SOLAT DUA KIBLAT

. 28 Februari 2010
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

Pagi tadi ketika membaca Kitab Sunan Abi Daud, Syeikh Dr. Yusri ada menjelaskan tentang perihal kiblat.

Kiblat bagi umat Islam ketika bersolat adalah Kaabah Al-Musyarrafah di Makkah. Kiblat hati pula adalah Baginda Nabi Sallallhu Alaihi Wa Ali Wasallam. Manakala langit pula adalah kiblat bagi doa. Jadi, tidak timbul masalah jika dihadapkan ke arah mana sekalipun ketika berdoa.

Prinsip Islam adalah memberi kemudahan dan bukannya menyusahkan.

BERMUSAFIR

Sewaktu dalam perjalanan pulang dari Makkah ke Mesir, saya memilih jalan pulang ke Mesir melalui perlabuhan Yanbu' dan bukannya melalui Perlabuhan Jeddah seperti sediakala.

Ini kerana, apabila masuk musim Bulan Ramadhan, Perlabuhan Jeddah hanya akan menerima kapal masuk sahaja dan tidak disediakan kapal untuk pulang.

Saya tiba di Perlabuhan Yanbu' pada waktu zohor selepas 6 jam perjalanan dari Haram. Fuh!!! Sengal tulang belakang saya dibuatnya.

Saya check in kapal pada sebelah petang hari tersebut. Sementara menunggu urusan imigresen selesai, saya bersolat maghrib dahulu di tepi kaki lima tempat menunggu tersebut. Pasport kami ada sedikit masalah kerana kami tinggal di Saudi melebihi had tempoh.
Namun disebabkan kami adalah orang Malaysia, urusan kami dipermudahkan dan tidak dikenakan sebarang denda. Pegawai imigresen memberitahu, rakyat Malaysia adalah masyarakat yang bagus, berdisiplin dan berbudi bahasa.

Ohh, baru rasa beruntung dilahirkan sebagai anak Malaysia...

Kemudian kami dipanggil oleh pegawai syarikat kapal untuk bersiap masuk ke dalam kapal. Kami rasakan kapal itu kapal kami yang punya kerana hanya kami sahaja 10 orang rakyat Malaysia yang menjadi penumpang kapal sebesar titanic tersebut.

Setelah check in bilik kabin masing-masing, saya bersolat Isyak dahulu di atas kapal sebelum tidur. Bimbang tidak terbangun pula nanti. Letih seharian berjalan jauh tambahan pula tidur di atas kapal cukup lena dan sangat indah umpama tidur di atas buaian yang didodoii emak dengan alunan lagu merdu.

SOLAT SUBUH

Pagi keesokkan harinya, saya bangun untuk solat subuh.Saya bersolat di tempat yang sama ketika solat Isyak semalam. Ketika saya sedang bersolat, tiba-tiba bahu saya ditarik dan dipusingkan 90 darjah.
Saya berfikir kenapa kelasi kapal ini merubah arah solat saya sedangkan dia juga yang menunjukkan arah kiblat saya semalam.

Saya pon hampir terlupa ketika solat Isyak semalam, kapal masih berlabuh dan belum bertolak. Tetapi ketika solat Subuh ini, saya sudah berada di tengah laut.

Pagi itu saya solat subuh berduakan kiblat. Rakaat pertama ke barat, rakaat kedua ke timur pula... Emm...

post signature

1 comments:

cikgu_eya berkata...

salam...

menarik gak. Tapi, bleh ker kalau bila dah terdetik 'kenapa' dalam hati, kita batalkan solat tersebut dan bertanya? huhu~
Saja jer tanya gini sbb apa yg sy dengar, memanglah seeloknya mengekalkan solat. cuma curious saja...^^

Related Posts with Thumbnails
    follow me on Twitter