LELAKI MALAYSIA TIDAK TENANG

. 25 Disember 2009
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

Kaum lelaki Islam di Malaysia sedang menderita tidak boleh tidur nyenyak dan tidak dapat bersolat dengan tenang.

Demikian reaksi Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ini kerana, fikiran mereka sering terganggu oleh bilangan wanita-wanita berpakaian seksi yang semakin meningkat di khalayak awam semenjak akhir-akhir ini.

Beliau yang juga Mursyidul Am (PAS) berkata, beliau mahu membincangkan tentang “penganiayaan emosi” yang dihadapi kaum lelaki ini secara lebih terperinci kerana ia jarang dibincangkan dan diambil perhatian.

“Kita selalu (mendengar tentang) penganiayaan kanak-kanak dan isteri-isteri dalam rumah tangga yang mudah ditanggap mata tetapi penganiayaan emosi terhadap kaum lelaki tidak dapat dilihat,”

Menurut beliau lagi,

“Solat kita hilang tumpuan dan tidur kita sering terganggu,”

Datuk Nik Abdul Aziz pernah membuat kenyataan-kenyataan kontroversial terhadap wanita pada masa lalu termasuk menggesa kaum wanita supaya berhenti memakai gincu dan minyak wangi untuk mengurangkan risiko mereka dirogol.

Kumpulan-kumpulan hak asasi wanita pernah menyelar kenyataan-kenyataan beliau, sambil berkata bahawa Islam mengajar kedua-dua pihak lelaki dan perempuan supaya bertanggungjawab ke atas kesopanan mereka.

Mereka berkata, kenyataan-kenyataan seperti itu menggalakkan berlakunya kejadian rogol kerana ia meletakkan tanggungjawabnya ke atas wanita.

Laman web PAS ada menyiarkan contoh pakaian wanita secara grafik – dengan memakai tudung panjang yang menutupi rambut dan dada mereka serta baju panjang yang “besar dan longgar” yang bersesuai dengan trend semasa.

Kebanyakan wanita Melayu/Islam Malaysia memakai pakaian Islam yang sederhana, walaupun wanita muda kadangkala memakai baju kemeja-T ketat dan seluar jean yang menjolok mata.

Aduh!!! Derita sungguh lelaki zaman sekarang...wakaka

post signature

4 comments:

Shahibul Afzan Wahab berkata...

Nampaknya kaum lelaki kena lebih menjaga mata, dan elakkan mencuci mata. :)

nikza berkata...

bukan setakat lelaki yg tidak tenang, malah perempuan jugak tidak tenang...perempuan yg menjaga batas aurat ni jgk kdg2 jd mangsa rogol disebabkan lelaki melihat perempuan seksi sehingga menaikkan syahwat, dan kita juga perlu tau perempuan yg menutup aurat ini jugak terkesan dengan sikap perempuan seksi ni iaitu perasaan MALU menyelubungi diri walaupun bukan diri sendiri yg melakukannya..setuju @ tidak???? ni sekadar pandangan..maaf komen, ana org baru menjelajah blog ni..

TENGKU KHAIRUL IDHAM berkata...

Shahibul Afzan> Untuk menjaganya, bukan senang... Insyallah, sama2 kita cuba

TENGKU KHAIRUL IDHAM berkata...

Nikza> Saya setuju dengan pendapat saudari...

Apabila kemungkaran tidak dicegah, semua akan menerima tempiasnya termasuklah individu yg beriman/menjaga kehormatan...

Itulah penting usaha dakwah n pencegahan dr semua kelompok masyarakat...

Terima kasih kunjungi blog saya...

Related Posts with Thumbnails
    follow me on Twitter