KEMBARA MENCARI TUHAN

. 26 Jun 2009
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

Cuti kali ini adalah proses untuk menyucikan jiwa. Membersihkan jiwa dari segala kekotoran yang ada serta untuk mencari ketenangan. Saya sangat memerlukan semua itu sekarang.

Kelmarin, urusan visa dan pasport selesai. Selepas itu terus ke bank untuk tunaikan cek. Cuaca Mesir hari ini cukup panas...Huh!!!

Saya sememangnya telah bercadang untuk menunaikan umrah sejak dari tahun lepas lagi. Namun tahun ini baru berkesempatan untuk ke sana. Setiap hari saya asyik berfikir dan berdoa supaya Allah Taala sudi dengan ehsan dan rahmat-Nya menerima saya menjadi tetamu-Nya.

Saya berkeyakinan terhadap janji Allah Taala supaya sentiasa bersangka baik kepada-Nya. Dalam Hadis Qudsi ada menyebut:-

قال النبي - صلى الله عليه وسلم - : يقول الله تعالى :أنا عند ظن عبدي بي ، وأنا معه إذا ذكرني ، فإن ذكرني في نفسه ذكرته في نفسي ، وإن ذكرني في ملإ ذكرته في ملإ خير منهم ، وإن تقرب إلي بشبر تقربت إليه ذراعا ، وإن تقرب إلي ذراعا تقربت إليه باعا ، وإن أتاني يمشي أتيته هرولة
“Aku di dalam sangkaan hamba-Ku kepada-Ku, dan Aku sentiasa bersamanya ketika ia mengingat-Ku. Jika ia mengingat-Ku dalam dirinya (hatinya), maka Aku mengingatnya dalam zat-Ku. Jika ia mengingat-Ku dalam kumpulan orang banyak, maka Aku mengingatnya dalam kumpulan yang lebih baik dari itu. Jika ia mendekatkan diri kepada-Ku sejengkal, nescaya Aku akan mendekatkan zat-Ku kepadanya sehasta. Jika ia mendekatkan diri kepada-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatkan zat-Ku kepadanya sedepa. Jika ia datang kepada-Ku berjalan kaki, maka Aku akan datang kepadanya berlari.”

Sebagai hamba, bersangka baik itu sangat dituntut supaya hati ini sentiasa terikat dengan Allah Taala serta tidak terbabas aqidah di sepanjang ujian perjalanan.

Untuk itu, blog ini tidak akan diupdate untuk tempoh yang agak panjang. Jika saya berkesempatan, saya akan memuatkan catatan perjalanan saya di sepanjang kembara ini.

Doakan saya selamat di sepanjang perjalanan dalam keadaan selamat pergi serta selamat pulang. Doakan juga supaya diberi kesihatan yang baik untuk menunaikan ibadat.

P/S : Saya memang ingin mencari Tuhan...

8 comments:

al-aman berkata...

Semoga umrahmu diterima. Jangan lupakan kami di dlm doamu.

Kirim salam saya hamba hina ini kepada Rasul yg mulia, Sayyidina Muhammad Sollallahualaihiwasallam.

TENGKU KHAIRUL IDHAM berkata...

Amin...

Insyallah... Kalian dlm doa kami...

Cuma skrg sedang berfikir-fikir utk buat plan B plak utk xpdc ini...huhu

zul berkata...

moge selamat pergi dan kembali dlm mencari Pencipta..
doakan sahabat handai disini ya!

AnjeRuby a.k.a Kak Abell berkata...

doakan juga utk kami di sini...

TENGKU KHAIRUL IDHAM berkata...

To zul n anjeRuby:-

Terima kasih sume...

Saya juga doakan yg terbaik untuk kalian semua...

TENGKU KHAIRUL IDHAM berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
ertihijrah berkata...

salam'alayk.
salam ziarah.

sy dah tukar add blog.hrp mklum.
www.ertihijrah.wordpress.com

umairah IIUM.
wassalam.

Azan Subuh berkata...

salam...doakan akak juga idham,tak tahu lagi bila Allah akan beri peluang utk ke sana.

semoga mendapat ketenangan dan kebahagiaan yg dicari.

Related Posts with Thumbnails
    follow me on Twitter