LUPA-LUPA, INGAT-INGAT

. 12 April 2010
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

Orang sering bertanya. Bagaimana cara untuk hidup bahagia.

Saya jawab mudah. Bangun pagi, hadap cermin dan senyum.

Cubalah senyum selebarnya di pagi hari.

Saya yakin. Orang yang bermuka bengis, muka masam berkerut, mereka adalah orang yang obses dengan diri mereka sendiri. Tidak ramai kenalan serta kurang bersosial dan bermasyarakat.

Hidupnya mungkin terkurung dalam bayang-bayang sendiri yang memyebabkan hidupnya gelap dan tidak bahagia.

Senyuman memainkan peranan penting dalam menyampaikan mesej hati, perasaan dan sifat seseorang. Ia adalah interaksi halus yang mengambarkan akhlak, tingkah laku dan perangai seseorang.

SENYUM BAHAGIA SENTIASA

Tapi, bagaimana untuk senyum sentiasa ya???

Artikel kali ini, saya ingin mengajak anda untuk senyum sentiasa dengan tips "Ingat 2 dan Lupa 2"

INGAT SATU

Ingatlah sentiasa KEBAIKAN orang lain kepada kita.

Setiap kebaikan yang dilakukan oleh orang lain kepada kita harus kita ingati selalu. Cuba catatkan dalam diari kehidupan anda supaya ia tidak luput dek ingatan.

Itu tanda kita dihargai dan akan melahirkan rasa bertuahnya diri ini kerana sering menerima kebaikan serta penghargaan daripada orang lain.

Tapi, harus diingat. Pihak yang paling berjasa dalam memberi kebaikan kepada kita adalah Allah Taala. Tidak dapat dihitung nilai kebaikan-Nya.

LUPA SATU

Lupa-lupakanlah KEBAIKAN kita kepada orang lain.

Jangan diungkit-ungkit. Jangan disebut-sebut. Biarkan ia berlalu ditiup angin zaman dan masa.

"Kalau bukan kerana jasa Kerajaan, takdelah negara kita maju macam sekarang. Ada sekolah, hospital, projek itu,bla...bla...bla..." (UMNO memang macam tu...haha3x)

"Huhh!!!, Kalau bukan sebab aku, kau takkan dapat sambung belajar luar negara. Semua tajaan tu, aku yang luluskan untuk kau. Jasa aku itu. bla...bla..bla..." (Dasar UMNO jugak...haha3x)

"Aku dulu kan pernah tolong kau. Kaulah pulak tolong aku"

"Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. (Al-Baqarah: 264)

Dalam persoalan ibadah dan amalan, lebih-lebih lagi. Jangan sesekali diungkit tentang ibadah kita kepada Allah Taala. Ia sememangnya tidak mampu menandingi setitis air di jarum dengan air selautan benua yang luas.

INGAT DUA

Ingat-ingatlah selalu KEBURUKAN dan kesalahan yang kita lakukan kepada orang lain.

Cubalah untuk kenang dan ingati kesalahan kita pada setiap tutur kata, tingkah laku, amal perbuatan atau apa saja dengki kianat yang ada.

Jangan sesekali biarkan ia terbang dari kotak fikiran tanpa sebarang penyesalan dan penyelesaian.

Di sebalik keburukan yang banyak kita lakukan kepada manusia, keburukan, kejahatan dan dosa kepada Allah adalah yang paling melata kita lakukan setiap detik dan masa.

Oh ya Allah... Kami hamba berdosa... Ingat-ingatlah selalu.

LUPA DUA

Lupa-lupakanlah KEBURUKAN dan kesalahan orang lain kepada kita.

Ya... Kadang-kadang ini susah. Saya pun pernah terasa susah untuk melapangkan dada kepada 2 orang cikgu yang sengal dan bangang di sekolah dahulu.

Tapi, itu bukan sikap yang baik. Orang yang gagal untuk memaafkan orang lain adalah simptom manusia yang paling tidak bahagia.

Jika masih ada baki-baki duka yang tercatat di diari kehidupan, hapuskan saja di sisi kehidupan anda.

Yang penting, Happy go lucky!!!

Kerana, bahagia itu adalah pilihan...

post signature

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
    follow me on Twitter