BUKAN MATI

. 10 Februari 2014
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks


Lama saya meninggalkan Blog.

Lama juga tidak menulis.

Ini menunjukkan juga saya sudah kurang membaca dalam tempoh dua tahun. Membaca ilmu-ilmu semasa tentang kehidupan. Itulah sebab setahun dua ini kurang pengisian.

Baru-baru ini sempat balik ke Malaysia sekejab. Itupun dengan tiket free tapi berbayar juga.

Tahun ini bagaikan tahun dukacita. Tahun ujian.

Ujian diri sendiri, ujian kehidupan, dan tak kurang juga ujian di negara orang. Kehidupan di negara bergolak. Kadang-kadang saya terfikir juga. Orang arab ini tiada akalkah. Tidak boleh berfikirkah. Apa yang mereka buat selalunya bertentangan dengan akal yang sejahtera.

Ya. Mungkin dia berakal. Gaya fikir mereka lain. Negara mereka. Cara mereka. Saya tak faham.

PULANG

Sewaktu mendapat panggilan untuk pulang, saya masih berada di Universiti. Waktu itu dalam pukul 10.30 pagi. Flight akan berlepas pukul 1.00 petang. Sudah pasti check-in lebih awal. Dalam pukul 11.00 pagi.

Saat melihat apa yang tertampal di dinding untuk hasil final year, saya sudah rasa hempakan yang sangat kuat atas kepala. Berat dan pedih. Terasa air yang bersuhu suam-suam suku cuba bertakung di celah-celah mata.

Al-Azhar masih sayang aku!

Kau masih mahu penjarakan aku lagi untuk tahun ini.

Kemudian Pegawai HEP bagitahu awak kena ke airport sekarang. Flight pukul 1.00 petang.

Otak saya berserabut dengan pelbagai sel-sel maklumat dan perasaan. Sempatkah? Barang baju belum bersiap kemas pun.

Ok. Perjalanan mesti diteruskan. Berjalan sahaja mengikut takdir Allah.

Saya tahan teksi. Segera mohon pecut teksi selaju mungkin balik rumah. Sampai rumah, saya minta driver teksi hold sekejab. Saya naik atas rumah berkemas. Memang kalut. Tambah pula perasaan sedih yang berbalut. Kalau ada kuasa macam Boboiboy dan jam kuasa melambat masa Yaya, insyallah saya steady dan tenang sahaja.

Saya hanya capai kain pelikat sehelai, baju sehelai, seluar sehelai dan beberapa kitab letak dalam beg carry. Mandi pun tak sempat. Apatah lagi nak ambik wudu'.

Dalam masa yang ada, terus ke Airport. Jalan pula sesak dan jem yang amat. Umpama Jem Strawberi yang diletak penuh diatas kepingan Roti Gardenia. Tiada ruang sikit pun. Melimpah pula.

Sampai Airport pukul 12.30+-. Nak cari tiket dan booding pass pula. Musing ketangg pulok bak kata orang teganung kiter.

Kesudahannya flight Kuwait sudah massalamah and say goodbye.

Peluh yang bercicir sia-sia saja. Berat badan tak berkurang. Apatah lagi lemak dalam badan.


USAHA

Dalam masa yang ada, cuba minta tasamuh pekerja-pekerja airport untuk selesaikan masalah. Ternyata arab adalah makhluk yang Allah utus untuk uji kesabaran. Semuanya tidak membantu. Keras membatu. Memang hati batu. Kalau tak hulur duit, tak jalan.

Ok. Fine.

Ujian bertimpa-timpa hari ini. Satu ujian sedih. Satu ujian terlepas flight. Sebelum itu, saya cuba keluarkan cash money dari ATM HSBC di Husein. Mesin pula bermasalah. Duit tak keluar. Tapi baki berkurang. Hangus 1000. Umpama anda bakar kertas and then anda lihat ia jadi hitam dan kemudian bertukar menjadi debu dibawa mulus mengikut lenggok angin menderu.

Dulu kat tempat sama kad kena telan. Satu lagi ujian. Cukup lengkap 3 ujian. Complete Set. Tiga itu sunat. Macam kombo set dinner KFC jer.

Sampai sekarang masih tak dapat claim balik 1000 tu dari HSBC.

Ya. Allah sayang aku. Allah nak hapus dosa-dosa hangpa yang banyak tu. Kata hati nurani yang beri tazkirah dan motivasi.

Saya letih. Ada ruang yang beralas kotak-kotak di tepi satu sudut. Saya belum solat zuhur. Saya solat qosor zuhur asar dan jamak takdim zuhur asar. Solat dulu. Istareh!

Selesai solat dan tarik nafas panjang-panjang, terasa pula perut yang sedikit 'bun' ni sedikit 'slim'. Kemudian saya cuba cari agen yang mengurus tiket. Jumpa. Yang menguruskan pun jumpa. Tapi mereka pun dok tahu kaler (kata orang teganung).

Cuba pula cari syarikat Kuwait. Tak beroperasi pula. Hangpa makan gaji buta ke apa?

REDHA

Saya dah letih. Ambil mp3 sumbat kat telinga. Buat keluar buku yang ada dibawa tadi. Buku Mukmin Profesional Ustaz Pahrol Mohd Joi. Kononnya untuk mem'profesional'kan keadaan yang berserabut sekarang. Bacalah dulu semuka dua.

Last-last datang pula sekelompok akhawat-akhawit duduk kat depan dan tepi saya. Hangpa nak uji iman ana ke aper??? Hilang konsentrasi membaca!

Senyum sentiasa walau pedih dan pahit

Tunggu apa respon pihak bertanggungjawab. Sampailah ke waktu asar. Macam tunggul jer duk kat situ. MP3 pun dah habis bateri. Handphone pom habis bateri. Swiff off. Tak dapat nak call sesiapa. Yalah. Dah on the spot nak bermusafir, manalah sempat nak cas telefon. Saya bukannya ada power bank.

Yelah. Kalau dah pakai handset Nokia Torchlight yang 110 tu, buat apa pakai powerbank!

Last sekali, Pegawai HEP Selangor ajak saya pulang. Tiada faedah tunggu disini. Lapar. Dari pagi saya tidak makan apa-apa. Terpuasa terus tanpa niat dan tak terpahala.

Balik sahajalah saya ke rumah kembali. Sampai di rumah sebelum masuk waktu maghrib.

Tadi aku sembahyang jamak zuhur asar.

Eh...

Tak jadi pula bermusafir... Alahai...










| tgidham @ http://khairulidham.blogspot.com |
| Abbasiah | 3.21 pm | 100214 |

3 comments:

Tanpa Nama berkata...

Menitis air mataku membaca artikel ini....
Haha

Tanpa Nama berkata...

Sob....sob

Ramadhan Awang berkata...

سهل الله أمورك
kisah-kisah ini akan jadi kenangan sampai mati. buat bekal untuk certa pada diri sendiri bahawa anda adalah seorang yang hebat. kerana itu ujian pada diri anda sangat berat.

Related Posts with Thumbnails
    follow me on Twitter