SAYA YANG TIDAK PANDAI BERCAKAP

. 21 Februari 2010
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

Saya sering menolak setiap perlawaan yang berkaitan dengan pengucapan umum atau sebarang acara yang berkaitan dengan kendalian majlis.

Tidak kiralah samada menjadi MC, pentazkirah, pengkuliah atau sebagainya, saya akan menolaknya dengan baik dan penuh hormat.

Kadang-kadang terpaksa alah juga dengan pempelawa yang datang dengan muka kesian.

Bukan saya tidak sudi...
Bukan saya sombong...
Bukan saya kedekut...
Bukan juga kerana tidak mahu menyumbang...

DULU-DULU

Dulu-dulu, saya segan dan malu untuk bercakap. Segan kerana ada kecacatan dalam percakapan saya. Tidak sempurna. Malah, sering dijadikan bahan gelak ketawa orang ramai. Ya!!!. Tiada manusia yang sempurna. Tapi, rasa malu itu kan tetap ada.

Dulu-dulu, saya mengidap sindrom 'gagap' (kesukaran untuk bertutur) yang agak kronik sejak dari kecil lagi. Lebih-lebih lagi di khalayak ramai. Saya masih tidak dapat melupakan peristiwa malu besar sewaktu di sekolah rendah ketika saya mengendalikan majlis perhimpunan pagi sekolah.

Peristiwa sama turut berulang tatkala di bangku sekolah menengah semasa mengendalikan perhimpunan pagi juga.

Pengetua menegur saya, "Awak demam ke hari ni???"... Arhh!!!

CUBA BERUBAH

Sewaktu di tingkatan 1, saya disuruh untuk membaca hadis setiap kali selepas solat asar. Saya tolak mentah-mentah. Saya tidak pandai bercakap!!!Kemudian saya masuk usrah. Usrah memerlukan ahli untuk berdiskusi dan berbincang. Tidak dapat tidak, harus bersuara juga. Naqib saya cukup berwibawa membina ketrampilan diri setiap ahli usrah.

Itu adalah percubaan pertama untuk berlatih bercakap di khalayak...

(Saya berjumpa kembali bekas naqib saya setelah berpisah 7 tahun. Seorang di Mesir, seorang di Jordan. Tetapi sekarang, kami menjadi naqib bersama pula...hehe)

Selain itu, emak memberi pesan, "Setiap hari, cuba berlatih bercakap di hadapan cermin"... Arhh!!! Lecehnya...

Apabila saya memoderatorkan sesuatu program, maka akan terjadilah mimik muka seperti ini...

PERLU BERUBAH

Hari ini, saya melihat kepentingan menguasai kemahiran pengucapan umum kerana saya sudah berada di jalan dakwah. Saya sudah pilih jalan ini dan tidak mungkin untuk berpatah kembali...

Kemahiran ini amat penting bagi memungkinkan saya terjun ke kancah masyarakat yang mempunyai rencah yang pelbagai. Juga membuka peluang untuk saya sebati dengan jiwa masyarakat.

Saya suka melihat tokoh-tokoh politik serta ahli akademik berucap dan sentiasa mencuba untuk membina keyakinan berucap seperti mereka.

Namun sehingga hari ini, masih ada bias-bias gagap itu yang menghantui setiap ucapan saya...Aduh!!!

Moga selepas ini saya boleh bercakap dengan lebih teratur dan lebih tersusun laksana Anwar Ibrahim saya kira...

P/S : Mengkonduksi acara dewan semalam agak memualkan diri saya sendiri... Bilalah hendak berubah... Emm...

post signature

3 comments:

Dzuu Haniin berkata...

salam..ust idham,sama la kita..cuma ana dr kecil sejak sekolah rendah ana dah berlatih bercakap.kalau dulu setiap kali mengaji pasti kene ejek dgn abg jie..klu time gaduh2 mula berterabur ckpnya..pastu sume gelak...adeii..

tapi semangat untuk tdak memalukan diri sndri tu tgi..akhirnya mkn kurg gagap tu..

latihannya mudah..berfikir sebelum berkata meskipun ia terlalu lambat...
chaiyok2!
wallahualam..

TENGKU KHAIRUL IDHAM berkata...

"latihannya mudah..berfikir sebelum berkata meskipun ia terlalu lambat..."

Saya dh berfikir n dah susun sume perkataan tu. Cuma, yg jadi masalahnya, tak mampu n terlalu sukar nk sebut perkataan tu...

Tapi doktor dah cakap, penyakit ini akan hilang seiring dengan usia kita...

TQ...hehe

Hares Takeery berkata...

bleh tahan la mu letok gambor tu...aku sangat suke..bagus3!!!
(fahami la kalamku)

Related Posts with Thumbnails
    follow me on Twitter