BAHAN SAMA, LAUK BERBEZA

. 07 September 2009
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

Semalam saya berbuka puasa di Restoran Seksyen 7 berhampiran dengan Masjid Musa Nusair. Restoran yang menyediakan masakan Melayu Patani di Bumi Mesir ini.

Saya berbuka puasa bersama teman-teman AJKT yang lain. Saya kira, ini adalah jamuan terakhir usrah AJKT bersama Badan Penasihat KPT sebelum kami meletakkan jawatan dalam Mesyuarat Agung Tahunan tidak lama lagi.huhu...

Bulan puasa kali ini amat jarang sekali untuk saya makan makanan melayu melainkan jika masak sendiri sahaja. Setiap hari, saya akan ke Maidahtul Rahman yang disediakan di masjid-masjid berdekatan.

Namun, semalam kami makan besar. Ada Tom Yam Seafood. Ada Paprik Ayam. Ada lauk ikan besar. Ada lauk daging. Complete. Bila ada orang bayar, saya tak akan menghampakan beliau yang membelanja kami melainkan saya perlu menghabiskan semua lauk-lauk yang ada.hihi3x

Bukan sekadar gambar hiasan

Cuma, saya terfikir sejenak. Semua lauk yang saya makan ini adalah sama penggunaan bahan asasnya namun menghasilkan hasil dan citarasa yang berbeza. Sempat juga saya menjenguk ke dapur restoran ini.

Cuba anda bayangkan situasi sebegini. Anda menyediakan bahan-bahan asas untuk memasak. Sebagai contoh mi, sayur, bawang, lada, sos, kicap, telur dan sebagainya.

Anda menjemput empat orang tukang masak untuk memasak daripada bahan yang disediakan. Ada kemungkinan anda akan menikmati Mi Goreng, Mi Rebus, Mi Hailam dan juga Mi Bandung. Bahan yang sama tetapi hasilnya berlainan.

Begitulah halnya dengan Agama Islam. Dalam entry lalu, saya ada menulis tentang seorang arab yang memarahi saya hanya disebabkan saya mencium tangan.

Nabi Muhammad Sallalahualaihi Wa Salam telah mengajar kita perkara-perkara yang asas dan terpulang kepada ulama' muktabar untuk mentafsirkan pendapat masing-masing. Ini faktor penyebab lahirnya empat mazhab yang membicarakan perkara-perkara cabang yang tidak disentuh oleh Al-Quran dan hadis secara khusus.

Jadi kita tidak perlu berbalah tentang pendapat hujah oleh keempat-empat mazhab ini kerana setiap hujah mempunyai kekuatannya tersendiri.

Cuma wahabi sahaja yang tidak mempunyai mazhab dan merapu-merapu membidaahkan orang lain yang melaksanakan kebaikkan.

Sebagai contoh peristiwa Baginda Nabi bersembahyang dan mengalihkan kaki Saidatina Aisyah. Pelbagai pendapat timbul disini. Imam Syafie mengatakan Baginda Nabi berlapik semasa mengalihkan kaki tersebut manakala Imam lain pula mengatakan tidak mengapa dengan mengemukakan hujah yang berlainan pula.

Apapun, kalau kita berfikir sebenarnya mazhab ini adalah satu rahmat dari Allah untuk memudahkan umat Islam itu sendiri.

So, jangan berbalah lagi...

P/S : Tak dapat nak serta gambar makan-makan kami kerana kamera saya rosak. Ada sapa-sapa nak sponsor kamera baru untuk saya???hihi

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
    follow me on Twitter