KE MANA MENGHILANGNYA TARBIYYAH???????

. 24 November 2007
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

Gambar menunjukkan proses tarbiyyah di Masjid Al-Azhar

Tarbiyyah sememangnya hampir sebati dengan golongan agama. Kerana kesan tarbiyyah inilah golongan agama menjadi golongan yang 'berbisa' untuk dipandang… Lebih mantap lagi jika terisi dengan tarbiyyah ruhiyyah.

Namun begitu, terdapat juga kepincangan dan ke'sia-sia'an setelah diberi sepenuhnya tarbiyyah. Hal ini mengelamuni sebahagian golongan dan pelajar agama. Saya bercakap atas dasar saya juga adalah pelajar agama. Maka menjadi sewajarnya untuk saya mengulas kepincangan dan kecacatan ini…. Banyak proses tarbiyyah yang dilaksanakan bagi mencapai target modal insaniah dan akhlak yang terpuji……

Tarbiyyah adalah satu proses jangka masa panjang.Namun begitu ia bukan penyebab untuk kita tidak boleh mengikuti selangkah demi selangkah untuk diamal dan dipraktikkan.. Mereka telah mengikuti banyak sekali daurah, tamrin, rehlah, muqayyam dan bermacam lagi program tarbiyyah lain malah pernah menjadi pimpinan yang menjadi model anggota bawahan. Namun apa yang amat mengecewakan tarbiyyah ini tidak dapat digunakan tatkala timbul sedikit masalah yang amat remeh untuk disettlekan. Malah menimbulkan masalah yang lebih besar lagi sehingga membabitkan keterlibatan orang lain. Kemana perginya tarbiyyah kamu????? Ke mana pergi penat lelah kamu berprogram???? Ke mana perginya tadhiyyah kamu?????

Saya cukup kecewa apabila masalah yang timbul langsung tiada inisiatif penyelesaian dan membiarkan ia terus membengkak dan membusuk. Langsung tiada tasammuh dengan anggota yang lain. Apa yang dibuat hanya " bermasam muka, menawarkan hati,mempahitkan jiwa,memusnahkan nurani yang ada" dan tidak bertegur sapa……. Apa ni????????? Masalah perhubungan persahabatan dan ukhhuwwah sesungguhnya hanyalah masalah sikap yang boleh diubah..Ingat, buleh diubah………………

Rasulullah SAW pernah mendapat teguran dan "kecaman" dari Allah SWT terhadap sikap baginda yang bermasam muka dan sikap dingin baginda terhadap Amru bin Qais Umi Maktum ( Abdullah bin Umi Maktum )… Betapa beratnya hal ini sehingga Allah maktubkan hal ini dalam Al-Quran dan dijadikan surah khusus dalam Al-Quran iaitu surah Abasa…. " Abasa wa tawalla." Surah ini menceritakan bagaimana sikap nabi bermasam muka dan berpaling dari Abdullah Umi Maktum yang buta yang mana datang kepada nabi untuk hal keilmuan dan untuk menambah iman. Ketika itu nabi sibuk berdakwah dan melayan pembesar2 kafir untuk tujuan Islam…. Rasulullah mendapat teguran dari Allah dalam keadaan nabi melakukan kebaikan dan dakwah di jalan Allah. Apatah lagi kita????????? Seribu kali memang patut kita ditegur dan dikritik………..

Dalam tarbiyyah, aspek ukhwwah dan marhabbah amatlah ditekankan dan diambil berat malah dijadikan silibus dalam tarbiyyah.. Namun ukhuwwah mudah retak dan hancur berderai dek kerana nafsu, emosi dan sikap yang langsung tidak berlandaskan iman….. Langsung mengundang jauh….. Jika ini terjadi, tarbiyyahmu sia-sia kawan… membazir tenaga yang berkorban untukmu…. Tiada butir mutiara dari tarbiyyahmu…… Ke mana perginya tarbiyyahmu kawan??????????

Sampai bila kamu ingin hidup dalam gerhana dek kerana perbuatan kita sendiri. Kita sering merasakan diri kita betul namun hakikatnya bayang-bayang kita adalah bengkok….. Kamu kena sedar itu…… Jikalau hal ini beterusan,usah dimimpikan Islam akan menang….. Usah difikirkan daulah islam. Itu hanya omong2 kosong jika kita tiada ukhuwwah dan kesepakatan antara hubungan sesame kita… Jauh sekali. Ia bukan susah dan bukan juga senang. Islam akan menang jika kita mengambil langkah pertama menghindarkan kekeruhan ini….. Saya kata ia bukan susah kerana ia hanya berkaitan dengan sikap kita sahaja. Janganlah kerana emosi kamu tertutup semua pintu2 kebaikan orang lain……..

Ayuh sahabat2ku, kembali bina semula apa yang telah roboh. Hubungan persahabatan adalah satu rahmat dari Allah. Jangan terhantuk baru hendak mengadah. Biarlah kita golongan agama tidak terhantuk dan tidak mengadah. Ukhuwah sesame sahabat selama mana terpatri dinaungi para malaikat. Tiada guna kamu selamanaya begitu….. Masalah yang remeh, selesaikanlah secara matang dan dewasa…. Bukan seperti kanak2 kecil yang merengek dan merajuk……

Saya pernah dilanda pelbagai masalah semasa menjadi pimpinan sekolah dahulu. Macam2 masalah diadukan hattakan masalah keluarga sekalipun diajak saya berkongsi sekali. Sehinggakan juga soal hati dan perasaan turut dikongsi bersama walhal saya bukanlah yang sepatutnya diajukan masalah itu. Melihat hal ini, ada seseorang memberi satu 'best point' sebagai semangat kepada saya. Katanya, anggaplah masalah yang hinggap pada kamu sebagai nyamuk yang hinggap pada kamu yang mudah ditepis n 'diteboh'( bahasa trg )

Ayuhlah sahabat…. Anda golongan agama yang dipandang berbisa oleh orang lain. Jangan hilangkan bisa yang ada pada kamu seperti harimau yang kehilangan taring.. Ular yang kehilangan bisa. Jagalah hati sahabat2 anda seperti mana sahabat2 lain menjaga hati anda. Anda sememangnya tidak sama dengan sahabat yang telah berkorban untuk anda. Tidak selamanya anda akan gembira dan bahagia jika menyakiti hati kawanmu……………

Berubahlah untuk sesuatu yang lebih baik…. Jangan biarkan tarbiyyahmu hilang membazir dengan sia2….. Jika ia hilang, itu adalah tanda keberkatan kamu sudah tiada dan telah ditarik balik nikmat keberkatan dalam diri kamu………...

Selamanya kamu merasa kerugian dek kerana tarbiyyah sudah hilang dan lari dari kamu…………. Dedikasikanlah akhlakmu……..

" Unzur ila ma qola, wala tanzur ila man qola "

p/s

☺ Artikel ini ditulis tatkala berlaku 'perang dingin' di musim sejuk….hu…hu..

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
    follow me on Twitter