Saya cukup sakit hati apabila membaca berita perihal sesetengah pihak yang sanggup mengadaikan akhlak dan peri budi pekerti diri semata-mata untuk melobi atas kepentingan pihak dan organisasi tertentu.
Pilihanraya Kecil Permatang Pauh sekali lagi mencabuli kemuliaan akhlak dan budi bahasa masyarakat apabila daerah tersebut tercemar dengan ‘wajah-wajah’ buruk pihak tertentu yang melakukan pelbagai tindak tanduk yang tersangat asing dari syiar Islam.
Cukup memualkan saya apabila melihat gelagat-gelagat dan berita seperti gambar di atas yang berperangai seperti beruk jadian manusia. Malah sebagai beruk-beruk di jalanan.
Teramat sukar membawa nilai agama untuk di’releate’kan bersama ketika berkempen. Orang yang melihat menjadi menyampah dengan tingkah laku anda yang memualkan itu.
Kenapa agak sukar untuk kita membawa nilai-nilai murni dalam mendokong ideology dan pegangan kita????
Apabila rakyat menolak ideology organisasi anda,maka mulalah melenting tanpa arah mencari fitnah sana sini. Di zaman politik bercelaru ini,fitnah menular disana sini.Mengumpat mengeji itu dan ini.
Perbezaan politik itu menjadikan mereka lupa tentang apakah yang hendak diperjuangkan. Ajaran Islam tentang hubungan seorang muslim dengan muslim yang lain seperti etika memberi salam,senyum antara dua saudara yang bertemu dan berbagai-bagai lagi mengundang jauh malah pupus dalam jiwa dan amalan seorang muslim.
Maka tidak hairanlah,jika akhlak muda-mudi hancur membusuk jika demikian pembentukkan nilai-nilai yang ada di kalangan orang politik terutamanya para pemimpin.
Saya cukup meluat dengan fitnah di sana sini,sumpah sana,sumpah sini. Orang sumpah,dia pon nak sumpah jugak…
Melihat kepada orang politik yang jerit-menjerit di jalan raya dengan bahasa yang jjik dan kotor malah sanggup mempamerkan aksi lucah di khalayak ramai, sesungguhnya anda TIDAK LAYAK memerintah.
Malah sanggup pula sesetengah ibu bapa membiarkan anak-anak gadis datang dari jauh dan dekat untuk berkempen sama bagaikan nak rak. Bergaul bebas tanpa batasan malah turut sama-sama menyumbangkan aksi lucah. Gadis-gadis ini merayau siang dan malam atas nama meraih undi. Kesemuanya HALAL atas nama kempen.
Apabila dicabul,mulalah ‘melalak’ fitnah orang itu orang ini. Padahal anda tidak mengetahui bahawa andalah puncanya…..
Mungkin tulisan ini sedikit emosi namun saya cukup meluat dengan keadaan carca marba ini.Islam memberi garis panduan pengamalan demokrasi serta muamalat dalam kehidupan bermasyarakat. Islam juga menegah daripada melakukan sesuatu perkara dalam keadaan ‘terlebih over’ atau melampaui batas.
"Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak menyukai mereka yang melampaui batas".(Surah al-Baqarah ayat 190)
Konklusinya,hiduplah dalam pengamalan Islam hatta urusan politik untuk memenangkan calon sekalipun. Usah melampaui batas. Jangan mengaibkan maruah seseorang sehingga ia betul-betul bersalah. Ingat,anda bukan hakim. Jangan budaya ketimuran itu hilang dalam jati diri kita. Sepanjang saya berada di luar negara,rakyat asing seluruh negara cukup memandang orang Malaysia terlalu tinggi dalam berbudi bahasa.Sangat menghormati Malaysia. Jangan kerana kamu,maruah ke’melayu’an aku juga rosak.
Saya bukan menentang tetapi benci akhlakmu yang ranjang... Jangan mengharap kemenangan andai akhlakmu songsang....
Bak kata Dr.Asri, Mufti Perlis,
PERMATANG PAUH:ISLAM SEMAKIN MENJAUH
0 comments:
Catat Ulasan