HALAL PADA TANDA???

. 15 Jun 2008
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

" Ustaz… Ustaz… "

" Yang ni halal tak minum ni Ustaz???" tanya seorang 'bakal' ustazah sambil menunjukkan sekotak jus lemon yang dibelinya kepada saya semasa berada di Airport Doha,Qatar.

Penerbangan saya terhenti di Doha,Qatar sebelum meneruskan perjalanan ke Egypt.

" Kenapa tak halal pulak?" balas saya.

" Air ni tak ada tanda halal pon kat kotak ni. Boleh minum ke??" ujarnya kembali.

" Ooo... Habis tu Nasi Lemak, Karipap, Kuih, Kayu Kramat, Air Milo dan lain-lain yang ustazah makan selama ini tak halallah??? Kat Makanan tu tak ada tanda halal pon...." saya cuba berseloroh dalam menjawab persoalan tadi...

" Taklah.... Cuma ragu-ragu je."pintas ustazah tadi..

" Insyaallah. Air tadi halal je.. Cuma kita je sentiasa terikat dengan tanda atau logo halal yang terdapat pada sesuatu produk di Malaysia. Kadang-kadang bukan semua negara mengamalkan etika yang sistematik dalam rangkaian produk halal mereka." saya memulakan ceramah saya...( kononlah..hi..hi..)

Saya memuji dengan langkah ustazah tadi yang cukup berhati-hati dalam soal pemilihan makanan/minuman yang diyakini halal. Namun, kita seharusnya menyesuaikan diri dengan persekitaran global di sekeliling kita. Jangan disebabkan kita terlalu terikat dengan tanda dan logo halal ini, menyebabkan kita menyusahkan diri sendiri malah memudaratkan diri kita sendiri.

DUNIA YANG HALAL

Menu yang saya makan semasa dinner dengan TPM Malaysia

Dunia ini asalnya dipenuhi dengan segala bentuk signifikan yang halal kecuali beberapa perkara sahaja yang dilarang sebagai ujian ketaatan kepada Allah serta untuk kebaikan dan manfaat manusia itu sendiri.

Sebab itu,secara logik akal kita dapat menyenaraikan berjuta-juta list bentuk makanan dan minuman yang halal untuk kita nikmati tetapi bagi makanan/minuman yang haram amat sedikit hingga tak sampai selembar kertas untuk kita listkan benda2 haram tersebut.

Maka sebab itulah menjadi prinsip Islam dalam Qawaid Fiqhiyyah yang menyatakan bahawa " Hukum Asal Bagi Sesuatu Perkara Adalah Harus[Boleh]". Maka, setiap makanan/minuman boleh dinikmati selagi tidak ada dalil yang mengharamkannya.

Jika kita berjumpa dengan seekor binatang sekalipun yang tidak diketahui jenisnya,tidak pula merbahayakan diri apabila dimakan,malah tidak diketahui namanya, maka halal hukumnya untuk dimakan. Inilah hakikat Islam agama rahmat dan mudah.

Firman Allah:

"Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada kamu nikmat-nimatNya yang zahir dan yang batin?

(Surah Luqman: ayat 20).

Firman Allah:

"Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi”.

(Surah al-Baqarah: ayat 29).

Ini menunjukkan bahawa daerah halal dalam Islam teramat-amat luas, sementara sempadan haram pula adalah terlalu sempit dan sedikit. Jangan disebabkan kita keluar dari bumi Malaysia, kita merasakan yang halal itu hilang dari pandangan. Semasa di Doha,Qatar kami sekadar berlegar-legar mencari makanan di sekitar airport. Last-last, roti bekalan juga menjadi santapan perut kami.

Juadah berbuka puasa saya di Burr Said

HARAM ADA GANTINYA

Allah tidak akan menutup fitrah manusia secara total. Malah, Allah juga menyediakan alternatif

bagi perkara2 yang haram bahkan lebih banyak dan bervariasi.

Diharamkan Arak, tetapi dihalalkan begitu banyak minuman lain yang tidak memabukkan.

Diharamkan Anjing dan babi,tetapi dihalalkan berbagai-bagai binatang lain yang terlampau banyak

Diharamkan Judi,tetapi dibenarkan hadiah, upah, rebet dan berbagai lagi.

Diharamkan Zina,tetapi disyariatkan perkahwinan.

Diharamkan Tilik nasib,tetapi diajarkan solat istikharah.

Diharamkan riba,tetapi diharuskan urusniaga yang lain.




LOGO HARAM BUKAN HALAL

Saya amat tertarik dengan cadangan dan idea Dr.Asri Zainul Abidin yang mencadangkan dalam negara Islam seperti Malaysia (Negara Islam ke??haha3x) supaya menggunakan LOGO MAKANAN HARAM,bukannya logo halal.

Jadi,tindakan hanya akan akan diambil kepada penjual makanan haram yang tidak meletakkan logo haram. Faktornya kerana negara kita yang mempunyai variasi halal banyak,sementara yang haram itu sedikit. Maka, secara praktikalnya yang patut dilogokan adalah yang sedikit,bukan yang banyak. Maka tidak akan timbul lagi isu makanan haram atau cop/tanda haram palsu. (Best dan bernas idea nih)

Mana mungkin ada orang yang suka meletakkan logo haram secara tipu-tipu. It's imposibble. Maka semua pengusaha akan berusaha agar mereka tidak mendapat hadiah title mewajibkan cop/logo haram dari pihak berkuasa untuk produk mereka.

Lalu semua perkara akan beransur menjadi halal. Maka tidaklah terasa sempit Islam kerana setiap kali hendak makan dalam negara Islam pun asyik cari cop halal ada atau tidak. Padahal banyak yang halal, cuma belum mendapat cop. Sepatutnya, makanlah apapun produk selagi tidak diletakkan logo haram, maka silalah. Itulah baru namanya negara umat Islam. Jika kita hendak buat duit dengan logo halal pun, itu untuk luar negara yang bukan Islam.

ISLAM ITU MUDAH

Di samping kita perlu tahu, baginda Nabi s.a.w begitu luas dalam soal makanan halal ini. Sebab itu apabila kaum yang baru menganut Islam berkata kepada Nabi s.a.w:

"Sesungguhnya satu kaum membawa kepada kami daging yang kami tidak tahu mereka menyebut nama Allah atau tidak? Adakah kami boleh memakannnya atau tidak? Sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wa Salam : Kamu sebutlah nama Allah dan makanlah" [ Riwayat Bukhari]

Maksudnya, jika kamu tidak pasti tentang hal itu, kamu boleh menyebut nama Allah semasa hendak makan dan makanlah selepas membaca Bismillah.

Maka, ruang halal begitu luas. Jika ada yang merungut kerana Islam asyik mengharamkan itu dan ini, maka sama ada dunia telah dicemari, atau kita sengaja menyempitkan diri.

Islam itu Mudah apabila dijadikan sebagai cara hidup anda.

Islam As A LifeStyle......

P/S : Saya adalah pengemar kepada pandangan Dr. Asri Zainul Abidin tapi itu tak bermakna saya pengikut kepada fikrah beliau...huhu

1 comments:

arifabdull berkata...

akupun setuju!!
perkara pertama yang kena bubuh Logo Haram nih adalah ISA.... wakakaka!

TQ

Related Posts with Thumbnails
    follow me on Twitter