MENJADI DIRI SENDIRI

. 14 November 2009
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

Kata-kata seumpama ini biasa kedengaran :-

"Kenapa enta pakai songkok ni??? Macam pemuda UMNO je... Tak macam ustaz ngaji Azharlah"

"Awak kenalah jadi macam si dia. Barulah layak pemimpin"


"Saya nak jadi macam Anwar Ibrahimlah. Dia tokoh yang hebat!!!"

"Kalau nak berdakwah, enta kenalah jadi macam Ustaz Azhar. Pandai buat lawak"

Aduhhh!!! Manusia memang banyak mengomen dan mengomelnya...

Setiap manusia mempunyai kelebihan, potensi serta upaya bakat yang tersendiri. Kelebihan kurniaan Allah ini jarang manusia perhati dan teliti sebagai salah satu di antara nikmat-nikmat Allah yang agung. Namun, upaya bakat ini kadang-kadang tersembunyi serta sedikit segan untuk tertonjol keluar.

Apa yang penting, olahan itu bagaimana...

Salah satu keagungan Baginda Nabi SAW adalah kemampuan Baginda untuk menempatkan Para Sahabat Baginda sesuai dengan kemampuan bakat dan kesediaan mereka sendiri.

Saidina Ali ditempatkan pada kedudukan kehakiman. Saidina Muaz dalam masalah keilmuan. Saidina Ubai dalam hal ehwal Al-Quran. Zaid dalam bidang Faraid. Khalid Al Walid dalam konteks jihad dan strategi ketenteraan. Qais Bin Thabit pula dalam hal ehwal pidato dan pengucapan umum.

Menyatu serta hanyut dalam sahsiah diri orang lain pada hakikatnya adalah satu perbuatan membunuh diri. Memakai baju sahsiah orang lain adalah satu pembunuhan terancang. Membunuh anugerah yang Allah kurniakan serta tidak mengakui hakikat kehebatan diri sendiri.

Umpama hanya meminjam baju orang lain untuk dipergayakan sedangkan kita mempunyai baju yang jauh lebih cantik dan menawan daripada baju yang dipinjam itu. (Sape2 yang pinjam barang-barang saya tu, hantar-hantarlah... Jangan buat macam harta sendiri plop...Geram btol!!!)

Salah satu tanda dan fenomena kebesaran Allah adalah perbezaan sifat yang ada pada manusia, nilai sahsiah yang berbeza, warna kulit serta tutur kata bahasa yang berbeza.

Saidina Abu Bakar yang tampil dengan kelembutan serta sahsiahnya yang pengasih sudah memberi manfaat yang besar bagi umat dan agama.

Saidina Umar Al Khattab dengan sikapnya yang keras dan keteguhannya sudah membangkitkan kekuatan Islam dan penganutnya.

Dengan kata lain,menerima dengan penuh kerelaan anugerah dan pemberian yang ada pada diri kita merupakan satu suruhan. Oleh itu, kembangkanlah, tumbuhkanlah dan dapatkanlah manfaat daripadanya.

Taklid buta dan terlalu mudah melebur dalam sahsiah diri orang lain merupakan penguburan hidup-hidup terhadap bakat yang Allah kurniakan.

Pembunuhan terhadap kemahuan diri sendiri adalah penghancuran secara sistematik terhadap sahsiah penciptaan manusia itu sendiri. Jangan di depan lain, di belakang lain.

"Dan tiap-tiap umat, ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya. Oleh itu, berlumba-lumbalah kamu ke jalan kebaikkan"

(Al-Baqarah : 148)
Jangan bersedih dan kecewa jika tidak dapat terbang ke bangunan tinggi meskipun mempunyai sayap di bahu. Tapi, kita masih ada kaki yang boleh sampai ke bangunan tinggi itu juga.

Oleh itu, berusahalah menjadi diri sendiri dan bukannya menjadi diri yang hipokrit.

post signature

2 comments:

BUJANG SUSAH berkata...

Assalamualaikum... Salam ziarah dari sahabat.. nice blog n good entry..

Sedikit tips dan info buat teman2 bloggers.. perkara remeh yg kita kurang perasan dan tutor 4 the latest read more.. tengok jgn x tengok.. sila
klik disini.

Semoga bermanfaat insyaAllah.."Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain"(Hadis riwayat Al-Qudhi).

"SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT"

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran". - Surah Al-Asr:1-3.

blog anda bagus dan bermanfaat...!!! Teruskan menulis.. Semoga sejahtera dan semoga sentiasa diberi keberkatan.. wassalam.

Faarihin berkata...

Salam dek.. sama2lah menjadi diri sendiri yer.. (^__^)

Related Posts with Thumbnails
    follow me on Twitter