THE END IS NEAR

. 26 September 2009
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

Filem 2012 bakal muncul di pawagan tidak lama lagi. Sangat tepat pada masanya apabila Hollywood menyedari kebimbangan manusia terhadap kehancuran dunia untuk dijadikan filem. Malah untuk menarik pembeli tiket dan penonton juga.

Menjelang tahun 2012, perbincangan tentang akhir hayat masa alam ini mula banyak diwacanakan di mana-mana. Dalam banyak perbincangan, ia lebih menjadi isu sensasi berbanding perbincangan eskatologi.

Eskatologi atau kajian mengenai akhir zaman menjadi salah satu bahagian penting agama-agama samawi. Ia juga menjadi satu perkara besar yang menjadikan pengikut Syiah dan Sunni berbeza pendapat dan pendekatan.

Ini kerana eskatologi lebih dipentingkan dalam aliran Syiah berbanding Sunni. 12 Imam misalnya (Imam Mahdi salah seorang daripadanya), ialah satu faktor yang menjadi bahagian penting eskatologi bagi pengikut Syiah.

Dalam kalangan Sunni, eskatologi agak tidak dipentingkan dan jarang sekali mencetuskan perbincangan yang hangat, walaupun Hari Kiamat menjadi salah satu rukun iman bagi aliran Sunni.

Seperti juga dalam ajaran Kristian. Sokongan kuat kelompok Kristian tertentu kepada Zionis di Israel didasarkan juga pada eskatologi.

Dalam pasaran buku bahasa Melayu pada masa kini, satu tajuk dalam eskatologi menjadi perhatian ramai, iaitu Yakjuj dan Makjuj dan Zulkarnain.

Aspek ini dijangka akan menarik perhatian lebih ramai, memandangkan budaya popular juga telah menjadikannya satu isu untuk menarik orang ramai.

post signature

1 comments:

Unknown berkata...

Kaum Maya adalah kaum yang menyembah masa. Demi mengkaji masa, mereka membina sebuah kuil berbentuk seperti piramid, tetapi rata pada bahagian puncaknya dan didirikan bilik padanya.

Menurut kalendar Kaum Maya, mereka hanya mampu mengira tahun sehingga 2012 saja. Oleh itu, asas ini diambil untuk mengatakan kiamat berlaku pada tahun tersebut.

Bagi muslim pula, apabila ditanya bilakah berlakunya kiamat, Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam menjawab, "Apa persediaan kamu untuknya?"

Aw kama qall...

Related Posts with Thumbnails
    follow me on Twitter