NILAI PERSAHABATAN DALAM 'THE KITE RUNNER'

. 23 Mac 2009
0 comments

Hari ini, saya berkesempatan menonton filem 'The Kite Runner'. Sebuah filem yang cukup selesa untuk dihadami. Berwatak utamakan 2 orang pelakon kanak-kanak, Amir dan Hassan dalam mengakrabi sebuah persahabatan.

Filem ini diadaptasikan daripada sebuah novel best selling karangan Khaled Hosseini. Plotnya pula melatari dataran Bumi Afghanistan sejak zaman penjajahan Soviet Union hinggalah kepada pemerintahan Taliban.

Layang-layang menjadi simbol kepada filem ini. Simbol kepada pembawakan sebuah kehidupan dan persahabatan yang pernah indah. Saya juga baru mengetahui bahawa orang Afghanistan ditonjolkan sebagai pengemar layang-layang malah ia menjadi ke'gah'an jika mempunyai kemahiran memotong layang-layang lawan dan menyambutnya dengan tepat.

Namun persahabatan murni itu berpenghujung juga. Keluhuran dan kesetiaan Hassan menerima pengkhianatan dek kerana jiwa Amir yang bacul serta dirinya yang lemah, tidak cukup setia, tidak cukup berani, tidak cukup lelaki untuk maruah seorang Pashtun di bumi Afghanistan.

Saya tidak berhajat untuk menceritakan sinopsis filem ini. Namun saya ingin mengajak teman-teman untuk mengamati NILAI kepada sebuah persahabatan. Nilai dan prinsip yang sepatutnya disemai dan diterjemahkan di dalam persahabatan dan kehidupan.

Apabila anda telah membuat kesilapan kepada nilai sebuah persahabatan, maka amat sukar untuk anda menebusnya kembali. Dalam filem ini digambarkan Amir terpaksa bertarung nyawa mencari zuriat Hassan yang telah ia khianati dahulu.

Cuma, saya teringat satu hadis Nabi SallahualaihiWasalam:-

الأرواح جنود مجنداه
ما تعارف منها إئتلف

وما تناكر منها إختلف

"Roh/Jiwa manusia itu laksana pasukan bersenjata
Yang saling kenal antara mereka,akan bersatu
Yang tidak mengenal, akan bercerai berai"

Harap tidak sengal lagi dalam bersahabat...

P/S: Siapa yang ingin men'download' dengan mudah filem ini, sila datang ke bilik saya bersama dengan pendrive anda. Dan jangan lupa,bawakan bersama firoh or syibsyi sebagai cukai perkhidmatan..hehe...

DUDUK IFTIRASH : RAHSIA SUNNAH

. 16 Mac 2009
4 comments

Sebagai seorang Muslim, saya menaruh keyakinan dan kepercayaan yang tinggi mengenai nilai suruhan atau larangan sesuatu perkara. Lebih-lebih lagi dalam soal ibadah mahupun cara hidup.

Kebanyakan kita tidak mengetahui kebaikan duduk iftirash dari segi kesihatan. Kalau kita melihat gambar rajah reflexology , apabila kedudukan dalam keadaan iftirash ini, kaki kanan kita mendapat tekanan di bahagian atas kaki dan kaki kiri kita dapat tekanan bawah & tengah kaki.Duduk iftirash ni memberi 'tekanan reflexology' yang menyeluruh. Tapi bagi orang yang tidak menegakkan kaki kanan, mereka hanya mendapat 'tekanan reflexology' utk sebahagian tubuh sahaja (tidak meliputi bahagian - Brain, Neck, throat, heart, voice sinus, pituitary glands, etc spt dalam gambarajah). Ini merugikan!!

Seeloknya, kita cubalah untuk duduk iftirash dengan sempurna.

Gesaan ini bukan sekadar atau semata-mata atas dasar kesihatan yang kita mahukan, namun matlamat kita dalam memperelokkan lagi nilaian ibadah kepada ALLAH, itu yang seharusnya menjadi perhatian di samping niat untuk mengikut sunnah Nabi SAW.

Hasilnya nanti tidak merugikan. Disamping mendapat pahala menyempurnakan 'ikmalu Ibadah' dan 'ikmalu Sunnah' ia juga memberi 'bonus' kepada kesihatan yang menyeluruh melalui 'indirect reflexology excersize' utk bahagian kritikal - brain, neck, throat, etc...

Dari Abu Hamid al-Sa`idi ra., katanya:

Aku melihat Nabi Muhammad saw..Apabila Baginda saw duduk pada rakaat yang kedua (Untuk membaca tahiyyat awal), ia duduk di atas kaki kirinya dan menegakkan kaki kanan (Duduk iftirash)..

-Hadith shohih riwayat Bukhari-.

Pengajaran hadith:

1. Disunatkan duduk iftirash pada tahiyyat pertama.

2. Duduk iftirash juga disunatkan semasa duduk antara dua sujud dan ketika duduk istirahah iaitu duduk sesudah bangkit dari sujud yang kedua (Mustika Hadith)

3. Amalan duduk iftirash adalah sunnah Rasul saw dan apabila kita mengamal dan menyampaikannya kepada orang lain untuk mengamalkannya adalah mendapat pahala dan keberkatan dari Allah SWT.

4. Amalan-amalan Rasul saw adalah bercahaya dan boleh mendekatkan diri seseorang kepada Allah SWT.

BACUL

. 15 Mac 2009
0 comments

Bila anda mengadu-dombakan keburukan orang lain di belakang atau secara 'dalam selimut', malah takut untuk berhadapan dan bersemuka, itu tandanya anda bacul.

Bila anda menzahirkan 'kecacatan emosi' melalui tingkah laku anda, malah mempergunakan orang lain yang menjadi 'pak turut', itu tandanya anda bacul juga.

Bila anda meletakkan ego dihadapan, enggan menerima nasihat, keras kepala dan dalam pada masa yang sama anda di kantung bersalah, itu tandanya juga bacul anda di tahap maksimum.

Perbuatan anda ini tak ubah seperti tentera Israel seperti dalam gambar diatas menjadikan budak 13 tahun sebagai perlindungan untuk memberhentikan rakan-rakan beliau daripada terus membaling batu kepada tentera regim zionis itu.

Memang betul tanggapan saya bahawa Israel itu adalah pengecut...

Moga kritikan ini membina.

GAYA TIDUR LAMBANG PERWATAKAN???

. 14 Mac 2009
0 comments

Saya tidak meletakkan sebarang yakin dan percaya pada andaian ini.

Namun, bila langit mendung, itu tandanya nak hujan.
Tapi tak semestinya hujan....

GAYA ULAT GONGGOK
GAYA SIPUT SEDUT
GAYA APA NI YERK???
GAYA SKEMA
GAYA .... NTAHLAH
GAYA KUAK LENTANG..HAHA
GAYA PARI-PARI
P/S : Cuma ada satu gaya tidur sekata di Mesir ini tatkala musim sejuk iaitu 'Gaya Kek Gulung'. Namun masih belum diketahui perwatakan gaya ini kerana pengamal gaya ini hanya berkelubung di dalam 'Saratoga'..kah3x

Saya sengaja letak nama-nama gaya diatas. Reke je tu....

NOTA UNTUK ABAH

. 13 Mac 2009
0 comments

Hari ini adalah Ulangtahun Kelahiran yang Ke-53 abah. Semalam sebelum tidur, sempat juga menghantar mesej ucapan kepada abah. Sudah lama kiranya saya tidak menelefon keluarga.

Bila dikejauhan ini, rasa rindu dan sayang lebih dirasai. Ini adalah hikmah dan kelebihan tersembunyi dikala berjauhan dengan keluarga.

Adalah tidak adil bagi seorang anak jika tidak menghantar apa-apa ucapan ulangtahun kerana abah terlebih dahulu menghantar ucapan ulangtahun kepada saya.

Sedikit pengenalan untuk my father..huhu..

NAMA : CHE KU ABU BAKAR BIN CHE KU OMAR
ASAL : KAMPUNG GELUGOR RAJA, TERENGGANU
TARIKH LAHIR : 13 MAC 1956

PEKERJAAN : PEGAWAI HAL EHWAL KORPORAT LPP TERENGGANU.


Di ulangtahun kelahiran ini, Abang Ngah (nama manje beliau..huhu...malunya..kui3x) mendoakan semoga abah panjang umur murah rezeki dan di sepanjang usia ini hidup dalam penuh keberkatan dan rahmat dari Allah.

Terima kasih atas didikan yang telah diberikan... Sesungguhnya nilaian didikan, nilaian harta, nilaian masa (walaupun abah seorang yang sangat sibuk) dan nilaian pengorbanan tidak mampu untuk dibalas...

Selamat Ulangtahun....

Daripada Anakanda,
Tengku Khairul Idham
12.29pm (6.29am Msia)
130309
Nasr City, Cairo.

P/S : Kasih kepada keluarga lebih membahagiakan daripada kasih kepada seorang kekasih.

QIBLAT LOCATOR

. 12 Mac 2009
0 comments

Pada Entry kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda mengenai satu web yang menarik untuk tatapan dan manfaat bersama. Web ini saya kira cukup penting juga bagi individu yang suka menjelajah dan mengembara bagi menentukan arah kiblat di mana-mana sahaja anda berada.

Qibla Locator adalah web yang menunjukkan arah kiblat dengan menggunakan Google Earth.

Anda boleh layarinya disini

CIPTAAN LUTSINAR YANG AGUNG

.
0 comments

Untuk tulisan kali ini,saya ingin berkongsi dengan pengunjung beberapa foto menarik berkaitan haiwan unik yang maha hebat dalam penciptaannya.

Apabila kita mengamati kejadian alam semulajadi ciptaan Allah Taala, ia sebenarnya dapat menyedarkan kita betapa agungnya kekuasaan Allah dan betapa kerdilnya insan bernama manusia.

Lihatlah hidupan-hidupan yang lutsinar ini. Ada tujuan Allah Taala mencipta hidupan ini dengan sebegitu rupa. Mungkin bertujuan membuka jalan kepada manusia supaya dapat mengkaji organ dalaman haiwan ini dengan mudah dan real tanpa memerlukan kamera dan pembedahan.

Bayangkanlah, kita dapat melihat setiap denyutan jantung haiwan ini (contoh katak spt gambar diatas) dengan mata kasar sahaja.

Transparent Zebrafish
(Subhanallah... Dapat lihat real telur dalam perut ikan ni. Kalaulah manusia juga diciptakan seperti ini,kita sudah dapat melihat bayi kita sebelum ia dilahirkan lagi..kih3x..)

Transparent Head Fish
(Subhanallah... Dapat lihat otak ikan ni real)

Transparent Butterfly

Transparent Squid
(Bila lihat haiwan ni,saya teringatkan watak squidward dalam kartun Spongebob. Kawan baik Spongebob..huhu.. Kawan baik saya juga..wakaka)

Transparent Amphipod

Transparent Jellyfish

Transparent Icefish

Transparent Larval Shrimp

Transparent Salp
Maha suci ALLAH...
Aku bersaksi dengan kebesaran dan kekuasaanMU....

Sumber : Stranges World

10 FAKTA MENARIK TENTANG ISLAM

. 09 Mac 2009
0 comments

Fakta sebenarnya memainkan peranan penting juga untuk proses perkembangan Islam malah memberi keyakinan untuk kita berpegang kepadanya.

Ini sedikit fakta yang saya perolihi dari myfriend, 'Encik Google'...kih..3x

  1. Nama “Muhammad” adalah nama yang paling popular di seluruh dunia, dan menepati urutan nombor kedua di negara Inggeris untuk nama bayi laki-laki ( urutan pertama ditempati oleh nama ‘Jack’ )
  2. Albania merupakan negara satu-satunya di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam
  3. Kata-kata berikut ini diserap dari bahasa Arab : Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony, bahkan ‘Alcohol’ juga berasal dari bahasa Arab, Al-Kuhl, yang mempunyai erti bubuk
  4. Beberapa ayat di dalam Al-Qur’an menggambarkan pentingnya persamaan hak antara lelaki dan wanita ( secara perhitungan matematik ). Kata “lelaki” dan “Wanita” di dalam Al-Qur’an sama-sama berjumlah 24
  5. Tidak ada apa-apa di dalam Ka’bah
  6. Islam merupakan agama yang mengalami pertumbuhan paling cepat di dunia menurut kebanyakkan sumber, diperkirakan akan menjadi agama nombor 1 pada tahun 2030
  7. Umat Hindu percaya bahawa di dalam Ka’Bah ada salah satu dari Tuhan mereka yang bernama ‘Shiva Lingam
  8. Nabi Muhammad SAW melaksanakan ibadah haji hanya sekali dalam hidupnya
  9. Jikalau sekarang Al-Qur’an dihancurkan, maka versi arab dari Al-Qur’an akan segera di-recover oleh jutaan muslim, yang disebut Huffaz yang telah menghafalkan kata-kata di dalam Al-Qur’an dari mulai awal sampai dengan akhir ayat.
  10. Nama original dari kota suci Madinah adalah “YATHRIB
P/S : Fakta atau auta???

TEKNOLOGI DALAM BERIBADAT

.
3 comments

Dunia semakin moden. Dengan adanya teknologi, ia memungkinkan untuk kita melakukan pelbagai aktiviti dengan mudah dan cepat.

Soal ibadat juga seolah tidak terlepas menerima tempias kemajuan teknologi dari segi praktikalnya...

Auto Wuduk Washers adalah salah satu alat praktikal yang dicipta untuk tujuan tersebut.Namun, saya masih belum terjumpa lagi alat ini dimana-mana.

Walaupun begitu, ia adalah satu usaha yang baik untuk melambangkan kemajuan teknologi umat Islam.



P/S : Teknologi kadang-kadang membuatkan manusia menjadi semakin malas....huhu...

Adakah anda setuju dengan pendapat ini????wakaka

Related Posts with Thumbnails
    follow me on Twitter