JALAN-JALAN CARI WANITA

. 19 Oktober 2009
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

BAHAN-BAHAN

1 Batang pen
1 helai kertas (kecil sedikit dari A4)
2/3 Perenggan kata-kata berupa nasihat.(secukup rasa)

Begini. Caranya cukup mudah. Anda tidak perlu mengerah suara dan tenaga. Cukup sekadar menggerakkan tangan menulis tidak sampai 10 minit. Kemudian menggerakkan tangan menghulur kertas tidak sampai 10 saat.

Untuk apa? Hendak tulis apa?

Untuk mereka yang berjiwa iman luhur. Semestinya iman tidak selesa melihat maksiat menjamu hati. Tetapi,kebanyakan hati-hati kita ini hanya sekadar tidak redha dalam hati.

Bagi kita, kalau tidak mampu menegur mengunakan tangan dan mulut, benci dalam hati itu pun sudah dikira iman. Aishhh, tak kan hendak pegang title selemah-lemah iman itu sampai mati kan???

Jadi, sebagai manusia yang pantang mencari alasan, pastinya otaknya ligat mencari sebab untuk tetap berdakwah. Bukan mencari sebab untuk takut berdakwah.

Dakwah yang cuba dilaksanakan di Perhentian Bas utama di bandar Kuala Terengganu

Saya menemui satu cara yang saya fikir agak kreatif untuk ‘menahi mungkar’ melalui seorang sahabat yang sangat saya kagumi fikrah dakwahnya.

Mungkin kita ingin menegur pasangan cintan-cintun yang busy berdating, ataupun, gerombolan wanita yang busy membuat tayangan baju ala-ala baju budak tadika KEMAS.


Golongan anak-anak muda ini adalah mad'u kita yang harus diperbetulkan

Tetapi kerana tidak yakin dan takut akan respon mereka ini, anda batalkan niat anda.

Oleh itu, saya cuma menyediakan cadangan untuk anda. Anda tulislah kata-kata nasihat yang betul-betul lahir dari lubuk hati anda. Tidak perlu terlalu banyak berdalil. Yang penting hikmah melalui tulisan anda itu tertusuk ke hati mereka.

Awas! Jangan cuba-cuba taip! Tulislah dengan tulisan tangan kerana ia melambangkan kejujuran dan keikhlasan anda untuk menasihati.

Awas! Jangan guna ayat-ayat mencaci dan kasar! Kata-kata pujian pada awalnya dan kelembutan dalam menasihati itu yang nabi ajarkan kepada kita.

Misi mencari mad'u di sekitar Bandar Kuala Terengganu

Contoh ayat-ayat nasihat :-

Assalamu’alaikum saudari..

Maaf menganggu waktu saudari. Sebenarnya dari tadi saya asyik memandang saudari. Alhamdulillah, saya lihat saudari memang cantik bertudung litup,dan berbaju kurung. Kurniaan Allah yang Maha Sempurna juga menghadiahkan wajah yang sempurna cantiknya buat saudari. Semuanya lengkap untuk menjadi seorang muslimah. Bahkan saudari jauh lebih sopan pakaiannya daripada wanita-wanita di sekeliling saudari yang berpakaian singkat lagi ketat. Itulah istimewanya saudari.(“,)

Saudari pernah dengar kata-kata ini :

“ Jadilah kamu seperti mutiara yang di dasar lautan, biar ia jauh ke dasar dan tertutup tiram, namun nilainya tiadalah tandingan, usah kamu jadi seperti batu di jalanan,begitu murah dan mudah dipijak-pikak orang-orang tanpa sebarang nilai ”

Begitulah letaknya harga seorang muslimah. Prinsip kita, kita bukanlah murah dan mudah untuk didekati mana-mana lelaki. Prinsip kita, kita adalah mawar yang awas dilingkari duri. Namun, jika sekarang saudari sedang bersama lelaki yang jelas-jelas bukan suami saudari, di mana letaknya lagi nilai diri saudari? Haruskah dipersamakan seperti batu tadi?

Saya yakin saudari bukanlah seperti itu. Saudari,apabila menjadi wanita, jadilah mahal untuk lelaki. Apabila menjadi wanita, jadilah sombong untuk lelaki. Apabila menjadi wanita, jadilah yang susah untuk lelaki, kerana itu adalah taraf kita. Yang terpelihara dari yang murah dan mudah.

Sekadar itu sahaja saudari. Kerana saya sayangkan saudari yang sama-sama memegang title muslimah, saya mengajak saudari agar jauhilah bicara-bicara fitnah yang akan menimpa saudari. Mata-mata yang melihat keadaan saudari berdua dengan lelaki, sedikit sebanyak akan mengurangkan maruah diri saudari. Sedangkan maruah itu adalah permata seorang wanita.

Saudari,maaf jika ada keterlanjuran kata.

(Kemudian,lipatkan kertas tersebut, dan bergeraklah mencari ‘wanita’ yang dimaksudkan. Dengan lafaz bismillah, anda hanya perlu tegur dan bagi salam. Kemudian hulurkan ‘surat’ tersebut. Kemudian meminta diri. Hanya itu!)

Berjumpa dengan seorang wanita bersama dengan pakwenyer!!!

Yakinlah dengan niat kita. Jika bukan sekarang perubahannya, InsyAllah, suatu masa, nasihat kita akan menjadi ‘turning point’ baginya untuk berubah.

Yang penting setelah itu, kita banyak berdoa agar Allah membuka hati mereka ini. Itu sahaja tinggal usaha yang terakhir.

Cubalah dahulu!!!huhuhu...

Kita adalah agen perubah masa depan negara. Islam memimpin perubahan

P/S : Gambar-gambar diatas adalah antara misi dakwah yang dilaksanakan di sekitar Bandar Kuala Terengganu ketika kami menyertai Program Penjanaan Generasi Ulul Albab dahulu...

post signature

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
    follow me on Twitter