MA'RAD KITAB: MEDAN CURAHAN ILMU…

. 04 Februari 2008
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks


Tahun ini saya berpeluang untuk menghadiri 'Ma'rad Dauli Lil Kitab' di bumi Kaherah ini. Ma'rad atau 'Pesta Buku Antarabangsa' ini adalah kali yang ke-40 diadakan…. Sudah pastinya Ma'rad ini ditunggu-tunggu oleh para pencinta ilmu tempatan malah dari seluruh pelusok dunia amnya. Ini kerana sepanjang saya berkunjung ke sana, saya bertemu dengan ramai warga asing di Ma'rad tersebut.

Apa yang menariknya yang ingin dikongsi disini adalah mengenai perkembangan budaya ilmu yang pesat di bumi anbiya' ini. Saya dapat merasakan suasana itu dan kadang-kadang mencabar semangat saya untuk seiring dan searus dengan perkembangan ini…

'Ma'rad Qaherah Dauli lil Kitab' ini adalah 'International Book Fair' yang Ke-2 terbesar di dunia selepas Negara Jerman. Memang amat munasabah jika 'Ma'rad Kaherah' ini menduduki 'ranking' setaraf dengan Negara barat kerana kawasan pameran dan jualan tersebut amat luas. Saya telah berkunjung 5x ke Ma'rad tersebut namun masih belum sempat untuk melawati semua 'booth' yang dipamerkan.. Amat luas sekali…..


Disini terlalu banyak pusat2 cetakan dan keluaran buku bermutu yang terhasil disini… Cetakan buku disini berkembang pesat sehingga saya berada dalam dilemma untuk membeli hanya sekadar sebuah kitab 'Riadu Solihin' sahaja kerana terlalu banyak cetakan kitab tersebut. Lambakan Kitab/buku yang terlalu banyak mengasyikkan mata memandang.. Kadang2 terasa amat dengki apabila melihat orang ramai 'melombong' kitab secara borong disana, Malah mereka bersiap sedia membawa troli untuk mengangkut kitab yang mereka beli. Saya juga terserempak dengan ustazah2 kita yang siap membawa troli lagi untuk mengangkut kitab2 mereka. Saya pon ada juga membeli sedikit kitab tapi sekadar kitab kuliah dan kitab tambahan sahaja.

Di Ma'rad ini juga turut ditampilkan tokoh2 ulama kotemporer dan ilmuan semasa yang terkenal dari seluruh pelusuk dunia seperti Syeikh Dr. Yusuf Qadrawi, Dr Wahbah Zuhaili, Dr Abdullah Ai'd Al-Qarni dan sebagainya.Para pengunjung juga turut berkesempatan untuk bergambar n beramah mesra dengan ulama besar ini dan juga mendengar khitobah beliau. Berikut sedikit ringkasan jadual program tersebut:

TETAMU TARIKH MASA TEMPAT
Dr Abdullah Ai'd Al-Qarni : 27/1/08 3.00ptg Solah 6
Dr Wahbah Zuhaili : 28/1/08 3.30ptg Booth Darul Salam
: 29/1/08 12.30ptg Booth Darul Salam
: 30/1/08 3.30ptg Booth Darul Salam

Keadaan ini sangat berbeza dengan Pesta Buku di Malaysia. Saya jarang sekali 'miss' dari menghadiri pesta buku di Malaysia. Dah memang hobi saya…. Namun, pesta buku di Malaysia sering kali menghidangkan pengunjung dengan kehadiran artis yang lebih tertumpu kepada aspek hiburan n bersuka ria. Malah turut diadakan konsert disana. Ini langsung tidak terzohir suasana keilmuan dan tidak 'maching' langsung dengan program yang dijalankan … Jadi matlamat keilmuan tidak sampai disana, just sekadar tempat untuk menjual beli sahaja.. Saya bukan konta dengan penganjuran pesta buku di Malaysia cuma perlu kepada penambahbaikan dalam program tersebut.

Gesaan saya supaya sama2lah kita mewujudkan satu budaya keilmuan dan minat suka membaca dalam masyarakat kita. Saya telah berusaha untuk semaikan sepenuhnya minat membaca dalam diri saya. Harap2 ia menjadi satu kenyataan. Saya juga menyeru pada teman2 semua. Buku adalah teman yang tidak akan khianat kepada kita,malah akan terus menolong kita selama mana kita berdamping dengannya. Bukan seperti teman manusia yang mempunyai pro kontra terhadap kita.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
    follow me on Twitter