TEKA-TEKI AQIDAH... 45 SOALAN UNTUK UMAT ISLAM..

. 24 Januari 2008
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks


45 Soalan yang ditanya oleh pendeta yahudi kepada Waliyullah Abu Yazid Al-Bastomi Radiallahuanhu ketika mana beliau berada dalam majlis keagamaan agama yahudi. Dalam majlis tersebut,pendeta2 serta paderi2 telah hadir untuk merayakan dan menunaikan ibadah korban. Soalan-soalan tersebut adalah:-

1. Apakah satu yang bukannya dua?

2. Dua yang bukan tiga?

3. Tiga yang bukan empat?

4. Empat yang bukan lima?

5. Lima yang bukan enam?

6. Enam yang bukan tujuh?

7. Tujuh yang bukan lapan?

8. Lapan yang bukan sembilan?

9. Sembilan yang bukan sepuluh?

10. Sebutkan sepuluh yang bukan sebelas?

11. Sebutkan sebelas yang bukan dua belas?

12. Sebutkan dua belas yang lengkap?

13. Juga mengenai tiga belas?

14. Sebutkan empat belas yang bercakap dengan tuhan sekalian alam?

15. Sebutkan kaum yang berdusta tetapi dimasukkan di dalam syurga.

16. Sebutkan pula kaum yang benar tetapi dimasukkan di dalam neraka?

17. Khabarkan di mana letaknya roh dalam jasad?

18. Apakah dia Zariatul Zarwa?

19. Sebutkan pula mengenai Haamilatul Waqra (kandungan yang semakin berat)?

20. Apa itu Jariatul Yusra (perjalanan yang mudah)?

21. Juga mengenai Muqassimatul Amra (menyumpah melakukan sesuatu perkara)?

22. Khabarkan sesuatu yang bernafas tetapi tidak mempunyai roh?

23. Khabarkan kubur yang bergerak membawa tuannya?

24. Khabarkan mengenai air yang tidak keluar dari tanah dan tidak turun dari langit?

25. Khabarkan mengenai empat perkara yang bukan dari kalangan jin, manusia, dan malaikat, dan tidak pula keluar dari salbi ayah dan rahim ibu?

26. Sebutkan mengenai darah pertama yang mengalir di atas muka bumi ini?

27. Sebutkan mengenai sesuatu yang diciptakan oleh Allah dan memperingati kita supaya senantiasa berjaga-jaga dengannya?

28. Sebutkan mengenai satu kejadian Allah kemudian menjelikkan dan memburukkannya?

29. Sebutkan mengenai sebaik-baik wanita?

30. Sebutkan juga sebaik-baik sungai?

31. Khabarkan sebaik-baik bukit?

32. Sebaik-baik binatang?

33. Apakah sebaik-baik bulan?

34. Apakah dia sebaik-baik malam?

35. Khabarkan apakah sesuatu yang mulanya adalah tiang kemudian bertukar dan mempunyai roh?

36. Apakah pokok yang mempunyai dua belas dahan dan setiap dahan itu mempunyai tiga puluh helai daun serta setiap daun ia mempunyai lima kuntum bunga, dua daripadanya terang seperti matahari dan tiga daripadanya gelap gulita?

37. Sebutkan mengenai sesuatu yang mengerjakan haji di Baitullah dan dia tidak mempunyai roh dan tidak pula diwajibkan ke atasnya?

38. Sebutkan berapakah jumlah para Nabi yang diutuskan oleh Allah dan berapakah jumlah para Rasul?

39. Sebutkan empat perkara yang berbeza rasanya, sedangkan ia keluar dari asal yang satu?

40. Sebutkan mengenai Naqir, Fatir dan Qitfir?

41. Sebutkan mengenai Sabdu, Labdu?

42. Sebutkan mengenai Thum dan Rhum?

43. Ceritakan mengenai apa yang diakatakan anjing ketika menyalak, keldai sewaktu berbunyi, kuda sewaktu berbunyi, unta sewaktu berbunyi, apa yang diucap oleh beburung sewaktu berkicau, apa yang diucapkan oleh katak di dalam tasbihnya dan apakah dimaksudkan oleh loceng sewaktu dipalu?

44. Ceritakan pula kaum yang mendapat wahyu dari Allah, sedangkan ia bukan dari kalangan jin, manusia ataupun malaikat?

45. Ceritakan pula ke mana perginya malam apabila siang dan siang sewaktu malam?

JAWAPAN-JAWAPAN:

1. Satu yang bukan dua adalah ALLAH SWT yang tidak ada sekutu bagi-Nya

2. Dua yang bukan tiga adalah siang dan malam. Firman Allah SWT:

Maksudnya:

Dan kami jadikan malam dan siang itu dua tanda (yang membuktikan kekuasaan kami)[1]

3. Tiga yang bukan empat adalah Arasy, Kursi dan Qalam (pen).

4. Empat yang bukan lima adalah kitab yang diturunkan oleh Allah iaitu; Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Lima yang bukan enam adalah ibadat fardhu sembahyang yang diwajikan ke atas setiap Muslim dan Muslimah.

6. Enam yang bukan tujuh adalah enam hari seperti mana firman Allah SWT di dalam Al-Quran:

Maksudnya:

Dan demi sesungguhnya! Kami telah menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam hari, dan Kami tidak mengalami sebarang susah payah.[2]

7. Tujuh yang bukannya lapan adalah tujuh lapisan langit seperti mana firman Allah SWT:

Maksudnya:

Dialah Allah yang telah mengaturkan kejadian tujuh lapisan langit.[3]

8. Lapan yang bukannya sembilan adalah malaikat yang menanggung Arasy Allah sebanyak lapan malaikat dengan firman-Nya:

Maksudnya:

Dan Arasy Tuhan-mu pada saat itu dipikul oleh lapan Malaikat di atas malaikat-malaikat yang mengawal itu.[4]

9. Sembilan yang bukannya sepuluh adalah sebuah Madinah (kota) yang telah didiami oleh sembilan keturunan yang melakukan fasad (kerosakan) di atas muka bumi ini. Firman Allah SWT:

Maksudnya:

Dan di bandar (tempat tinggal kaum Thamud) itu, ada sembilan orang yang semata-mata melakukan kerosakan di muka bumi (dengan berbagai-bagai maksiat) dan tidak melakukan kebaikan seikit pun.[5]

10. Sepuluh yang bukan sebelas adalah kewajipan yang ditunaikan di Mekah dan diwajibkan ketika menunaikan ibadat haji. Firman Allah SWT:

Maksudnya:

Kalau ia tidak dapat (mengadakan Dam), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari dalam masa mengerjakan haji dan tujuh hari lagi apabila kamu kembali (ke tempat masing-masing); semuanya itu sepuluh hari yang sempurna.[6]

11. Sebelas yang bukan dua belas adalah saudara-saudara Nabi Yusuf AS. (sebelas orang tidak termasuk Nabi Yusuf AS)

12. Dua belas yang lengkap adalah dua belas keturunan dari kalangan Bani Israel. Firman Allah SWT:

Maksudnya:

Dan demi sesungguhnya! Allah telah mengambil perjanjian setia Bani Israel (supaya mereka menjunjung perintah-Nya), dan Kami telah utuskan dari kalangan mereka ua belas ketua (untuk memimpin golongan masing-masing)[7]

13. Mengenai tiga belas adalah apa yang dilihat oleh Nabi Yusof dalam mimpinya. Firman Allah SWT:

Maksudnya:

Ketika Nabi Yusuf AS berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku! Sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan, aku melihat mereka tunduk memberi hormati kepada-Ku”[8]

14. Empat belas yang berkata-kata dengan Allah adalah tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan bumi selepas dicipta-Nya, Allah bertanya kepada mereka sama ada mereka akan menghadap dan menyembah Allah dengan cara taat atau secara paksaan, maka mereka menjawab yang mereka akan datang kepada Allah dengan cara taat. Firman Allah SWT:

Maksudnya:

Kemudian Dia menunjukkan kehendak-Nya ke arah (bahan-bahan) langit sedang langit itu masih berupa asap; lalu Dia berfirman kapadanya dan kepada bumi; “Turutlah kamu berdua akan perintah-Ku, sama ada dengan sukarela atau dngan paksa!” Keduanya menjawap; “Kami berdua sedia menurut patuh dengan sukarela”)[9]

15. Kaum yang berdusta tetapi dimasukkan ke dalam syurga adalah saudara-saudara Nabi Yusof AS. Firman Allah SWT:

Maksudnya:

Dan (bagi mengesahkan dakwaan itu) mereka pula mlumurkan baju Yusuf dengan darah palsu[10]

16. Kaum yang mempercayai dan membenarkan akan tetapi dimasukkan ke dalam neraka adalah orang-orang Yahudi dan Nasrani. Firman Allah SWT:

Maksudnya:

Dan orang-orang Yahudi berkata: “Orang-orang Nasrani itu tidak mempunyai sesuatu pegangan (agama yang benar)”, dan orang-orang Nasrani pula berkata: “Orang-orang Yahudi tidak mempunyai sesuatu pegangan (agama yang benar).[11] Mereka ini membenarkan dan mempercayai-Nya dan dimasukkan ke dalam neraka

17. Letaknya roh dalam jasad dan kedudukannya adalah di antara dua telinga dan di bahagian muka.

18. Zariatul Zarwa adalah angin yang empat. Iaitu dari mata angin yang empat; utara, selatan, timur dan barat.

19. Hamilatul Waqra (kandungan yan semakin berat) adalah awan.

20. Jariatul Yusra (perjalanan yang mudah) adalah sampan atau kapal yang bergerak di atas air.

21. Muqassimatul Amra (menyumpah akan melakukan sesuatu) adalah malaikat yang senantiasa bersumpah dan mendoakan kepada manusia supaya diberikan rezeki oleh Allah iaitu pada malam lima belas bulan Sya’aban.

22. Sesuatu yang bernafas tetapi tidak mempunyai roh adalah fajar subuh.

23. Kubur yang bergerak membawa tuannya adalah ikan paus yang telah menelan nabi Allah Yunus dan membawanya merentas tujuh lautan.

24. Air yang tidak turun dari langit dan tidak keluar dari bumi adalah air yang dihadiahkan oleh Puteri Balqis kepada Nabi Sulaiman AS merupakan satu tempayan air yang diambil dari peluh kuda.

25. Empat perkara yang bukan dari kalangan jin, manusia dan malaikat serta tidak keluar dari salbi ayah dan rahim ibu adalah Kibas (kambing) yang diganti sebagai korban kepada nabi Ismail AS dan tongkat nabi Musa AS serta Adam dan Hawa.

26. Darah pertama yang mengalir di atas muka bumi ini adalah darah Habil yang telah dibunuh abangnya, Qabil.

27. Sesuatu yang diciptakan Allah kemudian Dia menyuruh kita berjaga-jaga kepadanya adalah tipu daya dan helah perempuan. Sebagaimana firman Allah Taala:

Maksudnya:

Sesungguhnya ini adalah dari tipu daya kamu orang-orang perempuan, sesungguhnya tipu daya kamu amatlah besar pengaruhnya.[12]

28. Satu kejadian Allah, kemudian Dia memburukkan dan menjelikkannya adalah suara keldai. Firman Allah:

Maksudnya:

Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai[13]

29. Sebaik-baik wanita ialah Hawa, Sayyidatina Khadijah, Sayyidatina Aishah, dan Asiah isteri Firaun serta Maryam binti Imran (ibu kepada Nabi Isa AS)

30. Sebaik-baik sungai adalah Sungai Sihun,Sungai Jihun, Sungai Furat dan Sungai Nil.

31. Sebaik-baik bukit adalah Bukit Thursina (tempat Nabi Musa bermunajat sehingga diturunkan kitab yang pertama iaitu kitab Taurat).

32. Sebaik-baik binatang ialah kuda.

33. Sebaik-baik bulan ialah bulan Ramadhan.

34. Sebaik-baik malam adalah malam Lailatul Qadar yang mana kebaikannya menyamai kebaikan seribu bulan jioka kita beramal pada malam tersebut.

35. Sesuatu yang mulanya adalah tiang kemudian bertukar dan mempunyai roh? Jawabnya adalah tongkat nabi Musa AS. Firman Allah SWT:

Maksudnya:

Dan apa (bendanya) yang di tangan kananmu itu wahai Musa?(17) Nabi Musa menjawb; “Ini adalah tongkatku, aku bertekan atasnya semasa berjalan dan aku memukul dengannya daun-daun kayu agar gugur kepada kambing-kambingku dan ada lagi lain-lain keperluanku pada tongkat itu.(18) Allah telah berfirman: “Campakkan tongkatmu wahai Musa!”(19) Lalu dia mencampakkannya, maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular yang bergerak menjalar.(20)[14]

36. Pokok tersebut ialah tahun. Manakala dua belas dahan bermaksud dua belas bulan dan tiga puluh daun bermaksud, dalam sebulan ia mempunyai tiga puluh hari. Lima kuntum bunga adalah fardhu sembahyang lima waktu, dua waktu dikerjakan di sebelah siang dan tiga waktu lagi dikerjakan di sebelah waktu malam.

37. Adalah kapal (bahtera) Nabi Nuh AS. Di mana mereka telah pergi mengerjakan haji sewaktu banjir besar dan taufan.

38. Jumlah nabi kesemuanya adalah sebanyak 124 000 orang, manakala jumlah rasul kesemuanya adalah sebanyak 313 orang.

39. Jawapannya adalah dua biji mata, dua telinga, hidung dan mulut. Air dari dua biji mata dan hidung masin, air dari dua telinga pahit serta air dari mulut manis.

40. Fatil adalah lengkuk di sebelah dalam kacang, Naqir pula lengkuk di sebelah belakang kacang manakala Qitfir adalah kulit luarnya.

41. Sabdu dan Labdu ialah bulu biri-biri ataupun kambing.

42. Thum dan Rhum adalah umat yang terdahulu sebelum kejadian nabi Adam AS.

43. Keldai berbunyi ketika ia melihat syaitan dan berkata; “Allah melaknat satu persepuluh”.[15]

Anjing menyalak kerana ia berkata; “Celakalah bagi ahli neraka yang mendapat kemurkaan yang Maha Berkuasa”.

Kuda merengek kerana ia berkata; “Maha Suci Allah yang memeliharaku sewaktu dua musuh sedang berkelahi dan berbunuh-bunuhan”

Unta berbunyi kerana ia berkata; “Harapanku hanya pada Allah dan hanya kepada-Nya sahaja aku bertawakkal”

Katak berbunyi kerana ia mengucapkan; “Maha Suci Allah yang selayaknya disembah pada setiap yang terang dan tersembunyi serta Maha Suci Allah yang gagah perkasa”.

Beburung berkicau kerana ia berkata; “Maha Suci Allah di setiap pagi dan petang”.

Maksud loceng ketika dipalu ialah; “Maha Suci Allah yang Maha Benar dan hak. Lihatlah wahai anak Adam ke timur dan ke barat, tidak ada seorang pun yang hidup kekal di dunia ini”.

44. Kaum yang mendapat wahyu dari Allah dan mereka bukan dari kalangan jin, manusia dan juga malaikat ialah lebah. Firmat Allah SWT:

Maksudnya:

Dan Tuhanmu memberi wahyu (ilham) kepada lebah: “Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia”.[16]

45. Dan yang terakhir ialah kedua-dua perkara ini amatlah berat dan rumit kerana hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.

Selepas menjawab kesemua soalan yang diberikan,maka Abu Yazid mengemukakan satu soalan kepada ketua segala paderi dan pendeta yahudi tersebut. Soalan tersebut adalah :-

" Ceritakan kepadaku mengenai anak kunci pintu syurga dan anak kunci pintu langit?"

Mereka semua tidak mampu untuk menjawabnya. Akhirnya Abu Yazid berpaling kepada ketua mereka,lalu beliau mengatakan bahawa bukan beliau tidak mampu untuk menjawab persoalan itu,Cuma ditakuti jawapannya tidak dipersetujui oelh para pengikutnya.

Lalu mereka seraya berkata mereka akan bersetuju dengan apa2 jawapan dari ketua mereka.

Maka ketua mereka menjawab : Anak kunci pintu syurga dan anak kunci pintu langit adalah KALIMAH SYAHADAH

ﻻ ﺇﻠﻪ ﺇﻻ ﺍﷲ ﻤﺤﻤﺪ ﺮﺴﻮﻞ ﺍﷲ

KEMUDIAN MEREKA SEMUA AKUR DENGAN JAWAPAN KETUA MEREKA DAN KESEMUA MEREKA, TERMASUK KETUA YAHUDI ITU MEMELUK AGAMA ISLAM.[17]

©Atmd/feb/86/Egypt…//nov2005


[1] Surah Al-Isra’ : 12

[2] Surah Qaff : 38

[3] Surah Al-Mulk : 3

[4] Surah Al-Haqqah : 17

[5] Surah An-Naml : 48

[6] Surah AL-Baqarah : 196

[7] Surah Al-Maidah : 12

[8] Surah Yusuf : 4

[9] Surah Fussilat : 11

[10] Surah Yusuf : 18

[11] Surah Al-Baqarah : 113

[12] Surah Yusuf : 28

[13] Surah Luqman : 19

[14] Surah Tooha : 17-20

[15] Satu persepuluh adalah orang-orang yang meminta satu persepuluh daripada sesiapa sahaja yang ingin membuat urusan dengannya sama ada perniagaan, saham, ataupun sebagainya.

[16] Surah An-Nahl : 68

[17] Keseluruhan Rujukan: Qishashul Anbiyak Lil Arais m/s 485

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
    follow me on Twitter