EVOLUSI WINDOW & NILAI PERUBAHAN

. 08 April 2009
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

Kata Fasilitator saya semasa berkursus Biro Tata Negara dahulu katanya, 'Apa yang akan tetap ada dalam kehidupan adalah perubahan. "The only thing constant is Change" katanya.

Ermmm... Katanya mungkin betul. Ini adalah sunnatullah dan lumrah alam yang tidak dapat tidak akan berlaku jua. Namun, yang menjadi persoalan adalah sejauh mana nilai perubahan itu. Adakah ia membawa kepada perubahan yang semakin baik atau sebaliknya.

Entry saya kali ini ingin membawa anda kepada nilai perubahan yang dibawa oleh Bill Gates sehingga membawa pengiktifan beliau kepada manusia terkaya di dunia. Lebih kaya daripada Sultan Brunei. Produk yang dihasilkan pada awalnya tidak memberi apa-apa impak malah asing kepada dunia.

Versi pertama Microsoft Windows, yang disebut dengan Windows 1.0, dirilis pada tanggal 20 November 1985. Versi ini memiliki banyak kekurangan dalam beberapa fungsi sehingga kurang popular di pasaran. Windows 1.0 bukanlah sebuah sistem operasi yang lengkap, tapi hanya memperluas kemampuan MS-DOS dengan tambahan antarmuka grafik. Selain itu, Windows 1.0 juga memiliki masalah dan kelemahan yang sama yang dimiliki oleh MS-DOS.

Lagi informasi dan maklumat tentang sejarah Window, KLIK DISINI

Namun, proses perubahan dan penambahbaikkan itulah yang membawa seluruh dunia menggunakan produk beliau sekarang.

Window 1.0

Window 2.0

Window 3.0

Window 3.11

Window 3.11 NT

Window 95

Window 98

Window 2000

Window Millennium Edition

Window XP

Window Vista

Window 7
P/S : Saya mula berkenalan dengan Window di era Window 95. Waktu itu, harga pc yang dibeli oleh abah saya sekitar RM5000+...(Harga sebuah skuter EGO saya..kui3x) Namun sekarang, saya mampu memiliki notebook sendiri sekitar RM2500+... sahaja.

Mungkin anak cucu saya pada masa depan mampu membeli pc ini umpama membeli ayam goreng di pasar malam...huhu. Entahlah...

Dunia oh dunia...

4 comments:

Unknown berkata...

Assalamualaikum.

Saya pengguna Ubuntu (Linux).

:-D

Tanpa Nama berkata...

Apa kelebihan guna Linux ni???

Sape2 yg ade information ttg linux ni,sudi2 lah kongsi bersama...huhu

Unknown berkata...

Minta izin tuan rumah untuk jawab soalan.

Kelebihan Linux secara asasnya ia percuma. Ada juga versi Linux yang dijual pada harga yang jauh lebih murah berbanding siri-siri Windows.

Pengalaman saya menggunakan Ubuntu (salah satu versi Linux yang sedang popular sekarang ini), kelebihannya ia tidak perlu kepada driver-driver untuk berfungsi sepenuhnya. Contohnya, saya hanya perlu sambungkan printer saya dan saya boleh terus guna. Ubuntu sangat sesuai bagi mereka yang keperluan komputernya hanya sekitar melayari Internet dan kerja-kerja pejabat.

Kelemahannya, tidak banyak perisian yang dibina untuk Linux. Tidak seperti Windows. Tambahan lagi, perisian percuma banyak kelemahannya. Anda juga perlu minat dengan coding dan boleh berdepan dengan masalah-masalah teknikal kerana ia mungkin akan menjadi rutin harian anda.

TENGKU KHAIRUL IDHAM berkata...

Trima kasih saudara Rdanz ats information yg berguna...

Terasa ingin mencuba Linux..huhu

Related Posts with Thumbnails
    follow me on Twitter