SALAM TERLARANG

. 03 September 2009
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

Dalam perjalanan untuk bermiqat ke Masjid Tana'im, saya singgah dahulu di Masjidil Haram untuk Solat Isya'. Teman-teman yang lain menunggu di depan Hotel Hilton berhampiran dengan KFC.

Saya lebih selesa untuk menunaikan umrah pada waktu malam. Tidak terlalu panas dan tidak terlalu letih. Lebih selesa rasanya.

Apabila selesai solat, saya mendapatkan teman-teman saya yang sedia menunggu disana. Cuma, kali ini apabila bertemu dengan teman-teman, saya bersalam dan mencium tangan salah seorang di antara mereka. Ini perkara biasa yang dilakukan.

Namun, tidak lama selepas itu, seorang arab separa muda tua memanggil saya. Saya menyahut dengan nada yang lembut tanpa ada prasangka.

Beliau bertanya saya apa yang saya buat tadi. Saya jawablah saya bersalam n berjabat tangan dengan kawan saya.

Kemudian beliau memarahi dan menengking saya dan menyatakan itu perbuatan haram. Bila haram berdosalah.

Aduh!!! Bersalam cium tangan pon berdosa ka??? Wahabi btol

Saya cuma menghormati dan memuliakan sahaja sahabat saya. Bukan untuk bertawasul atau niat-niat yang lain.

Pesan Ust Syed Abdul Qadir sebelum sampai ke Mekah, jangan dilayan atau berdebat dengan wahabi di tanah suci walaupun kita betul dia salah.

Saya membalas. "Kalau kamu cium tangan ibu-bapamu adakah haram juga???" Beliau mengeleng. Saya lega kerana gelengan kepala beliau menamparkan jawapan ke muka beliau sendiri.

"Tak beradaplah kamu bersalam dengan mak ayah tanpa mencium tangan mereka. Itu kurang ajar namanya" Saya menyindir sinis.

Kemudian, beliau terus berlalu pergi tanpa secebis salam dan senyuman walaupun sedikit...

5 comments:

al-aman berkata...

Dan baca belum isu wahabi dengan HAMAS di palestin? Al-Qaradawi menyebelahi HAMAS.

Di bumi Jihad pun masih buat masalah... ya Allah!

Faarihin berkata...

Salam dek.. wah.. tengah buat umrah ke sekarang ni? err.. kenapa ek orang arab tu marah sangat.. orang lelaki arab kat sana tak ada yang salam macam tu ke?.. hmmm..

selamat berpuasa juga untuk idham ye.. (^__^)

TENGKU KHAIRUL IDHAM berkata...

to al-aman > Insyallah akan baca...huhu

to faarihin > Org arab tu marah bukan ape... Cume dianggap perbuatan tu bidaah.

Mekah kan terkenal dgn wahabi...huhu

Dh balik dh... Bru je balik...

Slamat berpose...huhu

Tanpa Nama berkata...

Ni artikel tentang bersalam dan cium tangan... Baca jangan x baca http://jomfaham.blogspot.com/2009/09/hukum-ciuman-menurut-sunnah.html

Tanpa Nama berkata...

Ni artikel tentang bersalam dan cium tangan... Baca jangan x baca http://jomfaham.blogspot.com/2009/09/hukum-ciuman-menurut-sunnah.html

Related Posts with Thumbnails
    follow me on Twitter