SEMBANG-SEMBANG EKONOMI

. 21 Ogos 2009
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

Saya sedikit kagum dengan pemikiran Tun Dr Mahathir Mohd khususnya dalam bidang ekonomi dan kewangan. Beliau mempunyai daya pemikiran yang luar biasa serta daya pemikiran jauh ke hadapan.

Beliau adalah pemimpin utama asia yang mengutuk dasar kapitalis dalam sistem ekonomi dunia. Beliau telah menjangkakan bahawa sistem ini akan memakan diri dan akan mengalami kemusnahan sistem ekonomi yang teruk. Dan hal ini sudah terbukti hari ini.

Menurut beliau, kemerosotan ekonomi hari ini adalah lebih teruk dan lebih berbahaya berbanding kemerosotan ekonomi pada tahun 1998 dahulu kerana pada waktu itu kemerosotan hanyalah berlaku pada nilai mata wang sahaja.

Tetapi apa yang berlaku hari ini adalah disebabkan ekonomi US yang lumpuh teruk sehingga boleh dikatakan sistem mereka sudah tidak berduit lagi. Negara kita bergantung hasil sepenuhnya kepada sistem import dan eksport barangan kilang daripada US. Apabila sistem ekonomi US lumpuh, mereka akan menghentikan dan membatalkan seluruh tempahan dan aktiviti perdagangan dengan negara-negara industri termasuklah negara kita.

Kesannya, kilang-kilang akan ditutup dan segala aktiviti perdagangan terbantut. Duit sudah tidak mengalir untuk keluar masuk dalam negara dan tiada lagi pertumbuhan ekonomi berlaku.

PENYELESAIAN

Soalan penyelesaian ini diajukan kepada Tun Dr Mahathir bagaimana untuk mengatasi masalah kelembapan ekonomi ini.

Sumber hasil dan kekayaan negara sekarang adalah bergantung kepada PETRONAS. Jadi, PETRONASlah sumber penyelamat negara sekarang. Justeru itu, PETRONAS ini haruslah diurustadbir dengan baik bagi meneruskan keteguhan ekonomi negara di masa akan datang. Jangan ada 'bocor-bocor' lagi di tengah jalan atau tersilap masuk poket sendiri pula.

Ditanya mengenai sumber-sumber atau langkah-langkah lain yang ada untuk memback-up ekonomi negara, Jawab Tun, Ada.

"PERTANIAN..."

"Tapi, Perdana Menteri sekarang tidak hiraukan soal ini". Jawab Tun Dr Mahathir

Saya pun mengangguk setuju...

P/S : Ini adalah sembang-sembang kosong saya bersama Hj Khuzaini, Pegawai Nokia di Arab Saudi ketika beliau bertemu dengan Tun Dr Mahathir disana.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
    follow me on Twitter