LELAKI MALAYSIA TIDAK TENANG

. 25 Disember 2009
4 comments

Kaum lelaki Islam di Malaysia sedang menderita tidak boleh tidur nyenyak dan tidak dapat bersolat dengan tenang.

Demikian reaksi Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ini kerana, fikiran mereka sering terganggu oleh bilangan wanita-wanita berpakaian seksi yang semakin meningkat di khalayak awam semenjak akhir-akhir ini.

Beliau yang juga Mursyidul Am (PAS) berkata, beliau mahu membincangkan tentang “penganiayaan emosi” yang dihadapi kaum lelaki ini secara lebih terperinci kerana ia jarang dibincangkan dan diambil perhatian.

“Kita selalu (mendengar tentang) penganiayaan kanak-kanak dan isteri-isteri dalam rumah tangga yang mudah ditanggap mata tetapi penganiayaan emosi terhadap kaum lelaki tidak dapat dilihat,”

Menurut beliau lagi,

“Solat kita hilang tumpuan dan tidur kita sering terganggu,”

Datuk Nik Abdul Aziz pernah membuat kenyataan-kenyataan kontroversial terhadap wanita pada masa lalu termasuk menggesa kaum wanita supaya berhenti memakai gincu dan minyak wangi untuk mengurangkan risiko mereka dirogol.

Kumpulan-kumpulan hak asasi wanita pernah menyelar kenyataan-kenyataan beliau, sambil berkata bahawa Islam mengajar kedua-dua pihak lelaki dan perempuan supaya bertanggungjawab ke atas kesopanan mereka.

Mereka berkata, kenyataan-kenyataan seperti itu menggalakkan berlakunya kejadian rogol kerana ia meletakkan tanggungjawabnya ke atas wanita.

Laman web PAS ada menyiarkan contoh pakaian wanita secara grafik – dengan memakai tudung panjang yang menutupi rambut dan dada mereka serta baju panjang yang “besar dan longgar” yang bersesuai dengan trend semasa.

Kebanyakan wanita Melayu/Islam Malaysia memakai pakaian Islam yang sederhana, walaupun wanita muda kadangkala memakai baju kemeja-T ketat dan seluar jean yang menjolok mata.

Aduh!!! Derita sungguh lelaki zaman sekarang...wakaka

post signature

DOWNLOAD LAGU

. 04 Disember 2009
8 comments

Saya suka dengar lagu. Ini fakta. Dulu-dulu, lagu-lagu 'mengarut' yang tidak islamik adalah menjadi kebiasaan halwa telinga saya. Radio akan sentiasa terbuka dan menyanyi tidak kira masa. Tambahan pula, saya suka tidur bersama lagu. Tidak suka kesepian.

Tetapi sekarang, saya cuba berubah untuk 'genre' lagu yang sama tetapi mungkin lebih islamik sikit...

Saya cuba...

Disini saya sediakan lagu-lagu terbaru Sami Yusuf dari album Without You untuk anda mendownload jika anda meminati lagu beliau...

1- Not In My Name
2- Salutation
3- Anything For You
4- Never Never
5- A Thousand Times
6- Sallou
7- He Is There
8- My Only Wish
9- Without You
10- Forever Palestin

Tambahan

1- Asma Allah
2- O Allah
3- Hasbi Rabbi
4- My Ummah
5- Eid Song
6- We Will Never Submit
7- Mother

P/S : Selamat mendownload. Mungkin ia sebagai buah penenang di musim peperiksaan ini...huhu

post signature

KEBAIKAN ITU MUDAH

. 03 Disember 2009
0 comments

Ketika saya menunaikan umrah beberapa bulan yang lalu, saya beriktikaf di Masjidil Haram ketika cuaca sangat panas.

Satu jam menjelang Solat Zuhur, tiba-tiba seorang lelaki tua berdiri dan memberikan air sejuk kepada jemaah yang ada disitu. Tangan kanannya memegang satu gelas dan tangan kirinya memegang gelas yang lain.

Pak Cik tersebut memberi minum jemaah dengan air zam-zam yang sejuk lagi menyegarkan. Selepas seseorang itu selesai minum,beliau kembali mengambil air dan kembali memberi minum kepada jemaah yang lain pula. Ramai sudah jemaah yang dapat minum air zam-zam tersebut daripada pak cik tua itu.

Saya lihat keringatnya mengalir sabar tatkala orang ramai hanya duduk menunggu giliran mendapatkan air daripada pak cik tua itu. Dia buat tanpa dipinta.

Saya terfikir...

Saya mengagumi semangat, kesabaran serta kecintaan Pak Cik tua itu untuk melakukan kebaikan walaupun hanya pada perkara yang kecil. Wajahnya sentiasa menebar senyuman ketika memberi minum. Tiada ditarik mukanya tanda letih!!!

Pintu Bab Salam, Masjid Nabawi, Madinah.

Akhirnya saya mengetahui bahawa kebaikan itu sangat mudah dilakukan oleh sesiapa sahaja. Kepada sesiapa yang Allah Taala mudahkan untuk melakukannya. Bukan hanya kepada golongan baik-baik sahaja atau golongan ustaz-ustaz. Kepada sesiapa sahaja.

Allah Taala menpunyai simpanan kebaikan yang banyak sekali yang akan dianugerahkan kepada sesiapa yang dikehendakinya.

Allah Taala juga akan mengalirkan keutamaan kepada orang-orang yang senang berbuat kebaikan dan jijik melihat keburukan menimpa sesama manusia.

Lihatlah iktibar kebaikan dahulu bagaimana Saidina Abu Bakar As-Siddiq bersedia menempuh bahaya ketika berhijrah untuk melindungi Rasulullah.

Saidina Hatim rela tidur dalam keadaan lapar asal tetamunya kenyang.

Abu Ubaidah tidak tidur malam di tengah-tengah pasukannya yang tertidur lena.

Saidina Umar Al-Khattab sentiasa meninjau Kota Madinah ketika penduduknya lena tidur. Pada musim kebuluran, Saidina Umar hanya membalik-balikkan badannya kerana lapar. Sedangkan makanannya sendiri telah diberikan kepada rakyatnya.

Abu Talhah menjadikan dirinya sebagai perisai melindungi Baginda daripada tusukan panah ketika Perang Uhud.

Abdullah Ibnu Mubarak memberi makanan kepada orang lain sedangkan dia sendiri dalam keadaan berpuasa.

Bukankah ini semua nilai kebaikan???

Ingatlah, bukan susah untuk melakukan kebaikan walaupun ianya kecil...

P/S : Sapa-sapa yang nak air zam-zam, boleh datang rumah saya selagi stok masih ada...huhu

post signature

Related Posts with Thumbnails
    follow me on Twitter