Ok. Perjalanan mesti diteruskan. Berjalan sahaja mengikut takdir Allah.

Saya tahan teksi. Segera mohon pecut teksi selaju mungkin balik rumah. Sampai rumah, saya minta driver teksi hold sekejab. Saya naik atas rumah berkemas. Memang kalut. Tambah pula perasaan sedih yang berbalut. Kalau ada kuasa macam Boboiboy dan jam kuasa melambat masa Yaya, insyallah saya steady dan tenang sahaja.

Saya hanya capai kain pelikat sehelai, baju sehelai, seluar sehelai dan beberapa kitab letak dalam beg carry. Mandi pun tak sempat. Apatah lagi nak ambik wudu'.

Dalam masa yang ada, terus ke Airport. Jalan pula sesak dan jem yang amat. Umpama Jem Strawberi yang diletak penuh diatas kepingan Roti Gardenia. Tiada ruang sikit pun. Melimpah pula.

Sampai Airport pukul 12.30+-. Nak cari tiket dan booding pass pula. Musing ketangg pulok bak kata orang teganung kiter.

Kesudahannya flight Kuwait sudah massalamah and say goodbye.

Peluh yang bercicir sia-sia saja. Berat badan tak berkurang. Apatah lagi lemak dalam badan.


USAHA

Dalam masa yang ada, cuba minta tasamuh pekerja-pekerja airport untuk selesaikan masalah. Ternyata arab adalah makhluk yang Allah utus untuk uji kesabaran. Semuanya tidak membantu. Keras membatu. Memang hati batu. Kalau tak hulur duit, tak jalan.

Ok. Fine.

Ujian bertimpa-timpa hari ini. Satu ujian sedih. Satu ujian terlepas flight. Sebelum itu, saya cuba keluarkan cash money dari ATM HSBC di Husein. Mesin pula bermasalah. Duit tak keluar. Tapi baki berkurang. Hangus 1000. Umpama anda bakar kertas and then anda lihat ia jadi hitam dan kemudian bertukar menjadi debu dibawa mulus mengikut lenggok angin menderu.

Dulu kat tempat sama kad kena telan. Satu lagi ujian. Cukup lengkap 3 ujian. Complete Set. Tiga itu sunat. Macam kombo set dinner KFC jer.

Sampai sekarang masih tak dapat claim balik 1000 tu dari HSBC.

Ya. Allah sayang aku. Allah nak hapus dosa-dosa hangpa yang banyak tu. Kata hati nurani yang beri tazkirah dan motivasi.

Saya letih. Ada ruang yang beralas kotak-kotak di tepi satu sudut. Saya belum solat zuhur. Saya solat qosor zuhur asar dan jamak takdim zuhur asar. Solat dulu. Istareh!

Selesai solat dan tarik nafas panjang-panjang, terasa pula perut yang sedikit 'bun' ni sedikit 'slim'. Kemudian saya cuba cari agen yang mengurus tiket. Jumpa. Yang menguruskan pun jumpa. Tapi mereka pun dok tahu kaler (kata orang teganung).

Cuba pula cari syarikat Kuwait. Tak beroperasi pula. Hangpa makan gaji buta ke apa?

REDHA

Saya dah letih. Ambil mp3 sumbat kat telinga. Buat keluar buku yang ada dibawa tadi. Buku Mukmin Profesional Ustaz Pahrol Mohd Joi. Kononnya untuk mem'profesional'kan keadaan yang berserabut sekarang. Bacalah dulu semuka dua.

Last-last datang pula sekelompok akhawat-akhawit duduk kat depan dan tepi saya. Hangpa nak uji iman ana ke aper??? Hilang konsentrasi membaca!

Senyum sentiasa walau pedih dan pahit

Tunggu apa respon pihak bertanggungjawab. Sampailah ke waktu asar. Macam tunggul jer duk kat situ. MP3 pun dah habis bateri. Handphone pom habis bateri. Swiff off. Tak dapat nak call sesiapa. Yalah. Dah on the spot nak bermusafir, manalah sempat nak cas telefon. Saya bukannya ada power bank.

Yelah. Kalau dah pakai handset Nokia Torchlight yang 110 tu, buat apa pakai powerbank!

Last sekali, Pegawai HEP Selangor ajak saya pulang. Tiada faedah tunggu disini. Lapar. Dari pagi saya tidak makan apa-apa. Terpuasa terus tanpa niat dan tak terpahala.

Balik sahajalah saya ke rumah kembali. Sampai di rumah sebelum masuk waktu maghrib.

Tadi aku sembahyang jamak zuhur asar.

Eh...

Tak jadi pula bermusafir... Alahai...










| tgidham @ http://khairulidham.blogspot.com |
| Abbasiah | 3.21 pm | 100214 |

DOWNLOAD ALBUM ZIKIR TERAPI 2

. 07 Februari 2014
0 comments


Tracklist :
01. Rabbi Zidni
02. Ilahi Last
03. Zaljalali Wal Ikram
04. Malikul Haq
05. Allahu Ya Rahman
06. Maghfirah
07. Tubna Ilallah
08. Subhanallah Walhamdulillah
09. Karimu Antallah
10. Rabbibil Mustofa
11. Habib

Download DISINI
post signature

Related Posts with Thumbnails
    follow me on Twitter