Tawaran ini diberikan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kepada mana-mana individu yang memberikan maklumat tepat sehingga Abdul Kahar ditangkap.
Sesiapa yang mengetahui di mana Abdul Kahar Ahmad Jalal yang mendakwa dirinya sebagai 'nabi' bersembunyi akan diberi ganjaran wang tunai RM10,000.
JAIS membuat tawaran itu setelah usaha mengesan Abdul Kahar gagal sedangkan kes berhubung penyelewengan agama yang dibawanya sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.
Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai Abdul Kahar yang memegang kad pengenalan bernombor 500427-10-5719 diminta menghubungi Bahagian Penguatkuasaan JAIS di talian 1-800-88-2424, 03-55190930 atau 03-55190398.
FAKTA KES
Tuduhan yang dihadapi Abdul Kahar ialah mengisytiharkan dirinya sebagai rasul orang Melayu zaman ini, mempersenda ajaran Islam dan mendakwa ibadat haji adalah perkara sengaja diada-adakan kerajaan Arab Saudi untuk mengaut keuntungan.
Walaubagaimanapun, dia dengan rasminya telah meletakkan jawatannya sebagai Rasul bagi rakyat Malaysia.
Jom bantu JAIS!!!
P/S : Tak pernah jumpa orang se'BODOH' ini...
GANJARAN RM 10,000
Labels: INFOKESAN INFLASI
Labels: INFODalam artikel yang lalu, saya cuba untuk memahami faktor-faktor kemerosotan ekonomi dalam negara serta kesannya. Kali ini cuba kita lihat kesan kepada inflasi pula. Saya dapatkan sumbernya di sini.
Zimbabwe ketika ini adalah pemegang rekod inflasi terbesar di dunia iaitu 2,200,000 % (2.2 juta persen!). Tersangat parahnya. Harga-harga melambung begitu cepat sekali dengan hanya dalam beberapa minit sahaja. Jadi tidak hairanlah jika peniaga-peniaga di Zimbabwe begitu sibuk menggantikan label harga barangan mereka hampir setiap minit.
Pada tanggal 20 Julai 2008, Bank Zimbabwe juga telah mengeluarkan pecahan wang sebesar 100 Juta Dollar yang merupakan rekod pecahan wang dengan nominal terbesar di dunia....!!!
Zimbabwe memang memegang banyak rekod dunia, tapi sayang semua rekod itu tidak ada yang membanggakan. :-(


P/S : Saya harap Malaysia tidak akan jadi seperti ini...
SEMBANG-SEMBANG EKONOMI
Labels: ArtikelSaya sedikit kagum dengan pemikiran Tun Dr Mahathir Mohd khususnya dalam bidang ekonomi dan kewangan. Beliau mempunyai daya pemikiran yang luar biasa serta daya pemikiran jauh ke hadapan.
Beliau adalah pemimpin utama asia yang mengutuk dasar kapitalis dalam sistem ekonomi dunia. Beliau telah menjangkakan bahawa sistem ini akan memakan diri dan akan mengalami kemusnahan sistem ekonomi yang teruk. Dan hal ini sudah terbukti hari ini.
Menurut beliau, kemerosotan ekonomi hari ini adalah lebih teruk dan lebih berbahaya berbanding kemerosotan ekonomi pada tahun 1998 dahulu kerana pada waktu itu kemerosotan hanyalah berlaku pada nilai mata wang sahaja.
Tetapi apa yang berlaku hari ini adalah disebabkan ekonomi US yang lumpuh teruk sehingga boleh dikatakan sistem mereka sudah tidak berduit lagi. Negara kita bergantung hasil sepenuhnya kepada sistem import dan eksport barangan kilang daripada US. Apabila sistem ekonomi US lumpuh, mereka akan menghentikan dan membatalkan seluruh tempahan dan aktiviti perdagangan dengan negara-negara industri termasuklah negara kita.
Kesannya, kilang-kilang akan ditutup dan segala aktiviti perdagangan terbantut. Duit sudah tidak mengalir untuk keluar masuk dalam negara dan tiada lagi pertumbuhan ekonomi berlaku.PENYELESAIAN
Soalan penyelesaian ini diajukan kepada Tun Dr Mahathir bagaimana untuk mengatasi masalah kelembapan ekonomi ini.
Sumber hasil dan kekayaan negara sekarang adalah bergantung kepada PETRONAS. Jadi, PETRONASlah sumber penyelamat negara sekarang. Justeru itu, PETRONAS ini haruslah diurustadbir dengan baik bagi meneruskan keteguhan ekonomi negara di masa akan datang. Jangan ada 'bocor-bocor' lagi di tengah jalan atau tersilap masuk poket sendiri pula.
Ditanya mengenai sumber-sumber atau langkah-langkah lain yang ada untuk memback-up ekonomi negara, Jawab Tun, Ada.
"PERTANIAN..."
"Tapi, Perdana Menteri sekarang tidak hiraukan soal ini". Jawab Tun Dr Mahathir
Saya pun mengangguk setuju...
P/S : Ini adalah sembang-sembang kosong saya bersama Hj Khuzaini, Pegawai Nokia di Arab Saudi ketika beliau bertemu dengan Tun Dr Mahathir disana.
JANGAN CUAI MASA
Labels: Diari SayaPengalaman semasa berada di Jeddah, Arab Saudi ada juga menariknya. Kami ke Jeddah untuk mencari pengalaman baru disamping menyelesaikan beberapa urusan.
Pertama, pergi ke pejabat urusan Wadi Nil/Dahab untuk mengesahkan tiket kapal pulang ke Mesir serta membayar cukai.
Kedua, menghantar sahabat kami ke King Abdul Aziz International Airport Jeddah untuk beliau pulang ke Malaysia.
Ketiga, pergi menziarahi Habib Umar Zain Sumait ke rumah beliau di Jeddah.
Ketiga-tiga misi ini kami perlu laksanakan dalam masa sehari untuk mengelakkan sebarang masalah nanti. Kami perlu menyusun perjalanan dengan baik agar tidak membazir masa dan duit nanti.
Perjalanan dari Haram ke Jeddah mengambil masa sekitar satu jam perjalanan. Kami planning untuk bertolak jam 11.00 pagi namun kami terpaksa bertolak selepas solat zohor juga gara-gara ada antara kami yang kelewatan. Sudah gagal pengurusan masa disini.huhu
Kami tiba di pejabat urusan hanya lewat 15 minit sahaja daripada waktu yang dijanjikan. Semua pegawai telah pulang. Waktu kerja dah habis. Aduh!!!
Cuma masih tinggal seorang sahaja di pejabat tersebut namun beliau tidak mempunyai kuasa untuk melaksanakan urusan kami. Beliau berkata, kat dunia ini takde orang pon yang mahu kerja lebih masa walaupun satu jam...huhu
Namun beliau baik hati menghubungi pegawai berkenaan supaya datang untuk menyelesaikan urusan kami. Kami terpaksa menunggu hingga jam 5 petang pula. Dalam masa yang sama, kawan saya harus check-in di Airport Jeddah jam 5 petang.Huh!!!
Selesai urusan tiket,kami berkejaran ke Airport pula untuk check-in. Flight berlepas jam 7.45 malam. Trafik untuk ke Airport pula jem tahap sardin. Dalam hati ini hanya mampu beristirfar n berdoa supaya sempat untuk check-in nanti.
Sampai di Airport jam 7.05 minit. Fuhhh... Kami lega kerana dapat juga masuk ke tempat check-in dan terus beratur. Alhamdulillah, masih berkesempatan. Muka yang tadinya berkerut hambar kini senyum kembali...huhu. Kami sangka kami sudah boleh pulang dengan tenang.
Namun, apabila sampai giliran beliau untuk check-in, secara tiba-tiba mesin yang menguruskan barang-barang tersebut terpadam secara sendirinya. 'TIME'S UP'. Mesin sudah tidak berfungsi lagi. Muka yang tadinya ceria kembali hambar dan berserabut semula.hahaha3x
Keadaan kelam kabut kembali. Sibuk mencari n merayu kepada pegawai yang bertugas. Namun hampeh semuanya. Akhirnya kami terpaksa meredhai sahaja kapal terbang berlepas pergi dan hanya mampu melambai sahaja kapal terbang pergi meninggalkan kami tanpa membawa kawan kami bersama...huhu... Sedih siot
Kawan saya berseloroh, "Mustajab sungguh doa ana mase tawaf wida' tadi". Antara lain doanya, jangan engkau keluarkan aku dari Bumi Mekah ini sebelum engkau menghapuskan dosa-dosaku.
Malam itu kami kebuntuan mencari tempat tidur. Ini semua gara-gara masa yang cuai diurus. Kami pusing-pusing mencari hotel tapi takde yang murah. Harga pe bedil sume. Mahu pulang ke Haram, satu kerugian juga kerana tambang sahaja sudah SR100 untuk satu hala. Kalu 4 hala, 400 Riyal beb!!! Aduh!!!
Esok kami harus ke pejabat tiket pula untuk deley balik tiket kapal terbang yang terlepas tadi.
Akhirnya kami terpaksa merempat n tidur di tepi jalan sahaja di kaki lima jalanan.Eemmm...kui3x. Masjid semua ditutup dan hanya dibuka pada waktu solat sahaja.
Dalam fikiran saya terfikir, mujur saya dilahirkan sebagai seorang lelaki...huhu... Kalau tidur dijalanan pon tiada masalah. The men is so simple.hahaha3x.
Kalau perempuan, tak tahulah...
Saya tidur berlapikkan tangan dan sejadah sahaja. Tidur pula bermandikan peluh. Suhu di Arab Saudi agak tinggi mencecah hingga 42 darjah dan keatas.
Ini adalah satu pengalaman gara-gara cuai setting masa. Walauapapun, saya cukup berterima kasih kepada ammu Abu Bakar yang terlalu banyak menolong kami dan berusaha keras membantu. Memberi kami makan minum serta khidmat yang lain.
Ammu Amin juga, pemandu kepada Habib Zain Sumait terlalu baik kerana bersusah payah membantu kami. Beliaulah orang yang paling risau melihat keadaan kami.
Ammu sorang lagi(x ingat nama) menjamu kami Nasi Bukhari. Sedap giler. Siap buat bekal lagi balik ke Haram...huhu.
Terima kasih semua...
Lepas ini, jangan cuai masa lagi.
P/S : Cukup beruntung jadi rakyat Malaysia. Apabila sebut sahaja asal dari Malaysia, rakyat asing akan bermurah hati membantu dan akan senang apabila bersama...huhu
BERTEMU DAN BERTAMU
Labels: Diari SayaKami hanya menemui Hajj Fuad dan Hajj Ahmad di jalanan sahaja. Bertemu dan bertegur sapa tatkala membeli belah di Bazar Ibrahim Khalil Street berhampiran dengan Haram.
Mereka adalah warga Syria yang cukup ramah dan bersantun. Payah sekali untuk berjumpa warga arab seperti mereka. Jika ingin dibandingkan dengan arab Mesir, aaarhhh!!! Terlalu jauh bezanya.
Kata Hajj Fuad, dia suka apabila orang Malaysia menyahut salamnya dan mampu berkomunikasi dengan beliau. Tambah beliau lagi, beliau sedih apabila kebanyakkan orang Malaysia yang ditemuinya tidak memberi respon yang baik malah salam pon tidak berbalas.
Selepas berkenalan serba sedikit, langsung Hajj Fuad dan Hajj Ahmad mempelawa kami bertamu ke Hotel beliau di Ibrahim Khalil Street.
Aduh!!! Sungguh mudah mempelawa kami ke hotel beliau. Baru hanya kenal beberapa minit,sudah diajak untuk bertamu.Perhhh!!!
Kawan-kawan saya yang sudah lama berkenalan bertahun-tahun pon tidak mempelawa jemput ke rumah apatah lagi yang baru berkenalan beberapa minit...huhu...
Hajj Fuad mempelawa datang keesokkan hari untuk jamuan makan. Kami terpaksa menolaknya kerana keesokkan hari jadual kami padat untuk ziarah. Namun, Hajj Fuad masih juga mempelawa untuk bertamu pada malam itu pada selepas Isya' pula.
Kami cukup alahan jika dijemput makan...hehehe... Apalagi, kalau bab makan-makan, kami bersetuju je...ngeh6x
Kami berjanji bertemu di Pintu No 84 Bab Malek Fahd selepas solat Isyak dan langsung sahaja ke Hotel Hajj Fuad selepas itu...
P/S : Saya ingin ke Syria pula untuk menemui mereka lagi...huhu
TAKSUB BUTA
Labels: ArtikelBila sudah taksub buta kepada pemimpin, inilah jadinya. Replika Datuk Seri Najib Tun Razak disamakan bagaikan dewa yang bersemayang bersama dengan patung Dewa Muruga dikuil Batu Caves.
Replika gergasi Najib ini dibina di kuil Batu Caves sempena Festival Kebudayaan Satu Malaysia yang dirasmi oleh Najib sendiri.
Aduh!!! Aku sudah pening dengan Malaysiaku... Satu Malaysia???Huh!!!
TAHNIAH
NOTA HARI INI
Labels: Diari SayaNamun apalah nak dikisahkan tentang letih dan penat. Penat dan letih itu akan hilang juga berbanding dengan manisnya menjiwai pengalaman baru.
Saya check-out hotel seawal selepas subuh sebaik sahaja tawaf wida untuk ke Perlabuhan Yanbu'. Malam itu saya tidak tidur kerana ingin mengambil peluang mengerjakan umrah buat kali terakhir yang berbetulan malam itu adalah Malam Nisfu Syaaban.
Hari-hari terakhir ini terasa tersangat letih. Pagi ke Bukit Ajyad, tengahari ke rumah Baba Mat Brohok, petang ke Perkuburan Ma'la. Malam buat umrah pula. Aduh!!! bergegar juga kepala lutut...huhu
Tapi, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Perjalanan 48 jam menemukan saya kembali dengan Bumi Kaherah.
Saya terpaksa balik awal juga. Mengikut plan A, kami ingin menetap disana hingga Ramadan atau seboleh-bolehnya hingga Hari Raya atau haji terus. Tambahan pula, Mak dan Abah akan mengerjakan haji juga tahun ini. Namun, sewaktu disana, pasport kami telah diambil dan dipegang oleh pihak Muasasah. Hampehh betul!!!
Pengalaman berada disana memberikan saya ketenangan berpanjangan berbanding dengan kehidupan di Mesir yang sentiasa serabut dan menyakitkan hati. Saya merasakan keselesaan jiwa yang harmoni dan otak yang release dari sebarang masalah dan anasir-anasir kotor... Fuh!!!
Tanda-tanda yang menunjukkan bahawa saya betul-betul release tension dan tenang disana adalah dengan kata-kata seumpama ini :-
" Ooowhhh... Idham koho gemuk leni biler balik mekoh ni. Semakin montel "
" Orang gi Mekoh, gi kuruskan berat badan. Ye gi membesarkan badan "
Orang yang mempunyai selera makan yang besar adalah orang yang ceria, bahagia dan tenang dari sebarang masalah...huhu
Tapi keadaan itu berubah sekembalinya saya ke Mesir...Huh!!!
Disana, saya mengalami beberapa perkara ujian untuk saya ingati :-
1- Kad Bank HSBC saya hilang ketika melawat Kilang Al-Quran di Madinah. Aduh!!! Terputus sumber bekalan...emmm
2- Tiket Kapal saya mengalami masalah teknikal. Saya diberi 2 peluang samaada terpaksa balik awal atau terpaksa beli tiket baru USD 200. Nasib baik petugas tiket datang ke Perlabuhan Safaga sebelum kapal bertolak. Tapi kena denda jugak LE 50...huhu.
3- Cermin mata Levis kesayangan saya rosak ketika mencium Hajarul Aswad. Tapi alhamdulillah elok kembali selepas jirus n basuh dengan Air Zam-Zam... Eh, Betul ke???huhu
4- Buku panduan Umrah saya hilang di Masjidil Haram. Tapi ada orang arab datang serahkan kembali buku itu keesokkan harinya...hihi
Layan gambarlah pulak untuk cerita yang seterusnya...huhu