Manusia ini terlalu lemah. Tidak berdaya untuk melakukan sesuatu apa pun sebenarnya tanpa pertolongan dari Allah.
Lidah dan mulut adalah anggota yang mudah 'terseleweng' untuk jatuh kepada dosa. Malah lebih mudah mengundang kepada simptom 'cacat emosi'.
Saya bawakan satu latihan yang sangat mudah untuk menguji bahawa kita adalah sangat lemah.
Cuba anda menyebut perkataan 'Bismillah...'. Anda hanya perlu sebut 'Bis' sahaja tanpa menutup mulut. Mampukah?
Hasil survey yang dibuat, semua orang PASTI dalam keadaan 'ternganga' sebab mustahil sekali menghasilkan 'Bis' tanpa menutup mulut.
Itulah manusia... nak bercakap pun tak mampu tapi masih tak sedar diri dan still merasakan diri terlampau hebat !'
Emmm.. saya pun terfikir sendirian, apalah halnya orang yang dikurniakan nikmat bercakap tapi menggunakan mulutnya untuk perkataan mencarut, memaki hamun,menfitnah,menuduh orang dan pelbagai perkara yang sia-sia...
Memang kufur nikmat namanya....!!!!
P/S : Bila anda melontar batu ke arah orang lain, kemudian menyembunyikan tangan di belakang,
Itu bacul namanya......
3 comments:
Salam.Ust Idham marah kat sape ni? Kalau marah kat saya, saya mintak maaf ye. Huhu. :)
Wslam..
Ini sekadar artikel ringan sbgai peringatan. Bukan marah kat sape2 pon.
Saya maafkan semua penghuni di bumi ni samada korang buat SALAH atau pun tidak...
Commit to be Happy...
maaf, terjumpa blog tuan secara tak sengaja.. coretan sangat berinspirasi..
:) keep up good writing..
Catat Ulasan