PEMIMPIN MELAYU BEBAL BAHASA MELAYU

. 18 Februari 2010
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

Bahasa melayu tidak seharusnya dipertikaikan sama ada untuk dimartabatkan mahupun untuk perkara sebaliknya. Ini kerana, ia telahpun termaktub di dalam perlembagaan persekutuan dalam perkara 152 – Akta Bahasa Kebangsaan 63/68 dan Akta Pelajaran 1961 & 1996.

Masalah yang sering berlaku adalah apabila dasar tersebut tidak dilaksanakan dengan baik, tegas dan jujur.

Dewan Bahasa dan Pustaka baru baru ini telah mengundang Datuk Dr.Hassan Ahmad selaku Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan, Prof. Dr,Abdullah Hassan, Prof.Dr.Zainal Kling dan Dr. Ridhuan Tee Abdullah sebagai ahli panel untuk membentangkan kertas kerja “ Hari Pejuang Bahasa 152” yang dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan dan Kebudayaan, Datuk Wira Kamarudin Siaraf.

Dr.Abdullah Hassan dari UPSI berkata, bahasa melayu akan menerima kesan yang agak serius apabila pelaksanaan Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains/Matematik dalam bahasa Inggeris atau PPSMI. Tambahnya lagi, usaha pihak kerajaan memansuhkan PPSMI dahulu patut dipuji tetapi kesannya terpaksa kita yang tanggung.

Dr.Zainal Kling dari Gapena pula mempersoalkan peruntukkan besar yang disediakan untuk memajukan bahasa inggeris di negara kita, sedangkan bahasa sendiri terpinggir begitu saja.

“Saya difahamkan peruntukan RM 5 bilion ringgit dalam program itu. Jadi, kita mahu juga peruntukan yang sama untuk memartabatkan bahasa melayu ini” katanya lagi.

Dr.Ridhuan Tee dari Universiti Pertahanan National Malaysia mencadangkan agar sekolah satu aliran diadakan di Negara ini supaya masyarakat berbilang kaun mencintai bahasa melayu.
Dalam majlis itu, suasana agak ‘terpaku’ dengan kelantangan Dr.Hassan Ahmad mengheret pemimpin melayu dan orang-orang melayu yang memperkecilkan bahasa ibunda dengan menterjemahkannya sebagai “golongan bebal”.

Majlis yang julung kali diadakan itu telah menjadi medan kritikan keras kepada pemimpin melayu dan orang melayu yang merasakan bahasa kita ini adalah bahasa kolot yang tidak mencerminkan pembangunan bangsa sendiri.

Datuk Hassan Ahmad yang begitu dikenali ketika perhimpunan bantahan PPSMI dahulu juga merupakan ahli panel yang paling lantang dalam majlis itu. Beliau agak keras serta menggunakan istilah ‘bebal’ kepada pemimpin melayu dan orang melayu yang sanggup menidakkan kekuatan bahasa sendiri.

Mungkin juga untuk sehari dua nanti, timbul pula impak daripada sindiran tajam itu kepada mereka yang ‘melaksanakan’ kerja-kerja bodoh itu dahulu.

Selamatkah bahasa kita???

Pemimpinlah yang mencorakkannya...

post signature

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
    follow me on Twitter