JANGAN CUAI MASA

. 16 Ogos 2009
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

Termenung memikirkan nasib yang menimpa

P
engalaman semasa berada di Jeddah, Arab Saudi ada juga menariknya. Kami ke Jeddah untuk mencari pengalaman baru disamping menyelesaikan beberapa urusan.

Pertama, pergi ke pejabat urusan Wadi Nil/Dahab untuk mengesahkan tiket kapal pulang ke Mesir serta membayar cukai.

Kedua, menghantar sahabat kami ke King Abdul Aziz International Airport Jeddah untuk beliau pulang ke Malaysia.

Ketiga, pergi menziarahi Habib Umar Zain Sumait ke rumah beliau di Jeddah.

Ketiga-tiga misi ini kami perlu laksanakan dalam masa sehari untuk mengelakkan sebarang masalah nanti. Kami perlu menyusun perjalanan dengan baik agar tidak membazir masa dan duit nanti.

Perjalanan dari Haram ke Jeddah mengambil masa sekitar satu jam perjalanan. Kami planning untuk bertolak jam 11.00 pagi namun kami terpaksa bertolak selepas solat zohor juga gara-gara ada antara kami yang kelewatan. Sudah gagal pengurusan masa disini.huhu

Kami tiba di pejabat urusan hanya lewat 15 minit sahaja daripada waktu yang dijanjikan. Semua pegawai telah pulang. Waktu kerja dah habis. Aduh!!!

Cuma masih tinggal seorang sahaja di pejabat tersebut namun beliau tidak mempunyai kuasa untuk melaksanakan urusan kami. Beliau berkata, kat dunia ini takde orang pon yang mahu kerja lebih masa walaupun satu jam...huhu

Namun beliau baik hati menghubungi pegawai berkenaan supaya datang untuk menyelesaikan urusan kami. Kami terpaksa menunggu hingga jam 5 petang pula. Dalam masa yang sama, kawan saya harus check-in di Airport Jeddah jam 5 petang.Huh!!!

Selesai urusan tiket,kami berkejaran ke Airport pula untuk check-in. Flight berlepas jam 7.45 malam. Trafik untuk ke Airport pula jem tahap sardin. Dalam hati ini hanya mampu beristirfar n berdoa supaya sempat untuk check-in nanti.

Suasana di Airport Jeddah

Sampai di Airport jam 7.05 minit. Fuhhh... Kami lega kerana dapat juga masuk ke tempat check-in dan terus beratur. Alhamdulillah, masih berkesempatan. Muka yang tadinya berkerut hambar kini senyum kembali...huhu. Kami sangka kami sudah boleh pulang dengan tenang.

Namun, apabila sampai giliran beliau untuk check-in, secara tiba-tiba mesin yang menguruskan barang-barang tersebut terpadam secara sendirinya. 'TIME'S UP'. Mesin sudah tidak berfungsi lagi. Muka yang tadinya ceria kembali hambar dan berserabut semula.hahaha3x

Keadaan kelam kabut kembali. Sibuk mencari n merayu kepada pegawai yang bertugas. Namun hampeh semuanya. Akhirnya kami terpaksa meredhai sahaja kapal terbang berlepas pergi dan hanya mampu melambai sahaja kapal terbang pergi meninggalkan kami tanpa membawa kawan kami bersama...huhu... Sedih siot

Kawan saya berseloroh, "Mustajab sungguh doa ana mase tawaf wida' tadi". Antara lain doanya, jangan engkau keluarkan aku dari Bumi Mekah ini sebelum engkau menghapuskan dosa-dosaku.

Eemmm... hidup perlu diteruskan. Kami seterusnya berangkat ke rumah Habib Zain pula setelah membuat temujanji dengan Syeikh. Tidak dapat tidak kami harus pergi juga. Kami telah berjanji dengan Habib.
Mereka-mereka yang merempat...huhu

Malam itu kami kebuntuan mencari tempat tidur. Ini semua gara-gara masa yang cuai diurus. Kami pusing-pusing mencari hotel tapi takde yang murah. Harga pe bedil sume. Mahu pulang ke Haram, satu kerugian juga kerana tambang sahaja sudah SR100 untuk satu hala. Kalu 4 hala, 400 Riyal beb!!! Aduh!!!

Esok kami harus ke pejabat tiket pula untuk deley balik tiket kapal terbang yang terlepas tadi.

Terbungkang beliau tidur keletihan di kaki lima

Akhirnya kami terpaksa merempat n tidur di tepi jalan sahaja di kaki lima jalanan.Eemmm...kui3x. Masjid semua ditutup dan hanya dibuka pada waktu solat sahaja.

Dalam fikiran saya terfikir, mujur saya dilahirkan sebagai seorang lelaki...huhu... Kalau tidur dijalanan pon tiada masalah. The men is so simple.hahaha3x.
Kalau perempuan, tak tahulah...

Saya tidur berlapikkan tangan dan sejadah sahaja. Tidur pula bermandikan peluh. Suhu di Arab Saudi agak tinggi mencecah hingga 42 darjah dan keatas.

Ammi Abu Bakar yang sangat baik hati. Berasal dari Bangladesh.

Ini adalah satu pengalaman gara-gara cuai setting masa. Walauapapun, saya cukup berterima kasih kepada ammu Abu Bakar yang terlalu banyak menolong kami dan berusaha keras membantu. Memberi kami makan minum serta khidmat yang lain.

Ammu Amin juga, pemandu kepada Habib Zain Sumait terlalu baik kerana bersusah payah membantu kami. Beliaulah orang yang paling risau melihat keadaan kami.

Ammu sorang lagi(x ingat nama) menjamu kami Nasi Bukhari. Sedap giler. Siap buat bekal lagi balik ke Haram...huhu.

Terima kasih semua...

Lepas ini, jangan cuai masa lagi.

P/S : Cukup beruntung jadi rakyat Malaysia. Apabila sebut sahaja asal dari Malaysia, rakyat asing akan bermurah hati membantu dan akan senang apabila bersama...huhu

3 comments:

Tanpa Nama berkata...

seksi ngat gmbr tu..tukar la gmbar len..hua3x

Mohd Azarul Aiman Bin Mohd Rosli berkata...

sdap ngat ye bleh g ziarh sana sini.siap buat umrah lagi.tapi takpe r ana bnyak kali dh pergi haji.dalam sehari tu lebih dari 10kali g haji..huhu.

merempat di jeddah berkata...

aiii..
gmba ambe tgoh tido pn die letok...
aduiii...

Related Posts with Thumbnails
    follow me on Twitter