KUATKAN IMAN KITA…..

. 24 Januari 2008
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

Iman kita adalah bertambah dan berkurang.. Jadi, kita perlukan sesuatu rangsangan motivator dan cara yang bertepatan untuk menjamin kestabilan iman kita malah supaya terus meningkat dari masa ke semasa. Ikuti 50 tips berikut dan cuba aplikasikan dalam hidup kita. INSYALLAH....


01. Bersyukur apabila mendapat nikmat

02. Sabar apabila mendapat kesulitan

03. Tawakal apabila mempunyai rencana/program

04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan

05. Jangan membiarkan hati dalam kesedihan

06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan

07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan

08. Jangan irihati dengan kekayaan orang

09. Jangan hasad dan iri atas kesuksessan orang. ( Tapi perlu jugakan???)

10. Jangan sombong kalau memperoleh kesuksessan

11. Jangan tamak kepada harta

12. Jangan terlalu ego atas sesuatu kedudukan

13. Jangan hancur kerana kezaliman

14. Jangan goyah kerana fitnah

15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.

16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram

17. Jangan sakiti ayah dan ibu

18. Jangan usir orang yang meminta-minta

19. Jangan sakiti anak yatim

20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar

21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil

22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid)

23. Lakukan sholat dengan ikhlas dan khusyuk

24. Lakukan sholat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid

25. Biasakan sholat malam

26. Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah

27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat

28. Sayangi dan hormati fakir miskin

29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah

30. Jangan marah berlebih-lebihan

31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan

32. Bersatulah karena Allah dan berpisahlah kerana Allah

33. Berlatihlah konsentrasi fikiran

34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan & mintalah maaf apabila tidak dapat dipenuhi

35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan

36. Jangan percaya ramalan manusia ( tp dlm blog saya ada juga topic ni..hu..hu.. )

37. Jangan terlampau takut miskin

38. Hormatilah setiap orang

39. Jangan terlampau takut kepada manusia

40. Jangan sombong, takabur dan degil

42. Berlakulah adil dalam segala urusan

43. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah

44. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala

45. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran

46. Eratkan hubungan silaturrahim

47. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam

48. Berkata-kata pada perkara yang perlu

49. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya.( Tunggu apa lagi???hu…hu )

50. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu"

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
    follow me on Twitter