KALAM BERMADAH....

. 23 Februari 2008
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

Mutiara hikmah n kalam bermadah Saidina Ali r.a ini sebagaimana yang terdapat di dalam kitab Nahjul Balagh dan Al-Bayan Wattabyeen r.a..

Moge-moge berguna n membangkit secibit kesedaran.....

1. Pendapat seorang tua adalah lebih baik daripada tenaga seorang muda
2. Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran
3. Kebesaran seseorang itu bergantung dengan qalbunya yang mana adalah sekeping daging
4. Mereka yang bersifat pertengahan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin
5. Jagailah ibubapa kamu, nescaya anak-anakmu akan menjagai kamu
6. Bakhil terhadap apa yang ditangan adalah tidak mempunyai kepercayaan terhadap Allah
7. Kekayaan seorg bakhil akan turun kpd ahli warisnya@ke angin. Tiada yg terpencil dr seorang yg bakhil
8. Seorang arif adalah lebih baik daripada arif.Seorang jahat adalah lebih jahat daripada kejahatan
9. Ilmu adalah lebih baik daripada kekayaan krn kekayaan harus dijagai, sedangkan ilmu menjaga kamu
10.Jagalah harta bendamu dgn mengeluarkan zakat & angkatkan kesusahanmu dgn mendirikan sembahyang
11.Sifat menahan kemarahan adalah lebih mulia daripada membalas dendam
12.Mengajar adalah belajar
13.Berkhairatlah mengikut kemampuan mu dan jgnlah kamu jadikn keluargamu hina & miskin


14.Insan terbahagi kepada 3 :
a) Mereka yang mengenal Allah
b) Mereka yang mencari kebenaran
c) Mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran.
Golongan yang terakhir inilah yang paling rendah dan tak baik sekali dan mereka akan ikut sebarang ketua dengan buta seperti kambing
15.Insan tak akan melihat kesalahan seorang yang bersifat tawadhu' dan lemah
16.Janganlah kamu takut kepada sesiapa melainkan dosamu terhadap Allah
17.Mereka yg mencari kesilapan dirinya sendiri adalah selamat dri mencari kesilapan orang lain
18.Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan apa yang ia lakukan utk memperbaiki dirinya
19.Manusia sebenarnya sedang tidur tetapi akan bangun bila ia mati
20.Jika kamu mempunyai sepenuh keyakinan akan Al-Haq dan kebenaran, nescaya keyakinanmu tetap tidak akan berubah walaupun terbuka rahsia-rahsia kebenaran itu.
21.Allah merahmati mereka yang kenal akan dirinya dan tidak melampaui batas
22.Sifat seseorang tersembunyi disebalik lidahnya
23.Seorang yang membantu adalah sayapnya seorang yang meminta
24.Insan tidur di atas kematian anaknya tetapi tidak tidur di atas kehilangan hartanya
25.Barangsiapa yang mencari apa yang tidak mengenainya nescaya hilang apa yg mengenainya
26.Mereka yg mendengar orang yg mengumpat terdiri drpd golongan mereka yg mengumpat
27.Kegelisahan adalah lebih sukar dari kesabaran
28.Seorg yg hamba kpd syahwatnya adalah seorg yg lebih hina drpd seorg hamba kpd hamba
29.Orang yang dengki marah kepada orang tidak berdosa
30.Putus harapan adalah satu kebebasan , mengharap (kpd manusia) adalah suatu kehambaan
31.Sangkaan seorang yang berakal adalah suatu ramalan
32.Seorang akan mendapat tauladan di atas apa yang dilihat
33.Taat kepada perempuan (selain ibu) adalah kejahilan yang paling besar
34.Kejahatan itu mengumpulkan kecelaan yang memalukan
35.Jika berharta, berniagalah dengan Allah dengan bersedekah
36.Janganlah kamu lihat siapa yang berkata tetapi lihat apa yang dikatakannya
37.Tidak ada percintaan dengan sifat yang berpura-pura
38.Tidak ada pakaian yang lebih indah daripada keselamatan
39.Kebiasaan lisan adalah apa yang telah dibiasakannya
37.Jika kamu telah menguasai musuhmu, maafkanlah mereka, kerana perbuatan itu adalah syukur kepada kejayaan yang telah kamu perolehi.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
    follow me on Twitter