ANTARA PISANG DAN KEBENCIAN

. 23 Julai 2008
1 comments


Tatkala saya menerawang merenung mengingati kisah lalu, saya teringat akan kisah yang cukup releven untuk me'relate'kan dengan permasalahan soal hati di kalangan sesetengah pihak dari kita..

Cuma kadang-kadang kita kurang merasakan bahawa kejadian di sekeliling kita adalah sebagai petunjuk dan pemberi kesan kepada perbuatan dan rasa 'ego' kita.

Kisah ini mungkin 'sedikit' sesuai untuk hati yang tak berapa 'sihat' dek penyakit benci n dendam.

Ustazah Intan, guru kelas KAFA (saya pon pernah juga..hu..hu) menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.


Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya” beritahu Ustazah Intan.

Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg. Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk. Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Ustazah Intan sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.
“Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?” tanya Ustazah Intan.

Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

“Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu” beritahu Ustazah Intan.


Ustazah Intan mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup.

Kemaafan adalah yang terbaik.

Menyayangi lebih baik daripada membenci…!

Jadi, tunggu apa lagi???

Mulakan langkah anda untuk yang lebih baik.

-tgidham corner-
-Islam As A Lifestyle-

SEKITAR KONVENSYEN KPT 08

.
0 comments

Rata-rata sesuatu organisasi ada jatuh dan bangunnya. Namun begitu, siapa yang merelakan sesuatu jatuh 'terjelempok' tanpa bangkit kembali.....

Manusia jatuh pon tetap bangkit kembali dalam keadaan 'lebih cover' n 'lebih profesional'


Untuk itu, Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu [KPT] telah mengadakan Konvensyen Kali Pertama untuk mencari titik persamaan n mengumpul kembali kekuatan yang sedikit tumpul.


Alhamdulillah, majlis berlangsung dengan jayanya n telah mendapat 'best point' bagi beberapa perkara. Berikut adalah beberapa gambar yg sempat dirakam:-


Para ahli panel yang mengemudi bual bicara konvensyen


Tayangan Montaj sebagai penyeri majlis


Ust Aziz 'memonopoli' secara mutlak microphone..hu..hu


Penyampaian hadiah untuk pemenang futsal... ( Wakil je tuh..ngeh6x)


Sebahagian peserta konvensyen berposing di akhir majlis


Tag name sape ntah yang sengaja ditinggalkan...kui3x


Semoga Kovensyen kali ini dapat mencelikkan 'mata ahli yang buta' atau yang 'buat-buat tidur' untuk kembali bersatu dan berpadu tenaga membina kembali kekuatan anak-anak Terengganu.


Majulah KPT untuk negara....kui3x

PROMO IKLAN 3

. 16 Julai 2008
0 comments

Dijemput kepada semua Anak-Anak Terengganu di Bumi Kinanah supaya dapat menghadirkan diri ke Konvensyen Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu Kali pertama:-

TARIKH : 19 JULAI 2008
HARI : SABTU
MASA : 8.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN RUMAH SELANGOR,HAYYU ASHIR

Nyatakan sokongan dan perpaduan anda demi masa depan kita bersama.

Sebarangan Pertanyaan:-
Pengarah Program
Mohd Amir Azamuddin
+20100846919

PROMO IKLAN 2

.
0 comments


InGIn menikmati keindahan dan keajaiban 'air terjun' di tengah padang pasir???

Nyatakan minat anda dengan mendaftarkan nama pada:-

Mohd Syajiri Bin Bashirun
0113391376
Dorm 401 Kompleks Darul Iman.

PROMO IKLAN 1

.
0 comments


Hidupkan amalan sempena Bulan Penghayatan Rejab dan Syaaban


Sumbangan boleh dihulurkan kepada:-

Pengarah Program Penghayatan Rejab & Syaaban
Abdul Manan Bin Jusoh
+20165012861

Hulurkan tangan ringan beban
Perut pon sama kenyang.

BELUM MATANG???

. 12 Julai 2008
0 comments

Dua tiga hari ini saya mengalami bengkak gusi yang agak teruk. Hanya mampu untuk makan bubur sahaja. Tidak mampu lagi untuk bercakap banyak. Kadang-kadang percakapan menjadi pelat..

Saya bertanyakan senior saya macam mana hendak menghilangkan bengkak ini.

Muka selambernya berkata "Itu gigi baru nak tumbuh. Baru nak jadi matanglah tu"

Seolah-olah mengambarkan bahawa saya adalah masih kebudak-budakan yang masih belum matang.

BUDAK-BUDAK

Tatkala saya sakit seminggu,saya sempat berchatting dengan sahabat di Malaysia yang mempersoalkan saya 'bilalah awak nak jadi 'matured' ni???? apabila melihat gaya bahasa saya yang ke'kartun'an dan juga gambar spongebob pada id ym saya.

Kematangan itu dinilai masih kurang ada dalam diri saya.. Masih belum berada di taraf dewasa.

Malahan pula, saya dinilai sangat minat menonton cerita kartun. Notebook saya hanya dipenuhi dengan cerita kartun sahaja.

Kematangan itu dinilai masih belum berpucuk dalam diri saya. Masih belum mengingini untuk bertukar status kepada dewasa.

MATANG ITU PERIHAL MENDATANG

Matang itu tidak semestinya mesti menunggu usia 20, 30 atau 40 tahun. Saya cukup tidak bersetuju apabila sesetengah mentaliti masyarakat kita yang mengatakan bahawa 'Kehidupan itu bermula pada pada usia 40 tahun'. Ini saya kira pemikiran songsang yang merosakkan.

Apakah hidup ini panjang atau berkesempatan ke pada usia 40 tahun?

Matang itu perihal mendatang dengan dibentuk. Matang yang tidak dibentuk walau berusia 40 tahun sekalipun, masih belum mampu untuk memandu hidup dengan teratur dan terarah.

Kenapa bapa merogol anak?

Kenapa datuk mencabul cucu?

Kenapa pegawai berpendidikan tinggi khianat?

Kenapa korporat mengelap duit syarikat?

Kenapa menteri rasuah?

Sedangkan mereka semua ini telah dewasa dan sepatutnya matang dalam pemikiran dan tindakan. Matang mereka tidak selari dan sejajar dengan usia mereka. Usia mendahului meninggalkan sifat matang mereka.

AGAMA SEBAGAI ACUAN

Sering kali kita membaca sejarah berkaitan dengan keunggulan beberapa tokoh yang matang mendahului usia mereka.

Mereka tatkala belasan tahun sudah diberi kepercayaan memimpin angkatan perang,diberi ke'intelektual'an akal bijaksana melampaui para dewasa.

Mereka ini diberi kematangan lebih awal kerana mereka sudah berada dan diletakkan didalam acuan sejak dari awal lagi. Sudah sepastinya bentuk yang terhasil dari acuan itu terlebih cantik dan kemas.

Agama itulah sebaik acuan dalam membentuk kematangan. Orang sering mempersoalkan kenapa sudah dewasa pun masih tak matang fikirannya. Ibu bapa mengeluh sukarnya untuk mendidik anak menjadi matang dan tidak mampu untuk berdiri di kaki sendiri.

Itulah hakikatnya apabila 'the fisrt world development but third word mentality'

diutamakan. Agama semakin menjauh malah semakin terkikis hari demi hari.

Untuk menjadi lebih matang dan 'matured', agama adalah landasan dan acuannya.

SAYA???

Apabila kata-kata "Anta kena lebih mematangkan diri lagi" tersembur dari bibir teman-teman,ini adalah gateline kepada perlunya kepada acuan.

Kartun tidak semestinya tidak matured atau matang...

Bukankah ia lebih baik sebagai alternatif kepada hiburan dan dari cerita/filem melampau????

TAG!!!

. 03 Julai 2008
2 comments

Untuk entry kali ini, saya cuba untuk menjawab tag dari kak biskutz yang sememangnya dah lama tertangguh untuk dijawab. Kekadang terfikir juga untuk apa tujuan permainan ini diadakan. Katanya untuk taaruf dan berkenalan di alam maya dan juga pemilik blog. Betul ke?? Atau mungkin juga 'pereka' permainan ni boring dengan blog mereka yang tandus tidak terisi. Blog saya juga.hu..hu.. Xpelah, sekadar suke-suke je.

Tag ni khas untuk Kak Biskutz Tiger... Lama dah bertanya bler nak jawab..hi..hi. Harap berpuas hati kak yer.. Ni je yg mampu terngiang-ngiang dalam kepala ni.

Whatever pon, semoga ada manfaat dan jangan menjadikannya sesuatu yang sia-sia. Moga-moga game ini dapat kita bertukar2 idea dan ilmu malah experience antara rakan-rakan blogger sekalian. Malas bebenor rasanya nih.....

7 FAKTA TENTANG TGIDHAM

  • Masih lagi student yang bujang yang menumpang hidup di negara orang.
  • Suka memasak(tapi ikut tahap kerajinanlah). Bila dah suka masak,secara otomatiknya memang suka makan.hu..hu.. Asyik makan je tapi badan still je kurus. Syukur jugak tak jadi gemuk.Alhamdulillah.
  • Suka mandi lama2. Paling kurang 30 or 45 minit terutamanya musim panas ni. Eeeeii...Teruknye...kui3x
  • Susah sangat nak marah orang dengan kata mudah tak suka marah orang. Still cool je. Suka senyum walaupun x smart. Senyum sedekah tau...
  • Suka pasang radio 25 jam. Tutup bila nak keluar je. Yg pasti IKIM n NASYIDfm.
  • Suka pakaian yg colournya cerah. Sebab tulah semua baju 'rasmi' saya warna cerah termasuklah baju kemeja,batik n jubah sekali.
  • My gadget:- Notebook 'HP', Camera 'Sony', Jam Tangan 'Orient' , Spek Mata 'Levis'

Itulah tentang tg idham

7 PALING BERHARGA

  • Ayah n Ibulah. Paling berharga yg xdapat di cari ganti. Andai Tuhan membenarkan untuk sujud pada makhluk,nescaya akanku sujud pada kedua ibu bapaku.
  • Ilmu... Sedang mencari..
  • Maruah dirilah.. Janganlah cuba2 nak cemarkan.
  • Kasih sayang Mak Ayah tatkala dah dewasa ini.
  • My notebook sbb beli dgn titik peluh sendiri kerja 7 bulan. Penat tp best.
  • Motor Skuter 'Ego'ku yg chomel.
  • Teman-teman yg memahami dan bukan yg menyakitkan hati. Bajet sedap!!!

7 PALING TAKUT

  • Mati sebelum bertaubat.
  • Repeat year.. Ahhhh... Amat tak sanggup duk lame2 negara orang ni!!!
  • Derhaka pada ibu bapa samada sedar atau tak. Abg ngah mintak ampun jika ada kesilapan yg tak tersengaja.
  • Takut Nak kawin..ngeh6x... Betul ke??
  • Masih x cukup ilmu bila balik Malaysia nanti.
  • Kehilangan orang yg tersayang. Sejak berada di luar negara ni,dah 4 orang sanak saudara yg dah pergi. Harap selepas ini tiada lagi. Amat sedih sangat.
  • Ditarik hidayah,petunjuk n rahmat. Biasalah,semakin belajar semakin banyak ujian teruji.

7 LAGU PILIHAN

  • Evergreen 80an n 90an juga
  • Allahyarham Sudirman. Artis paling dikagumi
  • Kitaro
  • Sakti – Mohram
  • Nasyid
  • Mawlay
  • Harakat Madani

7 FIRST TIME

  • Jadi cg kat SK Padang Midin. Hari pertama adalah tekanan. Hari seterusnya adalah KEBAHAGIAAN. Maklumlah cg lelaki ni kena ajar kelas belakang2. Ape2pon.cg sayang korang sume. Mesej n surat2 korang masih ust simpan, siap bawak lagi datang ke Egypt nih. Terima kasih atas penghargaan korang sume.
  • Aku dicium oleh ibunda tatkala dapat 5A UPSR. Selepas itu berlarutan sehingga aku dewasa kini. Bila lagi dpt merasakan kasih sayang ciuman ibu tatkala berjauhan d negara orang ini.
  • Jadi Ahli Panel Forum Remaja. Ketar abis kaki. Selepas berucap atas pentas,barulah cool balik n bersemangat lepas tu.
  • Dijemput untuk kuliah kat surau.. Alahai.. sekolah pon tak abis lagi masa tu.
  • Duduk lepak kat Pantai Batu Buruk sampai pkul 3/4 pagi. Apa kejadahnya ni!!! Dakwah rockers berimanlah...
  • Berpisah jauh n terlalu lama dari mak ayah. Sekarang nilah..
  • Naik bas dr K.Lumpur ke Terengganu sorang diri. Standardlah tu. Bukan anak dara nih..

7 AYAT SELALU SEBUT

  • Mestilah zikir. Cuba jugak untuk zikir walaupun tahu amat malas
  • 'Hok tu yang sebenornya'. Ayat ni digunakan untuk membenarkan percakapan orang lain.
  • 'Kosong je semua tu'. Ayat ni digunakan untuk men'radd' percakapan orang lain.
  • 'Well…. You know me'
  • 'Small Matter je'
  • 'Kami dah sedia3x'. Kalau ada sesiapa yang perasan dengan iklan spongebob di tv9, macam tulah skillnya.hu..hu
  • 'Ley Ya Amm'. Ni bhs Ammiah Arab digunakan ketika mempersoalkan sesuatu perbuatan/percakapan seseorang.
  • 'Aiwah Kidaah'. Arab jugak ni..

7 BERTUAH JAWAB TAG NI

  • Sesiapalah yang nak join permainan ni... Di jemput ahlan wa sahlan.....

Sesungguhnya antara kita punya beza....

BELASUNGKAWA ULAMA

. 28 Jun 2008
0 comments



" Kita mengenali mereka kerana sejarah yang ditinggalkannya,
Kita mengagumi mereka kerana ilmu dan pengorbanannya,
Kita menyayangi mereka kerana mereka insan pilihan,
Menjadi pelita menerangi jalan menuju keredhaan tuhan,
Menjadi asbab terkeluar dari kejahilan dan kehinaan,
Itulah harga seorang ULAMA "


Untuk cuti musim panas ini,pakatan usrah 'gegar' [Pakatan Rakyat]hu..hu.. telah mengadakan xpdc menjelajah makam Auliya' di sekitar Kota Kaherah yang meliputi Kawasan Hayyu Syafie, Jabal Muqattam dan sekitar Kawasan Jabbanah At-Tunisi.

Alhamdulillah,eksplorasi kami mencapai matlamat seperti yang dirancang dan kami telah berjaya menziarahi lebih daripada 20 makam auliya' dalam masa sehari. Antara makam-makam auliya yang sempat dilawati :-

1- Makam Imam As-Syafie R.A
2- Makam Syeikh Islam Zakaria Al-Ansori R.A.
3- Makam Imam Waqi' Bin Jarrah R.A ( Guru Imam Syafie )
4- Makam Saidina Abu Zar Al-Ghifari R.A
5- Makam Saiyidah Fatimah Al-Aina' R.A
6- Makam Imam Laith Bin Saad R.A ( Guru Imam Syafie )
7- Makam Saidina Uqbah Bin Amir R.A
8- Makam Amru Ibnu Asr R.A
9- Makam Abu Basrah Al-Ghifari R.A
10- Makam Rabiatul Adawiyah R.A
11- Makam Syeikh Zun Nun Al- Misri R.A
12- Makam Imam Ibnu Hajar Al-Asqolani R.A
13- Makam Imam Hassan Al Banna R.A
14- Makam Syeikh Ibnu Atoillah As-Sakandari R.A
15- Makam Syeikh Ibnu Abi Jamrah R.A
16- Makam Syeikh Taqiyuddin Ibnu Daqiq R.A
17- Makam Kamal Bin Hamam R.A
18- Makam Syeikh Asyraf Ar-Rifaie R.A
19- Makam Sultan Al-Asyikin Umar Ibnu Al-Faridh R.A
20- Makam Imam As-Syatibi
21- Makam Imam As-Suyuti

Ini adalah antara yang sempat kami lawati. Saya tidak berhajat untuk mem'profail'kan kesemua tokoh-tokoh diatas. Jika anda ingin melayari kehidupan agung mereka,cubalah untuk menyelami sejarah agung ulama ini dengan bacaan di sekitar anda.


Makam Ibnu Hajar Al-Asqolani


Batu peringatan Ibnu Hajar Al-Asqolani

Tapak Kaki Nabi Muhammad S.A.W ( Qil Wa Qol ). Tangan Sape tu?


Makam Syeikh Ibnu Ataillah As-Sakandari


Nak Masuk2... Tapi Tersepit...kui3x

Ust ...... sempat bermanja tatkala keletihan..hu..hu



Banati ( anggur ) pon ada meranum di makam

Skuad 'gegar' Usrah di belakang Makam Imam Hassan Al- Banna



Beruntung benar jika kita dapat menumpang berkat keistimewaan para auliya'. Mana mungkin orang lain dapat memberi manfaat jika kita tidak mengenalinya.
Justeru itu, mulalah berjinak2 'berkenalan' dengan ulama jika masih belum mengenali.
Yang sudah mengenali, moga bertambah sayang,
Yang sudah sayang, moga bertambah iman,
Yang sudah bertambah iman,moga membangkit insaf.

Akhirnya, semoga keberkatan n ketinggian ilmu,amal dan peribadi para ulama turut terbias pada diri kita semua. Insyaalah.

HALAL PADA TANDA???

. 15 Jun 2008
1 comments

" Ustaz… Ustaz… "

" Yang ni halal tak minum ni Ustaz???" tanya seorang 'bakal' ustazah sambil menunjukkan sekotak jus lemon yang dibelinya kepada saya semasa berada di Airport Doha,Qatar.

Penerbangan saya terhenti di Doha,Qatar sebelum meneruskan perjalanan ke Egypt.

" Kenapa tak halal pulak?" balas saya.

" Air ni tak ada tanda halal pon kat kotak ni. Boleh minum ke??" ujarnya kembali.

" Ooo... Habis tu Nasi Lemak, Karipap, Kuih, Kayu Kramat, Air Milo dan lain-lain yang ustazah makan selama ini tak halallah??? Kat Makanan tu tak ada tanda halal pon...." saya cuba berseloroh dalam menjawab persoalan tadi...

" Taklah.... Cuma ragu-ragu je."pintas ustazah tadi..

" Insyaallah. Air tadi halal je.. Cuma kita je sentiasa terikat dengan tanda atau logo halal yang terdapat pada sesuatu produk di Malaysia. Kadang-kadang bukan semua negara mengamalkan etika yang sistematik dalam rangkaian produk halal mereka." saya memulakan ceramah saya...( kononlah..hi..hi..)

Saya memuji dengan langkah ustazah tadi yang cukup berhati-hati dalam soal pemilihan makanan/minuman yang diyakini halal. Namun, kita seharusnya menyesuaikan diri dengan persekitaran global di sekeliling kita. Jangan disebabkan kita terlalu terikat dengan tanda dan logo halal ini, menyebabkan kita menyusahkan diri sendiri malah memudaratkan diri kita sendiri.

DUNIA YANG HALAL

Menu yang saya makan semasa dinner dengan TPM Malaysia

Dunia ini asalnya dipenuhi dengan segala bentuk signifikan yang halal kecuali beberapa perkara sahaja yang dilarang sebagai ujian ketaatan kepada Allah serta untuk kebaikan dan manfaat manusia itu sendiri.

Sebab itu,secara logik akal kita dapat menyenaraikan berjuta-juta list bentuk makanan dan minuman yang halal untuk kita nikmati tetapi bagi makanan/minuman yang haram amat sedikit hingga tak sampai selembar kertas untuk kita listkan benda2 haram tersebut.

Maka sebab itulah menjadi prinsip Islam dalam Qawaid Fiqhiyyah yang menyatakan bahawa " Hukum Asal Bagi Sesuatu Perkara Adalah Harus[Boleh]". Maka, setiap makanan/minuman boleh dinikmati selagi tidak ada dalil yang mengharamkannya.

Jika kita berjumpa dengan seekor binatang sekalipun yang tidak diketahui jenisnya,tidak pula merbahayakan diri apabila dimakan,malah tidak diketahui namanya, maka halal hukumnya untuk dimakan. Inilah hakikat Islam agama rahmat dan mudah.

Firman Allah:

"Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada kamu nikmat-nimatNya yang zahir dan yang batin?

(Surah Luqman: ayat 20).

Firman Allah:

"Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi”.

(Surah al-Baqarah: ayat 29).

Ini menunjukkan bahawa daerah halal dalam Islam teramat-amat luas, sementara sempadan haram pula adalah terlalu sempit dan sedikit. Jangan disebabkan kita keluar dari bumi Malaysia, kita merasakan yang halal itu hilang dari pandangan. Semasa di Doha,Qatar kami sekadar berlegar-legar mencari makanan di sekitar airport. Last-last, roti bekalan juga menjadi santapan perut kami.

Juadah berbuka puasa saya di Burr Said

HARAM ADA GANTINYA

Allah tidak akan menutup fitrah manusia secara total. Malah, Allah juga menyediakan alternatif

bagi perkara2 yang haram bahkan lebih banyak dan bervariasi.

Diharamkan Arak, tetapi dihalalkan begitu banyak minuman lain yang tidak memabukkan.

Diharamkan Anjing dan babi,tetapi dihalalkan berbagai-bagai binatang lain yang terlampau banyak

Diharamkan Judi,tetapi dibenarkan hadiah, upah, rebet dan berbagai lagi.

Diharamkan Zina,tetapi disyariatkan perkahwinan.

Diharamkan Tilik nasib,tetapi diajarkan solat istikharah.

Diharamkan riba,tetapi diharuskan urusniaga yang lain.




LOGO HARAM BUKAN HALAL

Saya amat tertarik dengan cadangan dan idea Dr.Asri Zainul Abidin yang mencadangkan dalam negara Islam seperti Malaysia (Negara Islam ke??haha3x) supaya menggunakan LOGO MAKANAN HARAM,bukannya logo halal.

Jadi,tindakan hanya akan akan diambil kepada penjual makanan haram yang tidak meletakkan logo haram. Faktornya kerana negara kita yang mempunyai variasi halal banyak,sementara yang haram itu sedikit. Maka, secara praktikalnya yang patut dilogokan adalah yang sedikit,bukan yang banyak. Maka tidak akan timbul lagi isu makanan haram atau cop/tanda haram palsu. (Best dan bernas idea nih)

Mana mungkin ada orang yang suka meletakkan logo haram secara tipu-tipu. It's imposibble. Maka semua pengusaha akan berusaha agar mereka tidak mendapat hadiah title mewajibkan cop/logo haram dari pihak berkuasa untuk produk mereka.

Lalu semua perkara akan beransur menjadi halal. Maka tidaklah terasa sempit Islam kerana setiap kali hendak makan dalam negara Islam pun asyik cari cop halal ada atau tidak. Padahal banyak yang halal, cuma belum mendapat cop. Sepatutnya, makanlah apapun produk selagi tidak diletakkan logo haram, maka silalah. Itulah baru namanya negara umat Islam. Jika kita hendak buat duit dengan logo halal pun, itu untuk luar negara yang bukan Islam.

ISLAM ITU MUDAH

Di samping kita perlu tahu, baginda Nabi s.a.w begitu luas dalam soal makanan halal ini. Sebab itu apabila kaum yang baru menganut Islam berkata kepada Nabi s.a.w:

"Sesungguhnya satu kaum membawa kepada kami daging yang kami tidak tahu mereka menyebut nama Allah atau tidak? Adakah kami boleh memakannnya atau tidak? Sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wa Salam : Kamu sebutlah nama Allah dan makanlah" [ Riwayat Bukhari]

Maksudnya, jika kamu tidak pasti tentang hal itu, kamu boleh menyebut nama Allah semasa hendak makan dan makanlah selepas membaca Bismillah.

Maka, ruang halal begitu luas. Jika ada yang merungut kerana Islam asyik mengharamkan itu dan ini, maka sama ada dunia telah dicemari, atau kita sengaja menyempitkan diri.

Islam itu Mudah apabila dijadikan sebagai cara hidup anda.

Islam As A LifeStyle......

P/S : Saya adalah pengemar kepada pandangan Dr. Asri Zainul Abidin tapi itu tak bermakna saya pengikut kepada fikrah beliau...huhu

SELAMAT BERCUTI...

. 12 Jun 2008
0 comments




Tepat pukul 4.30 petang, kertas exam terakhir fiqh muqoran dihantar. Alhamdulillah. Semuanya telah berakhir. Harapnya natijah nanti juga akan membuahkan lebih seribu kebahagiaan berbanding pada hari ini. Tak sanggup rasanya nak repeat year..
Wal iya zubillah. Mintak jauh sangat2. Nak balik… Nak balik…

Habis je exam, kami menikmati makan malam di Bakmi Langgara. Sebuah restoran Indonesia yang agak glamour jugak di Kota Seribu Menara ini. Terkenal disebabkan 'Pop Ais' yang masyallah terlampau sedap tatkala musim panas ini. Di Malaysia saya belum pernah merasai minuman pop ais ini. Kami menikmati Nasi Ikan Tiga Rasa' dan juga 'Arus Bil Laban' yang sememangnya amat menyelerakan. Lagi selera apabila ada teman yang sponsor/belanja semua santapan kami. Terima kasih teman.

Untuk cuti yang hampir 5 bulan ini, diharapkan dapat terisi dengan segala kebaikkan dan manfaat yang berfaedah. Beberapa aktiviti terdekat telah disusun. Antaranya:-

1- 160608 - Munaqasah Master Ust Mahyuddin Hashim.
2- 170608 - Jaulah/Ziarah Makam Auliya' di sekitar Kota Kaherah.
3- 200608 - Ke Kota Ismailliyyah [Hotel Palma Ismailiyyah]
- Terus ke Port Said

Ini aktiviti terbesar dalam masa terdekat ini. Beberapa lagi insyaallah akan menyusul. Moga segala apa jua tingkah laku ini tidak dikira sebagai amalan yang sia-sia malah diharap dapat menyelit sekelumit pengalaman yang bermanfaat dalam mematangkan diri ini.


Pada kesempatan ini juga, saya mengucapkan selamat bercuti kepada semua sahabat-sahabat di Kota Seribu Menara yang mengenali diri ini.

Kepada sahabat2 yang pulang bercuti ke Malaysia tahun ini, moga kalian semua berbahagia bersama dengan 'orang bahagia' di Malaysia sana. Rindumu semua akan terlepas jua nanti.

Kepada sahabat2 yang masih rona di sini, moga terus still dengan ilmu and whatever lah keperluan sebelum pulang berdepan dengan masyarakat nanti.

Kepada sahabat2 yang akan bercuti ke Jordan or Yaman, moga cuti anda adalah mimpi terindah dalam lena kalian.

Lastly.... Selamat Bercuti Semua......

Related Posts with Thumbnails
    follow me on Twitter