KEBAIKAN ITU MUDAH

. 03 Disember 2009
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

Ketika saya menunaikan umrah beberapa bulan yang lalu, saya beriktikaf di Masjidil Haram ketika cuaca sangat panas.

Satu jam menjelang Solat Zuhur, tiba-tiba seorang lelaki tua berdiri dan memberikan air sejuk kepada jemaah yang ada disitu. Tangan kanannya memegang satu gelas dan tangan kirinya memegang gelas yang lain.

Pak Cik tersebut memberi minum jemaah dengan air zam-zam yang sejuk lagi menyegarkan. Selepas seseorang itu selesai minum,beliau kembali mengambil air dan kembali memberi minum kepada jemaah yang lain pula. Ramai sudah jemaah yang dapat minum air zam-zam tersebut daripada pak cik tua itu.

Saya lihat keringatnya mengalir sabar tatkala orang ramai hanya duduk menunggu giliran mendapatkan air daripada pak cik tua itu. Dia buat tanpa dipinta.

Saya terfikir...

Saya mengagumi semangat, kesabaran serta kecintaan Pak Cik tua itu untuk melakukan kebaikan walaupun hanya pada perkara yang kecil. Wajahnya sentiasa menebar senyuman ketika memberi minum. Tiada ditarik mukanya tanda letih!!!

Pintu Bab Salam, Masjid Nabawi, Madinah.

Akhirnya saya mengetahui bahawa kebaikan itu sangat mudah dilakukan oleh sesiapa sahaja. Kepada sesiapa yang Allah Taala mudahkan untuk melakukannya. Bukan hanya kepada golongan baik-baik sahaja atau golongan ustaz-ustaz. Kepada sesiapa sahaja.

Allah Taala menpunyai simpanan kebaikan yang banyak sekali yang akan dianugerahkan kepada sesiapa yang dikehendakinya.

Allah Taala juga akan mengalirkan keutamaan kepada orang-orang yang senang berbuat kebaikan dan jijik melihat keburukan menimpa sesama manusia.

Lihatlah iktibar kebaikan dahulu bagaimana Saidina Abu Bakar As-Siddiq bersedia menempuh bahaya ketika berhijrah untuk melindungi Rasulullah.

Saidina Hatim rela tidur dalam keadaan lapar asal tetamunya kenyang.

Abu Ubaidah tidak tidur malam di tengah-tengah pasukannya yang tertidur lena.

Saidina Umar Al-Khattab sentiasa meninjau Kota Madinah ketika penduduknya lena tidur. Pada musim kebuluran, Saidina Umar hanya membalik-balikkan badannya kerana lapar. Sedangkan makanannya sendiri telah diberikan kepada rakyatnya.

Abu Talhah menjadikan dirinya sebagai perisai melindungi Baginda daripada tusukan panah ketika Perang Uhud.

Abdullah Ibnu Mubarak memberi makanan kepada orang lain sedangkan dia sendiri dalam keadaan berpuasa.

Bukankah ini semua nilai kebaikan???

Ingatlah, bukan susah untuk melakukan kebaikan walaupun ianya kecil...

P/S : Sapa-sapa yang nak air zam-zam, boleh datang rumah saya selagi stok masih ada...huhu

post signature

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
    follow me on Twitter