KAWAN LAMA

. 24 Julai 2010
1 comments

Bertemu kawan lama, mengundang pelbagai cerita dahulu kala.

Tidak kurang juga dengan perihal sekarang.

Sihatkah dia...

Sudah bekerjakah dia...

Sudah berkeluargakah dia...

Namun, keadaan kami di zaman kanak-kanak dahulu cukup berbeza dengan keadaan sekarang.

Zaman moden yang serba teknologi ini telah menghapuskan dan melupuskan cerita-cerita kami dahulu.

Tiada lagi aktiviti mandi-manda di sungai...

Tiada lagi 'bergalok' mencari etok-etok di sungai...

Tiada lagi berkubang di sawah mencari ikan laga...

Tiada lagi main-main pondok-pondok di atas pokok...

Tiada lagi masuk hutan bermain bedel...

Tiada lagi riuh bermain badminton dan bola sepak di senja petang...

Semua itu cerita lama. Kenangan kami budak-budak kampung.

Gambar di atas adalah gambar kawan lama saya ketika kami keluar makan bersama baru-baru ini. Kawan baik sejak daripada kecil lagi. Beliau banyak menolong saya dalam pelbagai perkara. Orang kuat di belakang saya nih...haha3x

Saya sangat terhutang budi atas kebaikan dan layanan baik yang diberikan.

Ini pertemuan pertama kami selepas 3 tahun tidak bertemu. Sebenarnya, kami sentiasa keluar bertiga. Namun seorang lagi masih jauh di seberang. Belum pulang bercuti.

Walaupun sekarang sudah berbeza latar belakang dan kerjaya, semoga hubungan ini berterusan.

P/S : Rindu pula lepak-lepak n derak-derak di pantai~~~

post signature

| tgidham @ http://khairulidham.blogspot.com/ |
| Kuala Terengganu | 240710 | 2.26pm |

KATA ORANG

. 20 Julai 2010
0 comments

Kadang-kadang, apa yang kita buat selalu dipertikaikan.

Itu tak kena dan ini tak kena.

Itu salah dan ini tak betul.

Mereka lupa yang bahawa bayang-bayang mereka itu adalah selalu bengkok. Tidak pernah ia tampil lurus.

Untuk mendapat kepuasan orang ramai adalah suatu perkara yang cukup sukar.

Walau sebaik mana pun perancangan dan tindakan kita, pasti akan ada saja serangga perosak yang soseh-soseh berkata itu dan ini.

Soseh-soseh yang baik akan diterima sebagai cadangan penambahbaikan jika ia disalurkan melalui saluran yang betul.

Manakala soseh-soseh yang jahat umpama batu api atau bom jangka yang dilemparkan sebagai kritikan yang membunuh.

Cendiakawan Islam Luqman Al-Hakim juga menyaksikan perihal kata orang ini.

Pada suatu hari Luqman Al-Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut daripada belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata;

“Lihatlah itu, orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki”.

Setelah mendengar desas-desus daripada orang ramai, maka Luqman pun turun daripada himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat keadaan demikian, maka orang di kawasan itu pula berkata :-

“Lihatlah orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu. Sungguh kurang adab anak itu”.

Sebaik saja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi:-

“Lihat itu, dua orang menaiki seekor himar, sungguh menyeksakan himar itu”. Menyeksakan binatang saja!!!

Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang ramai, maka Luqman dan anaknya turun daripada himar itu. Kemudian terdengar lagi suara orang berkata:-

“Lihat, dua orang yang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderainya. Membazir saja!!!”.

Dalam perjalanan ke rumah, Luqman Al-hakim telah menasihati anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka.

“Sesungguhnya tiada seorang pun akan terlepas daripada percakapan manusia. Maka, bagi orang yang berakal dia tidak akan mengambil pertimbangan melainkan pertimbangan Allah SWT sahaja. (Namun, pandangan manusia yang baik boleh diambil).

Barangsiapa yang mengenali kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap sesuatu”.

Kenapa perlu dilemahkan jiwa dengan kata-kata serpihan orang???

Abaikan saja...

Kerana,

Anda punya jalan sendiri...

post signature

| tgidham @ http://khairulidham.blogspot.com/ |
| Kuala Terengganu | 200710 | 12.41pm |

MENANGISI KENAIKAN HARGA BARANG

. 18 Julai 2010
0 comments

Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyatakan kekesalannya terhadap kenaikan harga barang '5-dalam-1' bagi tujuan penjimatan subsidi sedangkan pada masa yang sama terdapat pelbagai pembaziran.

Penjimatan subsidi hanyalah sebagai pemanis mulut bagi menutup kelemahan kerajaan dalam pengurusan kewangan dan harta negara.

Menurut Dr. Asri, ketika kerajaan sedang membina Istana Negara berharga RM 811 juta yang hanya ekslusif untuk segolongan manusia sahaja, serta di sana berbagai lagi pembaziran yang lain, tiba-tiba rakyat awam menjadi mangsa. Subsidi mereka pula yang dirampas.

"Kenangilah orang-orang kampung yang susah, ibu bapa yang terhad pendapatan mereka dan anak-anak miskin yang akan termangsa dari setiap kenaikan harga barang".

"Mereka tiada istana mewah, tiada kereta mewah, tiada hidangan mewah."

Tengah malam semalam, kerajaan menaikkan harga petrol, diesel, gula dan Petroleum Gas Cecair (LPG). Langkah mengejut dan tiba-tiba itu ternyata mengundang kemarahan pelbagai pihak serta rakyat keseluruhannya.

Menulis dalam blognya semalam, Dr Mohd Asri menempelak golongan bangsawan dan pembesar negara yang bersenang-lenang meratah kemewahan negara dengan merampas subsidi rakyat.

Orang miskin menangisi suapan mereka yang semakin meninggi harganya, yang meratah tenaga jasad dan kekayaan negara mereka.

Kalau anda makhluk yang berfikir dan berakal, anda harus melakukan sesuatu.

Berubahlah untuk kemenangan rakyat!!!

post signature


| tgidham @ http://khairulidham.blogspot.com/ |
| Kuala Terengganu | 180710 | 5.01pm |

LATA BELATAN

. 16 Julai 2010
0 comments

Sudah lama kiranya saya tidak berprogram outdoor.

Alhamdulillah, baru-baru ini saya diberi kesempatan oleh pihak penganjur untuk bersama-sama mengendalikan kem pelajar di Lata Belatan, Besut Terengganu.

Sekurang-kurangnya terisi jua cuti yang panjang ini...hehe

Secara keseluruhannya, saya sangat berpuas hati dan bergembira dengan kem ini.

Menikmati keindahan hutan simpan tebal Gunung Tebu dan Air Terjun yang sejuk dan menyegarkan sudah tentu saja melupakan suasana suram di Mesir.

Apa pun, saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu saya sepanjang program berjalan.

Cukup setakat ini dahulu untuk nota hari ini.

Layan gambar... Zaazzz!!!

Berbaris dulu pagi-pagi nih.

Inilah pejuang kita.

Model Iklan Tongkat Ali.

Akhawat kita pom turut serta mendaki gunung.

Terjumpa member lama, Encik Minangkoteyy...haha3x

Terjah lumpur yang dalam sampai kat perut tau!!!

Letih daki bukit, mandilah plop...hehe

Acara terjun tiruk

Sempat lagi berposing John ni...wakaka

Di puncak Air Terjun.

Modul Hati Ke Hati...

Terjah je...

Para peserta

Ahli kumpulan saya yang bagus-bagus dan ceria-ceria semuanya...:)

Lagi gambar foto DISINI

post signature

| tgidham @ http://khairulidham.blogspot.com/ |
| Besut | 160710 | 4.58 am |

BACKLINK 6 JUTA

. 12 Julai 2010
0 comments

Dulu-dulu, saya biasa menerima surat berantai yang bermotifkan penjanaan pendapatan.

Saya yakin, anda jua pernah begitu bukan???.

Modus operandinya mudah. Masukkan wang pos ke dalam akaun tertentu. Kemudian, nama pertama akan dibuang dan nama yang kedua akan naik kepada penama nombor satu. Begitulah dan seterusnya.

Tatkala saya pergi solat di Masjid semalam pun, masih ada lagi borang-borang dan kertas-kertas seumpama itu di tangga-tangga masjid dan di ruang almari.

Namun, pada hari ini sistem bertingkat ini diaplikasikan pula untuk mendapatkan backlink pada web dan blog.

Mendapatkan backlink yang tinggi pada blog kita adalah penting bagi pemblogger yang menjadikan blog mereka sebagai sumber pendapatan. (Saya juga)

Saya tidak pasti sejauh mana keberkesanannya.

Namun, ada baiknya juga sekiranya kita mencuba. Kalau ianya percuma tanpa berbayar, apa salahnya jika kita mencuba...

Perkara yang harus anda lakukan untuk mendaptkan backlink yang tinggi adalah mengikuti langkah-langkah berikut:-

1. Tulis posting artikel seperti posting dalam blog ini atau copy-paste sahaja artikel ini. Kemudian beri tajuk yg menarik.

2. Anda hanya perlu meletakkan Link URL di bawah ini untuk artikel yang anda tuliskan dalam blog/web anda.

1 - Lirik Musik Indo
2 - Asing Music Lyrics
3 - Free Templates
4 - Jogja-Blogger
5 - Tutorial Blogging | Internet Bisnis Online
6 - pVidia Blog
7 - Stop Dreaming Start Action (Jonru)
8 - Bisnis di Internet
9 - Blogging-Surfer
10- Tintalughahwi
11- Igauan
12- Ad-dai’
13- RezqiDotCom – Hidup Untuk Memberi
14- Puteri amani suka suki
15- Tgidham corner

PERATURAN

1. Sebelum anda meletakkan web-web di atas di komuniti Link URL ke posting web/blog anda, sila hapuskan link nombor 1. Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1, No.3 menjadi No.2, No.4 menjadi No.3 dan seterusnya. Setelah itu masukkan link anda di urutan bawah (No.15).

2. Ingat! Jangan Ubah urutan daftar link itu. Harus jujur dan jangan dibuang link-link tersebut atau digantikan dengan link-link yang lain.

Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut, maka bakal menghasilkan backlink seperti berikut:

Apabila posisi anda berada pada no.15, jumlah backlink adalah 1.

Posisi No.14 : Jumlah backlink = 5
Posisi No.13 : Jumlah backlink = 25
Posisi No.12 : Jumlah backlink = 125
Posisi No.11 : Jumlah backlink = 625
Posisi No.10 : Jumlah backlink = 3,125
Posisi No.9 : Jumlah backlink = 15,625
Posisi No.8 : Jumlah backlink = 78,125
Posisi No.7 : Jumlah backlink = 390,625
Posisi No.6 : Jumlah backlink = 1,953,125
Posisi No.5 : Jumlah backlink = 9,765,625
Posisi No.4 : Jumlah backlink = 48,828,125
Posisi No.3 : Jumlah backlink = 244,140,625
Posisi No.2 : Jumlah backlink = 1,220,703,125
Posisi No.1 : Jumlah backlink = 6,103,515,62

Jika backlink ini boleh berjalan dengan sempurna, maka anda akan mendapatkan backlink maksimum 6,103,515,62 dari berbagai blog yang anda tidak akan pernah membayangkan sebelumnya.

Jika ada pengunjung ke blog anda dari Link List yang disebutkan di atas, maka anda akan secara automatik mendapatkan lalu lintas ke web/blog anda juga.

Ingat!!!

Aturan permainan haruslah link blog anda dimulai dari urutan (No.15), sehingga anda mendapat hasil backlink yang maksimum.

Sekadar itu informasi hari ini.

Selamat beramal...

post signature

| tgidham @ http://khairulidham.blogspot.com/ |
| Kuala Terengganu | 120710 | 10.50pm |

MEREKA BERJIWA BESAR

.
0 comments

Saya belajar untuk berjiwa besar seperti mereka.

Mereka ajak orang lain makan bersama walau hanya dengan sekeping hidangan roti dan keju.

Mereka berpidato seperti ahli politik walau hanya seorang pemandu teksi.

Mereka dahulukan ucapan "Khalli (tak perlu bayar)," walaupun itulah satu-satunya sumber rezeki yang ada.

Saya belajar dari masyarakat Mesir untuk berjiwa besar.

Mungkin akan ada yang menyindir keikhlasan mereka. Tapi apa yang berlaku sebenarnya telah menjadi darah daging mereka. Telah sebati. Menjadi akhlaq yang membuahkan budi pekerti.

Mungkin juga saya hanya omong-omong kosong.

Tetapi tetap jua saya ingin ketengahkan perihal manusia yang berjiwa besar.

Yang tidak mudah berkecil hati bila pendapatnya tidak dipersetujui. Bahkan boleh bekerjasama memenangkan pendapat ramai walaupun dengan memijak pendapat sendiri.

Yang bermurah hati bersedekah dan belanja kawan tiket bas, walaupun duit dalam poket hanya cukup untuk makan hari ini.

Yang masih tersenyum ceria walau di dalam dada sempit tersimpan pelbagai cerita.

Yang berlapang dada untuk menghadiahkan tempat duduk dalam bas kepada yang memerlukan walaupun perjalanan baru saja bermula.

Yang bekerja merentas jadual dan tugas, semata-mata prihatin dengan sahabat yang mungkin sedang melalui hari yang bukan hari terbaik buatnya.

Yang berfikir tentang membangunkan kemahiran kawannya tanpa memikirkan pulangan apa-apa.

Yang hebat dan tak terpedaya dengan hebat dirinya.

Yang tak mengeluh.

Oh...

Entah bila boleh jadi seperti Si Dia...

Sumber dengan olahan DISINI

post signature

| tgidham @ http://khairulidham.blogspot.com/ |
| Kuala Terengganu | 120710 | 4.18pm |

BERMUSAFIR ADALAH PENGALAMAN

. 11 Julai 2010
0 comments

Islam menggalakan umatnya bermusafir. Bermusafir dalam erti kata menuntut ilmu, mencari rezeki, mengeratkan silaturrahim, menambah pengetahun, melihat kebesaran Allah dan lain-lain tujuan.

Namun, semua ini haruslan berpaksikan niat yang baik dan melakukannya kerana Allah SWT.

Musafir dapat memberikan ketenangan dan kedamaian. Malah doa orang yang bermusafir adalah di antara salah satu doa yang dimakbulkan Allah.

Tujuan bermusafir antara lainnya adalah:

1- Menghilangkan kesedihan.
2- Membina kehidupan baru.
3- Memperolehi Ilmu.
4- Menguatkan jiwa.
5- Membina keputusan.
6- Bergaul dan berkenalan dengan pelbagai genre manusia dan bangsa.

Kawasan Qatar Duty Free.

Mereka yang sedang transit di Doha, Qatar.

Alhamdulillah, saya selamat sampai ke Terengganu malam semalam. Semuanya berjalan dengan baik dan lancar.

Ketika transit di Doha Qatar, seorang arab menegur saya.

Beliau mengenali saya.

Katanya, muka saya 'famous' (dengan nada sedikit perasan...haha) ketika di SMAASZA dahulu.

Owh!!!

Beliau rupanya adalah guru import di Maahad Tahfiz Terengganu dahulu. Saya tidak sempat dengan beliau. Beliau masuk mengajar ke SMAASZA setelah saya keluar dari SMAASZA. Namun beliau masih mengenali saya.

Beliau (Syeikh Hamid) ingin pulang ke Terengganu tetapi tidak tahu bagaimana jalan untuk pulang.

Beliau meminta tolong saya menemani beliau pulang hingga sampai ke rumahnya.

Kami berdua bermalam di Gombak, Kuala Lumpur sebelum mendapatkan tiket bas ke Terengganu.

Dua hari bermusafir bersama beliau, ada sesuatu pengalaman berharga!!!

post signature

| tgidham @ http://khairulidham.blogspot.com/ |
| Kuala Terengganu | 110710 | 6.48 am |

TIKET

. 02 Julai 2010
0 comments

Insyallah jika diizinkan Tuhan, saya akan pulang bercuti ke Malaysia pada hari Isnin ini 5 Julai 2010.

Tiket penerbangan sudah pun berada di tangan.

Doakan saya selamat dalam perjalanan serta diberi kesihatan yang baik.

Kepada sesiapa yang berhajat atau mempunyai sebarang urusan, bolehlah menghubungi saya bila-bila masa sahaja. Atau emelkan saja pada alamat berikut :-

- tgidham[at]yahoo[dot]com[dot]my.

- +2016-6571062 (Mesir)

- +6019-9115509 (Malaysia)

post signature

| Hayyu El-Asyir | 020710 | 7.09am |
| tgidham @ http://khairulidham.blogspot.com/ |

Related Posts with Thumbnails
    follow me on Twitter