KAHWIN PAKSA

. 24 Februari 2014
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks


Kalau bercakap bab nikah kahwin, semua minat. Yang mengantuk tersenguk-senguk layu pun boleh segar bugar kembali. Yang tidur pun boleh bangkit kembali. Yang dah sembang tu, makin berapi dan menjadi-jadi.

Tadi berkesempatan mendengar satu ceramah yang menarik. Sungguh menarik. Asyik dan ralit saya mendengarnya. Pengurusan Cinta Menurut Perspektif Islam.

Bila bercakap soal cinta, ia isu panjang dan tak berkesudahan. Cinta itu misteri. Tapi ia bukan Misteri Nusantara. Bercerita isu cinta, saya bukanlah ahlinya. Cuma biasa kita mendengar cerita-cerita cinta ni.

Ada satu cerita yang menarik yang menerangkan tentang hebatnya penangan cinta. 

Mungkin kita biasa dengar kisah cinta Laila dan Majnun. Ini cerita klasik. Tapi amat prolifik.

Majnun memang sukakan Laila. Sudah jatuh cinta. Cinta habis sepenuh jiwa raga.

Pada suatu hari, Majnun kehilangan Laila. Habis kusut jiwa Majnun. Semuanya tak kena. Sehingga menyebabkan Majnun seolah-olah gila. Sesuai dengan namanya Majnun. Inilah asal nama Laila Majnun. Kerana Majnun tergila-gilakan Laila.

Berjalan tidak tentu arah. Majnun sudah fana' dalam cintanya sehingga beliau terbawa-bawa dalam kata-kata dengan menyatakan "Daku melihat pintu kota-kota Baghdad semuanya tergambar dan terpampang wajah-wajah Laila"

Tatkala Majnun berjalan-jalan hanyut mencari Laila, tiba-tiba Majnun berjalan masuk ke dalam sebuah masjid dan melintas di hadapan seorang yang sedang solat.

Orang yang sedang solat itu menghalang Majnun. Tapi Majnun langgar juga.

Dihalang lagi Majnun melintas. Tetapi dilanggar juga.

Dipanggil dan diseru-seru " Laila... Laila... Laila..." 

Hanyut... Hanyut layar tak bertepian. 

Majnun sudah fana'.

Kemudian si lelaki yang sedang bersolat tadi menolak Majnun. Dan Majnun menolak dia kembali.

Selepas selesai lelaki itu solat, ia bertanya kepada Majnun, "Kamu tidak nampakkah aku sedang solat tadi? Kenapa kamu lalu dan melintas di depan aku solat?"

Kemudian Majnun menjawab : "Astarfirullah. Aku tak sangka. Cinta aku kepada Laila lebih khusyuk dari cintamu kepada Tuhanmu"

"Macamana kamu sembahyang? Kamu sembahyang pun tak khusyuk!!!"

"Aku cinta Laila lebih khusyuk dari solat kamu. Macamanalah solat kamu tadi..."

Tertumbuk rasa perasaan si lelaki tadi apabila mendengar jawapan dari Majnun.

Malu! Sesal !

Itulah hebatnya penangan cinta.

CINTA MONYET

Dulu-dulu waktu sekolah, selalu kita diingatkan tentang cinta monyet. Bila dah dewasa, baru saya faham apa itu cinta monyet.

Falsafah cinta monyet itu umpama monyet memakan pisang. Dikutis-kutis kulitnya. Dileraikan bilah-bilah kulitnya. Dimakan isinya yang manis. Kemudian dibuang kulit pisang itu merata-rata.

Tidak lama selepas itu, jatuh berdebuk orang yang terpijak kulit pisang itu. Sungguh kurang ajar yang buang kulit pisang itu...

Biasanya cinta-cinta remaja tidak ke mana. Sekadar di pinggiran sahaja.

Hari ini saya mengatakan dan sering berpesan kepada adik-adik supaya jangan terjebak dengan lurah dendam ini. Bahaya. Buang masa sahaja. Buang duit juga.

Pengalaman mengajar kita.

Saya bukanlah pernah bercinta. (Serius). Namun cerita-cerita dan pengalaman itu ada. Saya masih lagi simpan surat-surat dan barang-barang berharga dari secret admire. (Kononlah... Luga waser). Dulu-dulu masa zaman jahiliyyah.

Separuhnya saya dah kuburkan di bawah pokok durian dekat tepi rumah saya. Kini pokok durian itu segar berbuah 2 kali setahun. Hebat sungguh penangan baja surat cinta...haha

Separuh lagi saya akan campak dan semadikannya dalam Sungai Nil sebelum saya meninggalkan bumi lembah delta yang subur ini sedikit masa lagi. Tunggulah!

Sungguh ini buang masa.

INILAH YANG BENAR

Dalam ceramah tadi, ada satu cerita menarik. Cerita ini berlaku di Mesir. Cerita seorang pelajar lelaki meminati seorang perempuan. Lelaki doktor. Perempuan Ustazah. Wah!!! Sinergi gitu...

Bermula perkenalan dalam suatu program. Lelaki ini seorang doktor dan menjadi salah seorang ahli panel dalam majlis tersebut.

Dalam majlis tersebut, seorang perempuan bangun untuk bertanyakan soalan. Ia memang betul-betul bertanya kerana ingin tahu. Bukan dibuat-buat untuk test market or apa.
Dan inilah kali pertama ia melihat perempuan tersebut dan dia sudah terasa perasaan lain macam. Walhal sebelum ini biasa berjumpa dan bertemu dengan perempuan lain tetapi keadaan dan perasaan itu tidak pernah berlaku.

Kemudian si lelaki terus mengambil keputusan untuk melamar si perempuan tadi direct terus melalui keluarganya tanpa pengetahuan si perempuan tadi.

Namun si keluarga perempuan menolak kerana mereka mahu bermenantukan seorang Ustaz. Nak Ustaz jugak!

Mahu dilepas atau macamana?

Kemudian si lelaki tadi mengambil keputusan untuk belajar dan mengambil jurusan agama pula. Selepas berpulun keringat 4 tahun, akhirnya si lelaki tadi berjaya mendapat 'title' Ustaz.
Pengorbanannya lebih 4 tahun. Tahan sabar.

Dirisik sekali lagi perempuan tadi untuk kali kedua. Akhirnya keluarga si perempuan menerima. 

Walhal dalam keadaan sebelum ini si perempuan tidak tahu apa-apa dan tidak pernah diberitahu. Hubungan ini hanya melibatkan antara si lelaki dengan pihak keluarga perempuan sahaja. Tidak diusik langsung perasaan si gadis tadi.

Hebat sungguh! 

Inilah dikatakan pengorbanan dan cinta. Kerana cinta itu adalah pengorbanan.

Kerana si lelaki tadi tahu bahawa bukan cinta wanita itu yang penting tetapi ibu kepada bakal anak-anaknya itulah yang terpenting.

KAHWIN PAKSA

Cuti-cuti ni saya sempat menonton beberapa drama melayu. Pastinya ramai yang sudah mencebekkan muka. Tapi itu memang benar.

Cerita-cerita melayu skrip dan plotnya tak banyak lari dan terlalu banyak persamaan. Bosan!

Ceritanya cerita-cerita kahwin-kahwin cerai. 

Ceritanya cerita-cerita kahwin-kahwin paksa.

Kahwin paksa sebab hutang belanggar kereta. Sebab harta. Sebab jawatan CEO. Sebab mama-mama yang gedik. Tak ada skrip lain.

Tengoklah drama "Sebenarnya dia isteri saya", "Mr Arrogant", "Bicara Cinta", "Playboy itu Suami saya", "Adam Hawa" dan bla...bla..bla... lagi

Hakikatnya ia jauh daripada realiti.

Entahlah...

BILA NAK KAHWIN

Ini satu lagi soalan yang tidak relevan. 

Permulaan soalan dan pertanyaan itu sudah salah. 

Bila nak kahwin? 
Tak nak kahwin ker?
Takde perasaan ker?
Awak tak normal ker?
Enta jual mahal sangat?

Soalan-soalan sebegini kadang-kadang menguris. Lebih-lebih lagi jika sinis. Hak-hak saudara sesama muslim adalah pandai melihat dan merai situasi. Berikan mereka harapan. Kuatkan semangat mereka.

Sepatutnya anda mendoakan beliau supaya cepat jodoh. Dipermudahkan. 
Dapat isteri cantik dan Solehah.

Bukannya tanya soalan. Tapi mendoakan...!!!


| tgidham @ http://khairulidham.blogspot.com/ |
| Abbasiah | 240214 | 11.36 pm | 


P/S : Siapa yang nak dengar ceramah 'Pengurusan Cinta Melalui Perspektif Islam' dalam format mp3 boleh email saya di tgidham@yahoo.com.my


post signature

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
    follow me on Twitter