MEREKA BERJIWA BESAR

. 12 Julai 2010
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

Saya belajar untuk berjiwa besar seperti mereka.

Mereka ajak orang lain makan bersama walau hanya dengan sekeping hidangan roti dan keju.

Mereka berpidato seperti ahli politik walau hanya seorang pemandu teksi.

Mereka dahulukan ucapan "Khalli (tak perlu bayar)," walaupun itulah satu-satunya sumber rezeki yang ada.

Saya belajar dari masyarakat Mesir untuk berjiwa besar.

Mungkin akan ada yang menyindir keikhlasan mereka. Tapi apa yang berlaku sebenarnya telah menjadi darah daging mereka. Telah sebati. Menjadi akhlaq yang membuahkan budi pekerti.

Mungkin juga saya hanya omong-omong kosong.

Tetapi tetap jua saya ingin ketengahkan perihal manusia yang berjiwa besar.

Yang tidak mudah berkecil hati bila pendapatnya tidak dipersetujui. Bahkan boleh bekerjasama memenangkan pendapat ramai walaupun dengan memijak pendapat sendiri.

Yang bermurah hati bersedekah dan belanja kawan tiket bas, walaupun duit dalam poket hanya cukup untuk makan hari ini.

Yang masih tersenyum ceria walau di dalam dada sempit tersimpan pelbagai cerita.

Yang berlapang dada untuk menghadiahkan tempat duduk dalam bas kepada yang memerlukan walaupun perjalanan baru saja bermula.

Yang bekerja merentas jadual dan tugas, semata-mata prihatin dengan sahabat yang mungkin sedang melalui hari yang bukan hari terbaik buatnya.

Yang berfikir tentang membangunkan kemahiran kawannya tanpa memikirkan pulangan apa-apa.

Yang hebat dan tak terpedaya dengan hebat dirinya.

Yang tak mengeluh.

Oh...

Entah bila boleh jadi seperti Si Dia...

Sumber dengan olahan DISINI

post signature

| tgidham @ http://khairulidham.blogspot.com/ |
| Kuala Terengganu | 120710 | 4.18pm |

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
    follow me on Twitter