MEREKA KAUM YANG GILA BOLA

. 18 November 2009
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

Malam ini Mesir akan menentang Algeria dalam perlawanan play-off kelayakan Piala Dunia 2010. Jika Mesir menang malam ini, Mesir akan layak beraksi dalam kejohanan Piala Dunia nanti. Jika ini terjadi, maka kegilaan mereka akan bertambah-tambah menjadi.

Hari ini saya terpaksa pulang awal ke rumah. Alhamdulillah, sampai juga ke rumah pada awal maghrib tadi. Jika tidak, saya akan bertarung dengan kesesakan yang menggila malam nanti.

Orang Mesir cukup ekstrim dan taasub dengan bola. Kalau bercakap pasal bola, pasti melambung-lambung pujian dan ulasannya kepada kontinjen bola sepak mereka... Jika ada sahaja perlawanan bola sepak, pasti Bandar Kaherah akan bergegar...

Bergegar dengan suara tempik sorak, bunyi hon yang membingitkan, bunyi mercun yang berdentum-dentum disana-sini, bunyi gendang berpalu-palu, aduh!!! Sakit jiwa aku...

Di hadapan kompleks kediaman saya (Suq Sayyarat), ada dua skrin gergasi yang disediakan untuk menonton setiap perlawanan bola sepak.

Kerana bola sepak juga, sesetengah kelas pengajian terpaksa dibatalkan. Tatkala cuti sekolah, lebih-lebih lagi menghairahkan. Mereka hanya bermain bola tanpa henti hingga awal pagi. Mereka sanggup bermain pada waktu tengahari tatkala panas terik musim panas.

Orang Mesir cukup mudah digula-gulakan dan dikhayalkan hanya dengan sebiji bola. Sebiji bola boleh membawa kesan yang besar kepada penduduk Mesir.

Tak dapat nak dibayangkan jikalau Israel datang menyerang tatkala orang mesir mabuk dengan bola-bola mereka. Mungkin tentera Israel dapat menyettlekannya dengan mudah tanpa sebarang tentangan yang banyak. Israel dan Mesir tak jauh pon. Hanya sempadan sahaja... Aduh!!! Dunia akhir zaman...

Saya doakan Mesir kalah malam ini...huhu

P/S : Berpada-pada pada sesuatu perkara...

post signature

2 comments:

ape2 je la berkata...

"Kerana bola sepak juga, sesetengah kelas pengajian terpaksa dibatalkan"

bimbang ade pembaca yg silap faham..bukan kerna nk tengok bola terpksa dibatalkan..ttp krn sesaknya jalan raya ketika perlawanan bola sehingga menyukarkan perjlanan..huhu

TENGKU KHAIRUL IDHAM berkata...

Yer... Terima kasih...

Memang itu pon sebenarnya sebabnya... Mungkin terlupa nak tulis...huhu

Terima kasih krn tegur...

Related Posts with Thumbnails
    follow me on Twitter