PANDANGAN BUKAN SATU

. 17 Jun 2010
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

Arah memandang saja sudah berbeza

Perbezaan adalah satu anugerah.

Perbezaan merupakan sinergi semulajadi dan Sunnatullah yang menjadikan dunia ini tidak sunyi dan tidak pula bosan dengan kitaran kehidupan.

Dalam Islam, Islam meraikan pelbagai pandangan yang berbeza bagi mengambarkan murninya ajaran Islam yang tidak mengongkong dan selesa untuk diamalkan.

Jika tiada sinergi ini, mana mungkin lahirnya pelbagai mazhab disamping mazhab empat yang masyhur.

Pensyarah kami di kuliah, Dr. Saadudin Mus'ad El-Hilali cukup saja memberikan saya petunjuk yang jelas. Dalam pengajaran Feqh Muqaran beliau, beliau membentangkan sekalian pendapat dan mazhab yang pelbagai dalam sesuatu masalah.

Keputusan kepada permasalahan itu, terpulang kepada kamu untuk memilihnya berdasarkan dalil-dalil dan hujah sedia ada yang mana dirasakan kuat dan bersesuaian dengan masa, zaman, suasana dan tempat.

Oh, indah sungguh ajaran Islam. Mudah tapi bukan dipermudahkan.

Allah Taala mungkin saja menjadikan kita umat yang satu, namun perbezaan itu diwujudkan untuk mencari hikmah sesuatu kejadian.

"Jika Tuhanmu mengkehendaki, tentu Dia menjadikan manusia umat yang satu, tetapi mereka sentiasa berselisih pendapat" (Hud : 11:118)

Namun ada juga yang tidak dapat menerima pandangan yang bercanggah walaupun pada asas dan tunjang yang sama.

Ada yang tidak dapat menerima apabila saya 'sedikit' mengagumi Anwar Ibrahim. (Contohla). Mudah saja menghukum saya sudah terpesong. Aduh!!!

Bukankah ia masih pada asas dan matlamat yang sama ingin menjatuhkan kerajaan taghut UMNO???

Oh!!! Politik pula. Maaf.

Ada yang tidak dapat menerima itu dan ini. Bla...bla...bla...

Kalau makan nasi lauk yang sama tiap-tiap hari, pasti saja jemu dan menjuakkan.

Seorang isteri kalau masak lauk sama hari-hari, pasti saja suami boleh lari.

Jadi, kita memerlukan lauk-pauk yang berbeza bagi menikmati enaknya sebuah kehidupan.

Kerana

Selera kita sentiasa berbeza.

post signature


| Tooba El-Ramly | 170610 | 5.45pm |
tgidham @ http://khairulidham.blogspot.com/

1 comments:

Ahmad Ulwan b Hassim berkata...

Salam..kemas2..he3..

Islam mmg meraikan perbezaan pndpt dn itulah keindahan Islam kan ust idham?

tp tgk pd perbezaan tu mcmner?berkaitan dgn apa?furu' or x?

yg plg x ptut xdpt bzkan antara qodiyyah dn maslah..

aulawiyat smsa jga x dpt diimbangi, sgt merbahaya sbnrnya..trtamanya org yg ada ilmu..

wlaubgimana pon kita kna cuba aplikasikan falsafah bersetuju untuk tdk bersetuju kan ust idham?..hu3..

apa2 pon stuju ngan pndpt ust idham..kemas2..^_^

Related Posts with Thumbnails
    follow me on Twitter