MEMAHAMI EMOSI MARAH

. 26 September 2009
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

Marah adalah salah satu perasaan yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada semua manusia. Apabila kita berada dalam situasi yang negatif, berkemungkinan kita akan menghadapi situasi marah.

Terutama apabila situasi yang melibatkan perasaan tidak puas hati. Selalunya kemarahan adalah respon automatik sekiranya berlaku tidak puas hati.

Pengurusan marah terpulang kepada individu masing-masing. Bagi yang tidak dapat mengawal kemarahan, sudah pasti emosi tersebut akan diikuti dengan tindakan agresif sama ada dengan kata-kata kesat atau perbuatan yang mungkin akan menyakiti orang lain.

Sebahagiannya boleh mengawal kemarahan dan sebahagiannya lebih suka memendam kemarahan. Tetapi daripada ketiga-tiga kategori marah ini, yang ketiga lebih bahaya. Memendam kemarahan selalunya berakhir menjadi dendam yang lama di lubuk hati.

Bagi orang tua-tua, selalu kita dengar dari mereka bahawa marah seringkali dikaitkan dengan unsur api. Sifat api yang membakar menggambarkan bahawa apabila marah menguasai diri, tindakan tidak lagi berasaskan akal fikiran. Sukar untuk menerima kebenaran sekalipun kebenaran tersebut sudah jelas dan nyata. Orang yang marah juga mukanya dilihat kemerah-merahan serta urat lehernya juga tegang.
Dan kita maklumi bahawa api selalunya kalah dengan air. Tetapi dalam keadaan-keadaan tertentu, api kemarahan yang meluap-luap tidak akan dapat dihapuskan dengan air. Bahkan kehadiran air boleh memarakkan api yang sedang menyala.

Maka diwaktu ini tanah menjadi unsur penting untuk memadamkan api kemarahan. Rasional atau tidak anda boleh mencubanya sendiri. Realiti dalam kebakaran hutan yang luas, pihak penyelamat akan memadamkan api dengan tanah kerana pancutan air ketika itu umpama menyemburkan minyak ke atasnya.

Begitulah juga dengan api kemarahan dalam diri. Walau bagaimanapun marah sekalipun, masih mampu dikawal. Islam menganjurkan kita cara untuk mengawal kemarahan.

Jika anda marah dalam keadaan berdiri seeloknya anda duduk. Dan jika duduk keadaan marah anda masih tidak berubah, cubalah berbaring. Tenangkan fikiran. Jangan terus berada di tempat yang akan menimbulkan kemarahan anda. Jauhkan diri. Kawal pernafasan anda kerana orang marah pergerakan jantungnya lebih kencang. Sudah tentu anda memerlukan oksigen secukupnya untuk kembali memberikan ketenangan pada jantung anda.

Apabila sudah sejuk dan tenang sedikit, bawalah berwuduk untuk terus memberikan suhu normal kepada diri anda. Wuduk akan meneutralkan suhu kemarahan anda kerana apabila berwuduk akan mengubah pemikiran anda untuk mengingati Allah SWT. Sambil berwuduk anda perlahan-perlahan mengalihkan perhatian kepada Allah. Lebih baik apabila selepas berwuduk anda dapat menunaikan solat sunat dua rakaat untuk terus mengalihkan perhatian dari terus mengingati kemarahan.

Apabila semuanya telah normal barulah mula memikirkan punca dan sebab mengapa wujud kemarahan dalam diri anda. Andai kemarahan itu berpunca daripada diri anda, terimalah situasi itu dan mohon maaf kepada mereka yang terlibat.

Punca dan sebab kemarahan perlukan waktu yang sesuai dan normal untuk anda berfikir. Jadi jangan cuba memikirkan punca ketika anda sedang marah kerana ketika itu anda hanya akan terus meletakkan persepsi buruk pada orang lain.

P/S : Saya sudah hilang hormat pada UMNO & ISMA... Kalian terlalu teruk. Seolah-olah Islam yang diomong-omongkan sudah tiada. Celaka sungguh!!!

Anda mungkin mengetahui apa perasaan saya apabila dizalimi dan dikhianati... Makan dalam tau!!!

Ya Allah... Kami dizalimi dan mereka menzalimi.
Ya Allah... Kami difitnah dan mereka menfitnah.
Ya Allah... Kurniakan kami dan meraka hidayah.
Ya Allah... Ampunkan cuai kami dan cuai mereka.
Ya Allah... Kami sayang mereka kerana Islam...

Saya sedang memotivasikan diri saya...Fuhh!!!
(Redakan kemarahan)

UMNO+ISMA. Maaf...

post signature

2 comments:

iemn berkata...

isma tu ape..hihihihi

TENGKU KHAIRUL IDHAM berkata...

ISMA tu singkatan pada Ikatan Muslimin Malaysia.

Slah stu persatuan yg menimbulkan byak masalah kat mesir nih...huhu

Cantik tak semestinya chomel...huhu

Related Posts with Thumbnails
    follow me on Twitter