20 PETUA JANGAN....

. 24 Januari 2008
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

Kadang-kadang kita sering melakukan apa yang dilarang tanpa kita sedari malah amalan-amalan ini sebati dalam diri kita. Hari-hari buat tau... Jadi,mulai hari ini just kita elakkan amalan-amalan ini


1 .Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau

tertidur lain cerita

2. .Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut

kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

3. .Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh

kerana ia membahayakan.

4. .Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

5. .Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana

berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

6. .Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki

kita di kongsi syaitan.

7. .Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut

kita mati dalam perjalanan.

8. Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan

mewarisi kepapaan.

9. Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap

diselaputi dosa.

10. .Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.

11. Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang

bila-bila masa.

12. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia

kalau memang kita bersalah.

13.Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan

kita hilang bahagia.

14.Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti

kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

15. .Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan

memurahkan rezeki kita.

16. .Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

17. .Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan

menghilangkan kasih orang kepada kita.

18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang

teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

19. .Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih

utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

20. .Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab

semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hambanya.


0 comments:

Related Posts with Thumbnails
    follow me on Twitter