SAMBAL BELACAN

. 24 Februari 2010
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

Semalam, saya menyelongkar dapur mencari-cari sesuatu. Akhirnya terjumpa satu ketul belacan. Seingat-ingat saya, barangan Malaysia seperti ini sudah tiada lagi.

Mungkin belacan ini dibawa oleh Ustaz Suhaimi Daud yang berkunjung menginap di rumah kami baru-baru ini.

Apa lagi, saya dengan rakusnya terus membuat sambal belacan. Tambahan pula sehari suntuk sudah hari ini saya tidak makan nasi. Perut kosong.

SEJARAH SAMBAL BELACAN

Orang yang berjasa membesarkan saya sepanjang 6 tahun di asrama adalah 'Mok Lah and the geng' dan juga Kak Ani. Mereka ini adalah tukang masak asrama dan tukang bersih asrama. Merekalah yang menyediakan makan minum saya setiap hari. Saya menganggap mereka sebagai emak kedua saya di sekolah.

Mok Lah dan Kak Ani adalah individu yang paling rapat dengan saya. Apabila cuti hari Jumaat dan Sabtu, saya akan ke dapur dewan makan untuk join kehangatan makcik-makcik dewan makan bercerita sambil menolong mereka memotong sayur, menyiang ikan dan memasak.

Saya juga selalu berkunjung ke rumah Mok Lah, makan minum dan lepak disana sewaktu semua penghuni asrama pulang ke kampung.

Kak Ani pula individu yang ramah dan teman bercerita saya. Ada saja gosip-gosip hangat yang dibawa Kak Ani. Kalau ada apa-apa kes atau masalah, Kak Ani akan menyuruh saya membawanya ke peringkat atasan kerana waktu itu saya diamanahkan sebagai EXCO Asrama dan juga Setiausaha Badan Disiplin (Pengawas).

Apabila saya berasa bosan di kelas atau guru tidak masuk kelas, saya akan ke dewan makan berjumpa Kak Ani.

Yang menariknya, Kak Ani adalah pembuat khusus sambal belacan khas untuk saya. Kak Ani akan menumbuk sendiri belacan dengan batu lesung semata-mata untuk saya. Memang sedap!!!
Kata Kak Ani, sambal belacan yang ditumbuk dengan lesung lebih sedap dan enak berbanding yang diblender. Ditambah pula dengan mangga muda. Perhh!!! Jikalau ingin tahu, buah mangga yang hilang di kawasan asrama dan sekolah itu, sayalah yang mengambilnya...haha3x

Kak Ani selalu bertanya, "Dah habis ke belum sambal???. Kalau dah habis, royatlah. Kak Ani boleh buat lagi"katanya...

RESEPI

Jika ada yang inginkan resepi sambal belacan ini, saya turunkan 'sanad' resepi ini daripada Kak Ani kepada anda semua:-

Bahan-bahan:-

5 biji cili merah (lebih berkilat cili, lebih liat dan sukar untuk ditumbuk)
5 biji cili padi hijau
Sepotong belacan sebaiknya yang sudah dibakar
Sebiji limau nipis diperah jusnya (Kalau suka)
Buah mangga muda
Sedikit gula dan garam

Anda boleh mencuba resepi ini dan saya menjamin, ia tidak mengecewakan.

Apabila saya berada di Mesir, barulah saya mengenal erti kesedapan sambal belacan, budu, tempoyak, ikan kering dan ulam-ulaman. Selama di Malaysia, jarang-jarang sekali sentuh benda-benda sebegini.

Inilah tarbiyah apabila hidup jauh dari ibu-bapa. Berjimat!!!

JANGAN SEKADAR MAKAN

Sambal belacan kebiasaannya pedas. Walaupun pedas hingga berair mata, namun sukar untuk berhenti. Semakin laju pula menyuap adalah.
Ada yang minum bergelas-gelas air untuk menghilangkan kepedasan tapi tak berhenti juga. Petua saya, jika mahu dihilangkan kepedasan itu, elok minum air suam berbanding air sejuk.

Begitulah juga dengan perihal taubat. Manusia sering melakukan berbondong-bondong dosa. Ini kerana, di dalam diri manusia itu adanya nafsu lawwamah. Nafsu Lawwamah ini adalah nafsu manusia yang sering menyesal.

Mereka tahu tentang keburukan dosa dan kemurkaan Allah terhadap dosa itu, namun diri tidak mampu mengelak dan mencegah diri daripada melakukan kesilapan yang sama.

Sudah tahu salah, masih dibuat juga. Kemudian menyesal tidak akan mengulanginya lagi.

Tak sempat hilang pedasnya, diulang kembali kesalahan yang sama. Sudah tahu pedas, masih menjamah kerana kesedapannya.

Itulah "Taubat Sambal Belacan"

Perit-perit pom, masih hendak lagi.Aduh!!!

Justeru, marilah kita sama-sama membina benteng mujahadah yang kental agar nafsu lawwamah ini dapat berpindah ke tahap mulhamah dan seterusnya ke peringkat mutmainnah.

Ingat!!! Jalan menuju taubat itu sentiasa terbuka...

TAMBAHAN :-

-Semalam, saya menikmati nasi dan sambal belacan dengan penuh berselera. Ditambah dengan ulam gergil... Perhh!!! Jadi ular sawa saya semalam...wakaka

-Ketika menulis artikel ini, serta merta perut saya menjadi lapar...hihi

post signature

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
    follow me on Twitter